Friday, January 7, 2011

Am I Like That?

Sedar tak sedar rupanya dah seminggu aku bersekolah.
PENAT DAN TENSION!
Hanya itu yang mampu aku ungkapkan buat masa ni.Itu kenyataannya.Tak boleh nak diubah lagi.Otak aku sekarang hanya fikirkan SPM yang akan datang,peperiksaan yang terpaksa dilalui,kehidupan sebagai pelajar tahun terakhir di sekolah,cara-cara untuk mencapai target iaitu 9A dalam SPM dan azam 2011,bagaimana mahu berjaya melalui tahun 2011 dan jugak kehidupan yang aku akan tempuhi selepas habis belajar di sekolah menengah ni.
Tertekan yang amat sangat bila fikirkan semua tu. Banyak betul yang aku fikirkan sekarang. Boleh gugur semua rambut aku lepas ni.
Antara percaya dan tak,aku dah hampir menamatkan alam persekolahan dan akan mengambil peperiksaan besar iaitu SPM,tiket yang menentukan kejayaan aku yang seterusnya dan hidup mati aku di luar sana.
Otak dah kena brainwash tadi dengan Ustazah Suriani,Cikgu BM.Bila cikgu cakap itu ini, punyalah aku bersemangat,yakin,rasa tak sabar.Tapi teringat aje semua yang aku tulis kat atas tadi, aku jadi kecut perut pulak.Gerun,berderau darah,menggigil,kurang berkeyakinan semuanya dah menerjah aku.Macam mana nak tepis semua perasaan tu?Tension.
Kenapalah kita kena ambil SPM?
Kenapa kita kena jadi dewasa?
Kenapa pula kita kena tamatkan alam persekolahan setelah habis SPM?
Kenapa kita kena jalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah tahun akhir?
Kenapa soalan-soalan aku tu tak ada jawapan yang memuaskan hati dan rasional dek akal?

Serius,aku rasa macam tak nak membesar dan dewasa.
(Habis kalau tak nak membesar, takkan nak jadi budak kecil selama-lama-lama-lama-lamanya?Sedar dirilah sikit oi!).
Aku macam tak nak hadapi kehidupan di luar sana yang lebih mencabar.Lagi best rasanya kalau jadi baby aje. Tak ada problem,tak ada masalah membelenggu fikiran,tak adalah otak berserabut fikir semua tu.Asal nangis aje,adalah yang pujuk kita.Asalkan kita lapar aje,adalah yang suapkan atau bagi kita susu.Tak payah susah-susah ikhtiar sendiri.Betul tak?
Betul tu memang betul.Tapi sorrylah.Semua tu khayalan aje.Berangan lebih pulak!
Kawan-kawan aku pernah kata satu fakta yang megejutkan aku.Satu fakta yang buat aku kurang percaya.Tapi dah dorang menilai macam tu,maksudnya betullah tu.Bukan seorang yang kata benda yang serupa.Izza,Liyana,G-hah,Farah pun cakap macam tu?
Betul ke dulu aku sombong?
Okey,itu aku akui.Memang aku sombong dulu.Tapi tu sebab dorang masih tak kenal diri aku yang sebenar.Kalau nak diikutkan,rasanya aku bukan sombong tapi mungkin lebih kepada pendiam. Agaknyalah kot.Yana kata dulu dia takut nak tegur aku sebab aku ni sombong dan susah nak didekati.Farah cakap,aku ni macam pandang orang lain semacam aje.Betul ke?Tak sedarlah pulak.G-hah pulak kata,masa mula-mula dia masuk kelas ni,dia pun ingat aku sombong.Senyum pun susah. Izza pun kata benda yang serupa jugak.Selalu dengan dunia aku sendiri.Tak pedulikan keadaan sekeliling. Muka pulak tegang semacam. (Eh kejap!Sejak bila pulak aku ada dunia sendiri?Ada ke?Tak tahulah pulak.Hehe....)
Bila ingat balik apa yang dorang kata,baru aku tahu apa pandangan dan penilaian dorang terhadap diri aku yang dorang nampak.Patutlah S.A pun kata aku sombong nak mampus.Hubby pun kata benda yang sama masa pertama kali jumpa kat bazar dulu.Team aku masa kem IQRAG hari tu pun cakap macam tu jugak.Aku rasa sebab tulah orang takut nak rapat dengan aku.Takut nak berdamping dengan aku.Takut dengan pandangan aku.Takut aku ngap dorang ke?Haha...
Sekarang baru aku tahu diri aku yang sebenar pada mata orang lain.Aku dilabel sebagai sombong.Tapi kenapa pulak?
Sebab aku jarang senyum?
Sebab aku pandang orang lain semacam?
Sebab aku selalu dengan dunia ciptaan aku sendiri ke?
Sebab aku ni berlagak ke?
Aduh,sakit kepala aku fikir.Dahlah nak chow dulu.Hubby bising tadi,aku kena pergi dulu. Kalau ingatkan aku nak tulis lagi panjang berjela tapi tak boleh.Otak blank kejap.Hehe....

1 comment:

  1. alahh dear.. u x sombong laa.. poyo jee lbeyh... hahaha... actually,, mmg un kaw susah nk senyum...mase skula rendah bilee aq senyum at kaw,, kaw uat dont know jee...soo aq un mluz nk tgor kaw waktu uh..tp bilee 5 taon kaw jd family aw at skula...aq jd kenal rapat ngan kaw..syg kaw laa fwernzz.. :p

    ReplyDelete