Saturday, November 20, 2010

ME on the next content

THIS IS ME...!!

Semua orang ada kelemahan masing-masing.Nak tahu  apa kelemahan aku di sebalik diri kau yang nakal ni?Banyak sebenarnya tapi tak bolehlah cerita semua.Nanti kantoi then semua nak kenakan aku aje karang.
            Aku cepat tersentuh sebenarnya.Bukti?Asal tengok babak sedih dalam drama Korea ke Jepun ke Hindustan ke dan senang cerita semua drama yang aku tonton,mesti air mata aku meleleh tak sudah.Macam aku aje pelakon dalam cerita tu.Kalau baca novel time part sedih,mesti air mata membasahi pipi.Mesti akan basah jugak walaupun setitis air mata.Macam baru lepas aku alami perkara yang paling menyedihkan dalam hidup aje.Tension orang yang duduk sebelah aku time-time macam ni.Tangan mesti naik lenguh sebab asyik nak hulur tisu kat aku.Tapi aku ni,kadang-kadang cover jugak time tengok part sedih.Risau orang fikir aku tiba-tiba nangis dan senang derma air mata untuk benda-benda macam tu.

            Yang ni segan sikit aku nak buka cerita.Aku suka tidur dengan banyak bantal di sekeliling aku.Kiri dan kanan aku bolsters,atas bawah pillows and tangan mesti genggam.Macam baby tidur pun ada juga,kan?Yela,kalau tangan baby mesti genggam walaupun nak tidur,betul tak?

            Aku dengan ini ingin memberitahu bahawa liquid yang paling aku takut adalah minyak masak.Haha..kelakar betul.Ada ke patut seorang perempuan takut pada minyak masak?Habis nanti,macam mana nak memasak untuk orang lain?Sebab aku takut pula?Minyak tu ha,selalu memercik sampai kena kat aku.Sakit tau(kena sikit pun nak mengadu).Dah tak licin dah tangan aku bila kena minyak panas sikit.That’s why aku tak berapa suka kat minyak masak tapi minyak wangi aku sukalah.Kalau tak mandi sembur aje pada badan,gerenti orang tak tahu yang aku ni belum mandi sebenarnya.Ehem..tapi buat masa ni aku tak pernah buat lagi tau.Aku kan baik.

            Seriously,aku ni penakut orangnya.So,lain kali kalau nak cerita pasal hantu ke tau spesis dengannya,inform kat aku awal-awal untuk aku chow dulu,okey?Pernah sekali aku tak dapat tidur langsung lepas tengok cerita hantu pada waktu siangnya.Menggigil badan,beb.Aku pun apa lagi,berbungkus dalam selimut satu badan.Sampai adik aku anggap macam mayat.Fuh,dengar macam tu,berganda-gandalah cuak aku ni.Nasib baik aku bukan lagi dikategorikan sebagai mayat kerana aku masih bernyawa.

            Actually,aku kuat merajuk.Semua maklum tentang itu.(Sorry pada kawan-kawan yang selalu bersusah-payah mencari idea untuk memujuk aku yang dah banyak menyusahkan dan setakat menambah problem pada korang semua.)Tapi kan,aku ni merajuk tak adalah panjang sangat.Kalau ada benda lawak ataupun paling standard boleh buat aku senyum,mesti rajuk aku akan reda punya.Tak percaya?Cubalah buat dulu.Tapi hanya untuk small problem aje la ye.Big-big problem,susahlah nak reda jawabnya.
            Aku suka mengelamun?Haah,betullah tu.Kalau tak ada benda penting nak disembangkan atau nak dibuat,aku lebih suka melayang ke alam dunia khayalan ciptaan aku sendiri.Tapi yang tak syoknya bila aku kena buat pendaratan cemas bila orang menceroboh ke dunia fantasi milik aku.Potong stim betullah korang ni.Bila dalam kenderaan,aku akan pandang ke luar dari mula bergerak sampailah kenderaan yang aku naik tu berhenti dan aku kena keluar(Kalau setakat berhenti,aku boleh sambung mengelamun lagi).Parah penyakit aku ni rupanya ye.Tambah-tambah lagi tengah dengar lagu soft and romantik gitu.Lagi senang aku terbang.Sampai dah jadi rutin seharian aku.Sebelum tidur pun mesti berangan kejap.Kalau tak buat tak boleh tidur aku ni.

            Aku suka cakap seorang diri.Tapi rutin ni kadang-kadang aje aku boleh buat.Buat selalu,nanti orang fikir aku kurang sihat.Tak pasal-pasal ada yang sanggup hantar aku ke HB.Tau tak HB tu apa?Pandai-pandailah fikir ya kawan.Yelah,aku kan asyik menyendiri.Tak  ada teman nak kongsi cerita,aku cakaplah sorang-sorang.Buat macam tu lagi bahagia dari pendam dalam hati.


            Kepada sesiapa yang ingin memberi aku hadiah,aku galakkan korang beli sesuatu yang sesuai kat aku.Apa yang aku nak?Cermin.Aku kan sentiasa dengan cermin.Pantang nampak cermin atau kaca yang boleh pantul balik imej aku,pasti aku akan berhenti kejap dan tengok diri aku.Entahlah sejak bila aku terjebak dengan gejala kuat perasan ni.Padahal sebelum ni aku jenis yang tak kisah sangat kalau tak ada cermin di depan mata.Dahlah tabiat ni susah diubati.Parah..parah...Nak tahu tak dulu aku macam fobia dengan cermin sebab aku takut muncul sesuatu time aku tengah pandang cermin.Kan dulu pernah popular dengan filem Chermin.Sejak tu aku macam nak tak nak aje pandang cermin tapi ada suatu masa aku terasa ada feel lain bila pandang imej aku dalam cermin.
Aku macam dapat keyakinan terhadap diri aku sendiri.Macam ada semangat supaya jangan putus asa dan jangan terlalu melihat pada fizikal.Dulu aku tak pernah yakin dengan diri sendiri.Aku rasa dulu akulah perempuan yang paling selekeh dalam kalangan kawan-kawan perempuan kat kelas aku.Rasa macam paling hodoh jika nak dibandingkan dengan mereka semua yang cantik dan ada orang minat.Sebelum ni aku sedar diri yang aku ni tak cantik and that’s why orang tak pandang sangat aku ni.Entah-entah aku hilang pun tak ada yang perasan.Tapi bila aku lihat balik diri aku di cermin dan ada kawan-kawan aku kata yang aku sebenarnya cute(hehe..),keyakinan aku seperti bertambah sedikit demi sedikit.Dan oleh sebab itu,sekarang aku selalu pandang cermin demi dapatkan keyakinan untuk melalui setiap hari-hari yang penuh dengan cabaran dan banyak berkaitan dengan emosi ni.
           

Aku ni macam ganas aje orangnya.Bahasa dengan member?Boleh tahan kot rocknya.Ye ke?Aku cuma rasa.Tak tahulah pendapat orang sekeliling aku pasal tu.Tapi setelah dinilai menggunakan menggunakan kalkulator,ditimbang dengan sedikit parallax and zero error dan dipastikan dengan eksperimen menggunakan sedikit cecair kimia,result yang aku dapat macam tak berapa yakin aje.Mungkin sedikit tersasar dari hypothesis yang aku dah buat.Aku ganas dan kasar sikit.Kalau tak,kenapa Syaifirul Adli kata mulut aku ni lancang sangat?Arghh,apa hal sebut pasal lelaki yang mulut dia sama lancang dengan mulut aku juga?!!Dia pun tak sedar yang mulut dia tu pun amat menyakitkan ahti orang.Ada hati nak label aku macam tu.

            Pantang dapat duit,mesti ada aje yang aku nak beli walaupun tak tahu tujuan sebenar aku beli barang-barang tu.Okeylah,pendek kata aku ni boros.Entahlah,macam tak boleh pegang duit banyak aje aku ni.Asal ada duit kat tangan,mulalah otak aku fikir nak beli benda-benda mengarut.Last-last barang tu terbiar macam tu aje dalam kotak kat bilik aku.Apalah nak jadi dengan aku ni?Kopaklah duit future husband aku kalau macam ni.Haha...Eh,kejap.Belum habis study dah ada future husband?Nampak sangat aku ni gatal.Hehe.....

            So inilah aku yang sebenarnya.Macam sengal aje aku.Takut minyak masak,cermin,berangan tak sudah.Tapi nak buat macam mana?Aku susah nak ubah semua tabiat tu.Bila baca balik apa yang aku dah tulis ni,rasa nak tergelak aje.Pembaca jangan lebih-lebih gelak pulak ye.Dah bagi warning awal-awal ni.Haha....just kidding.



cute just like me

Thursday, November 18, 2010

kalaulah...

Kalaulah masa boleh diputar semula....
1.             Aku tak nak minta maaf pada Amirul a.k.a ex aku yang menyampah tu masa fisrt Ramadan hari tu.Sesuka hati dia hina aku sama macam Syaifirul Adli hina aku.Aku tak teragak-agak nak sound lelaki ni andai kata masa boleh diulang semula.
            ‘’Buat apa aku minta maaf pada lelaki macam kau?Kau hina aku perempuan murahan!Sikit pun aku tak rasa bersalah tinggalkan kau dan tipu kau dulu.Bagi aku,awal-awal lagi sepatutnya aku buat macam tu.Biarlah orang anggap aku jahat tapi kalau ikutkan hakikat aku sikit pun tak jahat bila buat macam tu.Semuanya bermula dari kau.Takkan kau lupa yang kau sengaja suruh member-member kau kenakan aku dulu?Aku tak pernah lupa tentang itu.Kau tak maafkan aku tak apa,sebab aku tak boleh nak buat apa lagi untuk kau maafkan aku.Jangan harap aku akan merendahkan maruah aku dengan merayu pada kau.Tidak sama sekali.Amirul.Kau kena sedar yang kau tak layak untuk aku.Duit top up pun minta dari aku.Walaupun kau dah ganti tapi aku tak boleh padam kenyataan yang kau pernah merayu pada aku demi dapatkan top up dari aku.Dahlah time tu aku ada kat tengah ladang kelapa sawit,jauh dari pekan,tapi disuruh jugak top upkan telefon kau.Nak belanja wayang?Jauh sekali pasal tu.Okey,kau kena faham masa ni aku jenis yang materialistik dan bercitarasa tinggi.Pencapaian kau jauh sekali dengan apa yang aku harapkan.’’
            Itulah yang aku teringin sembur pada lelaki ni.Kalau ikutkan hati,ayat aku masih panjang dan pedas tapi biarlah aku seorang saja yang tahu.

2.             Aku nak sound Syaifirul Adli lebih teruk dari apa yang aku dah buat.Dia perasan sangat yang ramai perempuan boleh cair dengan ayat jiwang paku karat.Tambah-tambah lagi suka tersengih macam yang adik aku cakap.Bukan aku seorang yang tak suka dia tapi termasuk adik aku,Ziera,Shira,Najah dan Izza.(Ye ke?Aku agak aje ni.Tak apalah,anggap jelah betul ye.)
            ‘’Buat-buat lupa pulak.Bukan kau pernah gelar aku f**k,ga***ng?Habis kau tu baik sangatlah?Bagus sangat?Podalah!Kau tu perasan bagus je lebih.Memang patut aku tulis cermin diri.Tapi lembab pulak kau ni.Masih tak sedar diri dan belum cermin diri sendiri sebelum sound orang lain.Kalau nak cermin besar,aku boleh sponsorkan untuk kau.Amacam?Excuse me playboy,lain kali tolong muhasabah diri sikit ye.Waktu nak mengayat dulu ayat punyalah baik,tak ada pun nak meninggikan suara.Malah lembut lagi.Tapi bila aku calarkan sikit ego kau tu,terus hilang semua tu.Yang tinggal hanyalah penghinaan,muka nak gaduh,cakap pun kasar.Eleh,time tu sikit pun aku tak rasa takut.Yang aku rasa time tu macam nak terus naikkan kemarahan kau aje.Tapi aku baik.Karang nanti tak pasal-pasal nama aku kau rosakkan ke satu sekolah dan semua orang akan anggap yang aku ni kurang ajar dan jahat.Padan dengan muka kau bila adik aku sound kau.Tapi aku tak puas hati.Kalau masa boleh diulang,aku nak pesan kat adik aku biar sound kau habis-habisan.Tak apalah,bukan selalu pun,kan?Tahun depan kau dah habis sekolah,biarlah kau menghayati ‘memori manis’ ni.Betul tak?Nanti lepas sekolah,pasti kau akan teringat selalu ‘kenangan’ ni.Aku confirm,kau akan rasa bahagia bila ingat balik pasal ni.’’
            Teringin aje aku cakap macam tu kat dia.Aku akan selitkan ayat-ayat sindir sikit-sikit biar dia terasa.Bila dia dengar pasti akan teringat selalu kat aku yang dah menang ‘anugerah sebagai perempuan pertama yang mencalarkan ego’ dia.Haha..kejam betul aku ni.Tapi aku hanya jadi kejam bila aku berdepan dengan orang kejam dan suka menghina aku saja.Tak lebih dari itu.

           
3.               Lagi satu yang aku teringin nak buat andai kata masa boleh diundur semula ialah buat betul-betul masa singing competition dulu.Ehem,walaupun suara tak sesedap Dato’ Siti dan tak semerdu BoA,tapi aku teringin sangat menang time tu.Haha..suara tak sedap ada hati nak menang pertandingan menyanyi.Tak masuk akal betullah aku ni.Tapi aku memang suka menyanyi terutama dalam bilik air dan depan cermin.Adoi.aku ni kuat perasan rupanya!


4.             Benda lain yang aku nak buat ialah tak datang masa hari terakhir sekolah hari tu.Bukannya buat apa pun,buang masa aku aje.Borang pasal kem tu boleh bagi kat adik aku.Dia pun pandai jugak dalam meniru tandatangan mak.Hihi...nak buat macam mana?Dah berlalu dah pun.


5.             Andai ada mesin masa,aku nak habiskan masa aku semasa di Johor time ambil ujian kemasukan ke MRSM hari tu dengan mengushar mamat-mamat kat sana.Haha...Gatal jugak aku ni.Ala,bukan selalu pun.Lagipun kita sengaja nak cari kawan kat sana.Ehem..mungkin boleh cari kawan rapat ke kat sana.Hah,lagi satu aku sepatutnya ada peluang tengok konsert Hot FM kat Tanjung Emas time tu tapi tak ada kesempatan sebab petang tu dah gerak pergi rumah nenek Ju.Hua...baru aje nak ber’enjoy’ tapi tak boleh pulak.Tak apalah,dah nasib.

           
6.          Kalaulah hari tu(Ahad baru ni) aku tak merajuk dengan dia,mesti aku ada kesempatan ke office tempat dia bekerja.Aduh,terlepas peluang nak tengok office dia.Nak tahu jugak macam mana suasana dia bekerja.Tapi tulah,layan sangat rajuk aku tu.Menyesal dowh!!!


7.               Raya puasa tahun ni memang tak best.Oleh sebab itu kalau boleh aku nak jalan-jalan kutip duit raya.Mentang-mentang aku nampak aje macam dewasa,sedara-mara aku macam nak tak nak aje bagi ang pao kat aku.Huh,aku nak jadi kecil baliklah kalau macam tu.Biar dorang bagi aku banyak duit raya dan poket aku terus berkepuk.Tapi macam boleh aje aku mengecut balik.Haha...


8.             Aku teringin aje buat yang terbaik untuk Add Math time exam final hari tu.Kalau aku tak asyik mengadap lap top aje dan asyik mengulang kaji,mesti aku tak kena bebel dengan dia tu.Menyesal pun tak guna jugak.Tulah,syok sangat main game sampai benda lain buat derk aje.Time tengah darurat macam tu pun sempat lagi jalan-jalan kat KL.Padan muka..sob..sob..sedih betul.Dahlah aku ni jenis yang tak suka orang membebel kat aku.Kan tak pasal-pasal free-free aje kena ceramah dan kena denda. 


Tapi tu semua akan terjadi kalau masa boleh diputar.Namun apa yang kita harapkantak mungkin akan berlaku semula.Masa akan terus berlalu meninggalkan kita tanpa berpaling.Lihat samada kita mampu mengejar masa yang semakin pantas berjalan atau menjadi seorang yang kalah pada masa.

Wednesday, November 17, 2010

Tips

Aku nak berkongsi sedikit tips yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita.

Ciri-ciri Teman Kaki Pau
1.     Setiap kali jumpa orang pasti akan meminta.Bukan sahaja duit tetapi makanan,rokok dan sebagainya.
2.     Kebiasaannya jumlah duit yang dipinjam oleh seorang  kaki pau tidak banyak dan tidak akan lebih dari RM1O kerana mahu mengelakkan orang lain perasan hobi mereka ini.
3.     Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini kebiasaannya seorang yang kelakar,ceria dan happy-go-lucky.Dalam bergelak ketawa itulah mereka akan mencari mangsa.
4.     Sikap mereka yang selamba dan seperti tidak ada masalah duit membuatkan kamu tidak akan perasan masalah yang dihadapi oleh mereka.
5.     Kaki pau bijak memilih situasi apabila mengenakan mangsanya.Mereka akan memilih situasi yang terdesak.Misalnya ikut kamu makan di kedai tetapi bila membayar minta kamu bayarkan kononnya tidak ada duit kecil ataupun tertinggal duit.Ataupun ketika beratur di kaunter waktu itulah dia akan meletakkan barangnya minta kamu bayar.Alasannya malas untuk beratur.
6.     Kaki pau ini sangat sukar untuk berubah kerana sebahagiannya telah terbiasa.Namun sebagai sahabat kamulah yang perlu membantu untuk dia berubah.
7.     Orang yang tergolong dalam golongan kaki pau ini kebanyakannya kebal.Kamu cakaplah apa pun hanya akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Cuba ushar sekeliling korang.Kot-kot ada teman-teman yang ada ciri-ciri yang telah disebutkan.Hati-hati tau!

Monday, November 15, 2010

After that...

KEHIDUPAN ADALAH SEPERTI LAYAR FILEM
              Begitulah kehidupan kita seharian.Seperti filem atau drama yang kita tonton,pasti akan ada perkembangan,perumitan,klimaks dan juga peleraian.Dalam babak pertama mungkin bermulanya permulaan cerita dan diikuti dengan perkembangan.Dari situ cerita akan terus berkembang dan banyak bermain dengan perasaan kita.Rasa geMbira pasti akan diikuti dengan kesedihan.Bila kesedihan sudah berlalu,kegembiraan akan menyusul semula.Cuma yang membezakan setiap cerita adalah cepat dan lambat kegembiraan mengisi perasaan kita.Betul tak?      
              Tapi yang tak menariknya adalah apabila kita terpaksa menunggu lama perasaan gembira itu datang untuk menggantikan kesedihan.Keperitan yang kita lalui semasa menempuh kesedihan adalah rasa yang paling perit kita kena hadapi.
              Begitulah kehidupan.Macam orang yang selalu kata,hidup kita seperti roda,kadang-kadang di bawah dan kadang-kadang di atas.Saat kita sedang hidup senang dan gembira,sedetik mampu membuat kita menangis dan bersedih.Tapi jangan kerana sedetik itu,kita merosakkan seluruh masa depan kita.
              Aku harap apa yang terjadi hari ini pada dia takkan mematahkan semangat untuk terus berjuang dan berdepan dengan diri kita yang baru.Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitulah dalam filem dan drama yang biasa kita tonton.Seorang penulis skrip pasti menyampaikan mesej yang berguna kepada kita.Begitulah Allah menguji umatnya agar mendapat pengajaran dan hikmah untuk kita semua sebagai manusia.
              Aku yakin,Allah takkan menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu.Lagipun Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita.Dan hasilnya kita akan menjadi lebih matang dan mampu untuk berdepan dengan cabaran yang lebih hebat di masa depan.Itulah apa yang aku fikir.Salahkah fikiran aku?
              Doakanlah agar kita tabah menjalani kehidupan seharian yang sentiasa penuh dengan rintangan.AMIN...

Sunday, November 14, 2010

NEXT EPISODE OF MY LIFE

Hari ni aku dengan dia breakfast sama.Well,minggu lepas tak jadi sebab emergency kes pasal projek kat Bukit Jalil tu.Alang-alang dah keluar jumpa,dia bawak aku pergi Taman Tasik Titiwangsa.Dia cerita pasal ex dia tu.Aku hanya dengar dan sikit pun aku tak jealous sebab aku tahu dia dah tak ada perasaan kat perempuan yang dah lukakan hati dia.
Tapi tadi aku dengan sengalnya menyoal,
‘’Awak jatuh cinta tu macam mana?Saya tak tahulah.’’
Apa macam?Memang sengal pun soalan tu.Tak patut aku tanya,betul tak?Tapi nak buat macam mana,aku tak tahu erti sebenar jatuh cinta.Sebabanya,kadang-kadang aku confuse antara terpikat dengan jatuh cinta.Lain kan maksud kedua-duanya?Ah,pening kepala otak aku.
Dia tak jawab sepenuhnya soalan aku tapi at least aku dapat pick up sikit hint yang dia cuba sampaikan.Bagi dia, kita nak tahu samada kita jatuh cinta atau tak ialah melalui kewujudan rasa rindu dalam hati kita.Walaupun aku pening pada mulanya tapi sekarang aku sedang mencari hint seterusnya berdasarkan jawapan dia tu.
Okey,aku akui.Bila kita suka seseorang.kita akan rasa rindu pada dia bila terasa berjauhan.Kalau boleh teringin dia sentiasa berada di depan mata dan temani hari-hari kita.Salah ke pandangan aku?Kalau salah,tolong betulkan ye.
Aku tahu dia tension sangat.Esok dia akan naik court.Aku doa sangat dia menang kes ni dan harap apa yang aku mimpi pasal dia khabarkan kemenangan dia menjadi kenyataan.Aku harap sangat.Hari Selasa yang lalu dia dah jual kereta tapi baru semalam dia inform kat aku.Buat masa ni dia guna kereta syarikat.
Hah,tiba-tiba aku teringat.Waktu kita orang tengah breakfast dekat depan Warta,aku terserempak dengan Haziq,Irham dengan lagi seorang aku lupa nama dia.Mula-mula aku rasa segan.Mesti dia orang fikir yang aku tengah date.(Memanglah tengah date tapi sarapan dulu.Lagipun pedulilah apa yang dia orang fikir.Aku tak kacau dia orang makan pun).Bila lalu sebelah meja dia orang dengan selambanya aku blah macam tu aje.Sikit pun aku tak pandang dia orang.Sorrylah,bukan niat aku nak menyombong dengan kau Haziq.Hehe,mesti heboh kat kelas esok.Ni mesti kau punya pasallah Haziq.
Well,aku dah malas nak pergi sekolah.Harap kalau ada apa-apa,adalah insan yang baik hati sudi inform kat aku.Itu pun kalau hati kawan-kawan aku baik sangat nak khabarkan aku any information.
So,nak jumpa aku kena tunggu aku tahun depanlah sebab hari Rabu minggu lepas dengan rasminya aku isytiharkan adalah hari terakhir aku pergi sekolah dalam tahun 2010 ni.Hehe...
Nampaknya malam ni aku kenalah doa banyak-banyak demi dia esok.Harap dia berjaya menumpaskan Dato’.. tu.Esok Dato’-Dato’ a.k.a rakan bisnes dari Perlis,Penang and Johor akan turun court sekali nak tengok Dato’... Melaka yang suka main saman-saman ni.
HARAP ESOK SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.AMIN....

Thursday, November 11, 2010

After...

11 NOVEMBER
THURSDAY

Tadi Man chat dengan aku kat Facebook tapi sekejap je.Cakap pasal plan cuti sekolah ni.Aku tak ada idea pasal tu.Dia cadangkan aku kerja time cuti sekolah ni.Good idea.Tapi aku tak naklah buat.Malas satu hal,SPM tahun depan satu hal,kes kena denda oleh ‘dia’ pasal kes dapat gred E untuk Add Math satu hal,Hmm..macam-macam hallah pulak.Atau semua tu hanya sekadar alasan semata-mata?The truth is....aku nak cari kerja apa?Aku sendiri pun tak tahu nak kerja apa.Tak ada orang offer.
Tak apalah,better I’m focus in my study.Aku dah janji dengan ‘dia’ supaya berusaha belajar dan tak dapat lagi gred E untuk tahun depan.Itu pasti.Aku insaf nak dapat gred gagal lagi.Lagipun tahun depan kan tahun yang paling kritikal buat aku dengan semua kawan-kawan aku.Ganbatte kudasai!
Tadi Man call aku.Dah lama kita orang tak saling contact.Sekarang dia ada kat kampung,kata nak tenangkan fikiran.Bunyi macam ada big problem tapi padahal sebab nak isi masa cuti dia aje.Yang aku tak tahan nak tergelak bila dia complain dia pokai sebab duduk kat kampung.Entah apa-apalah kawan aku sorang ni.Orang ada kat kampung cakap happy tapi dia lain pulak.Biasalah,orang dah biasa buat kerja.Sehari tak kerja rasa lain macam pulak.But,kita orang sempat berbual kejap aje sebab nak jimat kredit dia.Kesian dia,selama ni dia aje yang call aku.Aku pulak hanya tunggu orang call aje.Hehe...
Ada satu lagi cerita hangat semalam pasal perdebatan antara aku dengan S.A yang tak sedar diri lagi tu.Dia soal aku,
‘’Kau tak rasa bersalah ya lepas hina orang?’’sindirnya.
Semalam aku tak jawab depan dia sebab aku tak nak keadaan bertambah haru kalau aku terus berperang mulut dengan dia yang sengal tu.Aku nak buat pengakuan yang aku langsung tak rasa bersalah walaupun sikit.Untuk apa aku rasa bersalah kalau apa yang aku cakap kat dia tu betul?Apa yang aku nak cakap sekarang,
‘’SERVE  YOUR  RIGHT , S.A. YOU DESERVE THAT.’’
Dia cakap aku satu-satu perempuan yang dia pernah kenal yang pernah hina dia.Hah,baguslah tu.Nampaknya aku tak mudah takut pada lelaki macam dia.For what aku takut dengan dia?Orang yang asyik fikir diri sendiri betul dan ada ego yang melangit macam dia sepatutnya aku sindir lagi teruk.Biar dia tahu,aku perempuan yang bukan jenis mudah tunduk pada lelaki seperti dia.Dan aku nak tekankan,aku takkan mengaku kesalahan yang aku dah lakukan pada dia kalau aku tak tahu apa kesalahan tu.
He’s thought I’ll say sorry after what I’d said to him easily?No way! Aku takkan minta maaf pada dia dan aku takkan pernah maafkan dia kecuali dia merayu minta maaf,sedar kesalahan yang dia dah lakukan,sedar diri dan ubah perangai dia yang teruk tu.If not,agak payah aku nak memaafkan dan lupa apa yang pernah dia buat pada aku.
SO,AKU NAK PESAN PADA SYAIFIRUL ADLI,JANGAN TERLALU IKUT BARAN KAU SEORANG.UBAHLAH PERANGAI PLAYBOY KAU TU.AKU AKAN BALAS BAGI PIHAK PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG PERNAH KAU SAKITI.ITU JANJI AKU.

Tuesday, November 9, 2010

 I DON’T CARE ’BOUT YOU S.A
Whoah!!! Perdebatan hangat berlaku tadi.
Dia tanya pasal kes epal yang aku bagi kat dia.Eleh tu pun nak jadi kes besar ke?Tak fahamlah aku dengan si S.A. ni.Ayat yang aku bagi sedap,ringkas dan mudah difahami pun tak suka jugak.
            JAGA DIRI.CERMIN DIRI.KITA SERI.

Mantap apa ayat yang  direka khas oleh aku dan Shira ni.Penuh makna yang tersendiri.
            JAGA DIRI means jagalah kesihatan dan keselamatan diri sebab SPM dah dekat sangat ni.Kalau jadi apa-apa,kan dia jugak yang susah nanti.Lagi satu,ada faedahnya kalau dia jaga diri sendiri dari menyibuk jaga hal orang lain.
            CERMIN DIRI means dia kena sedar yang SPM dah dekat tapi masih nak menyibukkan diri mencari cinta.Bukannya penting pun.Lagipun dia kena tahu yang dia tu jauh beza kalau nak dibandingkan dengan orang yang aku sayang sekarang ni.
            KITA SERI means aku pernah sakitkan hati dia dan dia pernah sakitkan hati aku and also cakap benda yang tak baik kat aku.Jadi kita orang dah tak ada hutang ‘sakit hati’.Tu pun masih tak faham?
           
            Tapi tadi dia ada cakap yang aku pernah hina dia masa kali terakhir kita orang berjumpa.Aku cuba ingat balik tadi but aku rasa aku dah padam memori yang lepas masa ‘discussion’ tu.Bagi aku,buat apa ingat benda tu.Menyemakkan fikiran aje.Tapi aku teringin nak tahu.Takkan masa aku cakap,
            ‘’Awak tu,SPM pun tak lepas.’’
            Atau,
            ‘’Awak apa ada?Satu apa pun tak ada.’’
            Mungkin jugak sebab kes adik aku sound dia hari tu.
            Tapi ni pun boleh jadi jugak,pasal aku bandingkan dia dengan ‘dia’ a.k.a my love.
Kes berat ni.Confuse seyh.Tak tahu mana satu yang betul.Esok kita orang akan jumpa dan debat balik time rehat.Pergh,segan aku tadi.Manakan tak,time tu semua student nak balik tapi aku berdebat dengan dia pulak kat tepi tangga.Habislah aku.Mesti ada orang ingat yang aku couple dengan dia.Naya aku karang.HOI,KORANG! NI BUKAN MACAM YANG KORANG FIKIR.AKU TAK ADA KAITAN PUN DENGAN MAMAT NI.AKU SUKA KAT ORANG LAINLAH!! Nak aje aku jerit macam tu tapi aku tak ada kemampuan untuk berbuat begitu.
            ARGHH!!!!!!!
            Sekarang kena karang ayat untuk defend diri esok.Ucapan perdebatan dan mempertahankan diri sendiri harus disiapkan hari ni jugak agar tak kena serang esok.

            S.A. jangan sebab kau lelaki,aku tak boleh balas balik apa yang kau pernah cakap kat aku.Aku akan pastikan perdebatan antara aku dengan dia esok akan menjadi milik aku.Fuh,bunyi macam nak pergi berperang aje.Memang pun nak pergi berperang esok.Berperang bagi menumpaskan ego seorang lelaki yang pernah label aku dengan sesuatu yang tak baik.
            Kau tunggulah,S.A. I’ll pay the revenge for me and another friends that always back up me. I’m sure about that. Just wait and see what will happen tomorrow.

Saturday, November 6, 2010

What next.....

I BELIEVE YOU

Kasihan dia.Mesti dia tengah tension sangat sekarang ni.Ni semua sebab kes saman Datuk... pasal projek kat Melaka.Aku tahu dia batalkan projek pembinaan tu sebab Datuk.. bermasalah.Manakan tidak,projek dah jalan tapi hanya duit deposit yang dibagi.Tak patut betul!Bila  projek tu nak ditarik balik,dia pulak yang nak saman-saman orang.Harap aje ada pongkat Datuk tapi kerja tak boleh jalan.Harapkan duit orang lain pulak.
Dia luahkan apa yang dia rasa pada aku tadi.Dari suara dia saja aku tahu dia terlalu tertekan sampai tak makan dari semalam.
‘’Awak suruh saya makan tapi awak sendiri belum makan dari semalam.Nanti awak sakit,semua orang susah.Bukan awak dan saya saja.’’
Sampai macam tu sekali aku bebel kat dia.Yalah,kesihatan aku disuruh jaga tapi dia sendiri tak nak jaga kesihatan.Tak bolehlah kalau macam tu.
Nasib baiklah ada bos dia nak belanja makan.Biar dia kurang tension sangat.Aku berterima kasih pada bos dia.At least nanti dia makan sikit dan perut tak dibiarkan kosong.
‘’Jom saya kasi belanja makan biar awak tak fikir sangat pasal hal tu.Biar awak happy sikit.’’
‘’Saya dah memang happy dah.Tadi baru lepas cakap dengan buah hati.’’
Hisy,segan aku lepas dengar apa yang dia cakap dengan bos dia.Aku rasa aku tak tolong apa-apa pun.Aku tak tahu apa yang aku cakap sampai dia rasa happy.Aku cuma mendengar luahan hati dia dan cuma balas ‘hmm...’.Itu aje.Aku tak buat apa-apa.
Atau mungkin sebab kita orang ungkap balik kisah lama masa mula-mula kenal dulu.Asyik nak berperang mulut,menyakat dan buat orang geram.Yang tak boleh blahnya,dia ungkit cerita aku dulu yang sampai sekarang buat aku segan.
‘’Saya ingat lagi,ada orang tu nak berhenti kerja sebab saya tak datang dua hari.Lepas balik kerja dari Melaka dua hari tu,ada orang repot ada orang rindu kat saya sampai nak berhenti.’’
Ah,segan betul aku.Aku rasa aku cakap macam tu sekadar nak bergurau dengan Kak Kiah.(Tapi dalam hati memang rindu.Bayangkanlah,5 hari aku off kerja plus dua hari dia tak datang ke bazar sebab kerja sampai malam.Kalau dicampur kan jadi seminggu.)
Dah,berbalik semula pada kes Datuk... tadi.15 haribulan ni,sekali lagi dia orang naik court.Sebelum ni,dia orang dah naik court kat Shah Alam and Datuk tu menang kerana bersebab.Demi tak nak sambung projek tu,dia sanggup sekali lagi pergi mahkamah dan nak menang.Bayangkan kalau dia menang,pangkat Datuk tu akan ditarik balik.Lagipun Datuk tu dah hutang banyak dengan syarikat tempat dia kerja.Silap-silap kalau diteruskan jugak projek bina kondo tu,boleh bankrap syarikat.
Aku doakan kali ni dia menang dalam perbicaraan nanti.Biar Datuk tu dapat pengajaran.Berdasarkan cerita dia,Datuk tu macam main-main untuk projek ni.Kalau macam tu,memang seharusnya Datuk tu terima pengajaran.
Ada satu soalan yang memang aku dah agak dari awal.
‘’Kalau saya jatuh nanti,awak masih nak kat saya ke?’’
Aku agak terkilan sebenarnya.Aku tahu pada awalnya aku jenis yang terlalu memandang pada harta dan wang ringgit serta bersikap materialistik..Tapi aku sedar sekarang.Nasib semua orang tak sama.Tuhan akan menguji kita berdasarkan kemampuan  kita.Aku yakin ALLAH takkan menduga umatnya lebih dari apa yang kita boleh tanggung.Aku pun yakin pada dia bila dia cakap,
‘’Saya jatuh tak lama.Dalam dua tiga tahun saya akan bangun balik.’’
Aku yakin sebab aku tahu dia jenis yang kuat berusaha.Aku yakin dia takkan hampakan aku.Aku yakin dia boleh lakukan.Lagipun ramai yang akan back up dia dari belakang.Bos dia,keluarga dia,kawan-kawan dia,Datuk-Datuk dan Tan Sri yang menjalankan projek dengan dia akan menyokong dia.Termasuklah aku.Sekali aku yakin,aku akan terus meletakkan harapan dan tetap berharap selagi dia tidak kecewakan aku.Aku pasti!
Aku sentiasa akan doakan yang terbaik buat dia.Aku akan buktikan yang aku takkan lari walaupun dia jatuh kerana aku sayangkan dia,yakin padanya dan akan menyokong dia dalam apa jua keadaan.Bukannya mudah untuk aku menarik balik apa yang aku cakapkan.
‘’Awak,saya yakin dengan awak.Awak tak mungkin mengecewakan saya sebab saya tahu awak sayangkan saya.Janganlah mudah berputus asa dan menyerah kalah sebelum berusaha bersungguh-sungguh.''

Friday, November 5, 2010

Then....


                Apa yang kau fikirkan,Hana?
     Aku ni jenis yang macam mana di mata orang lain?

Aku terlalu pentingkan dirikah hinggakan layan orang lain dengan kejam?
            Adakah aku jenis yang banyak berfikir kerana asyik mengingati kisah pahit di masa silam?

Kenapa aku susah mahu menyebut tiga perkataan yang menggambarkan rasa sayang kita pada orang lain?
            Adakah kerana aku fikir ayat ‘I Love You’ terlalu besar maknanya?
Bagi aku,bila kita mengungkapkan tiga perkataan itu bermakna kita sanggup serahkan hati kita.Bila kita dah serahkan hati kita bermaksud kita kena tanggung segala risiko dalam percintaan.
            Aku jenis yang takut untuk hadapi segala kemungkinan yang buruk yang mungkin terjadi dalam perhubungan.

Adakah aku ni berfikiran kolot?
Pasangan lain nampak senang saja menyebut ayat itu.
Aku pula?Tak terkeluar ungkapan itu walaupun hanya tiga perkataan dan senang disebut.


            Aku sedar aku mudah tersentuh.Sering kali aku merajuk walaupun hanya hal kecil.
Adakah semua orang menyampah dengan sikap aku yang satu itu?
  Bagaimana aku boleh mengubah sikap itu agar orang di sekeliling aku tidak bosan denganku?

Kadang-kadang aku terfikir jika ada orang di sekeliling aku menjauhkan diri kerana perangai aku?
            Aku tak nak itu terjadi.Minta dijauhkan.
Aku selalu bersendirian.
Apa yang aku rasa dan apa yang aku alami sering kali terpendam dalam hati semata-mata.Tiada siapa yang tahu.
                        Adakah aku tidak wujud di mata mereka?
Sesekali aku rasa terpinggir.
            Apa sebabnya?
Aku tidak pasti.


Bila sesorang memberi perhatian padaku,aku jadi semakin tamak.Aku harap ada orang lain fokus padaku.Sentiasa memberikan aku perhatian,selalu mendengar luahan hatiku dan menjadi pendengar yang setia terhadap cerita yang aku ingin sampaikan.

            Terlalu tamakkah aku?

Aku menyedari aku jenis yang terlalu memilih.Aku amat mengharap pada rupa,wang dan populariti padahal aku sendiri tidak mempunyai semua itu.
            Terukkah sikapku?
Apa kata orang lain terhadapku?
            Lebih teruk dari yang aku sangkakan?
Atau hanya aku seorang yang banyak berfikir demi hal itu?
            Apa jawapan yang lebih tepat?

Itulah  selalu  aku  fikir  selama ini?
Bantulah  aku,hati..........

Monday, November 1, 2010

Next Chapter

PLEASE , JANGAN  BUAT  LAGI

Aku  mengeluh perlahan.Kenapa dia buat macam tu?Dia tak sayang nyawa ke?Tak sayang aku ke atau sebab dia pantang dicabar?Mana satu yang betul?Tidakkah dia tahu apa yang dia lakukan mampu melayangkan nyawaku sekali?Haruskah dia begitu?
              ‘’Awak,janganlah macam ni.Jangan diam aje.’’
Aku terus mendiamkan diri.Aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi.
              ‘’Awak marah ke?’’
Aku menggeleng.Pandangan mataku dihalakan ke luar tingkap,menyaksikan kenderaan yang laju menyusuri lebuh raya ketika itu.Tidak lama kemudian,sebuah kereta Saga memotong sebuah kenderaan lain.Tindakan pemandu kereta itu menyebabkan beberapa buah kereta lain membunyikan hon.
              Dah lama hidup ke?Tak payahlah nak tunjuk hebat kat sini.Bajet betullah.Marahku dalam hati.
              ‘’Maaflah.Janganlah sennyap aje.Saya tak reti nak pujuk ni.’’Lembut suaranya merayu padaku.
Aku memberanikan diri untuk merenungnya namun tidak sampai beberapa detik aku mengaku kalah dan serta-merta aku menoleh ke luar tingkap semula.
              ‘’Tengok tu.Saya tahu awak marah.’’
              ‘’Mana ada.’’Sangkalku.
              ‘’Habis,kenapa tak pandang langsung muka saya?Kenapa awak pandang ke luar?’’Soalnya.
              ‘’Saya tak marah,okey.’’
              ‘’Sayang,janganlah macam tu.Dah mamat tu acah-acah saya.’’
              ‘’Lepas tu awak rasa tercabar?Terus race dengan dia?’’Soalku tidak puas hati.Tidak sepatutnya dia berlumba selepas dicabar oleh orang lain.Orang yang ajak race pun sengal jugak.Tak ada kereta lain ke nak dicabar selain orang yang aku sayang?Andai terjadi apa-apa pada dirinya,pasti aku akan hilang sebahagian dari nyawaku.
              ‘’Dia ikut saya dari arah Penang time saya on the way nak balik sini.Ingat dia blah macam tu aje bila saya berhenti di perhentian tapi tak sangka dia follow sekali.’’Dia membela diri.
Aku tahu,dia memang tidak berniat untuk memandu laju kerana aku pernah membebel kepadanya tempoh hari disebabkan dia berlumba dengan kereta lain di lebuh raya dalam perjalanan ke Melaka.
              ‘’Dia cabar saya.Saya pun apa lagi,lepas makan kat perhentian tu,saya on semua suis turbo kat kereta tu.Dia sebenarnya berlagak hebat aje tu.Mentang-mentang time tu dia guna BMW,dia berlagaklah.’’Kali ini dia pula yang menghamburkan rasa geramnya.
Aku tetap dengan posisi yang sama dan terus mendiamkan diri.Aku terfikir,sudah ramai yang maut disebabkan kemalangan.Aku tidak mahu dia turut menjadi mangsa nahas.Tidakkah dia tahu yang aku risau mengenai semua itu?
              ‘’Please,saya dah tak ada idea nak pujuk awak.Saya bukan reti nak memujuk.’’
              ‘’Menyakat retilah.’’Pintasku.
Dia tergelak kecil.’’Okeylah,tu saya tahu.Tak boleh nak ubahlah.’’
              ‘’Saya tak suruh pun awak berubah.Jadi diri sendiri lagi baik.’’Balasku.
              ‘’Yelah.Sorry okey.Lepas ni saya tak buat lagi.’’
Aku tidak membalas.Mataku masih menumpukan pada permandangan di luar kereta.
              ‘’Ingat nak juallah kereta yang ada turbo tu.’’
Aku tersentak.’’Kenapa pulak?Biar ajelah.’’
              ‘’Saya tak bolehlah,sayang.Saya lepaskan tekanan pada kereta ajelah.Kat situ,saya hilangkan tension.’’
              ‘’Macam nilah,awak tak payah jual kereta tu.’’Cadangku.Kesian kereta tu.Karang tak pasal-pasal demi aku,kereta tu dijual.Tak naklah macam tu.
              ‘’Tukar enjin.’’Tambahnya pula.
              ‘’Tak payahlah tukar.Biar aje macam tu.Tapi please janji dengan saya,kalau ada orang ajak awak race,tolong jangan mudah tercabar.Saya tak nak sesuatu jadi pada awak.’’
              ‘’Okey,saya janji.’’
              ‘’Tapi kalau nak race jugak,awak ajak saya.Saya akan race dengan awak.Nak?’’Aku tekad.Tapi macam mengugut pun ada jugak.Hmm,tak apalah.Biar dia cuak sikit.Confirm dia takkan berani ajak aku berlumba kereta dengannya.
              ‘’Tak naklah kalau dengan awak.’’
              ‘’Kenapa pulak?Awak nak sangat race,kan?Saya dah sukarela teman awak tapi tak nak pula.’’Sindirku.Bukan selalu pun aku sindir dia.Kadang-kadang aje.Sebelum ni pun dia yang asyik menyindir dan kenakan aku.
              ‘’Orang sayang kat dia.Takkan nak ajak race sekali?Lagi pun kalau perempuan yang ajak,saya tak layan.’’
              ‘’Macam tu pulak dah.So,lain kali jangan nak mengada-ada berlumba kereta.Tabiat awak suka bawak kereta laju pun ubahlah jugak.Saya tak kisah awak nak bawak laju tapi mesti ada limit.Janganlah sampai 300km/j.’’Pesanku bersungguh-sungguh.
              ‘’Okey,okey.Sayang jugak awak kat saya rupanya.’’Usiknya seperti selalu.
Aku menjengilkan mata.Sempat pulak dia nak kenakan aku.Geram betul.Orang cakap betul-betul,dia main-main pulak.Tapi inilah yang buat aku makin bertambah sayang.Hehe.....