Yeay!!!!!!!!!!!!
Sepanduk KRS menang tempat kedua. Bangga gila aku. Mana taknya?Aku adalah salah seorang yang banyak berjasa dalam siapkan sepanduk tu. Hehe...sorry la.Sebenarnya Shira yang banyak berusaha demi tu.Bayangkanlah, bila tengok tulisan khat kat sepanduk orang lain lebih cantik dan cun, dia mulalah risau tak menang. Merungut sikit pasal hasil kerja yang bagi kitorang kurang puas hati sikit. Bila cikgu umumkan keputusan tu,aku rasa macam nak terlompat aje.
Excited tau! Yalah,saingan sengit. Banyak lagi sepanduk yang cun pada kitorang sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ni. Rasa masa mula-mula tu macam tak ada harapan nak menang. Tapi last-last,nama KRS jugak yang muncul di tempat kedua. Mana tak bangga aku sebagai salah seorang dari lima orang yang berjasa siapkan sepanduk tu.Tapi sorry la.Tak ada pic la pulak. Nanti kalau ada, aku cuba-cuba masukkan.
Kejap! Tak payahlah kot. Simple je,rasa segan pulak nak tunjuk.Hadiah yang kitorang dapat tak banyak.RM60 je. 50% kitorang angkut untuk belanja makan termasuk aku, Shira,Acun, Wan dan Shida. Walaupun Shida tak join sekali masa buat sepanduk ni tapi dia dah banyak sumbangkan barang-barang yang diperlukan. Shira,Acun dan aku rancang nak guna RM30 tu untuk makan seafood. Tengah bincang tarikh aje ni. Pergh,terliur dah aku! Hahaha......
Aku tiba-tiba rasa bangga sangat-sangat dengan aktiviti yang diadakan group IQRAG hari ni sempena kempen menutup aurat di sekolah aku. Futsal memang dapat sambutan yang hebat tadi. Tak sangka pulak ramai yang sertai aktiviti ni. Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar lelaki saja. Nampak sangat pelajar lelaki dalam sekolah tu minat sangat dengan bola sepak ataupun futsal. Tak terkira peserta yang datang tadi. Fuh,tak caya aku masa mula-mula datang tadi. Adalah dalam 4 group dan lebih kurang dalam 20 team yang sertai pertandingan ni.
Aku termasuk dalam kalangan pelajar perempuan yang kena ada sepanjang pertandingan tu berlangsung.Tugasnya, sediakan air minuman,tukang jaga barang berharga, beri pertolongan cemas dan jugak sebagai penonton.Hehe.....
Serius,aku tak sangka futsal ni dapat sambutan panas(orang selalu guna perkataan hangat jadi aku tukar untuk nampakkan kelainan.Hehehe).Makin banggalah aku jawabnya lepas ni.
Tadi....hurm...aku tak ingatlah berapa team yang bertanding.Cuma yang pasti ada banyak. Hari Isnin minggu depan baru sambung game dan teruskan sampai final. Siapalah agaknya pemenang game futsal ni. Tak sabar nak tahu ni. Dup dap...dup dap...
Okey, at the same time, program operasi gemilang kat sekolah aku pun akan bermula. Erm...makin sibuklah aku jawabnya. Makin tension dengan tanggungjawab,kerja sekolah, kerja rumah,’kerja’ yang cari sendiri dan banyak lagilah yang makin runsingkan kepala aku lepas ni.Bukan aku aje tapi termasuklah dengan kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Demi pelajaran yang aku utamakan, aku kena kurangkan aktiviti yang kurang penting sikit. Main game, tengok tv layan cerita favourite, lepak tanpa buat apa-apa, berangan dan lain-lain yang tak tersebut dalam ni. Aku kena terangkan pada hubby tentang semua tu. Aku kena fokus pada study dan kemungkinan aku akan kurang layan dia lepas ni.Sorry ye,hubby.
After this,IQRAG akan adakan Treasure Hunt pulak. Harap sambutannya pun hebat jugak.Banyak otak kena perah untuk dapatkan idea nak dera orang dalam game ni.Kasi susah sikit,kasi dorang mengah sikit dan kasi dorang pening sikit. Sikit aje, tak banyak sangat. Kita kasi gempak sikit TH ni. Baru orang lain boleh betul-betul rasa tercabar dengan game ni. Hehehe.... bunyi macam ada idea jahat aje. Kejam pulak aku ni sekarang.
Oh ya,dengar kata program qiamulail dapat sambutan jugak. Ramai yang kata nak join program tu. Syukur,ada jugak yang berminta rupanya dengan program keagamaan macam ni. Ingatkan kurang yang nak ambil bahagian.Agak-agak sampai tak 100 pelajar yang nak follow sekali qiam lepas ni? Mungkin kot. Kenalah hebohkan satu sekolah kalau nak capai target tu.Baru best buat qiam ramai-ramai tapi bagi aku kurang syok sikit sebab malam tu confirm susah nak tidur.Ada aje yang nak bercerita itu ini. Bikin gosip panas aje karang.
Ha,lagi satu yang penting bagi aku. Satu minggu ni aku rasa penat sangat. Dari hari Isnin sampai tadi aku asyik sibuk dengan urusan kat sekolah. Selalu balik lewat kecuali hari Khamis sebab time tu dah siapkan sepanduk KRS. Aku macam tak cukup rehat tapi alhamdulillah aku masih ada banyak stamina untuk hadapi satu minggu yang penuh kepenatan. Minggu depan lagilah sibuk agaknya.Dengan operasi gemilang, mesyuarat untuk TH, usrah, latihan ujian lisan and bla..bla..bla...Banyak sangat sampai aku tak tersebut semua tu. Hua....tensionnya! Harap-harap aku kuat nak tempuh hari-hari yang akan mendatang yang akan dipenuhi dengan kejutan yang tak terduga.

No comments:
Post a Comment