Tuesday, December 13, 2011

Sick of it

Aku kena demam rindu.

Haha....lawak tak statement ni?

Bagi aku tak sebab aku memang sedang terkena pun demam rindu tu.

Hurm,badan jadi lemah. Kepala pun kerap pulak rasa pening. Selesema jangan cakap sebab memang teruk pun. Sampai basah aku punya sapu tangan yang comel tu. Sometimes badan aku rasa sejuk semacam je. Terpaksalah aku pakai sweater walaupun suhu sekeliling tak adalah sejuk mana. Macam semalam,tidur siap pakai sweater sambil berselimut padahal adik aku kat sebelah rileks je tidur pakai kipas.

Nilah kesannya ditinggalkan orang yang tersayang. Nak buat macam mana? Tanpa orang tersayang di sisi dan menjauh,terasa sebahagian diri ikut dirinya pergi bersama. Hati menderita kerinduan,fikiran melayang mengikut dirinya,deria menyedari ketiadaannya di sekeliling,perasaan terdera kepiluan(alahai,aku mula jadi jiwang pulak ni). Argh,nak buat macam mana lagi? Asyik teringat dia. Apa khabarnya si dia sekarang?(13/12,23:59) Tengah tidur atau rehat? Kenapa tak call aku lagi? Hurm rasanya lagu yang sesuai dengan aku sekarang ialah lagu Pujaan Hati nyanyian kumpulan Kangen Band.

Pujaan Hati – Kangen Band

Hei pujaan hati

Apa khabarmu

Kuharap kau baik-baik saja

Pujaan hati andai kau tahu

Ku sangat mencintai dirimu

Hei pujaan hati setiap malam

Aku berdoa kepada sang Tuhan

Berharap cintaku jadi kenyataan

Agar ku tenang meniti kehidupan

Hurm,bilalah dia nak call ni? Aku dah mula rindukan dia. Aha! Dia call pun. Jap eh,aku gayut jap dengan dia.

......45 minit kemudian..... tambah .....30 minit kemudian.....

Sorry,lama pulak aku gayut dengan dia. Biasalah,orang bercinta ni kenalah faham2 sikit macam mana perangainya. Kalau berbual dua tiga minit memang jarang sangat. Tapi kalau dua tiga jam tu perkara biasa. Tapi aku tak nak la cerita pasal apa yang kitorang bualkan tadi.

Nilah jadinya kalau diserang penyakit rindu. Memang tak ada ubatnya. Dah call,masih tak puas nak berbual. Dah jumpa,bila balik tu makin bertambah rasa rindu. Bila tak call dan jumpa,lagilah parah rindunya. Huhu...nilah kisah orang yang bercinta. Siapa yang pernah bercinta mesti tahu macam mana rasanya terjebak dengan perasaan semua ni.

Rasanya perpisahan kali ni mungkin ada kebaikannya untuk aku dan si dia. Bak kata Dina,mungkin ada hikmah di sebaliknya. Hmm,yalah tu. Maybe kot.

Bila berjauhan ni,aku diajar untuk terus bersabar. Bukan aku jenis yang tak cukup bersabar sebelum ni,tapi mungkin kali ni lebih tinggi tahap kesabaran aku. Yalah,menunggu seseorang datang semula ke sisi aku dengan penuh sabar tanpa ada sikit pun rungutan. Tulah cabaran yang terpaksa aku tempuh buat masa ni.

Bila berjauhan ni jugak,aku diajar untuk tentang kepercayaan. Bila dia dah jauh dari mata,mesti kita ada perasaan ragu2 kan. Yalah,manalah tahu dia ada awek lain ke,main kayu tiga atau main banyak sangat kayu ke(haha...apa punya bahasalah yang aku pakai ni),pandang perempuan lain ke,terpikat dengan perempuan yang lebih cantik ke. Tak pun terfikir, dia ni dah tak sayang aku ke,dah buat tak peduli dengan aku ke,nak putus dengan aku ke. Tulah perkara yang sering terlintas di dalam fikiran orang yang tengah bercinta.

Aku tak nafikan yang aku risau dia tinggalkan aku dan cari awek lain kat sana. Aku pun pernah jugak terfikir dia tertarik dengan perempuan lain dan main kayu tiga belakang aku. <--muka jeles ni..Tapi aku cuba tepis semua perasaan tu. Dia percayakan aku takkan aku tak boleh percayakan dia balik. Bukan nak kata aku ni bengap sangat sebab terlalu percayakan dia(yalah macam orang lain kata,lelaki bukan boleh percaya sangat) tapi ada sebab hati aku tak pernah menipu pasal kepercayaan ni. That’s myself.

Korang bosan eh dengar aku membebel pasal perasaan ni? Nak buat macam mana,tulah yang terlintas kat fikiran aku sekarang ni. Apa yang bermain di minda,tulah yang akan aku luahkan.

Bila berjauhan ni jugak aku diajar untuk lebih setia. Memang tak dinafikan aku jenis yang suka pandang lelaki hensem(Man pun sangat la hensem sebab tu aku suka pandang dia masa kerja kat bazar dulu hahaha........). Nilah yang buat dia risau nak pergi jauh sebenarnya. Takut aku terpikat dengan lelaki lain tak pun ada lelaki lain nak tackle aku (aku pulak takut dia terpikat dengan perempuan lain dan ada awek lain yang mengada2 plus gatal nak tackle pakwe aku ni). So bila dah jadi macam ni,aku nak jadi girlfriend yang setia padanya. Aku bukan nak main2 pasal hati dan perasaan ni malah aku nak serius sangat. Sebab tu aku nak jaga apa yang aku ada ni sebaik mungkin. That’s why aku nak setia agar aku dapat kekalkan apa yang aku ada. Kepercayaan dia,perhatian dia,kasih sayang dia dan segala2 nya tentang dia.

(sebenarnya aku pening baca garapan aku sendiri. Korang tak rasa macam tu ke? Kalau buat karangan kan,confirm Cikgu Asyikin kata aku punya jalan cerita tak ikut plot.)

Tak apalah,bantai jelah. Ikut jelah kepala otak aku yang tengah bercelaru ni.

Tapikan,daripada aku terus peningkan kepala korang baik aku stop kat sini je. Risau korang pening. Aku pulak risau aku ni makin terus merapu dalam ni. But before that,aku nak nyanyi satu lagu khas untuk si dia.

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu di sana

Di sini ku sedang dibelenggu rindu

Beginikah rasa seksa perpisahan

Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa tertinggal di situ

Meskipun ku dah jauh beribu batu

Sesat seperti setahun lamanya

Semasa kau tiada apa yang terdaya

Bila terasa rindu ku sebut namamu

dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku

Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh...

Sunday, December 11, 2011

Aku menangis kerana si dia

Korang baca title kat atas ni? Korang mesti faham aku menangis demi siapa,kan?

Ya,demi si dia yang aku cinta sepenuh hati.

Kenapa pulak aku menangis? Apa yang terjadi?

Tu yang terlintas di fikiran korang kan?

Sebab dia akan tinggalkan aku.

TUNGGU! Jangan buat kesimpulan awal.

Dia tak minta putus pun dengan aku. Malah dia bukannya tinggalkan aku tanpa sebab.

Cuma......................................................

..........................................................................................

..........................................................................................................

Dia akan tinggalkan KL buat satu tempoh.

Haha...korang cuak eh?

Hurm,macam mana ya nak cakap? Dia nak balik kampung,tinggalkan apa yang dia ada sebab ada masalah keluarga kat sini. Hal antara dia dan kakak ipar. Sebenarnya si dia dah banyak bersabar dan nampaknya sekarang dia dah cukup sabar sampai tak mampu lagi menahan benteng kemarahan dia. Sebab tu dia buat keputusan nak balik kampung,tenangkan fikiran dan bagi pengajaran kat kakak ipar dia tu.

Tapi sebagai akibatnya,akulah yang ditinggalkan. Padahal pada waktu nilah aku amat harapkan dia sangat2. Ingatkan aku dah habis sekolah ni bolehlah luangkan banyak masa dengan dia tapi nampaknya tu dah jadi sebagai satu angan2 je.

Data – Mengulit kenangan

Mengapa terjadi perpisahan

Di kala aku memerlukan

Secebis rindu menghias kamar

Kegelapan...

Waktu nilah aku harap dia sentiasa ada di samping aku. Ambil tahu apa yang terjadi kat aku. Sekarang nampaknya takkan ada lagi orang yang akan tunggu aku habis kerja,takkan ada orang lagi yang akan jemput atau hantar aku ke tempat kerja. Takkan ada lagi orang yang temankan aku beli barang macam selalu. Takkan ada lagi orang yang akan bawak aku pergi tenangkan fikiran kat taman. Takkan ada orang lagi yang akan bawak aku pergi jalan2. Yang paling penting takkan ada orang lagi yang akan bergaduh dengan aku. Takkan ada lagi orang yang akan cuit pinggang aku macam sebelum ni. Mesti aku akan rindukan semua tu.

Malam ni dia bertolak,sampai kat kampung dia mungkin esok pagi atau tengah hari.

Nak buat macam mana lagi?

Aku terpaksa reda dan relakan saja pemergian dia buat seketika ni. Sebulan, dua bulan, tiga bulan bukan tempoh yang lama tapi bukan jugak tempoh yang sekejap. Dalam tempoh ni macam2 boleh terjadi. Sakit,ditimpa musibah,hati menjadi goyah,kesetiaan tercalar. Apa2 mungkin terjadi. Hurm,semuanya satu penyeksaan bagi aku.

Tapi aku tahu,hati dia hanya untukku. Dan hatiku hanya untuknya. Takkan ada yang lain di antara aku dan dia. Aku percaya pada dia. Dan aku tahu dia juga percayakan aku. Kalau tidak,masakan dia sanggup serahkan benda penting kat aku. Apa lagi kalau bukan hatinya? Hati kan mudah terluka dan tercalar. Sebab tu dia suruh aku jaga hati dia sebaik mungkin.

Mesti korang tergelak,kan? Tah apa2 la aku ni. Nak jiwang pulak kat sini. Jadi tempat luahkan perasaan cinta pulak kat blog ni. Tapi nak buat macam mana? Inilah yang aku boleh buat demi merawat rasa pilu dalam hati.

Aku janji,kalau aku rindu pada si dia aku akan dengar lagu ni. Kalau aku lupa korang tolong ingatkan aku. Lagu yang paling aku suka dan aku harap dapat tujukan khas untuk dia satu hari nanti.

Data – Nyanyian Rindu Buat Kekasih

Tiada yang lain yang ku cinta

Hanyalah padamu

Tiada yang lain yang ku rindu

Hanyalah dirimu

Dikaulah permata yang bersinar

Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu

Hanyalah kasihmu

Tiada yang lain yang kupuja

Hanyalah dirimu

Tak mungkin aku berpaling

Berpaling mencari yang lain

Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati

Janganlah kau ragu kasih

Ragu padaku

Sejujur niatku niat bersama

Selama-lamanya

Janganlah kau pergi kasih

Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu

Buatmu kekasih

Ku baca puisi syahdu

Puisi kita...

Ku ingin kau di sampingku

Untuk sama-sama

Melayarkan bahtera cinta yang terbina

Oh! Kekasih... dengarkanlah

Bila aku tersiksa kaulah penawarnya

Bila kau terluka akulah penyembuhnya

Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

:face37::face37::face37::face37::face37::face49::124::face47::h: