Pejam celik,rupanya kita dah pun melangkah ke tahun baru.Rasa waktu berlalu dengan pantas tanpa kita sedar.Tahu-tahu aje umur aku dah bertambah lagi satu tahun. Cepatnya aku membesar.Mula-mula habis sekolah,then sambung belajar,after that kerja and kahwin,lepas tu ada anak and cucu.Tiba-tiba sedar yang diri ni dah makin tua. Huhu..sedihnya setiap kali sebut perkataan tua tu.Aku masih muda lagi ni.
Yelah tu.Dasar masih tak sedar diri.
Bukan tak sedar diri.Tapi tak terasa ke yang tiba-tiba usia kita semakin menginjak dewasa?
Ala,sekarang pun dah dewasa jugak.Tapi tu fizikal aje.Mentalnya belum.
Hah?Muda lagi ni.Mental rasanya dah dewasa sikit berbanding 10 tahun yang lalu.Tapi yelah,perangai masih macam budak tak cukup umur lagi sekarang ni.
Huh,susah betul nak bangunkan diri sendiri dari alam mimpi.Budak lagi?Dah boleh jadi mak orang pun masih perasan budak lagi ke?
Adoyai,tak boleh ke jangan guna ungkapan ‘dah boleh jadi mak orang’? Aku masih belum teringin nak kahwin sekarang.Tunggu beberapa tahun lagi.Lebih bagus kalau 10 tahun dari sekarang.
Okey,okey.Teruskan pada topik yang sebenar. Jauh sangat melencong. Tulah,ikut sangat polis trafik yang suka memesongkan orang tu. Dia suruh kona kiri,diri sendiri pun ikut kona kiri.Kalau kanan dia cakap pun ikut sama.Tahu-tahu aje dah tersasar dari cerita sebenar.
Yelah!(Huh,geram berperang dengan diri sendiri)
Setiap tahun semua orang akan pasang azam baru untuk berjaya pada tahun tersebut.(Aku pulak cuma tahu cakap aje.Buatnya tidak.)
Memang susah ke nak realisasikan azam-azam yang dah kita letak sebagai target? Payah sangat ke?
Okey,aku akui.Bagi aku yang tidak bersemangat kental ni,agak susah nak selesaikan azam yang aku pasang sendiri.Tup..tup..aku lupa terus pada azam yang pernah aku senarai pendekkan.Tapi aku nak berubah.Aku mesti gapai azam aku dan selesaikannya.Bukan sekadar kata-kata dari mulut tapi disertakan dengan D.U.I.T. Doa,usaha,istiqomah,tawakal.
Tak dapat capai semua tak apalah janji aku buat boleh seberapa yang aku mampu.Kalau satu,satu tu jugaklah yang aku capai.Kalau dua,alhamdulillah.Sekurang-kurangnya lebih dari satu.
Sekarang aku nak senaraikan azam-azam aku untuk tahun 2011 ni.
First,mestilah belajar bersungguh-sungguh memandangkan tahun 2011 adalah tahun terakhir aku bersekolah.Plus aku akan ambil SPM pulak tu.Tiket sambung nyawa aku ni.Memang tak sangka,pejam celik aku dah hampir tamatkan alam persekolahan.Ya,memang itu akan dilalui oleh semua orang yang bergelar manusia dan pelajar,betul tak? So,demi mencapai misi aku ni,beberapa perancangan telah aku sediakan malam tadi. Berdasarkan apa yang aku tulis, insyaALLAH semua tu akan dapat dicapai kalau aku buat sedaya upaya.
Hua..sedih bila aku tulis kena kurangkan tengok tv,main game yang melambak dalam fb aku tu, kurangkan hiburan, kurangkan baca novel dan komik kegemaran aku tu,jangan kerap sangat keluar. Rasa teringin nak padam balik aje apa yang aku tulis tu.
Okey,macam nilah.Main game, tengok tv, baca novel boleh tapi ikut masa dan kelapangan, keadaan dan situasi dan jangan terlalu asyik sampai lupa nak makan,study,mandi and so on.Boleh ke ubah?Yelah tengok sekarang,syok sangat main game sampai perut lapar pun aku buat tak tahu aje asalkan aku habiskan game aku tu.Harap lepas asyik kena bebel dengan mak dan asyik disindir dengan hubby,aku ubah sikit perangai aku ni.
Setiap waktu aku kena sentiasa diisi dengan mengulangkaji dan buat kerja rumah.Tak nak jadi macam tahun lepas yang selalu siapkan kerja saat-saat akhir atau tak buat langsung.Nak tak nak,semua kerja yang cikgu bagi atau yang aku cari sendiri,aku mesti siapkan jugak walau banyak godaan yang datang menerpa.Mesti siapkan jugak!
Buat jadual belajar dan jadual harian.Huh,setiap tahun aku buat benda yang sama tapi tak ada satu tahun pun yang aku amalkan jadual yang aku sendiri aturkan tu.Buang masa fikir itu ini kat jadual tu tapi alih-alih masuk dalam tong sampah aje bila rasa menyampah nak pandang benda tu.
Fokus pada subjek yang lemah terutama Add Math,Fizik,Bio dan Kimia.4 subjek ni memang bikin aku dengan orang lain mahu masuk Tanjung Rambutan kecuali orang yang dah pandai sangat tu.Faham-faham sendiri sudah.Tapi subjek lain aku kena tumpukan jugak.Bm dengan Bi pun aku lemah.Markah cukup-cukup makan aje.Apalah kecuaian yang aku lakukan untuk paper BM ni?Teruk sangat ke karangan dan tatabahasa aku?Memang teruk pun.Ayat pun tunggang langgang macam tongkang pecah.Kah..kah..kah.Hmm,nampaknya aku kena terus berguru dengan Cikgu Aznam.Itu sudah pasti! BI jangan cakap.Masing-masing tau.Paper ni paling banyak tanda merahnya.Hampir setiap baris ada aje tanda merah ni.Sampai tulisan yang berdakwat hitam atau biru kelihatan macam tenggelam timbul aje.
Math pulak aku akan fokus jugak memandangkan tahun lepas aku buat tak tahu aje masa Cikgu Ghazali mengajar.Isy,isy,isy...cikgu tu punyalah baik sampai dorang naik minyak.Cikgu mengajar dorang tidur.(Habis aku ni termasuk ke?) .
Pasal tak tumpukan perhatian sewaktu dia mengajar tu aku akui.Tapi pasal part tidur dalam kelas dalam apa jua subjek aku takkan buat sampai bila-bila.Aku masih tau nak hormat pada cikgu.
Huh,yelah tu.Habis label Cikgu Ghazali sebagai teddy bear tu apa cerita?Tak nak mengaku?
Ops,sorry sikit!Aku tak label tau.Dah dorang yang gelar,aku pun terikut samalah.
Whatever!Tetap bersalah jugak.
Second,aku kena aktif di sekolah.Nampaknya aku kena hadir setiap aktiviti koko yang diadakan. Satu pun aku tak boleh miss. Kalau ada kem,aku akan join. Itu pun kalau mak bagilah. Kalau tak,menangis air mata berdarah pun mak akan tetap kata tak untuk kem.Haha..tapi rasanya tak adalah sampai macam tu sekali.Bold this! Be more active for this year! Tahun lepas aku tak aktif langsung.Semua latihan Krs mana pernah aku pergi! Tak ada langsung. Hehe..memang pemalas betul aku ni.Tapi serius,memandangkan aku jadi senior tahun ni,aku kena tunjuk pada junior-junior sikap yang baik dan rajin. Lagi satu,markah koko aku kena tambah. Nasib baik markah untuk kem Taman Negara tu tinggi,kalau tak meranalah aku kena merayu pada cikgu untuk tambah markah. Nampaknya ini misi yang penting jugak bagi kelayakan untuk masuk ke IPT kelak.
Third,sikap boros kena ubah.Poin penting ni. Ya,aku akui yang sejak bersekolah tingkatan, aku makin kuat belanja. Beli benda yang tak mendatangkan faedah. Contoh,barang-barang hiasan yang akhirnya masuk ke dalam kotak simpanan aku jugak.Duit top up tak tahulah dah berapa banyak habis setakat ni.Tambah-tambah pulak aku makin kerap keluar tahun ni dan semua tu memerlukan duit untuk berbelanja.Lagi satu,mak dah tak sponsor duit kalau nak keluar enjoy.Dan akhirnya duit yang aku dapat kumpul makin sikit dan terus tak ada langsung.Kering sampai tinggal habuk aje.Itulah yang terjadi pada aku.
Aku akan kumpul lebih banyak duit untuk aku guna beli barang contohnya buku-buku rujukan,pakaian yang cantik-cantik,novel dan komik,pergi Pesta Buku,keluar tengok wayang time cuti dan dll.Make up dan yang sekufu dengannya pun masuk dalam senarai jugak. Aku ni kan gadis yang sedang membesar,jadi aku perlukan semua tu dalam kehidupan seharian.Hehe... Banyak lagilah yang aku akan lakukan dengan duit nanti and that’s why aku kena kumpul seberapa banyak duit. Hidup ni kalau tak ada duit memang merana tahap gaban beb. Rasa nak tercekik aje leher ni bila tak ada duit.Tak percaya?Cuba fikir sekali lagi pasal ni.
Forth,ni azam yang aku sentiasa tulis setiap tahun tapi tak pernah sekali pun aku laksanakannya. Hahaha..susah sikit azam yang satu ni.Payah betul. Paling susah dan meyeksakan hati.
Straight to the point la.Ayat nak panjang berjela pulak dah.
Okeylah.My important mission is kurangkan berat badan. Aduh malu pulak bila aku cerita pasal ni. Bayangkanlah,setiap tahun azam ni jugak yang ada kat otak aku tapi azam ni jugaklah yang aku sentiasa lupakan bila godaan menjelma. Manakan tak,asal tension aje aku bedal makanan banyak-banyak dan benda manis macam ais krim dan kek. Kalau tak tension,mesti time dah nak dekat naik bendera Jepun. Tak boleh nak halang dah. Waktu ni memang tiada siapa pun yang boleh sekat kehendak aku nak melahap.
Plus,makanan sekarang senang nak cari dan banyak pilihan.Lagi bertambahlah selera aku.And because of that,tak ada penurunan yang tercatat kecuali penambahan. Nampaknya tahun ni aku kena usaha sungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang satu ni.Aku pasang angan-angan nak tukar M kepada S.Tapi berdasarkan usaha aku yang ciput ni,itu hanya tinggal angan-angan Mat Jenin ajelah.
Fifth,ubah perangai buruk.Ni harus dititikberatkan memandangkan aku makin dewasa. Setiap orang perlu berubah,kan?Jadi ni pun tersenarai dalam azam aku kali ni.Terus terang, aku sedar yang aku banyak perangai dan tabiat buruk yang susah untuk diubati.One of that adalah sikap kemalasan aku yang parah ni.Seperti yang korang sedia maklum berdasarkan post aku baru-baru ni,sikap ni memang teruk menjangkiti aku.Payah gila nak cari ubatnya.Apa pasal hospital atau farmasi dalam dunia ni tak jual ubat hilangkan malas?Ubat tidur ada,vitamin pun ada,ubat perancang keluarga lagilah banyak tapi kenapa tak ada satu pun ubat hilangkan malas?Ni pun penyakit jugak kan?Namanya kan penyakit malas.Tiba-tiba sengal aku datang menyergah otak aku pulak.
Lagi satu aku ni suka ni terlalu banyak berangan.Haih,camna la chek nak ubah?Hang pa ada penawak ka?
Asal ada masa terluang dan port yang selesa dan tenang,mulalah fikiran aku melayang-layang ditiup angin.Macam layang-layang di udara.Melentok-lentok setiap kali angin datang menerpa.Malah terbang dengan makin tinggi.(Fulamak,sedap betullah ayat yang aku karang!)Tapi yang tak syoknya bila tali layang-layang tu putus.Tak sempat nak buat pendataran terus tersangkut kat pokok. Ada yang putuskan tali tu.Siapa lagi kalau bukan pengacau time aku tengah mengelamun indah?
Tabiat suka tengok cermin kena ubah ke?Aku rasa tak perlu kot.Kalau aku ubah tabiat ni,mesti penyewa cermin aku naik angin.Haha....
Sixth,kena belajar banyak benda baru.Sementara masih hidup dan bermaya ni,aku nak timba seberapa banyak ilmu dan pengalaman.Contoh,cooking.
La,ingatkan apa la tadi.Rupanya tu aje.Baik tak payah cerita.
Eh,mesti jugak tau.Aku nak jadi seorang perempuan yang pandai masak dan bukan setakat pandai lahap aje.Nanti bila dah masuk U atau dah kerja,tak adalah gubra dan kelaparan bila tak ada makanan.Aku pun nak belajar lebih tentang IT.Boleh belajar nak menggodam internet. Hehe...Jahatnya aku.
Sebenarnya kalau diikutkan masih banyak lagi azam yang aku rangka untuk tahun 2011 ni.Tapi aku tak naklah cerita semua.Itu rahsia dan hanya aku seorang yang tahu.Masa tengan tulis ‘karangan bebas ni’,aku tengah gayut dengan ‘dia’ sebenarnya.
Huh,sempat pulak.Macam manalah boleh buat dua kerja dalam satu masa?
Tangan kiri handset,tangan kanan tekan keypad. Kira bolehlah tu walaupun payah sikit. Sempat pula dia cakap sesuatu pasal azam tahun baru aku,
‘’Oh,azam baru nak cari pakwe lagi satu.’’
Amboi sedap betul mulut kata macam tu.Doa ke?Tak,kan?
‘’Awak,suka hati aje cakap macam tu.Tak ada dalam senarai okey.’’
Dia gelak pulak.Aku angin ni.Persendakan azam aku pulak.Pasang betul-betul baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Jangan.Merana orang tu karang.
Okeylah,sampai di sini saja penulisan aku yang pertama dalam tahun 2011.Panjang umur aku celoteh lagi ye.Itu pun kalau sanggup nak membaca hasil menaip aku yang kelam kabut ni.
Nampaknya azam kena tambah lagi satu.Perbaiki penulisan ‘esei’ yang aku post kat dalam blog ni.Risau pulak orang yang membacanya blur dengan ayat-ayat aku. Hehe..Chow!