Thursday, December 30, 2010

THE END OF THE YEAR 2010

Hikayat Hani Untuk Tahun  2010
Ehem, di sini aku nak kongsi apa yang aku pelajari,alami serta pengalaman baru sepanjang menjalani tahun 2010 ni.Sudi tak nak baca?

1.Aku ada pengalaman bekerja walaupun sikit.Itu yang penting.Dari situ aku dapat pengalaman baru,kenalan baru dan pengetahuan baru.Masa kerja wiring,aku dapat tahu pasal wayar-wayar dan fungsinya.Itupun hanya sikit aje yang aku tahu.Kerja masa ni best jugak.Kena redah hujan dan panas terik.Balik-balik terus ‘pengsan’.Yang paling best,tahu pulak aku nak pengsan kat atas katil.Haha...
            Kerja kedua,seperti yang sedia maklum,berniaga di bazar Ramadan.Masa ni yang paling banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku samada manis atau sebaliknya.Dari sini aku dapat kenal pelbagai ragam manusia sepanjang bulan puasa.Pengalaman selama sebulan ni meninggalkan banyak pengalaman,kenangan,pengetahuan dan macam-macam lagi yang aku dapat belajar.
Aku dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi aku yang sememangnya pendiam ni.Aku kenal dengan ramai orang.Yang mesra,yang kurang mesra,yang langsung tak mesra pun ada jugak.Tapi yang paling berkesan dalam hati aku,orang di luar lebih mesra dari dalam sekolah.Tak percaya?
Aku selamba mengusik menyakat pelanggan dan dia orang sambut gurauan tu.Ada yang mula-mula datang tu muka tegang aje tapi bila aku usik sikit,terus tersenyum.Happy tau.Cuba kalau buat macam tu kat sekolah,mesti ada yang awal-awal lagi dah tarik muka.Tapi ni aku label kat sebahagian aje.Aku tak maksudkan semua ye.

2.Kawan. Kenalan aku bertambah sepanjang tahun ni.Tahun ni aku kenal Ika,Man,Kak Mala,Kak Ita a.k.a my boss while working at bazar, ‘dia’, rakan sekelas dalam 4 Science 1, rakan sekolah dan ramai lagi.Dalam berkawan ni,sering ada kawan yang datang dan pergi.Aku sedar,kawan hanya akan mencari kita saat dia orang susah dan bila dah senang terus tinggalkan kita lalu kembali kepada kehidupan asal mereka.Bukan setakat kawan aje yang buat macam tu,tapi saudara pun ada jugak.
Buat masa ni ada beberapa orang kawan aku yang tidak berada di sisi aku lagi setelah detik kejatuhan mereka berlalu pergi dan diganti dengan saat kegemilangan.Manusia di sekeliling aku memang begitu,kan?Waktu susah baru nak cari aku,bila dah senang langsung lupakan aku.Aku terfikir,kewujudan aku takkan hanya disedari sewaktu mereka susah?Bagaimana bila waktu aku pula yang dilanda kesusahan?Ada mereka datang kepada aku dan tenangkan aku atau beri semangat pada aku?Jauh sekali angan-angan tu akan jadi kenyataan.

3.Aku belajar subjek baru! (Itu sudah tentu sekali sebab aku kan dah masuk Form 4 tahun ni.)Subjek yang lebih susah,ada yang menarik untuk diteroka,ada yang hampir-hampir pecahkan kepala otak aku,ada jugak yang mudah nak faham tapi susah nak jawab masa exam. Tulah pasal result aku tahun ni drop gila!
Semuanya pengalaman baru bagi aku.Contohnya masa bedah katak waktu Bio. Mula-mula aku rasa geli nak dekat dengan katak-katak tu,tapi bila forcep dah ada kat tangan,rasa macam tak nak lepas dan terus membedah katak tu sampai licin.Haha...Tapi kesian pada katak-katak yang tak berdosa tu.Tak pasal-pasal jadi mangsa korban demi belajar teknik membedah.Kalau ada peluang rasa nak aje membedah lagi.Bukan katak tapi manusia.Wait!!!Orang takut dengan darah ada hati nak bedah manusia.Karang tak pasal-pasal aku buat rekod,DOKTOR PENGSAN DALAM BILIK BEDAH KERANA TAKUTKAN DARAH.Hua..hua..buat malu ajelah.Sama jugak dengan subjek lain yang boleh main dengan alatan eksperimen.Best..best..best tapi jadi tak best bila kena hafal semua tu untuk exam.Perit tu!

4. Aku berdepan dengan manusia yang teruk. Ini pengalaman yang paling getir pernah aku tempuhi tahun ni.Tahun ni aku dilabel sebagai perempuan jahat oleh beberapa orang yang tak puas hati dengan aku. Berdepan dengan Mirul dan Syaifirul Adli membuatkan aku makin faham dengan lelaki sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dorang ni psiko! Rupanya lelaki jadi baik kerana cinta dan ada jugak yang bertindak kejam demi cinta. Dan lepas apa yang lalui,aku menyesal bercinta atas niat nak enjoy. Lepas baca buku Tentang Cinta milik Izza punya,aku rasa otak aku dah kena brainwash mengenai cinta.
Rupanya cinta yang sejati harus kita kejar.Cinta sebenarnya suci tapi sering dipermainkan dan didustai oleh manusia.So,sejak aku declare putus dengan Mirul,aku nekad nak cari cinta sebenar iaitu cinta dunia akhirat.Aku tak naklah bercinta bagai nak rak tapi last-last tak ada kesudahan yang gembira.Itulah yang aku fikir sekarang dan mungkin selamanya.Aku harap aku dapat mencari cinta yang boleh membahagiakan aku di dunia dan jugak akhirat kelak.

5. Rupanya manusia selalu fikirkan rupa dan harta.Itu aku pasti sangat.Aku dah lalui benda ni. Dulu waktu aku Form 3, aku sedar aku selekeh, nak bergaya pun tak adalah pandai, pendiam sangat-sangat pulak tu. Tambah-tambah lagi dengan muka aku yang jarang dihiasi dengan senyuman.Tapi itu kisah masa aku Form 3.
Naik aje Form 4,aku mula buat perubahan sedikit demi sedikit.Aku ubah sikit cara pakai tudung, pemakaian,  jadi lebih mesra, kurangkan merajuk, layan orang sebaik mungkin dan banyak lagi.Semua tu beri effect dalam kehidupan aku seharian. Bermula dari sini,aku perasan orang di sekeliling okey dengan aku. Tapi aku tak suka ni. Syaifirul Adli mula pandang aku lepas aku transfom sikit peribadi aku.Kalau tak kenapa baru sekarang dia nak tegur aku,nak kawan dengan aku padahal sebelum-sebelum ni pun aku ada di sekeliling jugak.Aku ingat lagi dia kata yang dia suka kat aku sebab aku ni makin comel. So berdasarkan apa yang dia cakap,dia mula minat kat aku disebabkan luaran aku.Nampak sangat dia jenis yang memandang pada rupa dan bukan hati.

6.Aku mula kumpul novel.Yeah!!Bagi aku dapat kumpul apa yang aku minat adalah satu kepuasan.Walaupun banyak berhabis,tapi aku puas hati.Nanti bila ada banyak duit,aku nak beli seberapa banyak novel dan komik yang aku suka. Kumpul dan susun kat rak sampai bertimbun. Haha..boleh buka perpustakaan novel ni.Boleh jadi jugak hubby komen,’’Lepas kahwin nanti,kurangkanlah layan novel dan komik tu.’’
Haha...jealous sebab aku tak berapa layan dia berbanding novel dan komik kegemaran aku.Tapi dalam setiap novel,buku dan komik yang aku baca macam memberikan aku pengajaran.
7.Aku makin sedar yang aku ni makin kerap keluar rumah.Oh,mentang-mentang tahun ni honeymoon year so aku pun ambil kesempatan asyik keluar.Berdasarkan statistik yang aku lakukan (cewah!ayat tak boleh blah),tahun ni kekerapan aku keluar adalah dua kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bukti?Nak jugak ke bukti?Okeylah contohnya dalam tahun ni saja dah berapa kali aku keluar tengok wayang.Tahun ni jugak aku pertama kali pergi Pesta Buku,sampai dua kali pulak tu. Tahun ni jugak aku banyak kali keluar dating. Dengan Mirul adalah dalam 4 atau 5 kali.Dengan hubby,entah.Tak pernah kira la pulak. Keluar dengan kawan-kawan pun banyak kali jugak.Pergi Giant,SM,KLCC,kem,beraya.
Beraya pun nak ambil kira jugak ke?Mestilah.Kalau sekali aje tak apa tapi keluar pergi beraya dengan kawan-kawan sampai dua kali ni apa cerita?Tulah pasal aku macam risau pulak setiap kali nak minta izin keluar.Risau mak tak bagi.Okey mungkin mak bagi tapi yelah,tadahlah telinga dengar ceramah.Siapa yang tak risau anak dara macam aku ni selalu keluar.Dahlah kat luar tu banyak bahananya.Silap sikit,mahu aku kena jual kat Thailand atau kena angkut lari ke Sumatera.Naya beb!Aku tak nak kena sikit pun.
8.Dalam tahun ni jugak aku asyik dok ushar sorang mamat yang tinggal dekat kondo depan rumah aku. Ditakdirkan rumah aku ada beranda dan mengadap kondo tu. Jawabnya ambil kesempatan lepak kat luar sambil tunggu mamat tu.
Aku dengan adik aku gelar dia Romeo.Kenapa gelar dia macam tu?Sebabnya time tu tengah tak ada idea nak gelar dia apa so tu jelah yang terlintas di fikiran saat tu.Takkan aku nak label dia sebagai alien pulak kot?Nama tu kira okeylah sebab aku sendiri tak tahu nama mamat tu.Rasanya dia pun perasan yang aku asyik usha dia. Adoi,kembanglah pulak orang tu karang. Ingat aku hingin sangat kat dia. Sampai sekarang tabiat aku suka usha ‘permandangan’ diamalkan hampir setiap hari.Kalau nasib baik nampaklah bayang dia.Kalau tak,tunggu ajelah kat beranda tu macam Juliet tunggu kedatangan Romeonya.Hahaha...
9.Oh,dah pandai ya sekarang.Pandai apa pulak?Pandai menjawab,pandai menyakat,pandai bercinta, pandai ingkar, pandai kelentong orang and bla..bla..bla.Dah tu nak buat macam mana? Dah orang sekeliling aku yang ajar, so aku pun terpengaruhlah jugak sikit-sikit.
Memang tak percaya. Dulu punyalah senyap mulut aku bila nak menjawab ayat orang lain tapi tahun ni aku makin berani buat macam tu. Orang kutuk pun aku tak balas tapi tahun ni asal aku boleh bidas ayat dorang so aku pun tempelak. Boleh bikin perang mulut tau.Tambah-tambah lagi semua kawan aku tahun ni asyik nak menang aje. Aku pun tak mahu kalah jadi aku balaslah balik.
Bukti lain,aku dah sembur S.A. habis-habisan dalam tahun ni jugak.Sebelum ni pernah ke aku buat macam tu? Tak tercatat dalam ingatan aku ni tau.Entah dari mana aku dapat keberanian nak balas balik semua yang dia cakap sampai fed up nak fight  aku semula. Adakah ini membuktikan yang aku makin berani?Hahaha...Hurmm..no comment.Apa kata korang semua?
10.Tahun ni merupakan tahun di mana aku menjadi semakin malas.Bukti yang paling nyata dan bukan auta,kebanyakan homework aku buat last minute.Ada jugak yang aku tinggal terus and tak buat langsung terutama ringkasan dan karangan.Semua homework yang memerlukan aku menulis panjang berjela,aku biar dulu.Saat-saat akhir bila buku nak kena kutip baru aku cuak dan baru nak buat.Hisy,teruk jugak rupanya penyakit malas aku ni.Susah,payah,ambil masa kalau nak dirawat.Mcam mana nak atasinya beb?
Kalau kat rumah pulak,huh tak usah cerita. Faham-faham sendiri sudah. Nak pergi kedai runcit beli maggi pun kena adik jugak yang aku suruh. Asal nak minta belikan makanan,aku pesan kat keluarga aku then terhidang terus depan mata. Haisy,macam anak raja makan nak kena hidang segala.Teruknya perangai! Kalau mak suruh memasak macam-macam alasan aku bagi,bau bawang kuat sangat la, takut kena minyak la, bahan tak cukup la.Adoi,mak pun pening kepala dengan sikap pemalas aku ni.Nak pergi top up pun malas jugak sampai kawan yang kena buat.Tapi tak apa aku bayar tau.Bukannya suruh top up free.Tapi kalau ya pun apa salahnya.Sebesar Stadium Bukit Jalil tangan aku nyiru tadahkan.Hua..hua..hua..
11.Sepanjang aku alami benda ni, baru tahun ni aku kena serang dengan sakit perut tahap melampau. Atau nama lainnya,senggugut. Pergh,hampir setiap bulan aku kena. Sakitnya hanya orang yang pernah alaminya aje yang tau.Pernah sekali masa tengah ambil exam Add Math.Ya Allah,menggigil tangan aku nak menulis masa tu.Dahlah duduk belakang kelas sebab aku tukar dengan Nina.Orang langsung tak perasankan aku.Plus,semua fokus pada paper kat depan mata dorang.After that,aku terus demam.Fuh,seksa masa tu!Tak nak aku alaminya sekali lagi.
Ehem,buat masa ni hanya itu yang tertulis dalam kepala otak aku.Aku masih mencari apa yang aku dah pelajari sepanjang tahun ni.Sedar tak sedar,sekarang dah nak masuk tahun baru.Tahun di mana aku akan lalui cabaran yang lebih getir.Harap semuanya okey dan aku mampu berdepan dengan semua ujian yang berlaku ke atas aku dan kehidupan aku.
Harap jugak semua orang di sekeliling aku mampu atasi setiap cabaran yang mendatang dengan tabah.Harap jugak impian yang tak terlaksana tahun-tahun lepas diselesaikan dalam tahun ni.InsyaALLAH.

Monday, December 27, 2010

Paranoid Part I

Paranoid?
Kenapa pilih tajuk tu?
Sebab aku memang tengah alaminya sekarang ni.
Apa dia????
Beberapa minggu lepas aku ada berbual dengan seseorang yang pernah rapat dengan aku.Yang tak disangka aku ialah dia khabarkan aku satu berita yang mengejutkan.
‘’Wei kau tahu tak aku dengan dia dah putus?’’
Aku keliru sesaat dua.Putus apa pulak?Dia tu siapa pulak?’’Hah?’’Hanya itu yang aku sebut.
‘’Aku dengan dia.Tak ada siapa bagitahu kau ke?’’Ulangnya sekali lagi.
Aku menggeleng untuk menjawab bagi soalan yang kedua.Kemudian aku berfikir seketika seketika untuk soalan pertama.Dan....Zup!Apa dia?Aku macam kurang percaya.’’What?Kau dengan dia?Putus?Bila?Tapi kenapa?Apa sebabnya?’’Tanpa sedar,bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku.
Memanglah,siapa yang tak terkejut kawan sendiri yang cinta gila kat lelaki tu boleh putus pulak?Padahal dulu dorang memang saling suka sama suka.Mesti ada sebab yang munasabah.Itu fikiran aku saat itu.Tapi kenyataanya tidak sama sekali.
Dia senyap seketika sebelum menjawab.’’Dah lama dah.Dia kata dia dah tak ada hati kat aku.’’
Dan jawapan ni memang buat jantung nak berhenti berdegup.Memang tak munasabah punya jawapan.’’What?!’’
Dia mengangguk lemah.
Takkanlah.Kejam sungguh bunyinya.Tinggalkan kawan aku ni sebab dah tak ada hati kat dia? Habis dulu siapa yang sungguh-sungguh kata cintakan kawan aku ni separuh mati? Yang sanggup tepis semua pandangan orang di sekeliling demi sayangnya pada kawan aku ni? Dasar lelaki!
‘’Dia duduk jauhkan.Mungkin sebab tu dia berubah hati.’’
‘’Tapi takkanlah?’’Sampai sekarang aku masih tak percaya dengan apa yang disampaikan dia.Masih tak percaya sebab susah nak percaya.
‘’Habis kau nangis tak?’’Satu soalan bodoh keluar dari mulutku.Siapa yang tak menangis kalau kena tinggal dengan kekasih?Apalah aku ni.Tiba-tiba aku teringat pada si ‘dia’ pula.
Dia mengangguk sekali lagi.’’Kau bayangkanlah masa dia minta putus tu adalah tarikh anniversary kitorang.Dah masuk dua tahun kitorang couple masa tu.’’
Lama jugak dua tahun tu.Hubungan aku dengan dia mampu ke untuk bertahan lebih dari tempoh itu?
‘’Esoknya pulak ada exam Math,masa tu exam akhir tahun.’’
Wow,ni memang teruk.Kesian kawan aku ni.Dan kau lelaki yang aku maksudkan,memang teruk.Sampai hati kau lukakan hati kawan aku ni.Sebab yang kau berikan untuk minta putus memang kejam.Nonsense!
‘’Teruknya dia tu.Aku yang dengar aje pun dah rasa marah sangat.’’
‘’Memang betul pun.Dorang memang marahkan dia.’’
Aku faham siapa ‘dorang’ yang kawan aku maksudkan.
‘’Habis banjir tak masa tu?’’
‘’Tak lagi.Aku buat macam biasa lagi.Study Math,ulang kaji mana yang patut.Tapi esoknya,bila ____ kata ‘kau okey tak’,waktu tu baru banjir.Menangis sepuas hati aku dan lepas tu aku lega sikit.Pasal tulah,Math aku masa akhir tahun ni teruk sikit.Kalau sebelum ni A je tapi sekarang C.’’
Maaflah kawan,aku tak tahu apa yang menimpa kau dan aku tak ada di sebelah aku untuk tenangkan perasaan kau.
‘’So sekarang kau macam mana?Mesti kau asyik ingat kat dia,kan?’’
‘’Mestilah.Asal aku pakai perfume epal mesti teringat kat dia sebab dia suka bau perfume epal.Bila adik aku tengok Shin Chan,aku pun teringat kat dia sebab dia suka sangat tengok Shin Chan.’’
Kes kawan aku ni memang parah.
‘’Tapi kebelakangan ni aku dah jarang ingat dia lepas pergi kem seminggu hari tu.’’ Sambungnya dan terus bercerita mengenai pengalaman yang dia lalui sepanjang kem. Tentang pengalaman  bercinta seorang fasilitator lelaki. Memang aku kadang-kadang terasa jugak dengar apa yang disampaikan fasilitator tu. Cerita mengenai cinta yang akhirnya membawa dia kepada satu kehancuran.Tapi disebabkan itu,dia bangkit kembali walaupun agak payah nak lepaskan perempuan yang dia cintakan tu.
Selebihnya aku hanya mendengar cerita yang kawan aku sampaikan.Sepanjang dia cerita itu ini,aku teringatkan ‘dia’.
Bagaimana kalau aku alami benda ni jugak?
Kenapa hubungan satu couple tu diduga bila dah masuk dua tahun bercinta?Bukan kawan aku ni seorang saja yang dilanda masalah bila hubungan mereka dah menginjak dua tahun.
Macam mana pulak kalau ‘dia’ tinggalkan aku atas alasan dah tak ada hati kat aku lagi?
Mampukah aku kuat untuk menerimanya dengan hati yang reda?Sekuat kawan aku di sebelah ni?
Bagaimana kalau bila hal ni dah jadi dan aku asyik teringatkan dia?
Adakah aku sekadar bersedih dan menangis?
Atau membiarkannya berlalu seperti tiada apa-apa yang berlaku?
Atau mungkin juga aku membuat sesuatu yang berada di luar jangkaan aku?
Mungkinkah semua itu terjadi?
‘’Kau janganlah risau.Aku tahu,kau dah couple jugak.Dan dari apa yang aku nampak kau memang sayangkan dia.’’
Dia seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiran aku tatkala itu.Cakap memang senang,kawan.Bisik hatiku.
‘’Insya-ALLAH,hubungan kau dengan dia berkekalan.’’
Aku pun harap macam tu jugak.Aku mengeluh.’’Hubungan kitorang baru masuk 4 bulan.Masih awal lagi nak kata macam tu.’’
Dia hanya tersenyum.
Kawan,kau mesti kuat berhadapan dengan semua ni.Harap aku boleh jadi setabah kau satu hari nanti.Aku doakan kau dapat kecapi kebahagiaan kau dan juga kejayaan di masa depan.Amin....
Sekarang makin kerap aku fikirkan perkara yang tak patut aku fikirkan,seperti apa yang aku tulis di atas. Aku baru sedar yang aku ni paranoid. Takut berhadapan pada benda yang belum lagi terjadi. Kadang-kadang bila aku baca novel tentang dugaan yang terpaksa dihadapi sepanjang bercinta,aku takut apa yang tertulis di dalam novel tu terjadi pada aku pulak. Sampai kadang-kadang aku jadi kalut seorang diri setiap kali ungatkan semua tu.
Macam mana aku nak atasi masalah aku ni?Terlalu paranoid dalam bercinta.
Ada jawapan tak untuk itu?

Thursday, December 16, 2010

17 Disember

Aku baru aje menikmati perkhemahan Kid Explorers Nite(KEN) Camp-In@Petrosains Kuala Lumpur.Fuh panjang betul namanya.Gempak dan meriah beb.Banyak cerita menarik untuk dikongsi.Cerita tak menarik pun ada jugak tau.
1.     Ketibaan kita orang memang ‘istimewa’ sangat.Dengan menu untuk sarapan,kita orang semua terpaksa menikmati lunch di depan bangunan KLCC ditemani dengan hiasan air pancut.Ini bukannya satu pujian tau.Ada ke patut makan dalam keadaan macam tu?Memang sambutan yang hebat,kan?Sedih tau.Macam budak merempat yang tak ada arah tujuan.Ops,melampau pulak bunyinya.
2.     Ice breaking mesti wajib ada,betul tak?Memang betul pun.Maka dengan ini diumumkan,aku join group Kerosene.Ahli-ahlinya termasuklah aku(mestilah aku patut ada kan), Shida(orang paling semangat dalam group ni), Akmal(leader group yang paling nerd), Adzad(anak bujang pengetua yang join sekali kem ni), Aiman(satu-satunya budak dari Kemaman dan paling berani sahut cabaran), Amirah, Hazirah(budak paling pandai dalam group),Dayah beserta teman baiknya iaitu Ju. Kerosene!!! Hangat,berapi,meletup!Yay,nilah moto kita orang.
3.     Visit Skybridge!!!Mula-mula cuaklah jugak aku ni.Yelah aku kan jenis yang mudah gayat.Tapi bila dah tengok permandangan,hilang pulak cuak aku.Memang cantiklah! Capture picture dari atas dek tu memang cun.Rasa macam tak puas usha permandangan kat situ.
4.     Bosan sikitlah dengan Platform Challenge.Sebabnya aku blur dengan apa yang diminta untuk membina platform tu.Dahlah lepas makan,plus malam dan sejuk,memang mengantuk dan otak pun macam lambat berfungsi.Sorry tau.
5.     Aku suka gila masa Science Show.Dapat belajar menari lagi tu.Lagu Nobody pulak tu yang dia orang pasang.Lagi ada lagu J-Pop dan lain-lainlah.Aku lupa dah lagu lain tu.Tapi macam ada feel tengah menari kat disko pulak.Dengan lampu serupa macam dalam disko,orang yang menari pun macam gila-gila(tengoklah siapa pesertanya.Kan masing-masing semuanya otak gila-gila.),sungguh aku cakap macam aku betul-betul ada dalam disko.
6.     Aku dapat berkenalan dengan fasilitator Petrosains yang semuanya hebat, sporting, cun dan yang paling best handsome gitu.Haha....Memang banyaklah aku ketawa.Eh,bukan aku seorang tapi semua orang.Asyik melawak aje kan jadi kita orang semua gelak habislah.Sampai lenguh tulang rahang aku ni.(yelah tu.Gimik lebih)
7.     Tidur dalam khemah yang dibina dalam Petrosains.Bukan calang-calang orang yang boleh tidur macam tu tau.Orang lain tidur dalam khemah kalau ada kat dalam hutan tapi kita orang dalam bangunan yang ada aircond.Memang natural,kan?Haha....
8.     Aku ni memang suka tidur ke?Memanglah semua orang suka tidur,tak ada sesiapa yang terkecuali dalam bab tidur ni.Tak adalah,masa malam tu,time orang bergosip,time Aisyah  yang tidur sekhemah dengan aku mencari orang yang berdengkur masa tidur sampai termimpi dinasour,time orang tengah sesuaikan diri untuk lelapkan mata,aku boleh pulak lena sampai bermimpi indah.Langsung tak sedar apa yang berlaku disekeliling aku.Hebat tak aku?Hari tu masa pergi kem kat Taman Negara pun sama jugak.Lena betul sampai waktu blackout pun aku tak sedarkan diri.Banyak yang aku terlepas sepanjang aku tidur tu.Tapi kan yang tak boleh blah,call ‘dia’ dulu sebelum tidur.Dan disebabkan tu orang fikir aku lena sebab dah lepaskan rindu pada si dia.Mana adalah.Bukan sebab tu kot.Mungkin sebab aku memang mengantuk dan letih sangat masa tu.
9.     Tiba masanya untuk berperang.Bukan berperang dengan Korea Utara dengan senjata nuklear tapi berperang dalam Water War Game dengan menggunakan senjata paling hebat masa kini iaitu pistol dan bom air.Haha...lencun satu badan beb.Pagi-pagi dalam pukul 7 dah gerak pergi KLCC Park,tempat aku dating dengan ‘dia’ hati tu.Sejuk tau tapi cantik permandangan subuh masa tu.Participants versus volunteers.Who’s the winner?Of course we who the participants.Yahoo!!!!!!!!!!Ada yang fasi yang teruk dikenakan oleh budak lelaki.Nakal jugak budak SMKSK ni ye.
10.   Aku pergi ke FRIM buat kali kedua.Yang pertama dulu masa aku Form 2 tapi masih ingat lagi betapa seksanya buat jungle trekking.Penat separuh mati.Dahlah kena daki bukit 500 meter.Mahu aje patah kaki aku ni.Yang syok sekali,kita orang semua hanya berlenggang buat jungle trekking tu.Tanpa persediaan dari segi mental dan fizikal, yang lebih utama tanpa bekalan air minuman kita orang terpaksa teruskan jugak aktiviti ni.Asalnya kita orang ingat setakat jalan-jalan and ronda-ronda sekitar FRIM tu tapi tak sangka pulak ada buat jungle trekking merentasi hutan dan mendaki bukit.Memang pecah lemak-lemak degil yang dikumpul time cuti ni.Kaki pulak rasa mahu tercabut aje.Penat..penat..penat.
11.   What?!Dinner terpaksa pakai baju yang sama dipakai waktu jungle trekking???!!!! Biar betul???Memang betul pun.Inilah yang terjadi pada semua budak perempuan dari KL yang bernasib malang ni.Sedih tau bila kita orang kena pakai baju yang dah bau peluh satu hari suntuk.Masam habis!Ni semua bas punya pasal.Suka hati dia aje balik rumah dengan angkut semua beg pakaian kita orang.Disebabkan tu kita orang tak boleh nak melaram habis fesyen waktu dinner tu.Budak lelaki dan budak dari Kemaman dah tukar baju tapi kita orang tak.Kejam betul.Semua moodylah.Habis kita orang kutuk driver bas tu,siap plan idea jahat nak balas dendam kat bas dan driver tu.Kalau ada rezeki, akan ada dinner untuk kita orang yang bernasib kurang baik ni buat kali kedua.Harap-harap adalah.Waktu tu kita orang akan pakai secantik mungkin dan makan sebanyak mana yang kita orang mampu telan.Tunggu ajelah masa tu.
12.   Disebabkan tu jugak,Kak Jehan(lebih kurang ketua fasilitator masa tu) dengar rintihan kami and to pay the revenge,budak lelaki(just for KL students) menjadi mangsa terlibat dalam game.First game tak berapa menarik tapi yang second, memang sakit perut kita orang gelak. Pertandingan Miss World,bukan perempuan jadi model tapi budak lelaki.Nasrun dari Korea.Rizuwan dari Jepun.Akmal,Kerosene leader dari China.Maznizam dari Indonesia.Amer dari Thailand.Erham dari India.Shad pulak dari Scotland.Memang lawak gila masa ni.Baju direka begitu kreatif menggunakan paper, kena catwalk, cakap pun kena macam perempuan.Lepas makan pulak tu.Senak perut aku sebab asyik syok sangat gelak.Thanks pada model-model yang ayu lagi cun gitu.Gempaklah semua orang.

Itulah kenangan yang melekat dalam otak dan hati aku.Skor yang aku bagi 3/5.Yang 2 aku dah tolak sebab pakai baju peluh untuk dinner,tunggu bas untuk angkut kita orang ke hotel,kebiadapan budak perempuan dari Kemaman dan sebab tak dapat mandi 2 hari.

Sunday, December 12, 2010

13 Disember...

Semalam aku dan sekeluarga pergi kenduri kahwin anak kepada sepupu ayah aku atau secara ringkasnya,dua pupu akulah tu.Penat tau.
Eleh,penat konon.Tengok dan makan aje pun penat ke?Lainlah kalau tolong jugak.Jadi penanggah pun tak apa tapi ni tak.Dok usha Salman aje.
Ingat lagi tak pada Salman,saudara aku tu? Dulu aku pernah minat dia sebelum aku couple dengan my ex.Tapi sekarang dah tak lagi sebab aku sedar,aku cuma minat dia gitu-gitu aje.Tak lebih dari gitu-gitu tau.Plus,aku kan dah ada hubby,my love.Haha...
Sedar pun.Ingatkan masih pasang niat nak tackle Salman.
Tak adalah.Biarlah saudara aku tu dengan kehidupan dia.Entah-entah dia dah ada awek kat kolej.
Semalam aku dapatlah jugak berjumpa dengan saudara mara aku yang sekampung sebelah ayah aku.Salman pun aku jumpa jugak.Hahaha....Al-maklumlah,aku ni bukannya jenis yang rapat dengan saudara mara aku kecuali yang memang dah rapat dari aku kecil dulu.Baru aku sedar,aku ni ada ramai saudara lelaki yang agak handsome jugak rupanya.Haha..bukan nak menggatal tapi ni kenyataan tau.
Fuh,kenyang betul aku semalam.Nama pun kenduri kahwin,mesti ada banyak makanan sedap,betul tak?Mestilah betul.Sedap betul melantak sampai tak fikir badan dan pipi yang makin berisi ni.Bila tengok kat cermin pagi tadi,aku perasan pipi aku dah makin chubby. Hua....sedihnya!!
Pelamin yang kakak saudara aku tempah tu memang cantik.Pink pulak tu,warna yang aku TERsuka.Faham betul-betul.TERSUKA tau,bukannya suka sejak dari azali.Cun habis beb.Bila dah nampak benda cantik macam tu,aku pun mulalah pasang angan-angan nak buat lebih grand dari kakak saudara aku tu.Pelamin,tema,undangan,kek,venue...semua dah bermain di otak aku.(Macam tak sabar nak kahwin pulak aku ni!)
Tak apalah,hanya berangan aje.
Well,dalam perkahwinan sebelah ayah aku ni,dia orang amalkan buat cabutan bertuah.Setiap penanggah diberikan sehelai tuala dan setiap tuala tu ditulis nombor.Andai kata bertuah,dapatlah hadiah.Kalau tak,jangan pulak frust menonggeng.Tapi saudara rapat contahnya adik beradik mak bapak bagi pihak kedua-dua pengantin tak layak terima tuala bernombor tu atas sebab-sebab tertentu.Takkan saudara pengantin nak terima jugak kot?Dia orang dah terima ‘hadiah’ yang lebih berharga tau iaitu orang baru dalam keluarga dia orang.Betul tak?
Agak-agaklah,masa aku kahwin nanti,acara ni ada buat tak?Hehe....
Kejap,aku bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.Aku nak cakap,aku dapat dua hamper sebab cabutan bertuah tu!Ops terperasan pulak,bukan aku dapat tapi mak dan ayah aku.Memang bertuah,kan? Dapat dua sekali gus.Masin jugak mulut mak aku masa dapat tuala waktu pagi tu.Haha....Jangan jealous tau family aku angkut dua hamper sekali gus.Bukan tamak tapi dah nasib badan.Hehe....Tapi yang aku tak puas hatinya,apa pasal tak dapat hamper tempat pertama yang paling besar sekali tu?Huh,tak patut!
Melampau pulak.Dah dapat dua hamper masih nak yang besar jugak.Nampak sangat tak reti nak bersyukur.
Macam biasa,gayut with my love lagi.Kalau setiap hari tak gayut,mesti tak sah!
Aku dikhabarkan dengan sesuatu yang paling aku elakkan dalam hidup aku.Kenapa mesti terjadi?Aku dah pesan banyak kali kat dia tapi masih terjadi jugak.Masuk kali ni entah dah berapa kali berlaku.Risaulah aku kalau asyik macam ni.Rasa nak melayang nyawa aku tau tak?
Ehem...jangan nak putar belit cerita boleh tak?Cakap ajelah apa yang dah jadi.Buat orang lain suspen aje.
Okey,okey!Dia accident lagi!
What?!!Reason?
Memandu dalam keadaan mengantuk.Tak pasal-pasal langgar divider jalan.Dan disebabkan tu,bahagian depan kereta dia hancur.Nasib baik tak cedera atau yang lebih teruk lagi....Faham-faham sendirilah.Ngeri nak tulis.Tak dapat aku bayangkan kalau keadaan lebih teruk dari tu.
Kan tak pasal-pasal aku dah membebel kat dia masa tu.Orang dah pesan banyak kali jaga keselamatan,hati-hati memandu dan macam-macam lagi.Risau aku bila tengok laporan berita kat TV pasal kemalangan yang asyik berlaku setiap hari.Tak naklah dia pun terlibat jugak.Aku selalu doa agar orang-orang yang aku sayang sentiasa dilindungi Allah.(Orang-orang tersayang tak bermakna aku maksudkan dia seorang tapi termasuk my family members,my beloved friends,my teachers and...entah.Itu aje kot yang ada dalam senarai setakat ni.)
Janganlah berlaku perkara yang tak diingini kat orang-orang yang aku sayang.Kalau nyawa dio orang melayang,nyawa aku pun akan turut melayang jugak agaknya.Dah..dah,tak payah cerita pasal ni.Tak harap benda ni terjadi.Tapi satu yang aku harap,semua orang yang tersenarai tu sentiasa selamat dari perkara yang tak diingini dan tak baik.Kalau tak ada seorang,tak lengkap hidup aku ni.Tolonglah jaga keselamatan dan kesihatan diri.Tu aje yang aku harap.

Next Level

Huh,lenguh tangan aku lepas menjahit tadi.Bukannya jahit apa pun tapi sebab aku renovate satu dress yang sedia ada.Design yang lama aku tak suka and that’s why aku ubah suai balik tapi setakat bahagian lengan ajelah yang jadi problem.Baju tu kali pertama dan terakhir aku pakai masa date dengan my ex kat KLCC,dalam tahun ni jugak rasanya.Lepas tu aku langsung tak usik baju tu walaupun kadang-kadang terpasang niat nak pakai bila keluar.Namun disebabkan reason yang aku tak pasti(mungkin tak suka dengan design bahagian lengan tu),sampai sekarang aku tak pakai.Buat bazir duit mak aku aje beli baju tu untuk aku tapi baru pakai sekali.
Alhamdulillah, kerja aku dah siap sepenuhnya.And now,tak adalah aku teragak-agak lagi nak pakai baju tu bila keluar.Warna kegemaran aku tu.Pink yang paling menyerlah tau. Haha...Sebenarnya dulu aku mana minat warna pink sebab aku nampak macam gedik aje dan tak sesuai dengan aku.Tapi tanpa sedar dalam almari aku tu hampir keseluruhan baju yang ada berwarna PINK,warna yang bukan kegemaran aku.Pelik aku.Macam mana baju-baju tu boleh menyelinap masuk dalam almari pakaian aku?My favourite colour actually is purple.Entah macam mana dan bagaimana aku boleh mengumpul koleksi baju dan barangan yang warna pink.
Senarai barang dan pakaian yang berwarna merah jambu:
-baju adalah dalam 7 pasang         -handbag
-kelambu bilik                              -teddy bear
-cadar                                          -set pencuci muka pun sama jugak, satu set warna pink
-hp keychain                                -purse
-bedak & minyak wangi                 -tudung adalah dalam 3 helai
-alas meja makan(aik,masuk dalam senarai jugak?Mestilah sebab aku yang pilih alas tu)

Banyak jugak kan?Tu tak termasuk barang-barang kecil yang ada dalam rumah aku ni.Oleh sebab banyak barang yang aku ada kebanyakannya warna tu,so ramai yang anggap aku fanatik dengan ‘warna perempuan’ ni.
Warna perempuan?Kenapa gelar macam tu?Buruk betul namanya.
Sebab warna ni kan selalu dikaitkan dengan perempuan,warna pink kan lembut dan sesuai dengan perwatakan seorang perempuan.
Yelah,tak kisahlah.Cakap itu ini tapi warna tu jugaklah yang banyak dalam simpanan kat rumah tu.
Nampaknya next time aku kena kurangkan beli barang-barang yang berwarna merah jambu ni.Beli colour lain pulak.
Biru ke?Tak berapa minatlah.
Hijau ke?Serupa warna daun dengan pokoklah.Alih-alih boleh buat taman nanti.
Merah ke?Menyerlah sangat.Nanti kena kejar dengan lembu kan susah.
Kuning ke?Macam matahari pulak karang.
Dah tu warna apa?Banyak komen pulak!
Entah.Macam tak ada favourite colour pulak aku ni.Ungu jugak kot yang masih bertahan di hati.
Malam Sabtu tu kan ada pasar malam.Dia ajak jumpa walaupun mamalm tu dia kena pergi Perlis.Tapi atas permintaan dia,malam tu sempatlah dating dengan dia kat pasar malam.Lepas rindu kejap pun jadilah.Yelah,seminggu tak jumpa mesti sedikit sebanyak rindu tu datang dan mengganggu jiwa kita,betul tak?Adatlah orang bercinta ni,asyik nak jumpa dan lepaskan rindu.Kalau tak,adalah yang jadi angau dan tak tentu arah.Hari tu waktu dia tak call semalaman,aku marah kat dia.Esok paginya dia call tapi aku tak banyak cakap cuma cakap hmm..hmm...Cuak dia nak memujuk aku masa tu.
Dia cakap tadi,asalnya hari Khamis malam Jumaat baru-baru ni,dia memang dah niat nak jumpa kat pasar malam tapi tup-tup dia dah terlena dan enak dibuai mimpi.
‘’Menyesal saya tidur malam tu.Kalau tak,mungkin kita boleh jumpa.’’Keluhnya.
‘’Awak...tak apalah,dah lepas pun.Awak banyak kerja lepas tu penat dan nak berehat.Saya tak naklah ganggu awak nak rehat.Kesian awak.Saya pun satu,moody bila awak tak call hari tu.Sorry tau.’’
‘’Tak apa.Saya tau awak marah.Orang rindu ni tapi dia tak angkat call pulak.’’Ajuknya, konon aku berkata begitu.
Dalam hati,hanya aku dan Tuhan aje tahu.Memang ya pun.Aku marah dan rindu jugak kat dia tapi dah lepas,tak payah kenang.Dapat jumpa malam tu pun dah alhamdulillah.Namun lain pulak aku jawab sebab nak cover malu.
‘’Eh..eh..saya ada cakap macam  tu ke?Tak ada,kan?’’
‘’Memanglah cakap tak tapi dalam hati tu,saya tahu awak marahkan saya.’’
Aku terdiam.Baguslah kalau tahu.Kesian aku malam tu.Muka pun dah monyok aje.Siap adik aku kata,
‘’Kalau rindu tu,call ajelah.’’
Eleh,budak kecik ni tahu apa.’’Biarlah,dia nak rehat agaknya.’’
‘’Habis,apa pasal tunjuk muka sepuluh sen macam tak laku aje ni?’’
‘’Sepuluh sen lakulah.Muka macam lima sen kot.’’
‘’Huh,muka satu senlah yang paling tak laku.’’
Amboi,sedap mengata aku!Bukannya nak tolong  redakan perasaan aku yang tengah bergolak masa tu.Rindu versus marah!Mana menang?Dua-dua tak menang tapi ego yang kuasai hati.Marah tapi kata tak.Rindu tapi nafikannya.
Well,masa on the way kami berdua nak balik,Ika dengan Ira tegur aku.(Dia orang berdua ni adik beradik.Aku pernah kerja sekali dengan Ika time buat wiring dulu.)Masa Ika tegur tu,aku tengah jalan sebelah dia.(bukan sebab hantar aku balik tapi jalan yang kita orang lalu sehala.)
Saja tanya pasal kelas aku tahun depan dan pasal lelaki yang jalan sebelah aku.Hehe..aku pun jawablah kawan.Nasib baik dia tak dengar because tengah jawab call,kalau tak mesti dia kecil hati.Bukan niat aku nak sembunyikan status aku dan dia pada Ika.Cuma segan.Tu aje.(Sorry awak,lain kali saya tak buat lagi.Janji!)
Sempat pulak Ika tanya,
‘’Apa pasal muka kau nampak pelik aje?’’
‘’Hah?Pelik?Muka macam alien ke?’’
‘’Tak adalah.Muka kau nampak cantik.Maksud aku bersih.Kau jaga macam mana?’’
‘’Mana ada jaga.Muka aku ni chubbylah.Nampak gemuk.’’
Sebenarnya aku pun tak tahu jawapan yang muktamad.Kejap,aku telek muka kat cermin dulu.
Sesaat,dua saat,tiga saat,seminit,setengah jam....??
Mana ada bersih.Cantik pun tak.Biasa-biasa aje.Nak kata aku jaga,tak adalah jaga sangat.Just guna pencuci muka murah aje.(Kantoi pakai krim murah!)Ala,Syahirah murah apa.Bukan mahal like Olay or SK II.
By the way,aku tak tahu nak bagi jawapan yang tepat untuk soalan tu.Bagi aku,kalau rajin aku jagalah muka.Kalau tak,buat-buat ajelah rajin.Karang dah tak cun,orang tak pandang.
Siapa kata?Hubby tu bukan pandang rupa tapi hati tau.Kan dia dah banyak kali cakap macam tu.
Yelah.Maksud aku selain my love tu.
Orang kat luar?Perlu ke untuk diambil peduli?
Mestilah kena ambil peduli tapi sikit ajelah.
Dahlah,sambung cerita lain kali.Panjang sangat ni.Letih orang nak baca hasil aku yang kelam kabut dan tunggang terbalik ayatnya.Berbelit nak faham ‘karya’ aku ni.Chow dulu okey...