Wednesday, February 9, 2011

Next Content

APA YANG BARU?
Hari ni dan semalam ada yang sudi jadi driver aku angkut dari sekolah.Siapa lagi kalau bukan my hubby?Disebabkan cuti sempena tahun baru Cina ni,dia dah kebosanan duduk saja kat rumah dan buat kerja sambilan serta susahkan diri untuk ambil aku dari sekolah yang tak berapa jauh dari rumah aku sendiri.Tak apalah.Lepas ni mungkin dah tak ada peluang sebab dia akan sibuk dengan kerja.Mulai esok dia akan kerja semula walaupun sepatutnya dia start kerja hari Sabtu ni.
Nak tak nak aku kenalah faham kerja dia tu.Andai kata dalam satu hari tu dia tak call,maksudnya dia sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call aku.Hurm...reda dan pasrah ajelah.Makin rindu kat dialah jawabnya nanti.Kesian,hari ni saja satu kotak fail ada kat atas meja dia.Semuanya perlu diselesaikan segera.But luckily,bos dia dah boleh mula kerja lepas accident hari tu.So,maknanya tak adalah dia kena terkejar-kejar siapakan semua kerja.Tak adalah tension sangat macam sebelum tahun baru Cina hari tu,kerja dia kena selesaikan and at the same time kerja bos dia pun kena siapkan jugak.Sabarlah ye hubby.
Hah!Tadi masa balik,aku terserempak dengan Faizza and Atikah.Habislah aku kena attack dan kena gosip esok.Bersedialah untuk diserang.Kah..kah..kah...Segannya tadi oi.Boleh pulak dorang u-turn bila nampak aku dengan hubby.Waktu tu saja je hubby bawak aku balik ikut jalan Nakhoda tapi tak sangka pulak terserempak dengan minah dua orang tu.Masa awal-awal tu aku ada nampak dorang on the way nak ke Taman Jasa Utama.Aku suruh dia jarakkan sikit dari dorang.Alhamdulillah first time tu selamat tapi tak masa kali kedua.Hua...segannya aku.Mana aku nak letak muka ni?SEGAN TAHAP GABAN! Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada jugak tapi tak logiklah sebab nak elakkan kena serang,aku kerugian ilmu.Betul tak?
Lagi satu tadi kawan baik aku nak kenal sangat kat hubby tapi tak kesampaian. Sorry Shira. Nanti aku belanja kau kek tapi guna duit hubby.Nak suruh aku belanja memang angan-angan ajelah.Hahaha....Shira,kau tahu tak,kau ajelah yang tahu banyak rahsia aku selain Izza. Thanks,dear!
Tadi Man call aku.Lamanya kitorang tak saling contact.Kesian kawan aku sorang ni. Tension sangat pasal kerja jugak. Penat aku ceramah kat dia tadi supaya jaga kesihatan,jaga diri,jangan abaikan kesihatan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan kesihatan.Dia tu degil betul.Selalu sangat sakit. Risau aku dibuatnya. Rupanya dia ada satu kelemahan sama macam hubby.Hahahaha.....adoyai. Pening betullah dengan dorang ni. Kasi aku nak tergelak aje.Nak tahu apa?Biarlah rahsia....Rindu pulak dengan kawan aku seorang ni. Last time jumpa masa bulan puasa tahun lepaslah.Dah setengah tahun tak jumpa dia ni. Nak tanya khabar pun rasanya sebulan sekali.Dia aje yang asyik contact aku. Aku pulak? Nak jimat kredit punya pasal sanggup tunggu dia aje yang call aku.Nak buat macam mana?Aku student lagi,tak ada duit nak selalu top up.Hehehe.....Sorry,Man.After this I’ll always contact you.
Hmmm......erm.....perkembangan hidup aku sekarang?Nothing interesting by now,I guess.Masih lagi sebagai kehidupan seorang pelajar yang sentiasa ditemani kerja rumah,cikgu-cikgu,sekolah dan keluarga. Cuma aku nak cerita sikit masa aku pergi Kuang sebab wedding kakak sepupu aku. Kat sana aku rapat dengan seorang sepupu lelaki. Nak tahu tak,baru hari tu aku tahu yang rupanya dia ni saudara rapat aku sebelah mak. Selama ni tak sedar langsung pun. Mungkin sebelum ni ada terserempak kat mana-mana tapi tak tahu pulak hubungan kitorang sebagai sepupu. Itulah padahnya kalau aku tak ambil peduli sangat dengan saudara-mara aku yang rupa-rupanya ramai jugak ni.Dia mula tegur aku masa aku tengah buat latihan Chemistry.Actually aku angkut buku pergi sekali sebab sebelum ni aku tak buat langsung.Baru hari tu terkocoh-kocoh sumbat buku dalam beg. Masa tengah pening cari jawapanlah dia datang tegur.
‘’Buat Chemist eh?’’
‘’Hah?’’Aku menoleh.Siapa dia ni?Aku kenal ke?
‘’Minat Chemist ke?’’
‘’Tak adalah minat sangat.Terpaksa buat.’’Kalau cikgu Chemistry dengar mesti dah jeling-jeling aku masa ni.
Start dari situlah kitorang borak panjang pasal sekolah,pasal study, pasal pengalaman dia pergi program PLKN dan macam-macam lagilah. Baru aku tahu dia tu lepasan SPM dan tengah tunggu result keluar. Syok sangat berbual itu ni. Dia cakaplah yang kat sekolah dia hebat dalam bola sepak. Ingat dia nak promote nama sekolah dia. Tapi bila masuk rumah(aku menginap kat rumah pengantin aka rumah dia jugak.Dia ni adik kepada pengantin aka kakak sepupu aku),aku usharlah frame yang melambak kat sebelah rak tv.Jeng...jeng...jeng...rupanya dia pemain bola sepak masa kat sekolah dia.No wonder la dia siap promote team bola sepak SMK Bukit Gading.
Memang best dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan sepupu sendiri.Tak adalah menyesal sangat aku follow mak aku pergi kat Kuang. Okey,menyesallah sikit sebab masa mula-mula tu aku memang rancang tak nak pergi tapi nak tak nak aku kena jugak ikut sekali.Takkan nak tinggal kat rumah seroarng diri?Tak mau ah. Kat sana aku bukannya buat apa pun selain lepak kat dalam rumah and tengok tv je.Bosan.Kalau kat rumah,boleh aku online ke,nak tertonggeng ke,nak membuta ke kan...Baru syok gitu.But nice to meet you la my cousin!

No comments:

Post a Comment