Aku berjalan menuju ke perpustakaan dengan langkah biasa.Tiada tanda menunjukkan aku suka dengan pertemuan ini.Kalau bukan kerana atas soalan yang menyesakkan dada,tak ingin aku datang berjumpa dengannya.Ira,temanku mengiringi langkahku hampir serentak.
‘’Nervous ke?’’
‘’Kenapa pulak?Buat macam biasa sudahlah.’’Balasku selamba.
Aku sudah menapak masuk ke ruang perpustakaan sekolah.Dari jauh aku nampak kelibatnya sambil tersengih seperti biasa.Naik menyampak pulak aku tengok.Kelihatan juga beberapa temanku yang lain duduk bersama dengannya.Alamak,Mas ada pulak.Balik ni habislah aku kena sakat dengan budak sengal ni.
Aku sekadar tersenyum nipis sebelum duduk di meja yang terletak tidak jauh dari tempat teman-temanku.Senang sikit kalau jadi apa-apa.Boleh terus jerit minta tolong dorang.Tidak lama kemudian,dia menarik kerusi dan duduk berhadapan denganku.Dia merenungku seperti selalu dia lakukan sebelum ini.
‘’Okey,apa awak nak cakap?Masa pun tak lama mana.’’Aku memulakan dulu.Kalau nak tunggu mamat ni cakap dulu,berabad lamanya.Asyik nak pandang aku macam tak pernah pandang orang.Rasa macam nak lepuk dia aje.Aku pun malaslah nak duduk lama-lama kat sini.Tak ada faedah beb.
‘’Apsal awak lambat?’’Soal S.A.
‘‘Oh,saja lambat.Tadi teman member pergi kantin kejap lepas tu makan.’’Jawabku tanpa rasa bersalah.Dah lama tau aku praktis buat muka selamba bila nak berdepan dengan A.S. ni.
‘’Awak tau tak saya dah tunggu dekat sepuluh minit kat sini.’’
‘’Eleh,rilekslah.Baru sepuluh minit.’’Pintasku.Ada aku heran?Lagi lambat jumpa kau lagi bagus tau tak.’’Okey,tak payah buang masa.Apa awak nak cakap,cakap ajelah.’’Aku memeluk tubuh,lagak seperti gedik pun ada jugak tapi sikit aje ya.
‘’Awak ni makin cutelah.’’
Pulak dah.Aku ingat dia nak cakap apa tadi.Hey,kalau kau tak cakap pun aku tahulah.Kalau tidak,takkanlah ada orang minat kat aku selain kau.Bentakku dalam hati.Buang masa betul bila berdepan dengan mamat ni.Poyo lebih.
‘’What ever.Tapi sebelum tu,saya nak tanya.Siapa yang bagi nombor telefon saya kat awak?’’Hah,ni yang aku nak tahu sangat.Siapalah yang bersekongkol dengan dia sampai sanggup bagi nombor telefon kat budak ni.Sebelum ni aku dah bagi warning kat Nadz,Iza dan beberapa orang lagi kawan yang boleh dipercayai.Hairan betul.Sebelum ni memang aku pernah bagi nombor telefon kat dia tapi tak cukup satu.Aku tinggalkan nombor yang terakhir tanpa dia sedar.Siap dia ungkit lagi masa ada kem kat Taman Negara baru-baru ni.Sikit pun aku tak terasalah.
S.A. diam.Nampak sangat dia nak berahsia dengan aku.
‘’Saya ulang sekali lagi,siapa yang bagi nombor saya?’’Aku ulang buat kali kedua.Aku tak nak buang masa dengan tengok dia yang sekadar mendiamkan diri.
‘’Kalau saya tak bagitahu tak boleh ke?’’
‘’Soalan saya,siapa bagi nombor tu kat awak.Saya takkan jawab soalan lain sebelum apa yang saya tanya terjawab dulu.’’Tegasku.
Kelihatan dia sedang serba salah untuk memberitahu identiti ‘pemberi maklumat’.
‘’Soalan saya tak susah,kan?’’
‘’Tapi saya dah janji dengan dia.’’
‘’So?Jangan risau,saya takkan attack budak tu.’’Janjiku padanya.
‘’Tak bolehlah.’’
‘’Saya ulang sekali lagi,siapa yang bagi nombor tu kat awak.Soalan saya senang aje,kan?’’Terselit nada menyindir dalam soalanku.Biarkan dia terasa dengan sikap aku dan lupakan aku terus.
Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab,’’Orang tu awak kenal.’’
‘’Siapa dia?’’
‘’Dia pembimbing rakan sebaya.’’Sambungnya ringkas.
Aku tersentak.Apa?Takkan Nadz pulak?Hari tu dia cakap tak bagi pun.Tapi selain Nadz,ada seorang lagi kawanku yang jadi PRS.Isya?Tak mungkin!Kenapa dia baritahu mamat ni nombor aku?
‘’Orang tu tengah duduk kat sebelah saya ke?’’Aku meminta kepastian.Aku memandang Isya yang ketika itu duduk di sebelah kananku bersama teman-teman yang lain.
S.A. sekadar mengangguk.
Ah,tidak.Aku tahu mesti budak ni dah press Isya supaya serahkan nombor telefon bimbitku kepadanya.Aku tersenyum menyindir apabila melihat muka S.A. nampak tenang.’’Okey sekarang awak cakap apa yang awak nak cakap.’’
‘’Kenapa awak macam ni?’’
‘’Macam mana?Saya tegas?Jadi awak tak suka?Ini soal hati dan perasaan.Kalau saya tak tegas,awak akan salah anggap apa yang saya sampaikan.’’Balasku sebelum merenungnya dengan pandangan menyindir.Sebelum ni,kau saja yang bercakap.Kali ni biar aku pulak yang control perbincangan ni.
Sekali lagi dia diam.Aku akan buat kau terus terdiam.
‘’Awak suka saya?’’Soalku.Macam soalan orang bodoh pun ada jugak.Sudah terang lagi bersuluh,memang confirmlah dia ada hati kat aku.
‘’Ya,saya suka dan minat kat awak.’’
‘’Awak nak couple dengan saya?’’Satu lagi soalan yang tidak sepatutnya aku utarakan.
‘’Ya,saya nak couple dengan awak.Saya nak awak.’’
Eei,loya tekak aku mendengarnya.Sesuka hati nak aku.Ingat aku ni barang yang boleh dapat macam tu aje?No way and you’re wrong Mr. S.A.
‘’Kalau saya couple dengan awak,apa yang awak boleh bagi pada saya?’’
Riak muka lelaki tu terus berubah sama sekali.Aku tahu,mesti dia tak ada idea nak jawab soalan aku.Aku tahu dia tak mampu nak bagi aku apa-apa.
‘’Apa yang boleh awak bagi?Tak ada,kan?’’Aku terus menyindir.
‘’Okey,saya tahu saya tak mampu nak bagi awak apa-apa tapi saya rasa saya boleh bagi awak...’’
‘’Kebahagian?’’Pintasku serta merta.
‘’Jujur dengan saya,awak ada lelaki lain?’’
‘’Ya.Secara jujurnya saya ada lelaki yang saya minat.Dia boleh bagi saya macam-macam. Kebahagiaan,harta.Kita orang memang rapat.Saya kenal parents dia dan dia pun kenal parents saya.Mungkin dia akan jadi future husband saya.Awak pulak,apa yang boleh bagi?SPM pun tak lepas lagi.’’Balasku penuh angkuh.Dahsyat jugak ayat yang terakhir tu.Memang menusuk ego dia.Biar aku toreh sikit ego dia yang selalu perasan bagus ni.
Wajahnya berubah kelat.Mesti terasa atas apa yang aku cakap tadi.Padan muka kau.Sebelum ni,kau yang asyik bercakap sampai aku terdiam.Kali ni biar aku balas dendam balik sampailah kau terdiam seribu bahasa.Haha...Bunyi macam kejam sangat aje.
‘’Okey dengar ni.Saya tak boleh anggap awak lebih daripada kawan.Saya hanya boleh anggap awak sebagai kawan,rakan sekolah dan kawan kepada kawan saya.Itu aje dan tak lebih.’’
Keadaan menjadi senyap seketika.Sesekali aku melihat Nadz,Isya,Mas dan Ira seakan menjeling ke arah kami berdua.Lantak kau orang nak fikir apa namun yang pasti aku dah cakap apa yang aku nak cakap dengan mamat sengal ni.Malam tadi waktu aku tengah berbual dengan ‘dia’,boleh pulak mesej budak depan aku ni masuk dan ajak jumpa di perpustakaan waktu rehat.Kacau line betul.Nasib baik ‘dia’ jenis yang faham dengan keadaan aku yang asyik diburu oleh lelaki yang tak reti bahasa yang tengah duduk depan aku ni.
‘’Ada apa-apa lagi awak nak cakap?Saya ada kelas ni.Awak pun mesti ada kelas jugak,kan?Lagipun dah habis rehat ni.’’
Tiada respon daripada S.A. selain keluhan.
‘’Ada lagi tak?’’Soalku buat kali kedua.
Hanya isyarat tangan yang diberikan supaya aku beredar.Hati melonjak gembira.Padan muka kau.Sebelum ni aku dah cakap banyak kali supaya lupakan rasa sukanya padaku.Dia bukan citarasa aku.Dahlah playboy,ada hati nak jadikan aku mangsa seterusnya.Rasanya akulah orang pertama yang mampu mencalarkan egonya yang tinggi melangit.Apa dia ingat dia bagus sangat sampai ramai perempuan yang boleh tertarik kat dia?Sorrylah beb.Aku bukan jenis mudah cair dengan ayat jiwang kau tu.Sikit pun aku tak heran sebab hati aku dah ditakluki oleh seseorang yang selalu membuat aku tergelak dan gembira.Yang pastinya orang itu bukan kau,S.A.
‘’Okey,saya blah dulu.Bye,member.’’Sengaja aku menekan perkataan member agar dia ingat statusnya di depan mata aku.Hanya sebagai kawan.
