Apa yang kau fikirkan,Hana?
Aku terlalu pentingkan dirikah hinggakan layan orang lain dengan kejam?
Adakah aku jenis yang banyak berfikir kerana asyik mengingati kisah pahit di masa silam?
Kenapa aku susah mahu menyebut tiga perkataan yang menggambarkan rasa sayang kita pada orang lain?
Adakah kerana aku fikir ayat ‘I Love You’ terlalu besar maknanya?
Bagi aku,bila kita mengungkapkan tiga perkataan itu bermakna kita sanggup serahkan hati kita.Bila kita dah serahkan hati kita bermaksud kita kena tanggung segala risiko dalam percintaan.
Aku jenis yang takut untuk hadapi segala kemungkinan yang buruk yang mungkin terjadi dalam perhubungan.
Adakah aku ni berfikiran kolot?
Pasangan lain nampak senang saja menyebut ayat itu.
Aku pula?Tak terkeluar ungkapan itu walaupun hanya tiga perkataan dan senang disebut.
Aku sedar aku mudah tersentuh.Sering kali aku merajuk walaupun hanya hal kecil.
Adakah semua orang menyampah dengan sikap aku yang satu itu?
Bagaimana aku boleh mengubah sikap itu agar orang di sekeliling aku tidak bosan denganku?
Kadang-kadang aku terfikir jika ada orang di sekeliling aku menjauhkan diri kerana perangai aku?
Aku tak nak itu terjadi.Minta dijauhkan.
Aku selalu bersendirian.
Apa yang aku rasa dan apa yang aku alami sering kali terpendam dalam hati semata-mata.Tiada siapa yang tahu.
Adakah aku tidak wujud di mata mereka?
Sesekali aku rasa terpinggir.
Apa sebabnya?
Aku tidak pasti.
Bila sesorang memberi perhatian padaku,aku jadi semakin tamak.Aku harap ada orang lain fokus padaku.Sentiasa memberikan aku perhatian,selalu mendengar luahan hatiku dan menjadi pendengar yang setia terhadap cerita yang aku ingin sampaikan.
Terlalu tamakkah aku?
Aku menyedari aku jenis yang terlalu memilih.Aku amat mengharap pada rupa,wang dan populariti padahal aku sendiri tidak mempunyai semua itu.
Terukkah sikapku?
Apa kata orang lain terhadapku?
Lebih teruk dari yang aku sangkakan?
Atau hanya aku seorang yang banyak berfikir demi hal itu?
Apa jawapan yang lebih tepat?
Itulah selalu aku fikir selama ini?
Bantulah aku,hati..........

wah... pndai nya ko buat ayat ni . aku salute lar kat ko . ko pndai meluahkan perasaan ko melalui ayt yg puitis ni . syabas .
ReplyDeleteaku hrp ko tbhlar mnjalani khdupan sbb ini semua ujian Nya utk ko . Dia takkan bg ujian kat hmbanya skiranya hmbanya tdak mmpu. brsyukurla terhadap apa yg ko alami ni . ia mgjr ko erti khdupan sbnr yg penuh dgn penipuan .insya-allah satu hr nnti ko akn dpt hikmah dr apa yg ko alami
ReplyDeletethanx shira..
ReplyDeletesbnrnya aq tgh bosan sbb tu la ayt2 jiwang kluar hehe