Hari ni aku dating lagi dengan dia!Yeay!!
Bayangkanlah dah sebulan tak keluar sama sebab masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan hal sekolah dan dia pulak dengan hal kerja dia yang tak pernah kurang tu. Jadinya,sebulanlah kitorang tak berjumpa. Okey,kecuali kat pasar malam minggu lepas.Itu pun tak sampai 5 minit.Just say hye and bye.Just like that.
Kesian,kan?Rindu sangat kat dia sepanjang waktu tu.Hampir setiap malam,sebelum tidur,mesti aku bayangkan dia.(Huh,penyakit angau dan rindu sudah mari ni!)
Tapi alhamdulillah,hari ni dapat jugak keluar sama.Macam-macam yang kitorang cerita.Pasal kerja dia,pasal sekolah aku,pasal keluarga and...erm..aku dah tak ingat sangat dah.Lupalah pulak. (Saja buat-buat lupa.Malas nak cerita semuanya kat sini.) Pasal kitorang dating pun aku tak nak sentuh kat sini.Peribadi,kan?
Ehem...untuk cuba tackle hati mak dan adik aku,dengan rasa bangganya dia belanja satu keluarga aku makan KFC. Adik aku dapat kek lagi. Tu pun dia dah lama mintak. Cuma sekarang dia boleh bagi sebab sibuk sangat dengan kerja.Asyik terkejar sana,terkejar sini,kejap ke Perlis, kejap ke Pahang,kejap ke Johor, so busy sangat. Time tahun baru cina ni baru dia cuti,minggu depan baru masuk kerja semula.
Dia kata lepas tahun baru cina ni dia akan jadi makin busy sebab banyak projek kena handle memandangkan bos dia belum lagi keluar wad lepas accident hari tu.Nak buat macam mana? Kenalah biasakan diri andai kata dalam sehari tu hanya sekali je dia call berbanding sebelum ni yang ratio 5 call satu hari. Aku sebagai girlfriend dia kenalah faham situasi semasa.Kena memahami dan bertindak rasional.Kalau dia tak call satu hari tu maksudnya dia sibuk dan aku tak bolehlah fikir yang dia cari perempuan lain.Minta-mintalah jauh sekali semua tu muncul dalam benak aku.
Hajat mak nak makan KFC dah terlaksana.Keinginan adik nak makan kek pun dah tertunai.So,dengan senang hatinya family aku makin suka kat dia.Siap mak kata tadi,
‘’Bakal menantu belanja.’’
Hui,segan habis!Malu aku.
Ceh,macam aku pulak yang mak maksudkan tu.
Tak apa.Itu satu kenyataan dan bukan rekaan semata-mata.
Satu lagi reaksi positif dari family member aku buat masa ni.Adik aku pulak tak habis-habis cakap terima kasih kat dia sebab belanja dia makan semua tu.Ala,mungkin pada hubby, apalah sangat keluar sikit bajet demi kebahagiaan masa depan.Hehe.....
Aku happy bila family aku tak ada masalah dengan dia.At least tak adalah istilah hubungan terhalang,kan?Haha........Gurau je.
Kalau rasa pasal kes dating pun nak mention kat sini rasa menyampah nak baca dan membosankan,sorrylah ye.This is my blog so suka hati aku nak celoteh apa-apa pun kat sini.
No comments:
Post a Comment