Monday, November 15, 2010

After that...

KEHIDUPAN ADALAH SEPERTI LAYAR FILEM
              Begitulah kehidupan kita seharian.Seperti filem atau drama yang kita tonton,pasti akan ada perkembangan,perumitan,klimaks dan juga peleraian.Dalam babak pertama mungkin bermulanya permulaan cerita dan diikuti dengan perkembangan.Dari situ cerita akan terus berkembang dan banyak bermain dengan perasaan kita.Rasa geMbira pasti akan diikuti dengan kesedihan.Bila kesedihan sudah berlalu,kegembiraan akan menyusul semula.Cuma yang membezakan setiap cerita adalah cepat dan lambat kegembiraan mengisi perasaan kita.Betul tak?      
              Tapi yang tak menariknya adalah apabila kita terpaksa menunggu lama perasaan gembira itu datang untuk menggantikan kesedihan.Keperitan yang kita lalui semasa menempuh kesedihan adalah rasa yang paling perit kita kena hadapi.
              Begitulah kehidupan.Macam orang yang selalu kata,hidup kita seperti roda,kadang-kadang di bawah dan kadang-kadang di atas.Saat kita sedang hidup senang dan gembira,sedetik mampu membuat kita menangis dan bersedih.Tapi jangan kerana sedetik itu,kita merosakkan seluruh masa depan kita.
              Aku harap apa yang terjadi hari ini pada dia takkan mematahkan semangat untuk terus berjuang dan berdepan dengan diri kita yang baru.Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitulah dalam filem dan drama yang biasa kita tonton.Seorang penulis skrip pasti menyampaikan mesej yang berguna kepada kita.Begitulah Allah menguji umatnya agar mendapat pengajaran dan hikmah untuk kita semua sebagai manusia.
              Aku yakin,Allah takkan menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu.Lagipun Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita.Dan hasilnya kita akan menjadi lebih matang dan mampu untuk berdepan dengan cabaran yang lebih hebat di masa depan.Itulah apa yang aku fikir.Salahkah fikiran aku?
              Doakanlah agar kita tabah menjalani kehidupan seharian yang sentiasa penuh dengan rintangan.AMIN...

No comments:

Post a Comment