Asal tension,makan.
Asal tension, makan.
Asal makan, mulalah tension. Risau berat badan menaik. Entah apa-apa aje alasan yang aku bagi.
Sikit-sikit tension. Tension banyak-banyak. Huargh!!!!! Apa yang aku melalut ni?!
Serius aku cakap,minggu ni aku asyik bad mood aje. Jadi jangan ganggu aku kalau tengah masam muka!
Tadi awal-awal pagi, tengah bersedia nak ke lab Bio, mood aku dirosakkan oleh rakan sekelas aku sendiri. Aku memang nak sound habis. Aku tahu pasti ada yang tahu siapa yang aku maksudkan ni. Nak marahkan aku sebab tersound perempuan ni,aku minta maaf dulu. Ini luahan hati. Tak berniat nak lukakan sesiapa.
Seperti yang sedia maklum,kat kelas aku tu adalah satu bilik yang kitorang gunakan untuk sembunyikan buku teks dari diambil dari pengawas skim pinjaman buku teks(SPBT). Aku pun salah seorang dari padanya. Hehe.....Kalau tengok kat dalam bilik tu, memang penuhlah dengan buku teks. Well, kitorang ni malas nak angkut buku teks hari-hari. Dahlah tebal,berat pulak tu. Tak sanggup susahkan diri bawak buku tu semua ulang alik ke sekolah. Mahu patah bahu ni karang. Jadi,satu langkah bijak ialah letakkan semua buku-buku tu kat situ. Tahu apa nama bilik tu? Bilik kepuasan. Tu dorang punya kerjalah bagi nama yang entah apa-apa tu.
Pagi tu aku nak ambil buku teks Bio yang memang dah diletak kat situ sejak azali. Keadaan pagi tu kelam kabutlah jugak sebab kerja Bio tak siap lagi. Plus, kertas yang sepatutnya aku bawak dah tertinggal kat rumah. Agaknyalah,aku pun tak check lagi ni.
Bila aku nak masuk dalam bilik tu ambil buku, perempuan ni pergi halang laluan aku kat depan pintu dan cuba tutup pintu bilik tu. Oit,hampir-hampir kena muka aku yang cute ni! Rupanya boyfriend dia ada dalam bilik tu jugak.Tengah bincang something maybe.
Tapi asal aku pulak yang jadi mangsa? Ditolak ke belakang dan pintu tu hampir kena muka aku tau tak?! Aku geram betul. Kalau nak bincang something,janganlah jadikan aku sebagai mangsa. Apa kau ingat aku nak sangat ganggu kau masa tu? Hoi, aku cuma nak ambil buku okey! Kot ya pun tak nak gangguan orang ketiga,janganlah tolak aku sampai macam tu sekali. Hisy,angin betul aku time tu.
Then aku mendengus sekuat mungkin dan blah dari situ tanpa ambil buku teks Bio. Geram beb! Mulut aku macam biasalah. Membebel aje bila tak puas hati. Terus aku angkut buku-buku yang lain dan chow ke lab.
Dan-dan waktu aku lalu kelas sebelah,adalah dua orang budak lelaki ni.Tau apa yang salah seorang budak tu cakap.
‘’Jalan macam gangster.’’
You say what?!! Gangster?!!
Tapi memang kenyataan pun. Aku jalan laju,muka pulak macam orang nak cari gaduh. No wonder la dorang cakap macam tu. Hehe.....
Then, ada satu waktu tu aku nak pergi letak buku pulak tapi boyfriend budak tu ada. Aku sanggup tunggu mamat tu keluar baru aku masuk. Bila perempuan tu masuk pun aku akan tunggu dia keluar dari situ. Eeii,rasa macam anti pulak nak masuk kalau salah seorang dari dorang berdua tu ada kat dalam bilik tu. Hei,aku geram betullah!
Peringatan kepada orang yang aku maksudkan,aku tahu kau tak baca ni tapi aku tulis sebab nak luahkan rasa ketidakpuasan hati aku ni hah. Lain kali kalau nak bincang, pergi bincang kat tempat lain. Tak adalah orang nak ganggu date korang tu. Lagipun orang boleh salah anggap sebab korang berdua aje kat bilik tu. Aku tahu seorang kat pintu, seorang lagi kat dalam tapi pleaselah jaga attitude tu. One more, kalau nak halang orang ganggu korang, jangan tolak pintu ganas sangat. Kalau kau tahu nak sayang muka, aku pun tahu jugak nak sayang muka aku ni. Apa kau ingat orang yang tak cantik macam aku ni tak perlu jaga muka jugaklah? Muka kau aje yang layak dijaga? Poodah!
Kenapa? Berbisa sangat ke ayat aku ni? For me, adalah berbisa,jahat dan kejam sikit. Sikit aje eh. Banyak-banyak tak boleh. Aku ni kan baik. Hehe....
Okey,hari ni tak ada kelas tambahan. Aku dan Izza and also Nina pergi makan kejap kat kantin tapi ada situasi yang buat kitorang tak senang duduk. Dina,has problems with her boyfriend. The problem is since this early year. Aku sebenarnya rasa simpati sangat kat Dina ni. Dah banyak kali perasaannya diduga. Bukan sekali dua pulak tu. Dah banyak kali jugaklah dia bersabar.
Tulah,dah memang adat setiap pasangan yang bercinta. Pasti akan ada masalah yang timbul dan menduga perasaan dan hati kita. Tapi aku harapkan,masalah ni tak berlanjutan. Kalau ada masalah,jangan pendam seorang diri. Bahaya! Chayo,chayo! Kuatkan semangat okey.
♥
No comments:
Post a Comment