Saturday, February 26, 2011

Lepas ni??

Satu minggu yang memenatkan bagi aku!
Letih sangat-sangat!
Badan aku macam dah lembik aje ni!
Seksa betul tau!
Hurm...dah nasib badan. Tapi alhamdulillah minggu yang menyeksakan aku ni akhirnya dah berakhir sekarang. Mana tak letih kalau buat kerja sampai balik lewat?
Hari Isnin lepas ada pertandingan futsal anjuran Iqrag. Balik lewat. Dah nak maghrib baru sampai kat rumah. Nasib baiklah hari Selasa balik awal sikit dalam pukul 5. Tapi tu masih tak cukup lagi tau. Dahlah stay kat sekolah,tak balik-balik. Tak mandi,makan pun tak,rehat lagilah tak sempat. Bau satu badan ni oi..... Ni yang paling mengerikan bagi aku. Eei,tak pernah-pernah aku tak mandi pada waktu tengah hari. Hari Rabu,erm...balik macam biasalah. Lepas kelas Operasi Gemilang,terus chow la. Tak ingin aku asyik stay kat sekolah lama-lama.
Hari Khamis balik awal ke? Adoi,aku dah hilang ingatan dah. Jap, tak jugak. Sebab hujan lebat sampai petang! Kena tahan kat sekolah tunggu hujan berhenti. Aduh,seksa..seksa... Hari Jumaat semalam? AKU ADA KAT SEKOLAH LEBIH KURANG 12 JAM! Ni merupakan satu kenyataan dan bukan auta sama sekali. Dari pukul 7.30 pagi sampailah 7.30 petang..eh...malam dah tu.
 Tak ke gila namanya tercongok kat sekolah siapkan bahan untuk Treasure Hunt yang dibuat last minute sampai tak balik rumah langsung?!
Bagi aku,ni merupakan pengalaman yang paling susah aku nak lupakan sampai bila-bila.
Tak pernah aku ada kat sekolah selama 12 jam tanpa balik, rehat, mandi dan aktiviti yang sepatutnya (e.g. online, tengok tv, tidur, makan, melayan perasaaan). Ni kali pertama aku laluinya. Entah aku nak klasifikasikannya sebagai memori indah atau memori yang memeritkan.Agak-agak mana yang sesuai? Any idea?
Bila dah selalu stay sekolah,aku rasa macam aku ni tak ada rumah pulak. Tak habis-habis dengan kerja kat sekolah yang dah meragut masa aku di rumah. Huhu...sedihnya aku ni...
Semalam mak dah risau gila bilamana aku balik lewat. Cuba bayangkan, anak dara pergi sekolah dari pagi sampai maghrib tak balik-balik? Apa orang tua kita akan fikir? Mungkin dorang fikir yang kita ni kena culik, merayau kat luar sana, kena samun, kena rompak, kena jual.... eei...minta dijauhkan la.... Tak sanggup nak bagi contoh lain. Tu pun dah memadai buat aku berfikir banyak kali.
Bila aku balik dan tengok riak muka mak semalam, aku rasa bersalah sangat-sangat-sangat-sangat. Dahlah balik lewat selalu, semalam dah nak maghrib baru sampai rumah, tak bagitahu ada apa dan apa nak dibuat. Memang aku cakap bersalah sangat pada mak aku. Orang lain aku tak kisah tapi mak...aku tak tahu nak cakap apa lagi bila tengok mak semalam. Kaku macam batu!
Aku hairan. Bukan aku,Izza dan Aisyah saja ahli Iqrag. Mana yang lain menghilang bila disuruh buat kerja? Aku fed up tau bila macam ni! Kitorang ni bukannya robot atau sukarelawan yang senang-senang nak bagi bantuan. Badan kitorang pun ada hadnya. Sabar kitorang pun ada hadnya. Stamina kitorang pun ada hadnya.
Dahlah semalam aku buat aktiviti untuk kad segak. The result, badan aku sakit sangat bila balik semalam. Malam tadi punyalah sakit badan aku bila nak berkalih waktu tidur. Kaki aku pulak dah cedera sebab semalam kasut aku mencengkam kaki aku! Dah kehilangan stamina untuk minggu ni!
Lepas tu pulak, hari Khamis kena denda ketuk ketampi! Kalau setakat kena denda tu standard la sebab salah kitorang sendiri tapi masalahnya hampir semua budak Form 3 join sekali mengira sampai 20 dari tingkat atas blok A dan B! Gila ke tak gila tu?!
 Mana nak sembunyi muka selepas ni? Dalam beg? Tutup dengan purdah? Tak payah datang sekolah? Tukar sekolah?
Fuh,dahsyat penangan kena denda kali ni. Malu setahun beb. Sampai habis sekolah memori ni akan melekat kat kepala. Tapi ada jugak yang kata, ni kenangan manis sebab lepas habis sekolah dah tak ada peluang nak rasa macam ni. Suka hatilah korang nak anggap macam mana. Aku pun terfikir jugak macam tu tapi tak payahlah sampai kena denda di khalayak ramai. Sedih plus malu plus segan plus 100plus...hehe.... Yang pasti,aku dah trauma dah ni.

Thursday, February 24, 2011

PRESSURE!!!!!!!!!!!!!!

Aku rasa pressure sangat sekarang ni!
Teringin nak jerit dan marahkan orang!
Rasa nak sound orang cukup-cukup!
Tension gila !!!!!!!!!!!!
Kenapa?Entah,mungkin sebab ada banyak tekanan dan bebanan yang terpaksa aku tampung saat ni.
Dengan kerja sekolah yang melambak, dengan ujian lisan yang sampai sekarang tak buat apa-apa persediaan, dengan keletihan yang berlarutan setiap hari, dengan masalah orang di sekeliling, dengan sikap aku yang makin sensitif kebelakangan ni.
Aku rasa tertekan sangat!
Kerja sekolah melambak, itu hal biasa.Yang penting pengurusan kita dalam menyiapkan latihan yang dibagi cikgu. Asalkan kita tahu uruskan masa untuk siapkan latihan tu,confirm kita takkan terkejar-kejar buat kerja sekolah yang semakin lama semakin bertambah.
Ujian lisan ni yang buat aku pening sekarang. Kata nak buat latihan tapi sampai sekarang satu latihan pun tak ada. Susahlah kalau bekerja dalam satu kumpulan yang tak serius. Bukan aku kata ahlinya tak serius tapi cara bekerja tu yang buat aku pening kepala. Bila aku tanya pasal ujian lisan, kata nanti berlatih sama-sama.Then ada alasan nak balik awal or esok-esok la buat or berlatih sendiri-sendiri sudah or bantai aje la. Kalau macam tu tak ada gunalah bincang bagai nak rak tapi satu hasil yang mambanggakan tak muncul-muncul.(Sorry okey.Ni luahan hati aku)
Nak marah tak boleh. Nak sound pun tak payahlah. Nak tegur?Entahlah.Aku dah tak ada jawapan untuk tu.Aku tak larat!
Letih tu standard la kan.Siapa yang tak letih kalau belajar lebih kurang 8 jam setiap hari.Tu tak termasuk belajar kat rumah and siapkan kerja sekolah. Sekarang ni aku kurang rehat. Balik-balik aje,tak sempat rehat kena buat kerja sekolah dan kerja rumah pulak. Jangan lupa aku ada tanggungjawab di rumah. Malam tu pulak kena rush untuk persediaan hari esoknya.
Masalah di sekeliling? Aku malan nak cerita kat sini. Confidential ..........!!
Aku penat! Sekolah, persatuan, kawan, kerja sekolah, keletihan. Semuanya bergabung jadi satu sampai aku tak terdaya nak angkut semua tu dalam satu masa yang sama.
Sebab tulah kadang-kadang aku tak perasan yang aku tersound somebody sampai orang tu kecil hati dengan aku. Orang ingat aku marahkan dia walupun pada hakikatnya aku tak terniat pun macam tu. Sometimes orang fikir, ni mesti kes P.M.C. tak seimbang.Sorry sangat-sangat !!!!!!!!!!!!
Hubby,thanks because you always stand beside me. Buat pertama kalinya aku buat benda yang aku tak pernah buat selama ni. Hanya pada dia yang aku lakukan. Siapa yang tahu, pasti faham maksud aku. Jangan pulak fikirkan yang negatif. Lega sikit perasaan aku baut masa ni tapi sebenarnya tekanan aku makin bertambah dari hari ke hari. Apa tekanannya? Biarlah aku seorang yang pendam. Ni lagi satu hal yang hubby tak suka. Aku selalu pendam masalah seorang diri kemudian masalah tu berkumpul. Bila dah penuh dan tiba masanya, aku akan letupkan semua tu sekali gus.Orang yang kena tu la bernasib malang.
Tolong bantu aku hadapi semua tekanan tu.
Andaikata aku kecilkan hati somebody, marahkan dia, masam muka, mungkin itu aku terbuat secara tak sengaja. Tapi kalau  aku tengah merajuk,jangan pedulikan aku.

Friday, February 18, 2011

Tired!!!

Yeay!!!!!!!!!!!!
Sepanduk KRS menang tempat kedua. Bangga gila aku. Mana taknya?Aku adalah salah seorang yang banyak berjasa dalam siapkan sepanduk tu. Hehe...sorry la.Sebenarnya Shira yang banyak berusaha demi tu.Bayangkanlah, bila tengok tulisan khat kat sepanduk orang lain lebih cantik dan cun, dia mulalah risau tak menang. Merungut sikit pasal hasil kerja yang bagi kitorang kurang puas hati sikit. Bila cikgu umumkan keputusan tu,aku rasa macam nak terlompat aje.
Excited tau! Yalah,saingan sengit. Banyak lagi sepanduk yang cun pada kitorang sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ni. Rasa masa mula-mula tu macam tak ada harapan nak menang. Tapi last-last,nama KRS jugak yang muncul di tempat kedua. Mana tak bangga aku sebagai salah seorang dari lima orang yang berjasa siapkan sepanduk tu.Tapi sorry la.Tak ada pic la pulak. Nanti kalau ada, aku cuba-cuba masukkan.
Kejap! Tak payahlah kot. Simple je,rasa segan pulak nak tunjuk.Hadiah yang kitorang dapat tak banyak.RM60 je. 50% kitorang angkut untuk belanja makan termasuk aku, Shira,Acun, Wan dan Shida. Walaupun Shida tak join sekali masa buat sepanduk ni tapi dia dah banyak sumbangkan barang-barang yang diperlukan. Shira,Acun dan aku rancang nak guna RM30 tu untuk makan seafood. Tengah bincang tarikh aje ni. Pergh,terliur dah aku! Hahaha......
Aku tiba-tiba rasa bangga sangat-sangat dengan aktiviti yang diadakan group IQRAG hari ni sempena kempen menutup aurat di sekolah aku. Futsal memang dapat sambutan yang hebat tadi. Tak sangka pulak ramai yang sertai aktiviti ni. Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar lelaki saja. Nampak sangat pelajar lelaki dalam sekolah tu minat sangat dengan bola sepak ataupun futsal. Tak terkira peserta yang datang tadi. Fuh,tak caya aku masa mula-mula datang tadi. Adalah dalam 4 group dan lebih kurang dalam 20 team yang sertai pertandingan ni.
Aku termasuk dalam kalangan pelajar perempuan yang kena ada sepanjang pertandingan tu berlangsung.Tugasnya, sediakan air minuman,tukang jaga barang berharga, beri pertolongan cemas dan jugak sebagai penonton.Hehe.....
Serius,aku tak sangka futsal ni dapat sambutan panas(orang selalu guna perkataan hangat jadi aku tukar untuk nampakkan kelainan.Hehehe).Makin banggalah aku jawabnya lepas ni.
Tadi....hurm...aku tak ingatlah berapa team yang bertanding.Cuma yang pasti ada banyak. Hari Isnin minggu depan baru sambung game dan teruskan sampai final. Siapalah agaknya pemenang game futsal ni. Tak sabar nak tahu ni. Dup dap...dup dap...
Okey, at the same time, program operasi gemilang kat sekolah aku pun akan bermula. Erm...makin sibuklah aku jawabnya. Makin tension dengan tanggungjawab,kerja sekolah, kerja rumah,’kerja’ yang cari sendiri dan banyak lagilah yang makin runsingkan kepala aku lepas ni.Bukan aku aje tapi termasuklah dengan kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Demi pelajaran yang aku utamakan, aku kena kurangkan aktiviti yang kurang penting sikit. Main game, tengok tv layan cerita favourite, lepak tanpa buat apa-apa, berangan dan lain-lain yang tak tersebut dalam ni. Aku kena terangkan pada hubby tentang semua tu. Aku kena fokus pada study dan kemungkinan aku akan kurang layan dia lepas ni.Sorry ye,hubby.
After this,IQRAG akan adakan Treasure Hunt pulak. Harap sambutannya pun hebat jugak.Banyak otak kena perah untuk dapatkan idea nak dera orang dalam game ni.Kasi susah sikit,kasi dorang mengah sikit dan kasi dorang pening sikit. Sikit aje, tak banyak sangat. Kita kasi gempak sikit TH ni. Baru orang lain boleh betul-betul rasa tercabar dengan game ni. Hehehe.... bunyi macam ada idea jahat aje. Kejam pulak aku ni sekarang.
Oh ya,dengar kata program qiamulail dapat sambutan jugak. Ramai yang kata nak join program tu. Syukur,ada jugak yang berminta rupanya dengan program keagamaan macam ni. Ingatkan kurang yang nak ambil bahagian.Agak-agak sampai tak 100 pelajar yang nak follow sekali qiam lepas ni? Mungkin kot. Kenalah hebohkan satu sekolah kalau nak capai target tu.Baru best buat qiam ramai-ramai tapi bagi aku kurang syok sikit sebab malam tu confirm susah nak tidur.Ada aje yang nak bercerita itu ini. Bikin gosip panas aje karang.
Ha,lagi satu yang penting bagi aku. Satu minggu ni aku rasa penat sangat. Dari hari Isnin sampai tadi aku asyik sibuk dengan urusan kat sekolah. Selalu balik lewat kecuali hari Khamis sebab time tu dah siapkan sepanduk KRS. Aku macam tak cukup rehat tapi alhamdulillah aku masih ada banyak stamina untuk hadapi satu minggu yang penuh kepenatan. Minggu depan lagilah sibuk agaknya.Dengan operasi gemilang, mesyuarat untuk TH, usrah, latihan ujian lisan and bla..bla..bla...Banyak sangat sampai aku tak tersebut semua tu. Hua....tensionnya! Harap-harap aku kuat nak tempuh hari-hari yang akan mendatang yang akan dipenuhi dengan kejutan yang tak terduga.

Sunday, February 13, 2011

Wedding Events

Fuh,penat aku sekarang ni.
Seksa betul aku nak tepis kawan-kawan yang sakat aku hari ni. Rasa nak aje hempuk sorang-sorang.Geram betul!
Hari ni aku pergi kenduri kahwin Farah,kawan aku yang kepoh.Ops,termengata pulak.Sorry! Ada aku (of course la kan),Shira, Shida, Izzah, Amirah, Hazirah, Maz, Nina, Yana, Dina,Mat and Izzat. Hah,lagi seorang yang aku lupa nak mention,Acun.Waktu aku nak blah baru dia sampai. Jalan kaki tu,kesian kawan aku ni. Demi kawan dan Nina ehem..ehem..sanggup bersusah payah datang.Tahulah yang dia ni kuat makan. Pantang ada orang jemput datang makan,mesti dia akan datang.
Aku geram dengan Shida masa kat kenduri ni. Sempat dia tangkap pic dengan ada sorang mamat yang tiba-tiba sesat kat tepi aku. Huh,siap kata nak buat komik lagi.Dahlah posing aku masa tu buruk benar.Siaplah korang kepas ni. Aku balas karang. Huhu....evil sudah datang.
Seganlah pulak bila aku sedar yang baju kurung aku terlalu menonjol sangat dalam kalangan kawan-kawan aku yang lain tadi. Hijau plus kuning terang. Siap bling bling lagi tu. Sempat pulak dorang kata baju aku macam baju pengantin. Hahaha...nampak sangat terlalu banyak bling kat baju aku tu. Menyerlah sangat-sangat dah ni. Waktu posing lima orang (Zirah,Izzah,aku,Shida and Shira), aku nampak dalam pic tu macam aku ni pengantin yang diapit oleh kawan-kawan. Dahlah duduk kat tengah-tengah pulak tu. Segan seyh! Bling bling tu memang membuatkan aku terlebih bersinar ditambah sinaran matahari yang terik membakar kulit kitorang semua.
Nasib baiklah yang teman aku pergi kenduri rumah hubby hanyalah Shira dan Shida.Malu aku tadi weyh.Sampai hati hubby! Aku ada kat depan mata dia pun,dia langsung tak perasan langsung! Serius,aku kecil hati tadi tapi aku saja pendam dalam hati. Bila ingat balik aku rasa sedih sangat.Rasa macam menyesal pergi tadi pun ada jugak sikit.Hubby macam nak tak nak aje layan aku dengan kawan-kawan aku.
Aku emo ke?Sorrylah tapi itulah yang aku rasa masa mula-mula sampai tadi.
Shida kata impian aku terlalu tinggi?Dia kata wajah hubby okey bagi dia.Alhamdulillah kalau dia anggap macam tu.So,aku dah dapat restu kawan ke belum lagi?
Tadi pulak kena sakat dengan bakal adik ipar(...kot.Aku pun tak ingat).Dia cam aku.
‘’Oh,macam kenal.’’
Memang kenal pun.Dulukan selalu jumpa kat bazar.Dia sakat aku, aku pulak kenakan dia balik.Dia tiba-tiba tanya,
‘’Hah ni bila pulak?’’
Aku mula-mula blur then...Ni mesti kes tanya majlis aku dengan abang dia pulak.
Aku pun cakaplah balik,’’Tunggulah 10 tahun akan datang.’’Aku saja cakap macam tu atas niat bergurau.
‘’Jangan tak jadi pulak ye.’’
Tersentak aku dibuatnya. Aku saja-saja cakap macam tu tapi dia anggap macam ya pulak. So,aku senyum ajelah. Dah tahu nak jawab apa. At the same time,my hubby datang.Penyelamat keadaan dan kegugupan aku datang jugak akhirnya!
Waktu aku suruh Shida ambil pic kitorang,aku rasa segan sangat kat depan dorang. Ramai jugaklah yang pandang kot tapi aku buat tak tahu ajelah.
Shida siap kata,’’Macam nak pergi dating.’’
Amboi Shida,sedap aje kau sakat aku dengan hubby ye.
Hah,ada satu babak yang Shira dan Shida suka sangat tadi.Seronok korang gelakkan aku eh.
Adalah seorang mak cik ni aka tetamu kenduri kat situ.Masa tu aku tengah posing dengan hubby tengah ready nak tangkap pic.Tiba-tiba,
‘’Ini ke pengantinnya?Asal pengantin lelaki tak pakai cantik-cantik sikit?Pergilah masuk dalam make-up sikit.’’
Aku blur sebelum tersenyum malu.Hubby confirmlah dah malu time tu. Kawan-kawan aku pulak?Awal-awal lagi dah tergelak besar! Oleh sebab tulah dorang gelak sakan masa balik tadi.
Hahahaha.......aku tak sangka pulak akan kena usik sampai tahap macam tu sekali. Ramai pulak yang anggap aku dengan dia akan betul-betul jadi.Adoi,malu aku depan hubby,depan kawan-kawan aku dan depan tetamu kat situ jugak.

Wednesday, February 9, 2011

Next Content

APA YANG BARU?
Hari ni dan semalam ada yang sudi jadi driver aku angkut dari sekolah.Siapa lagi kalau bukan my hubby?Disebabkan cuti sempena tahun baru Cina ni,dia dah kebosanan duduk saja kat rumah dan buat kerja sambilan serta susahkan diri untuk ambil aku dari sekolah yang tak berapa jauh dari rumah aku sendiri.Tak apalah.Lepas ni mungkin dah tak ada peluang sebab dia akan sibuk dengan kerja.Mulai esok dia akan kerja semula walaupun sepatutnya dia start kerja hari Sabtu ni.
Nak tak nak aku kenalah faham kerja dia tu.Andai kata dalam satu hari tu dia tak call,maksudnya dia sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call aku.Hurm...reda dan pasrah ajelah.Makin rindu kat dialah jawabnya nanti.Kesian,hari ni saja satu kotak fail ada kat atas meja dia.Semuanya perlu diselesaikan segera.But luckily,bos dia dah boleh mula kerja lepas accident hari tu.So,maknanya tak adalah dia kena terkejar-kejar siapakan semua kerja.Tak adalah tension sangat macam sebelum tahun baru Cina hari tu,kerja dia kena selesaikan and at the same time kerja bos dia pun kena siapkan jugak.Sabarlah ye hubby.
Hah!Tadi masa balik,aku terserempak dengan Faizza and Atikah.Habislah aku kena attack dan kena gosip esok.Bersedialah untuk diserang.Kah..kah..kah...Segannya tadi oi.Boleh pulak dorang u-turn bila nampak aku dengan hubby.Waktu tu saja je hubby bawak aku balik ikut jalan Nakhoda tapi tak sangka pulak terserempak dengan minah dua orang tu.Masa awal-awal tu aku ada nampak dorang on the way nak ke Taman Jasa Utama.Aku suruh dia jarakkan sikit dari dorang.Alhamdulillah first time tu selamat tapi tak masa kali kedua.Hua...segannya aku.Mana aku nak letak muka ni?SEGAN TAHAP GABAN! Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada jugak tapi tak logiklah sebab nak elakkan kena serang,aku kerugian ilmu.Betul tak?
Lagi satu tadi kawan baik aku nak kenal sangat kat hubby tapi tak kesampaian. Sorry Shira. Nanti aku belanja kau kek tapi guna duit hubby.Nak suruh aku belanja memang angan-angan ajelah.Hahaha....Shira,kau tahu tak,kau ajelah yang tahu banyak rahsia aku selain Izza. Thanks,dear!
Tadi Man call aku.Lamanya kitorang tak saling contact.Kesian kawan aku sorang ni. Tension sangat pasal kerja jugak. Penat aku ceramah kat dia tadi supaya jaga kesihatan,jaga diri,jangan abaikan kesihatan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan kesihatan.Dia tu degil betul.Selalu sangat sakit. Risau aku dibuatnya. Rupanya dia ada satu kelemahan sama macam hubby.Hahahaha.....adoyai. Pening betullah dengan dorang ni. Kasi aku nak tergelak aje.Nak tahu apa?Biarlah rahsia....Rindu pulak dengan kawan aku seorang ni. Last time jumpa masa bulan puasa tahun lepaslah.Dah setengah tahun tak jumpa dia ni. Nak tanya khabar pun rasanya sebulan sekali.Dia aje yang asyik contact aku. Aku pulak? Nak jimat kredit punya pasal sanggup tunggu dia aje yang call aku.Nak buat macam mana?Aku student lagi,tak ada duit nak selalu top up.Hehehe.....Sorry,Man.After this I’ll always contact you.
Hmmm......erm.....perkembangan hidup aku sekarang?Nothing interesting by now,I guess.Masih lagi sebagai kehidupan seorang pelajar yang sentiasa ditemani kerja rumah,cikgu-cikgu,sekolah dan keluarga. Cuma aku nak cerita sikit masa aku pergi Kuang sebab wedding kakak sepupu aku. Kat sana aku rapat dengan seorang sepupu lelaki. Nak tahu tak,baru hari tu aku tahu yang rupanya dia ni saudara rapat aku sebelah mak. Selama ni tak sedar langsung pun. Mungkin sebelum ni ada terserempak kat mana-mana tapi tak tahu pulak hubungan kitorang sebagai sepupu. Itulah padahnya kalau aku tak ambil peduli sangat dengan saudara-mara aku yang rupa-rupanya ramai jugak ni.Dia mula tegur aku masa aku tengah buat latihan Chemistry.Actually aku angkut buku pergi sekali sebab sebelum ni aku tak buat langsung.Baru hari tu terkocoh-kocoh sumbat buku dalam beg. Masa tengah pening cari jawapanlah dia datang tegur.
‘’Buat Chemist eh?’’
‘’Hah?’’Aku menoleh.Siapa dia ni?Aku kenal ke?
‘’Minat Chemist ke?’’
‘’Tak adalah minat sangat.Terpaksa buat.’’Kalau cikgu Chemistry dengar mesti dah jeling-jeling aku masa ni.
Start dari situlah kitorang borak panjang pasal sekolah,pasal study, pasal pengalaman dia pergi program PLKN dan macam-macam lagilah. Baru aku tahu dia tu lepasan SPM dan tengah tunggu result keluar. Syok sangat berbual itu ni. Dia cakaplah yang kat sekolah dia hebat dalam bola sepak. Ingat dia nak promote nama sekolah dia. Tapi bila masuk rumah(aku menginap kat rumah pengantin aka rumah dia jugak.Dia ni adik kepada pengantin aka kakak sepupu aku),aku usharlah frame yang melambak kat sebelah rak tv.Jeng...jeng...jeng...rupanya dia pemain bola sepak masa kat sekolah dia.No wonder la dia siap promote team bola sepak SMK Bukit Gading.
Memang best dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan sepupu sendiri.Tak adalah menyesal sangat aku follow mak aku pergi kat Kuang. Okey,menyesallah sikit sebab masa mula-mula tu aku memang rancang tak nak pergi tapi nak tak nak aku kena jugak ikut sekali.Takkan nak tinggal kat rumah seroarng diri?Tak mau ah. Kat sana aku bukannya buat apa pun selain lepak kat dalam rumah and tengok tv je.Bosan.Kalau kat rumah,boleh aku online ke,nak tertonggeng ke,nak membuta ke kan...Baru syok gitu.But nice to meet you la my cousin!

Thursday, February 3, 2011

3 Feb

Hari ni aku dating lagi dengan dia!Yeay!!
Bayangkanlah dah sebulan tak keluar sama sebab masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan hal sekolah dan dia pulak dengan hal kerja dia yang tak pernah kurang tu. Jadinya,sebulanlah kitorang tak berjumpa. Okey,kecuali kat pasar malam minggu lepas.Itu pun tak sampai 5 minit.Just say hye and bye.Just like that.
Kesian,kan?Rindu sangat kat dia sepanjang waktu tu.Hampir setiap malam,sebelum tidur,mesti aku bayangkan dia.(Huh,penyakit angau dan rindu sudah mari ni!)
Tapi alhamdulillah,hari ni dapat jugak keluar sama.Macam-macam yang kitorang cerita.Pasal kerja dia,pasal sekolah aku,pasal keluarga and...erm..aku dah tak ingat sangat dah.Lupalah pulak. (Saja buat-buat lupa.Malas nak cerita semuanya kat sini.) Pasal kitorang dating pun aku tak nak sentuh kat sini.Peribadi,kan?
Ehem...untuk cuba tackle hati mak dan adik aku,dengan rasa bangganya dia belanja satu keluarga aku makan KFC. Adik aku dapat kek lagi. Tu pun dia dah lama mintak. Cuma sekarang dia boleh bagi sebab sibuk sangat dengan kerja.Asyik terkejar sana,terkejar sini,kejap ke Perlis, kejap ke Pahang,kejap ke Johor, so busy sangat. Time tahun baru cina ni baru dia cuti,minggu depan baru masuk kerja semula.
Dia kata lepas tahun baru cina ni dia akan jadi makin busy sebab banyak projek kena handle memandangkan bos dia belum lagi keluar wad lepas accident hari tu.Nak buat macam mana? Kenalah biasakan diri andai kata dalam sehari tu hanya sekali je dia call berbanding sebelum ni yang ratio 5 call satu hari. Aku sebagai girlfriend dia kenalah faham situasi semasa.Kena memahami dan bertindak rasional.Kalau dia tak call satu hari tu maksudnya dia sibuk dan aku tak bolehlah fikir yang dia cari perempuan lain.Minta-mintalah jauh sekali semua tu muncul dalam benak aku.
Hajat mak nak makan KFC dah terlaksana.Keinginan adik nak makan kek pun dah tertunai.So,dengan senang hatinya family aku makin suka kat dia.Siap mak kata tadi,
‘’Bakal menantu belanja.’’
Hui,segan habis!Malu aku.
Ceh,macam aku pulak yang mak maksudkan tu.
Tak apa.Itu satu kenyataan dan bukan rekaan semata-mata.
Satu lagi reaksi positif dari family member aku buat masa ni.Adik aku pulak tak habis-habis cakap terima kasih kat dia sebab belanja dia makan semua tu.Ala,mungkin pada hubby, apalah sangat keluar sikit bajet demi kebahagiaan masa depan.Hehe.....
Aku happy bila family aku tak ada masalah dengan dia.At least tak adalah istilah hubungan terhalang,kan?Haha........Gurau je.

Kalau rasa pasal kes dating pun nak mention kat sini rasa menyampah nak baca dan membosankan,sorrylah ye.This is my blog so suka hati aku nak celoteh apa-apa pun kat sini.