23 Mac
Serius,aku memang terkilan dengan beberapa perkara.Mungkin kalau difikirkan balik,benda ni small matter je bak kata orang tapi tak tahu kenapa aku ambil kira sangat pasal ni.
Esok ada ujian lisan.Latihan tak mencukupi.Tunggang-langgang practice tadi.Tak tahulah esoknya macam mana.Agak-agak okey tak? Malam aku tak boleh nak tidur lena sebab rasa cuak. Dialog? Huh,ingat lupa-lupa. Hehe..bukannya ingat-ingat lupa tapi sebaliknya pulak. Ah,lantaklah. Homework masih banyak yang kena siapkan. Tulah padahnya kalau siapkan kerja last minute padahal baru tadi Ustazah Hanum bincang pasal cara menguruskan masa degan betul. Nampak sangat aku ni tak reti-reti nak uruskan masa dengan betul. Tak habis-habis buat benda yang kurang berfaedah. (Kena letak dalam senarai: Belajar cara menguruskan masa sebaik mungkin.) Hehe...
Malam,hubby call aku. Macam biasalah kan. Dia ni tau-tau aje yang mood aku tengah tak baik. Eh kejap,bukan mood tak baik tapi sebab tension. Tu aje sebenarnya tapi aku saja gempakkan keadaan. Hehe...
Satu berita yang menyedihkan aku. 30 haribulan ni dia akan ke Johor dan stay kat sana selama seminggu. Sedih. Okey,mesti korang tertanya,kenapa pulak aku nak sedih kan? Bukannya dia nak ke luar negara dan menetap kat sana selama-lamanya. Seminggu aje kat Johor,tak lama mana pun.Tu memanglah betul. Tapi cuba tengok kalendar sekarang jugak. Ya,sekarang! Nampak tak 30 haribulan tu hari apa? Hari Rabu kan. Okey,sekarang tengok pulak hari Jumaat. Berapa hari bulan time tu? Okey,tak payah susah-susah tengok kalendar. Biar aku cakap.
1st APRIL 2011...........!!!
You know what it means? Yes! This 1st April is April Fool Day. That is not what I mean. On that day is my birthday. Yup,my 17th birthday! Now you understand what I mean? Good!
Maksudnya, dia takkan ada kat sini untuk celebrate birthday aku. Dia kena kerja. Sob..sob..sob..siapa yang tak sedih bila orang tersayang tak sambut birthday kita? Aku terkilan. Aku rancang tahun ni aku nak sambut birthday aku dan jadikan kenangan yang gempak sebelum aku tamatkan zaman persekolahan menengah. Terutama dengan orang yang tersayang sebab ni pertama kali aku sambut birthday dengan hubby. Aku sedih. Aku terasa hati. Aku kecewa. Aku...tak tahu nak letak perkataan apa lagi dah. Walaupun berjela perkataan yang aku letak untuk gambarkan perasaan aku sekarang pun tak ada guna jugak. Dia tak boleh nak sambut sebab kerja. Terima ajelah meskipun hati tak merelakan. Hua....ayat macam sedih sangat-sangat-sangat dah ni. Tak apalah. Dia kerja and aku kenalah faham. Takkan aku nak halang dia dan kata,
‘’Awak pilih kerja awak atau saya?’’
Ah,sudah! Tu bikin panaskan keadaan aje karang.
‘’Sambut birthday saya atau kita putus hubungan?’’
Huh,gila kejam bunyinya. Tak pun kan,cakap macam ni,
‘’Awak tak celebrate birthday saya so saya pun takkan celebrate hari jadi awak jugak tahun ni dan selama-lama-lamanya.’’
Erk,ni pulak macam jahat melampau.
‘’Oh,kerja ya. Okey,utamakanlah kerja awak dulu.’’
Akhirnya,itu yang aku jawab walaupun hati ni nak menjerit,
‘’Awak tak ingat ke birthday saya dua hari lepas tu?!! Touching dengan awak!’’
Dahlah,tak guna aku nak touching sorang-sorang. Tak ada sesiapa yang sudi nak hulur tisu kat aku.
Never mind. Dia tak nak sambut, biarlah aku sambut seorang diri. Tak apa. Tahun-tahun sebelum ni pun aku sambut sorang-sorang. Wish kat diri sendiri. Sediakan hadiah untuk diri sendiri. Apa korang ingat ada yang sambut birthday aku selama 16 lebih aku hidup? Harapan tinggal debu yang dah melayang! Kalau bukan aku yang bagi hadiah kat orang lain,tak ada maknanya orang nak bagi hadiah kat aku. Aku dah fed up nak harap orang sambut hari jadi atau bagi hadiah kat aku. Aku fed up selama-lamanya. Jangan nak pujuk aku lagi! Tu kenyataan.
Then,tak taulah macam mana,chat antara aku dan ‘dia’terpesong pasal SPM. Mula-mula memang maksudnya Sijil Pelajaran Malaysia tapi tak tahu tiba-tiba tertukar kepada Sijil Perkahwinan Malaysia. Faham tak maksud yang aku ingin sampaikan? Dulu dia pernah kata,
‘’Kalau SPM gagal,saya akan denda awak.’’
‘’Denda apa pulak?Tapi jangan risaulah,saya takkan biarkan SPM saya gagal.’’ Ceh,dengan yakinnya aku jawab macam tu.
‘’Dendanya,saya akan masuk meminang kalau awak gagal SPM.’’
Gulp! You say what?!! Eei,tak masuk akal betullah denda tu kat aku.
‘’Hah?! Okey then. Saya confirm saya takkan gagal SPM.’’
Amin,aku tak nak kahwin awal-awal. Tak mau!!! Banyak benda yang aku nak capai, laksanakan, buat sebelum fikir pasal ‘SPM’ tu.
‘’Okey,kalau saya lulus dengan cemerlang?’’
Erm...kat kepala dah fikir berapa A tercetak kat kertas result SPM aku. Fuh, harap masyuklah hadiah yang dia nak bagi. Baru semangat nak dapat seberapa banyak A,kan?
‘’Kalau lulus saya bagi hadiah pulak.’’
Hehehe...ni yang aku nak dengar sangat ni. Nak bagi apa? Kereta? Rumah? Melancong ke luar negara? Shopping kat Itali? Tengok koala kat Australia?
‘’Kalau gagal saya masuk meminang,kalau lulus dengan cemerlang pun saya masuk meminang. Best tak hadiah tu?’’
?????????????
Gagal kena denda masuk meminang. Lulus pun dapat hadiah kena pinang? Apa kes? Serupa macam aku gagal aje bunyinya. Tak naklah! Jadi aku pun bangkang habis-habisan pasal ‘hadiah istimewa’ yang dia nak bagi kat aku tu. Segala ayat tak puas hati keluar sebab tak suka dengan hadiah dan denda tu. Tak boleh jadi ni. Kena tepis mati-matian.
Then,satu pengakuan dia yang buat aku terkilan buat kali ketiga dalam sehari ni.
‘’Okey.Tak apalah. Lagi pun saya tak merancang nak kahwin.’’
Zap! Satu pistol laser menembak ke arah hati aku. Jangan cakap apa lagi. Hati aku dah berkecai macam kena lenyek dengan kereta kebal AS.
Ya,aku terkilan sangat. Maksudnya dia tak ada perancangan pasal tu! Satu kenyataan yang agak buat aku sedih sendiri. Jadi, kalau dia tak nak kahwin dengan aku satu hari nanti, apa guna couple dengan aku bagai nak rak macam sekarang ni? Apa gunanya?!
Bukan aku jenis yang gatal nak kahwin. Tapi aku terfikir,aku ni siapa? Tak rancang nak kahwin?! So,aku ni gf dia sampai akhir hayat ke? Dahlah,aku tak larat nak fikir.
Aku sedih sangat. Dari satu hal aje yang buat aku tension,sekarang tambah lagi dua yang buat mood aku rosak 100%. Tak ada mood nak cakap dengan dia lagi. So that’s why, aku lebih banyak kata hmmm... saja. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Aku rasa macam selama ni sia-sia aku berangan gapai kebahagiaan dengan dia. Aku touching dengan dia buat kali kedua dalam satu malam. Dahlah,tak nak cakap lagi.
24 Mac
Yeay! Habis masalah aku. Hari ni aku happy sangat.
Dengan kurang jayanya,kitorang habiskan ‘drama sendiri bikin’ setelah cuak sekian lama menunggu giliran untuk present kat depan. Mula-mula cikgu menapak masuk ke dalam kelas,aku rasa tangan aku sejuk. Sampai nak terkucil pun ada jugak. Hahaha...rahsia ni. Jangan mengada-ngada nak bongkar pulak. Cekik sorang-sorang karang. Nak ke?
Bila kitorang dipanggil ke depan,aku cakap dalam hati,’’ Pasrah ajelah kalau markah lisan tak berapa gempak macam PMR dulu.’’
Tetiba aku teringat, dulu aku kena test ujian lisan depan pemeriksa dari sekolah mana entah. Dari 27/30, cikgu yang mulia lagi baik hati tu naikkan markah 29/30. Fuh,bangga bukan main. Riak pun macam ada jugak. Tak apalah, dah lepas dah zaman kegemilangan tu. Fokus pada zaman revolusi akhir tahun pegang title student sekolah menengah. Ni lagi penting tau.
Okey, sambung cerita yang tergendala tadi. Sibuk pulak buat iklan promote diri sendiri kejap.
Memang wa cakap sama lu,presentation drama tu memang tunggang langgang, tergolek terguling semua ada. Banyak yang lari dari yang dirancang. Confirm tak boleh jadi director lepas ni. Kalau jadi jugak, aku yakin filem yang dibuat tu capai target pecah panggung. Confirm pecah panggung tu sebab penonton rasa hangin tengok filem yang kelam lagi kabut macam tu.
Tapi alhamdulillah,walaupun kurang terancang dan sikit hancur tapi aku akhirnya tak terbeban lagi dengan drama dan dialog yang menyemak kat otak aku hampir sebulan ni. Syukur sangat-sangat. Skrip tu aku dah campak dalam tong sampah awal-awal. Sakit mata nak tengok skrip yang dah buat aku malu satu kelas. Arghh, tahun ni saja dah dua kali malu setahun. Tak pernah aku buat record macam tu. Memang ngeri beb!
Then tadi,buat pertama kali aku kagum bila budak tu ______ buat perbentangan kat depan. Tak tahulah kenapa, tapi aku tak sangka dia tu sebenarnya pandai menjawab setiap soalan yang diutarakan. Tak nampak sangat kegugupannya. Aku pun terkejut jugak pada awalnya bila dengar dia bagi jawapan. Tak sangka dia boleh berfikiran macam tu. Aku bukan nak puji lebih tapi itulah yang aku nampak pada dia tadi. Alangkah bagusnya dapat bergaul dengan dia. Mesti otak aku boleh diajar cara nak menjawab soalan-soalan yang boleh buat aku tercekik cari jawapan dalam masa yang terhad.
Malam macam biasalah. Faham-faham sendiri sudah. Disebabkan mood aku baik, so banyak idea loyar buruk terlintas di fikiran. Kesian kat dia. Tak boleh bersuara bila aku lancarkan serangan balas yang bertubi-tubi. Hahaha..... sorry la hubby. Otak ni cepat cari plan nak kenakan hubby. Tulah,dulu dia yang pro dalam bab kenakan orang sampai aku fed up nak balas balik. Tapi tengok sekarang. Anak murid yang lebih hebat dari sifu. Masa ‘ajar’ aku taktik-taktik kenakan orang, langsung tak simpan untuk diri sendiri. Akhirnya? Aku jugak yang dah mahir jalankan taktik-taktik semua tu.
Okey,semalam aku touching pasal 2 benda yang buat aku terkilan. Bila difikirkan balik, siapalah aku nak dapatkan layanan semua tu. So,aku biar ajelah. Nak sambut birthday aku atau tak,aku langsung tak peduli. Lantaklah walaupun dia lupa sekalipun. Aku tengah marah sangat kat dia ni. Kalau terkeluar something yang tak terduga,faham-fahamlah yang aku masih tengah menjalankan perang dingin dan perang saudara dengan dia. Entah dia sedar ke tidak.
Aku rasa tahun ni aku dah fed up. Fed up dengan kawan-kawan, fed up dengan sekolah, fed up dengan orang sekeliling aku tapi aku masih tak fed up pada diri sendiri. Sekalipun aku fed up dengan orang lain,aku tak boleh fed up pada diri sendiri sebab aku kena berdikari tanpa letakkan harapan yang tinggi kat dorang semua.
Apsal? Kecewa bila aku kata aku fed up pada korang semua?
Not all la member. Selagi rasa diri tu tak buat salah dengan aku, tak payahlah susahkan diri fikir semua benda alah ni.
26 Mac
Hari ni aku hadiri karnival kerjaya kat SMK Sg. Buloh. Aku bertanding untuk pertandingan arca. Memang sakit hatilah aku cakap. Kalau aku dah cakap macam tu maksudnya kalah la. Tak adanya aku nak tulis ayat macam patah hati kalau menang. Geram beb wa cakap sama lu.
Tema kitorang dah salah sikit. Bila sampai tu, baru tahu arca yang seharusnya kitorang bina. Ah, lantaklah. Aku rasa macam malas nak fikir pasal tu. Tension beb. Kalau aku tahu tema sebenar benda alah tu, dah lama aku fikir idea yang gempak lagi hebat plus meletup gitu. Sabar ajelah dengan juri dia tu. Menyampahlah aku dengan juri yang entah apa-apa tu. Hampeh!
Aku rasa bukan kitorang yang terlibat dalam pertandingan buat arca ni aje yang tak puas hati tapi member-member yang masuk pertandingan lain pun kurang eh...langsung tak puas hati dengan pengurusan karnival ni. Pertandingan poster? Aku dengar colour yang dorang bagi tak cukup dan tak relevan untuk siapkan poster tu. Pertandingan fotografi pulak? Juri kata penyertaan dorang last minute padahal dari cerita dorang, ada ramai lagi yang submit picture lebih lewat dari dorang. Lagi yang bikin tak puas hati dan angin satu sekolah, gambar yang dorang hantar tu dimenangi student dari sekolah lain yang tak dapat dikenal pasti identitinya.
Siapa yang tak mengamuk kalau macam tu? Aku ni dah memang marah sangat bila ingat pasal karnival tu. Sakit hati! Makan hati! Geram macam nak mati! Teringin nak belasah dorang sampai puas hati. Arghh!!!
Okey,sekarang kena sediakan keperluan untuk lawatan ke Pantai Remis pulak. Lepas tu nak qada’ balik tidur aku malam tadi. Tidur pukul 1 kot malam tadi. Mengantuk sangat dah ni.
27 Mac
Letih. Penat. Tak larat. Nak pengsan! Cepat sediakan tilam dan bantal untuk aku sekarang jugak. Aku dah nak landing dah ni.
Okey,tadi pagi gerak dari sekolah ke Pantai Remis dalam pukul 8.40 gitulah. Aku tak berapa ingat sangat. Aku duduk sorang-sorang. Kesian aku. Kau Nina! Kena pulak naik bas no. 1. Tapi tak apa. Aku dapat duduk kat tepi tingkap. Sebab apa aku suka duduk tepi tingkap bila setiap kali naik kenderaan? Aku ni suka mengelamun jauh. So,bila tengok permandangan kat luar lagi senang dan jauhlah aku melayang dan berangan. Best tau bila buat macam ni. Tapi kat aku ajelah. Tak tahulah kat orang lain. Jangan tiru aksi aku. Hak aku sendiri cipta tau!
Sampai sana dalam pukul 9.45 am. Sampai sana, apa lagi? Ambil gambar banyak-banyak. Ha,posing sana sini. Cepat,say cheese! Hehehe.... Angin kuat,memang rasa sejuk aje walaupun waktu tu matahari sedang cuba membakar kulit aku. Hasilnya? Fikir sendirilah bila dah start berjemur di bawah matahari. Nak tahu hasilnya secara dekat? Pergi dok bawah matahari time tengah hari. Confirm hasilnya mengujakan.
Setelah berjalan jauh nak cari port yang sesuai nak buat aktiviti, apa lagi? Bentang tikar la. Letak barang-barang yang banyak sampai nak patah tulang bahu bila bawak semua tu. Belum apa-apa lagi,makanan aku dah kena qiqah oleh group aku dengan group Shira. Aku bawak Pringles je. Bawak lebih bikin berat beg aje. Karang ada pulak yang tetiba menyelit sambil hulur tangan bila aku tayang banyak makanan ringan.
First activity, built a tent. Simple je tugasan ni. Kita kena pasang then lepas cikgu check kita kena tutup dan kemas balik. Group aku lewat 30 saat dari masa yang diberikan iaitu 10 minit. Tak apalah kot. Buat benda ni aje. Jeng...jeng...jeng...ada masa lebih. Jom lepak kat tepi pantai. Aku dengan Nina pergilah tepi pantai yang time tu air laut tengah pasang lagi. Hati-hati dengan ombak dan air laut. Bukan sebab takut ada tsunami atau trauma dengan ombak tapi kena jaga kasut. Karang basah pulak macam Nina. Kasut dia awal-awal lagi dah basah. Syok tengok laut punya pasallah.
Aku tulis something kat atas pasir pantai kat situ. So sweet bila aku tengok balik. Tanpa disengajakan,Nina terbaca nama yang aku tulis siap ada love lagi kat tengah-tengah antara dua nama tu. Faham-faham sendiri sudah. He..he..he..
Okey,then aktiviti memasak pulak. Time ni aku memang hangin serupa angin pantai yang jealous tak bagi kitorang hidupkan api untuk masak. Menu: nasi putih yang masak dan boleh dimakan,sardin hancur sebab kena gaul dengan Nina guna pisau,telur dadar secukup rasa cuma ada hangit sikit dan sup sayur yang kurang masak dan kurang lembut hasil tangan Acun.Ops,lupa! Group aku ada Acun, Wan dan Nina. Masing-masing ada tugas ya. Tapi sedap jugak makanan ni. Sebenarnya nak cakap, kalau dah lapar semua makanan rasa sedap walaupun kenyataannya tak adalah sesedap mana. Hahaha....
After that,buat layang-layang pulak. Entah berapa kali aku dengan Nina bukak balik benang sebab rangka layang-layang kitorang macam tak betul sikit. Cuba naikkan kite tu tapi tak boleh. Dah try beberapa kali tapi tak naik-naik jugak. Nampak sangat aku sisihkan konsep yang ada dalam subjek Fizik. Akhirnya aku tengok kawan-kawan lain ada kite cantik. Mana dorang angkut hah?
Hohoho...cikgu ni pandai buat duit eh. Aku beli ajelah layang-layang yang dah siap kat cikgu dengan harga RM2. Bukan 2 seringgit ye. Walaupun duit aku yang keluar tapi yang mainnya Nina. Aku pulak tukar selipar dan main kat lumpur. Saja kutip something yang macam siput entah apa nama dia masuk dalam bekas. Banyaklah jugak yang aku dapat kumpul. Sakit tau kaki aku. Mula-mula ingat kaki aku cedera sebab terpijak benda tajam tapi bila tengok balik rupanya kaki aku melecet. Pedih dowh~~~ Sedih ni. Kaki luka. Tengok,dah ada parut. Huhu....
Balik tu aku tayang ‘hasil’ yang aku dapat lepas terkena pancaran cahaya matahari yang terik lagi berbahang kat family aku. Amboi,gelak sakan. Sukalah tu! Dalam otak aku dah buat perkiraan. Agak-agaklah,berapa bulan agaknya nak hilangkan perbezaan warna kat tangan aku ni? Huargh..ngeri betul bila ada masalah kecantikan ni!
28 Mac
Penat dowh! Aku rasa mengantuk sangat dah ni. Waktu dalam kelas pun rasa macam mamai sikit. Angguk aje apa yang cikgu cakap. Lantaklah,tapi insya-Allah nanti aku qada’ balik. Tapi nak tunggu waktu tu tak tahulah bila. Shira pun serupa macam aku jugak. Ingat malam tu nak tidur awal tapi tak boleh pulak. Lepas sorang call,sorang lagi call. Faham kan?
Mula-mula hubby call then Man call. Hampir setengah jam la jugak gayut dengan Man. Lama tu! Biasalah, banyak topik perbualan. Macam-macam pulak tu yang dipot pet kan. Kalau bukan sebab handset dia habis bateri, aku tak tahulah bila kitorang akan habis bercakap. Syok pulak bila mengarut dengan Man. Dengar cerita dia,memang buat aku asyik nak tergelak aje. Kuat jugak sense of humour kawan aku ni. Layan ajelah.
Dia nilah salah seorang kawan lelaki yang banyak mulut dan baik orangnya. Kira baguslah aku dapat kawan baik macam dia. Tapi kan, selalunya dia aje yang asyik call aku. Nak harapkan aku yang sayang gila kat kredit ni, memang aku cakap tinggal harapan semata-mata. Hehehe... Nasiblah Man dapat kawan baik macam aku.
29 Mac
Pelik. Awal-awal pagi sebelum aku pergi sekolah,Man call aku. Entah mimpi apa kawan aku tu. Tak apa. Layan jugaklah walaupun aku tengah rush nak pergi sekolah sebab adik aku dah bising sambil tercongok kat depan pintu.
Nasib students 5 Science 1 2011 hari ni memang best. Dua kelas cikgu tak ada. Operasi Gemilang dibatalkan. Memang aku cakap, susah nak dapat peluang istirehat macam ni.
Jap,aku ni macam dah salah guna istilah ’istirehat’ dalam post ni. Istirehat bagi aku hari ni: tak ada banyak sangat maklumat kena sumbat masuk dalam otak time mengantuk dan letih macam hari ni. Tak ada banyak homework yang kena rushing untuk disiapkan. Tak ada hilang fokus sebab hari ni aku memang fokus pada story morry dan gosip-gosip. Erm,lebih kurang gitulah istirehat bagi aku buat HARI NI SAJA!
Aku ni sedar ke tak sedar yang Spm hujung tahun ni saja? Masih lagi leka dengan hiburan and many such things. I don’t know. It feels like I’m not ready to sit in the hall and take my SPM. What I gonna do? I don’t want to get the present from him if I fail my SPM. Really avoid from that ‘gift’. For sure!
On my way home with Zirah....eh...kejap. Ter’speaking’ English pulak. Okay, repair balik writing. Nak tahu tak,kitorang berdua terserempak dengan lembu-lembu kat Kg. Sg. Kertas tu. Memanglah lembu tu bukan macam kerbau, main serang orang ikut suka hati dan perasaan kebinatangan dorang. Ops! Lain macam aje ayat aku tu. Bantailah. Janji korang faham.
Seram sejuk kot bila nak melepasi lembu-lembu tu. Ada seekor lembu warna hitam. Ngeri la tengok lembu tu. Macam ketua mafia dalam group cows tu. (Haha..pandai aku guna istilah yang tunggang langgang.Bijaksana sungguh!) Mana taknya,dahlah besar gila lepas tu ada tanduk sepasang. Kalau kena sondol nanti macam mana? Serupa bak kata peribahasa, lari tak cukup tanah. Eh,ada ke? Ada kot. Hahaha...suka suki hati aku aje nak merapu.
1 April
Today is my birthday! So excited.
Ramai orang wish. Tapi yelah setakat wish,tak ada hadiah. Tu yang buat aku terkilan sikit. Gayut dengan hubby? Dia sibuk dengan kerja. Sekali lagi aku terkilan. Nampaknya free call untuk satu hari hanyalah sia-sia. Dahlah,aku dah tak larat nak berharap apa-apa lagi. Konon nanti nak buat itu nak buat ini tapi akhirnya? Tak ada apa selain kekecewaan sebab tak jadi. Aku sanggup tunggu dia hantar mesej suruh call balik malam tu tapi banyak pulak halangan yang mendatang. Kerja dan kerja. Aku kecil hati lagi. Tak boleh ke dalam satu hari tu aku tak rasa terkilan atau kecil hati atau yang berkaitan dengan spesies perkataan tu?
Hari-hari aku terasa hati dan rasa terkilan. Sampai aku dah tak larat lagi nak letak apa-apa harapan untuk tak rasa macam tu. Setiap hari! Sudahlah,aku makin tak sanggup nak yakin pasal something yang akhirnya kecewakan aku jugak.
Hubby? Sikit-sikit kerja. Setiap masa kerja. Dahlah setiap kali jumpa mesti dia cerita pasal kerja. Dalam call pun sama jugak. Tapi nak tak nak,aku kena faham kerja dia dan cara hidup dia. Tapi dia ni selagi tak habis kerja,selagi tulah dia akan tetap bekerja dan terus mencari kerja.
2 April
Penat dan geram. Sebab penat? Ada kawat kaki kat sekolah. Dahlah kat bawah terik matahari. Kesan yang masa kat Pantai Remis belum hilang lagi tapi sekarang dah bertambah lagi. Tak sempat nak repair kesan gelap kat lengan aku. Aduyai,tu yang jadikan aku rasa geram. Lepas tu pulak,adalah pulak budak KRS dari sekolah lain yang beri arahan itu ini. 2 perempuan seorang lelaki. Yang perempuan tu okeylah sikit tapi yang tak boleh blahnya budak lelaki tu. Kerek betullah. Menyampah sikit. Muka tu tak adalah handsome mana. Setakat boleh dipandang, gitu jelah.
Hubby jemput aku dari sekolah. Mula-mula tu kata tak jadi. Aku dah rasa terkilan dan sedih sikit. Tak apalah,aku boleh balik sendiri. Macamlah sebelum ni aku tak biasa balik sendiri. Tak ada pun dia jemput aku dari sekolah. But then dia kata boleh sebab dah keluar dari wad. Aku happy balik. Erm, bawak aku pergi dam tapi lepas tu u-turn balik pergi kedai makan pulak. Hurm....tak ada port lain ke? Tiba-tiba soalan tu yang muncul dalam kepala otak aku. Macam biasa dia belanja aku makan. Cerita pasal kerja jugak. Dengar ajelah walaupun tak berapa faham sangat.
3 April
Hari ni hubby sanggup datang dari rumah dia kat Rawang untuk ajak aku keluar.Padahal baru lepas jumpa doktor buat pemeriksaan.Aku bagi alasan yang ada banyak kerja sekolah.Then dia bagi arahan,
‘’Sekarang tutup semua buku tu.Ambik dan masukkan dalam beg. Kita buat kerja sekolah kat luar.’’
You say what?! Biar betul darling aku ni? Okey,tak apa.Kita ikut ajelah.Aku angkut buku latihan Math dengan Add Math masuk dalam beg termasuk dengan barang-barang yang aku nak gunalah.
Dia bawak aku pergi Taman Tasik Titiwangsa.Sambil buat kerja,sambil tulah borak itu ini.Sibuk dok komen pasal tulisan aku.Ala,setakat ni bukan dia seorang tapi ramai lagi kawan-kawanku yang komen pasal kelemahan aku ni.Teacher Fatimah dengan cikgu-cikgu lain pun dah tegur aku banyak kali.Hehe..bilalah nak ubah tulisan tu?Entahlah,aku pun tak tahu jugak.Dah terbiasa macam tu.It’s my style.
Lepas siap kerja-kerja yang perlukan jalan pengiraan tu,dia bawak aku pergi mana entah.Ronda-ronda,kona sana kona sini, masuk selekoh sana, masuk corner sini sampai aku naik pening.Tup tup sampai kat dam.Ala Empangan Batulah. Kat mana lagi.Sambil-sambil memeningkan kepala aku,dia asyik paksa aku bercerita pasal kes hari tu. Ala,kes aku terkilan dan kecil hati sampai menangis depan dia. Dalam handphone aje ye.Nangis depan-depan,confirm aku tak nak. Bikin malu aku aje karang. Okey,fine. Aku ceritalah jugak sebab apa aku kecil hati tapi aku cerita sikit aje. Mana boleh banyak-banyak.Cukuplah tahu apa yang patut dia tahu.
Then,lepas nampak reaksi aku macam merajuk,dia bawak aku pergi Taman Tasik Layang-layang pulak. Aduh,sikit-sikit lepak kat taman.Serius aku tak pernah lepak kat mana-mana taman pada waktu petang.Ramailah jugak yang datang kat taman tu.Ada yang datang dengan family nak main layang-layang,joging,main badminton,bawak anak dorang bersiar-siar.Macam-macam lagilah. Yang datang dating pun ada jugak. aku ni. Hehe....
Sambil duduk mengadap tasik,kitorang makan.Hehehe.....Lepas tu kitorang naik kat menara apa entah nama dia tu.Menara tinjau kot.Best tau sebab kat situ banyak angin.Dapat tengok permandangan seluruh taman tasik tu.Lepas tu kitorang terfikir.
‘’Jauhnya kalau nak joging tawaf satu taman ni.Cancellah.’’
Haha...asalnya aku ajak dia tawaf joging satu taman suatu hari nanti.Tapi bila tengok balik jarak dari hujung ke hujung taman tu,terpaksa fikir dua tiga kali sebab jauh sangat.Nak pusing 360°? Huh,tak laratlah.Takut pulak pengsan kat tengah jalan.Haha....
Okey,plan nak tawaf satu taman,cancel.Cuma larat nak joging ½ aje.
Sweet aje.Sempat aku nampak ada pasangan pengantin yang tengah shooting kat tepi tasik tu.Mulalah tu otak pun berangan macam-macam.Tersengih sendiri.Hehehe.....
13 April
Sekali lagi aku jadi peserta bidan terjun. Why? Ni pun sebab Shida yang tarik aku gantikan tempat Shira yang sakit sejak semalam. Nak atau tak,aku terpaksa dan memaksa diri masuk dalam pertandingan melukis banner kat Smk Taman Desa,Rawang.Cikgu Rohaya yang bawak kitorang naik kereta dia.Best tu.Kawan-kawan aku yang lain duduk dalam kelas,aku dengan Zirah,Najah, Akhma(adik Aisyah untuk pertandingan pantun) dan jugak Atiah (anak Cikgu Suriani utnuk pertandingan melukis poster) duduk dalam kereta yang ada aircond.Hehe.....
Masa nak pergi tu punyalah lama sebab jam.Yalah,orang nak pergi kerja sebab tu banyak kenderaan kat atas lebuh raya.Plus,on the way nak pergi Rawang ikut highway lama(bukan ikut highway Sg. Buloh), adalah kawasan pembinaan untuk menaik taraf jalan raya.Lagilah lama duduk dalam kereta. Sabar ajelah.
Bila sampai sana kitorang(aku,Zirah,Najah dan Akhma) terpaksa jalan kaki ikut jalan kawasan perumahan untuk ke tempat kitorang bertanding kat SMKTD.Sebabnya cikgu parking kereta kat SKTD untuk hantar budak yang melukis poster.Dahlah ada anjing,gerun kitorang ni. Selesai aje pendaftaran,kitorang tengok sekolah lain dah start.Alamak,kitorang lewat ke?
Tak apa,tak apa.Masih ada tiga jam untuk siapkan semuanya.Time tengah buat tu,then satu sekolah lagi sampai.Fuh,dorang lagi lewat beb. Aku ushar lencana budak lelaki tiga orang tu.Eh,SMK Hillcrest pulak.Then Zirah dengan Najah pelik.Macam mana pulak aku boleh tahu? Hehe...aku kan dah pro. Tak adalah.Sebab aku dah selalu nampak lencana tu bila naik bas.Faham-faham sendiri sudahlah.Asal aku naik bas aje,adalah jugak student Hillcrest naik pakai baju yang ada lencana sekolah dorang tu.That’s why I’m know about the three guys came from where.
Aku terkilan.Rasa tak puas hati.Hasil kitorang comot,simple,ada salah ejaan.Tu yang menerukkan lagi keadaan.Aku rasa stres tapi boleh pulak dorang kata ‘lepen’ je.Buat selamba sudah.Amboi,senangnya dorang cakap.Punyalah jenuh buat itu ini,warnakan itu colour ini sampai habis warna dan menjadikan water colour aku sebagai mangsa seterusnya untuk siapkan banner tu. Arghh! TERKILAN!
Aku bukan apa.Aku jenis yang mahukan kesempurnaan dan ketelitian.Aku pantang kalau kerja yang aku buat main bantai aje.Aku tak suka dan tak boleh terima!
Lantaklah,aku tak boleh nak kata apa lagi.Sambung ajelah sampai siap.Lepas ¾ masa berlalu,barulah budak lelaki tiga orang dari sekolah Hillcrest tu tanya kat Zirah kitorang asal dari sekolah mana.Lembab betullah mamat tiga orang tu.Hehe...sorry termengutuk pulak.Ter- okey.Bukan sengaja.
Sikit pun aku tak terkejut bila group kitorang siap awal tapi itupun lepas Hillcrest sebab dorang tak boleh nak sambung buat disebabkan kekurangan water colour.Dorang bawa satu aje.Memang tak cukuplah untuk warnakan kain yang panjang satu setengah meter tu.Jadi dorang surrender aje.Macam mana aku boleh tahu pasal tu? Ingat aku khusyuk sangat buat kerja? Kadang-kadang tu aku curi dengar perbualan group lain terutama budak-budak Hillcrest tu sebab meja dorang hanya depan kitorang je.Tak jauh mana pun.Thah’s why aku tahu apa yang menimpa dorang.Hehehe.....
Jealous tengok sekolah lain buat lagi cantik dari kitorang.Aku tengok banner yang kitorang buat memang gothic habis.Malu nak mengaku tu kerja group aku.Huhu....sedih.Mengadu kat cikgu tapi cikgu kata tak apa.Zirah dengan Najah pun sama jugak.Punyalah optimis dorang semua tu.Hua....tak boleh tukar yang lain ke?
Lepas siap dan banner tu diangkut,apa lagi?Jom cabutlah. Kitorang semua gerak pergi SKTD semula.Pergi tengok bilik PPDa yang dilabel bagus dan kononnya memakan kos RM 10 ribu tu.Huh,for me,biasa aje.Entah apa yang best lepak situ lama-lama sebab ada permandangan yang aku tak suka.Tak nak ceritalah pasal tu.Then pergi kantin makan nasi lemak yang awal pagi tu aku tak kesampaian nak melahap.Bila lepas makan pulak cikgu kata nak ajak makan.Kfc or McD?
Aduh,kenapalah tak cakap awal-awal.Kalau tak aku simpan ruang nak bantai KFC.Mula-mula tu berperanglah jugak dengan Najah sebab dia nak sangat makan McD.Last-last dia pun pilih KFC jugak.Hampeh! Ergh! Kenyang makan KFC set snack plate.Kenyang sampai senak perut aku dengan Zirah sebab dia pun makan nasi lemak jugak.Haha...
Balik tu aku memang penat.Habis baju sekolah aku terkena water colour.Eei.geram.Tadi sekolah lain pakai baju sukan tapi sekolah aku dengan Hillcrest aje yang pakai baju sekolah.Tak apalah,nak buat macam mana?Takkan nak balik rumah tukar baju?Buat tabiat namanya tu.
Never mind.Yang penting ialah sijil,macam yang Zirah dengan Najah kata.Tu poin utama.Zirah pun sebenarnya bidan terjun macam aku jugak,gantikan tempat Shida.Well,dia kan sibuk sangat dengan urusan dia.So,terpaksalah orang lain gantikan tempat dia tu.
Dahlah semalam aku kena tinggal waktu balik.Mula-mula tu tengah syok borak pasal cinta dan perancangan masa depan dekat bus stop sekolah tapi bila Shida tarik aku dan mengadap tempat lain then pusing balik, aku tengok semua dah lesap.Yang Dina dah jalan dengan Nina dekat hujung sana.Izza pulak?Entah.Hilang dan biarkan aku keseorangan macam tu aje.Memang aku rasa sakit hati dan terkilan gila. Sampai hati dorang tinggalkan aku macam tu aje.Apa dorang fikir aku ni tak ada perasaan ke? Sesedap rasa tinggal aku.Apa aku ni tak wujud ke waktu tu?
Ini bukan kali pertama aku rasa macam tu.Ini bukan kali pertama aku kena tinggal bersendirian macam tu.Ini bukan kali pertama aku jalan sorang-sorang walau pun pada asalnya gerak sama.Dan ini bukan kali pertama aku fikir aku ni wujud ke tidak kat atas muka bumi ni.
Sekejap aku rasa aku wujud dan diperlukan.Lebih dari sekejap aku rasa aku ni halimunan dan rasa tak diperlukan langsung oleh orang sekeliling aku.Apa aku sebenarnya?Manusia yang boleh dilihat oleh orang lain atau halimunan yang langsung tak disedari kehadirannya?
Bila aku nak luahkan pulak kat hubby,dia tak call aku satu malam.Bukan kali ni aje dia tak call aku waktu malam macam selalu. Jadi pada siapa aku nak cerita? So the conclusion, I just keep my feeling alone in my heart.Nobody can hear what I feel by the time.I can’t share my feeling and problems to anyone.
Aku sedih sangat.Rasa nak menangis.Tapi untuk apa?Nak tunjuk yang aku lemah? Aku tak buat macam tu.Aku tak tunjuk yang aku lemah dengan hati sendiri.Aku tak nak serlahkan yang aku lemah berhadapan dengan perasaan kecil hati.
Dah dorang tak peduli.So,aku buat benda yang sama jugaklah
21 April
Bila tengok balik gambar-gambar yang ditangkap masa kat Taman Negara tahun lepas,aku rasa rindu dan teringat pulak kenangan masa kat sana.Memang aku rasa enjoy gila.Waktu ni aku tak terikat dengan ex-member dan hubby.Aku belum kenal lagi hubby masa ni.Bulan Jun tak salah aku.
Macam-macam yang dibuat kat sana.Ada Shida and kakak dia,Nina and kakak dia,Shira dan jugak Zul.Ingat lagi masa menyeberangi sungai dengan bot,naik shooting boat dengan sorang abang yang pandai buat lawak dan boleh tahan manisnya,jungle trekking,naik jambatan gantung,tidur ramai-ramai dalam bilik chalet dan macam-macam lagi kenangan yang manis dan menggembirakan sepanjang perkhemahan.Rindu pulak dengan kenangan masa tu.So sweet for the all memories that I’d been trought.
Walaupun ada sikit kelemahan dan kenangan yang tak bestnya,tapi tetap tak boleh mengubah dan mengganggu keseronokan sepanjang waktu tu.Kes bas berundur masa nak naik bukit kat depan sekolah,kes budak SA tu pun follow last-last minute,kes tak ada air masa nak mandi,kes elektrik putus semua tu bagi aku kenangan yang laur biasa.Bukan selalu alami perkara semua tu.
Simpanlah kenangan tu untuk aku ingatinya pada masa depan.
24 April
Sekali lagi aku terkilan dan kecewa yang amat sangat. Plan yang aku rancang dan angankan sejak sebulan yang lalu akhirnya lesap macam tu saja.Zap! Hilang dan tak boleh dikesan semula. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sedih sangat.
Awalnya aku rasa macam berdebar like something will happen masa petang semalam. Dari pukul 3 sampai pukul 5 aku menghadap lap top dan main game.Hati aku memang tak tenteram gila time tu. Then otak aku merancang apa nak buat kalau dia tak jadi pergi PWTC 24 haribulan macam yang aku rancang. Aku cepatkan sebab aku fikir balik.Waktu pergi dengan sekolah time akhir-akhir event tu.Takkan 1 Mei tu aku nak pergi lagi padahal baru pergi semalamnya? Lagipun kalau dah akhir-akhir ni,tak adalah best sangat. Buku mungkin ada yang dah habis stok.That’s why aku cepatkan tarikh nak pergi sana.
Malam tu,aku pergi pasar malam dan terserempak dengan dia but aku larikan diri. Kenapa aku nak larikan diri daripada dia pulak? Entah. Mungkin aku masih merajuk. Then dia perasankan aku jugak. Biarlah. Aku langsung tak tegur dia dan buat macam tak kenal dia. Bila balik pun terserempak lagi dan dia kata aku sombong. So what? Biar aku jadi sombong. Aku tengah merajuk ni.
Sampai aje rumah,aku terus offkan handset sampai pukul 10.30 malam. Lepas solat,aku terus on balik handset dan call daripada dia masuk. Ada 10 call dari dia. Dia tanya kenapa aku off.Alasan aku,’’Sorry.Tak perasan handset ni ter-off.Tak sengaja tau.’’
Aku tahu bohong tu berdosa tapi aku nak jugak buat. Takkan aku nak kata yang aku off handset sebab tak nak cakap dengan dia buat satu malam ni? Takkan aku nak cakap yang aku memang nak buat dia risau sebab tak dapat nak contact aku? Takkan aku nak cakap yang aku merajuk dengan dia?Tak nak aku menambah risiko disoal siasat oleh dia tanya kenapa aku buat macam tu.
Okey,sambung balik cerita masa dia call aku malam tadi.
Mula-mula dia kata kepala dia berserabut dengan masalah. I know,kerja dan kerja. Masalah apa lagi kalau bukan kerja dia yang melambak tu. Dia kata projek kat China ada masalah. Pihak sana tiba-tiba nak gagalkan projek tu padahal bangunan dah siap 80%. Sekali dorang gagalkan projek tu,dia akan rugi dan kemungkinan besar boleh bankrap affice dia tu. Aku terfikir,’’wow,besar jugak masalah tu.’’
After that dia kata, dia kena pergi China dengan kadar yang segera. It’s mean today! Yes,24 April 2011. Hari yang aku rancang nak dia belanja aku beli buku dan novel terutamanya. Tak ke sakit hati bila kegembiraan aku dari siang semalam pasal ni tiba-tiba bertukar kesedihan dan kecewa yang melampau sebab plan yang aku rancang sebulan yang lalu akhirnya CANCEL?!!!
Aku terima ajelah cerita dia tu dan cakap tak apa. Tapi dalam hati,hanya Allah yang tahu betapa aku geram dan kecewa sangat.Aku nak menjerit time tu jugak. Aku nak marah dia dan halang dia pergi China.Tapi apakan daya aku? Apa hak aku nak menghalang, nak marah, nak bebel kat dia? Nothing I can do except say that I’m FINE. Just go with your works. Aku cuba control suara biar tak nampak sangat kekecewaan aku. Ya,aku cuba control jugak emosi tapi gagal then tanpa sedar aku titiskan air mata. Dia tak sedar. Dia tak tahu aku menangis dalam diam bila kekecewaan memenuhi hati aku saat tu. Dia tak sedar yang aku menangis adalah disebabkan dia.
Then dia kata,’’Lepas balik dari China ni,kita terus keluar.’’
Aku terus potong cakap dia,’’Sudahlah. Saya tak suka orang berjanji tapi tak tunaikan. Tak apalah.’’
‘’Ini bukan kali pertama plan kita tak jadi.Biarlah,small mattter je.Kerja awak lagi penting dari saya sekarang ni.’’
Aku bukan jauh hati atau perli dia time ni. Tapi ni aje yang aku boleh cakap untuk tenangkan diri sendiri sebenarnya. Ni aje yang aku boleh cakap untuk dia tak payah risaukan sangat pasal aku yang tengah bersedih.
Lepas dia call,aku silentkan handset.Aku tahu dia akan call balik.Sedar tak sedar aku terbuat apa yang aku rancang petang tu. Off/tukar mode silent/lambat-lambat angkat call dari dia/suara macam orang tak kisah. Tak apa.Aku memang nak buat.Aku nak dia sedar yang aku berubah lepas kecewa. Berubah jadi seorang yang jauh dari dia kerana kekecewaan yang tiba-tiba berkumpul dan buat aku sedih sendiri. Kekecewaan yang berpunca daripada dia sendiri.
Aku tak boleh tidur so aku dengar lagu dan main game. Bila tengok balik handset yang buat mode silent,tertulis ada 4 missed call.Ya, dari dia.Aku hantar mesej then dia call aku secepat yang mungkin.Aku hanya dengar apa yang dia cerita pasal kerja kat China,fail yang hilang, bos yang tak reti nak buat kerja walaupun sebelum ni selalu tengok projek kat China dan sempat pulak dia tanya pasal adik aku.Saja nak pesong topik.
Bila dia tanya aku marah ke tak,aku jawab,
‘’Tak apa.Small matter aje ni.Projek kat China tu lebih penting sekarang ni.Tak payahlah risau sangat.’’
‘’Buat apa nak marah? Tak ada gunalah nak marah.Dahlah,pentingkan kerja dulu.Saya okey.’’
Hanya mulut yang laju cakap macam tu tapi hati yang menderita bila mulut kata yang sebaliknya tentang perasaan aku. Aku nak kata,
‘’Ya ,saya memang marahkan awak.Saya memang geram dengan awak.Saya sakit hati tau. Plan yang saya rancang sebelum pesta buku start lagi akhirnya cancel sebab awak kena pergi China last-last minute.Boleh tak bayangkan apa yang awak rasa kalau plan tu awak rancang dah lama tapi cancel disebabkan satu call dari bos yang suruh saya pergi site kat luar negara?Mesti kecewa,kan?Mesti rasa marah,kan? Itulah yang saya rasa tapi lebih teruk dari tu. Bukan kali ni saja plan yang dirancang cancel last-last minute.Entah berapa kali sampai saya tak kira semua tu. Tapi tak apa,saya anggap tu semua perkara kecil aje sebab saya kena faham kehidupan dan kerja awak.Saya kena faham semua tu dan biasakan diri dan jugak bertolak ansur dengan awak. Bila dikumpul balik semua tu,dah bertimbun. Kata nak buat ni,cancel.Kata nak bagi tu,tak dapat. Kata nak buat itu ini,tak jadi sebab ada hal lain. Saya dah lali dengan semua tu. Sebab tulah saya dah tak letakkan apa-apa harapan yang tinggi kalau awak nak buat itu ini,nak bagi itu ini. Saya tahu kemungkinan besar awak tak dapat tunaikan apa yang awak cakap kat saya.Saya tahu kalau saya terlalu yakin pada awak,saya sendiri yang akan luka dan bersedih.Jadi sebagai jalan yang terbaik,saya cuma iyakan apa yang awak cakap tapi tak yakin terhadap apa yang awak cakapkan.’’
Aku sengaja mengelak dari masalah ‘kita’ bila dia tanya aku marah ke tak.Aku saja tanya pasal kerja kat China tapi aku tak berjaya.Dia asyik asak aku dan kata,’’kita selesaikan masalah kita ni.Pasal plan kita yang cancel ni.’’
Antara sedar atau tak,satu malam aku bohong kata aku okey,aku tak kisah,aku tak apa-apa walau keadaan sebenar adalah yang sebaliknya.Ya,aku terasa dengan semua tu.Tapi tanpa sedar jugak aku sengaja bagi dia tahu yang aku sedih. Tanpa sedar aku menangis dan kantoi depan dia.Tapi aku masih nafikan. Laju air mata aku keluar setiap kali aku kata aku okey.
Lepas dia call,aku termenung sendiri.Jam sudah tunjuk pukul 1 pagi.Aku menangis lagi dan lebih lebat dari tadi.Aku tak dapat bendung air mata aku ni.Kenapalah degil sangat mata ni? Sebab tuan dia pun macam tu jugak.Degil,asyik ikut kepala sendiri.Malam tadi aku tidur ditemani dengan rasa kecewa, air mata, kesedihan,rasa marah, rasa geram.Keyakinan aku semakin berkurang terhadap dia.Full stop.Pandai-pandailah dia fikirkan jalan untuk tingkatkan keyakinan aku terhadap dia,rasai perubahan tingkah laku aku terhadap dia dan mungkin sesuatu perkara lain yang aku tak boleh agak akan berubah selepas ni