Tuesday, May 10, 2011

FANTASI CINTA 1

1
‘’Nah,pasport dan tiket penerbangan kau.’’Fitri menyerahkannnya kepada Harrina.
Harrina mengambil tiket dan pasportnya sambil tersenyum.’’Thanks.’’
‘’Kau serius ke nak balik seorang diri?Kenapa tak tunggu aku dangan Man sekali?’’Tanya Fitri.
‘’Nevermind.Kau dengan Man masih ada sebulan lagi kat sini.Aku tak naklah lama-lama kat sini.Lagipun tak ada sesiapa yang menculik aku.Kau janganlah risau.’’Seloroh Harrina.
‘’Hisy kau nikan.Orang risaukan dia tapi kau boleh pulak buat lawak bodoh.’’Salman yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.
‘’Okeylah,aku serius.Korang berdua janganlah risau sangat pasal aku.Aku tahu korang sebenarnya serba salah. Dulu kita pergi bertiga tapi bila balik asing-asing pulak.Dengar sini,korang berdua masih ada perkara yang nak diselesaikan kat sini. Semalam aku jumpa Prof. Edward dan dia kata kerja khusus korang masih ada sikit yang kena siapkan.Aku fahamlah.’’Kata Harrina sambil memandang Fitri dan Salman silih berganti.
Fitri dan Salman membisu.
‘’Fitri,Man,please jangan buat aku pulak yang rasa serba salah nak balik rumah sendiri.’’Sekali lagi Harrina cuba bercanda.
Fitri tergelak.Salman sekadar tersenyum.’’Nanti bila dah sampai sana,call aku terus.Aku nak pastikan yang kau selamat sampai Malaysia.’’Pesan Salman.
‘’Yalah.Aku tahu.Terlebih risau pulak kau ni.’’
‘’Dahlah.Flight kau dah nak berlepas ni.’’Ujar Fitri sebaik saja mendengar pengumuman penumpang kapal terbang ke Malaysia harus melapor diri.
‘’Kau ni macam nak menghalau aku aje.’’
‘’La,bila masa pulak aku menghalau kau?Dah announcement suruh kau gerak sekarang, takkan aku nak tahan kau pulak kot.’’Fitri bersuara geram.Sempat pulak Arri ni nak merajuk waktu ni.
Harrina tergelak diikuti Salman.’’Gurau jelah beb.Okeylah,aku pergi dulu dear.’’Dia memeluk Fitri beberapa ketika sambil memandang Salman yang berdiri di belakang Fitri. Dia tersenyum bila Salman menghulurkan sebuah bungkusan berbalut cantik kepadanya.
Fitri meleraikan pelukan.’’Jangan lupa telefon kami berdua bila dah sampai sana.’’
‘’Yalah.Nanti aku call kau.Man..’’Harrina memanggil Salman mendekatinya.
‘’Kenapa?’’
‘’Thanks.Tolong jaga Fitri tau.Korang jaga diri jugak.’’Pesan Harrina.
‘’Okey.’’
‘’Aku dah besarlah.Tak payahlah susah-susah nak jaga aku.’’Sampuk Fitri tiba-tiba.
Harrina tergelak mendengar kata-kata Fitri.’’Bye dears. Aku pergi dulu.’’
Fitri dan Salman melambai ke arahnya sebaik saja Harrina berlalu meninggalkan mereka.Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan tanah Austalia ini selepas tinggal di negara koala ini selama hampir empat tahun.Banyak kenangan di sini akan dibawa bersama-samanya ke Malaysia nanti.
‘’Kenapa muka kau ni terlebih sedih aku nampak?’’Soal Salman kepada Fitri.
‘’Mestilah sedih.Kawan baik kita dah nak balik tinggalkan kita berdua kat sini.Kau tak sedih ke?’’
‘’Sedihlah jugak.Tapi sebulan aje,kan?Bulan depan kita balik Malaysia jugak.Tak lama pun sebulan tu.’’
‘’Betul jugak cakap kau.Tadi kau bagi apa kat Arri?’’Tanya Fitri.Dia ternampak Harrina memegang satu bungkusan selepas memeluknya.
Salman tersentak.’’Oh,hadiah.’’
‘’’Kau tak cakap pun nak bagi hadiah kat Arri.Kalau tak boleh aku bagi sama.’’
‘’Hadiah aku istimewa sikit.Dah,jom balik.’’Salman terus melangkah sebelum Fitri bertanya dengan lebih lanjut.
Fitri hairan.Hadiah istimewa?Hisy,budak ni.Bukan nak bagitahu aku.Dia mengekori Salman yang sudah ke depan.
Harrina melihat nombor tempat duduk yang tertulis di atas tiket penerbangannya.’’94A.’’ Nombor itu disebut beberapa kali.Mana tempat duduk aku ni?Tak jumpa pun.Apa punya kawanlah booked tempat duduk yang susah aku nak cari.Kan aku jugak yang susah sekarang ni.
‘’Yes,miss.May I help you?’’Tanya seorang pramugari.
‘’Yes.Can you show me this seat?I can’t find it.’’Tiket penerbangannya ditunjukkan kepada pramugari itu.
‘’Oh.Please follow me,miss.’’
Harrina hanya mengikut pramugari itu.Dari bahagian tempat duduk di kelas ekonomi,kini dia berada di bahagian kelas perniagaan pula.Ternyata mewah sedikit berbanding yang tadi.Dia hairan.Takkan Man belikan aku tiket kelas perniagaan?
‘’This is your seat,miss.’’
‘’Oh,thank you.’’Ucap Harrina dan pramugari itu pun berlalu.Dia melihat nombor yang tertera di atas tempat duduk dua rangkai tersebut.94A.Memang betul.Tak silap lagi.Tapi kenapa Man booked seat kelas perniagaan?Banyak betul duit dia belanja aku tiket penerbangan ni.Mesti kes nak tebus sikit rasa seba salah biarkan aku balik seorang diri.
Harrina meletakkan beg sandangnya di tempat khas meletakkan beg.Dia duduk di tempatnya.Di sebelahnya adalah penumpang lelaki.Wajahnya ditutup dengan topi dan cermin mata hitam.Kelihatan seperti sedang tidur pun ada jugak dari gayanya duduk.
Pemain mp4 dikeluarkan dari beg tangannya.Fon telinga dipasang ke telinga dan terus memainkan lagu.Tidak lama kemudian,kedengaran arahan menyuruh penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana pesawat akan berlepas dalam beberapa ketika.Harrina mengikut arahan yang diberikan.Dia pelik dengan lelaki yang berada di sebelahnya.Tidak berganjak sedikit pun. Tali pinggang keselamatan pula tidak dipakai.
‘’Excuse me.Sir,you need to wear the safety belt now.’’Dengan berani Harrina menegur lelaki itu.Dua tiga kali dia berkata begitu tetapi lelaki itu masih tidak memberikan respon. Hisy,dia ni tidur mati ke?Dah banyak kali aku cakap tapi buat tak tahu aje.
‘’Sir,wake up please!’’Harrina berkata dengan suara yang sedikit tinggi sambil menyiku lengan lelaki itu yang diletakkan di penyandar siku.Lelaki itu tersentak.Fuh,bangun pun.
‘’What?!’’
Harrina pula yang tersentak.Tidak menyangka lelaki itu meninggikan suara kepadanya.
‘’Why you disturb me?’’Tanya lelaki itu dengan wajah berang.
Amboi,aku pulak yang kena sound?Melampau.Aku dah kejutkan dia tapi boleh pulak marah-marah aku.Desis hati Harrina.’’Wear the safety belt.Don’t you see that sign?Are you blind or what?’’Hah,ambik! Ingat kau aje yang boleh sound orang?Aku pun bolehlah.
Shahrin mendengus geram.Dia memakai tali pinggang keselamatan dengan kasar.Geram betul dengan perempuan yang mengganggu lenanya.Tidak tahu ke dia sangat letih?
‘’Please be polite after this.’’Kata Harrina dengan nada suara yang rendah.
Shahrin menjeling Harrina.’’Who are you to advise me?’’
Terkaku Harrina bila lelaki di sebelahnya berkata begitu.Ya Allah,boleh pulak dia kata macam tu?Orang nasihat bukan nak dengar.Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu tetapi Shahrin sudah memalingkan wajahnya ke arah bertentangan iaitu ke arah tingkap.Hisy,sabar ajelah aku dengan kau sepanjang flight ni.
Pesawat telah pun berlepas dan sedang menuju ke Malaysia.Harrina leka dengan lagu yang didengarinya begitu juga dengan Shahrin yang duduk di sebelah.
‘’Give me orange juice.’’Pinta Harrina bila pramugari datang menghulurkan minuman.
‘’Sir?’’Pramugari bertanya pula kepada penumpang lelaki yang duduk di sebelah Harrina. Harrina menoleh.Hisy dia ni,syok sangat dengar lagu sampai orang tanya boleh pulak dia buat derk.Sekali lagi Harrina menyiku lengan Shahrin dan sekali lagi juga lelaki itu tersentak.
‘’Apa dia?’’
Harrina terdiam sejenak.‘’La,awak ni orang Malaysia ke?’’
‘’So what kalau saya pun orang Malaysia?’’Tanya Shahrin dengan geram.
‘’Tak ada apa-apa.Cuma tak sangka aje.Ehem,miss ni dari tadi tanya awak nak minum apa.Kalau tak nak pesan,saya boleh suruh dia beredar.’’
Shahrin mendengus.’’I want coffee.’’
Setelah memberikan kopi kepada Shahrin,pramugari tadi pun beredar.
‘’Kenapalah ramai sangat orang Malaysia tak reti nak menjaga adab bila di negara orang?Buat malu negara aje.’’Harrina bersuara kepada dirinya sendiri.Namun dalam masa yang sama, sebenarnya dia memperli lelaki di sebelahnya.
‘’Diamlah.Saya bukannya nak dengar awak sindir saya.’’Shahrin bersuara walaupun dia sedang membaca majalah hiburan dan menghirup kopinya.
‘’Saya cuma nak bagi nasihat.Takkan tak boleh?’’
‘’Siapa awak nak nasihatkan saya?’’Shahrin menjeling.
‘’Sebagai rakyat Malaysia.’’Jawab Harrina ringkas.
‘’Tak perlulah.I don’t need that.’’Balas Shahrin.
Harrina menjungkit bahu.’’Terpulang.’’
Shahrin melepaskan nafasnya kasar.Dia bersandar di kerusi.Matanya dipejam dan majalah yang dibacanya tadi digunakan untuk menutup mukanya.
‘’Pinjam kejap.’’Harrina mengambil majalah itu secara tiba-tiba sebelum sempat Shahrin bersuara.
‘’Hei.Mana adab awak?’’Marah Shahrin.
‘’Awak tak beradab dengan saya.Takkan saya nak beradab dengan awak pulak?Adil,kan?’’ Harrina menyelak majalah itu satu persatu.Sebenarnya dia bukannya nak baca pun tapi sebab bosan sangat.Perjalanan yang ambil masa berjam ni masih lama lagi untuk tiba ke destinasi.Dari tidak berbuat apa,lebih baik cuba buat apa yang patut.
Satu halaman dalam majalah tersebut membuatkan Harrina kurang percaya.’’Awak ni artis ke?’’
Shahrin yang tadi bersandar kini duduk secara menegak pula.’’Awak tak tahu ke?’’
Harrina menggeleng.’’Awak tak popular kot sebab tu saya tak kenal.’’Selamba dia berkata begitu.Tapi memang kenyataan pun.Tak kenal.
Shahrin ternganga.Beberapa detik kemudian dia tergelak.’’Dahlah.Jangan nak berlakon. Cakap ajelah yang awak sebenarnya kenal saya tapi pura-pura tak kenal.Yalah,siapa yang tak bangga dapat duduk di sebelah artis terkenal terutamanya saya.’’
Harrina merenung Shahrin dengan wajah serius.Shahrin melihat riak Harrina yang membisu.
‘’Serius,saya tak tahu pun yang awak ni artis.Tak kenal pun.’’Setelah berkata begitu,dia fokus semula pada majalah di tangan.
Kali ni Shahrin benar-benar tidak percaya.Aku pelakon terkenal kat Malaysia tapi perempuan ni tak kenal langsung siapa aku?Dia ni agaknya ketinggalan zaman.Hot artist macam aku pun dia tak kenal.’’So,sekarang awak dah tahu.Nak autograph?’’
Harrina memandang Shahrin dengan pandangan pelik.’’Nak buat apa?Tak payahlah susah-susah.Tak ingin pun.’’
Seperti ada batu menghempap kepalanya.Shahrin tidak menyangka ada juga orang yang tidak ingin tanda tangannya.Padahal sewaktu di lapangan terbang semasa sebelum berlepas,ramai sungguh peminatnya berebut-rebut meminta tanda tangannya.Tapi perempuan di sebelahnya langsung tidak hairan dapat duduk di sebelahnya dan meminta tanda tangan.Ah,lantaklah!Tanpa dia pun,aku masih ada ramai peminat.
Beberapa jam telah berlalu.Fikiran Shahrin mula melayang jauh. Sebelum bertolak tadi,Joanna menelefonnya.Gadis itu akan menantinya di lapangan terbang.Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah temannya itu.Baginya Joanna bukan sekadar teman biasa tapi lebih dari itu.
Tiba-tiba dia merasakan bahun kirinya berat.Dia menoleh.Harrina sudah pun terlentok di bahunya.’’Hisy,sesedap rasa pulak dia baring kat bahu aku.’’
Bahunya digerak-gerakkan.’’Ehem.’’Shahrin berdehem beberapa kali namun Harrina masih dalam posisi yang sama.Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukan Harrina ke tempat asalnya dalam keadaan menegak.Kemudian dia memandang semula ke arah tingkap.Tidak sempat dia menutupkan mata untuk tidur,sekali lagi bahunya ditindih oleh kepala Harrina.
‘’Dahsyat gila minah ni tidur.Aku baru letak sekejap dah datang balik.’’Shahrin merungut.Dia menolak bahu Harrina dengan kasar dan tanpa sengaja belakang kepala Harrina terhantuk dengan kerusi.
‘’Ah!’’Harrina terjaga.Belakang kepalanya diusap.
Shahrin segera berpaling ke arah tingkap dan pura-pura leka dengan dunianya sendiri.
‘’Sakitnya.Apalah malang.Tengah tidur boleh pulak terhantuk.’’Gumam Harrina dan didengari Shahrin.
Tak apa.Aku tak sengaja. Dia yang mulakan dulu.Shahrin berbisik dalam hati untuk mengurangkan rasa bersalahnya.
‘’Hei awak,dah sampai ke?’’Harrina menyoal dengan suara yang sedikit serak.Biasalah,baru terjaga dari tidur. Harrina hairan.Lelaki di sebelahnya tidur atau tak?
‘’Hei.Tidur ke?’’Harrina menepuk bahu Shahrin dengan kasar.
‘’Hah?!’’Shahrin menoleh serta-merta.’’Apa awak tanya?’’
‘’Saya tanya,dah sampai ke belum?’’
‘’Kita belum mendarat maksudnya kita belum sampailah.’’
Harrina mencebik.’’Orang tanya elok-elok,dia jawab macam tu pulak.Memang tak beradab betul.Nama aje artis tapi sikit pun tak jaga tatasusila.Dah orang tanya baik-baik,jawab pun baik-baiklah.’’
Shahrin merenung Harrina dengan pandangan tajam.’’Banyak mulut betullah awak ni.Boleh diam tak?’’
Harrina terkaku.’’Okey,okey saya diam.’’Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pandangan lelaki itu memang menakutkan sampai berketar kepala lutut.Kuat pulak aura hitam dia.
‘’Kutuk saya ke?’’ Duga Shahrin.
Harrina menggeleng.’’Dahlah saya nak tidur dan jangan ganggu saya.’’Dia memalingkan muka.Kemudian dia terlena kembali.
Shahrin menarik nafas lega.Cepat pulak perempuan ni tidur.Desis hatinya.
Tiba-tiba Harrina terjaga.Shahrin terperanjat.Terkejut melihat Harrina yang sedang memandangnya sinis.
‘’Awak..’’
‘’Ke..kenapa pulak awak ni?’’Shahrin gugup.Dia dah tahu aku yang tolak dia tadi ke?
‘’A..aku dah tak tahan ni.’’Sepantas kilat Harrina bangun dari duduknya dan menuju ke bilik air kerana sakit perut.
Shahrin menggeleng melihat perangai Harrina.’’Kenapa dengan dia tu?Teruk betul.Kali pertama aku jumpa perempuan macam tu.’’
Akhirnya penerbangan yang beberapa jam tiba juga ke Malaysia.Shahrin terus menghubungi pengurusnya,Azim.
‘’Hello.Aku dah sampai ni.Kau kat mana?Okey,aku tunggu kau.Cepat sikit.Risau lemas pulak aku nanti.’’Sebaik saja menutup panggilan,bahu Shahrin dilanggar seseorang dari belakang.
‘’Perempuan tu lagi?Malang betullah nasib aku.’’Katanya bila Harrina melanggar bahunya dan tidak menoleh meminta maaf.Tanpa membuang masa,dia menuju ke luar lapangan terbang untuk menanti kedatangan Azim.
‘’Cik Yuri.’’
Harrina berpaling.Hanya seorang saja yang akan memanggilnya dengan nama begitu.’’Cikgu Tina.’’Dia menuju ke arah Cikgu Tina yang pernah menjadi penjaganya dari kecil.Cikgu Tina seorang yang terlalu mengikut tatasusila.Dari segi percakapan pun boleh agak karakter Cikgu Tina jenis yang bagaimana.
‘’Apa khabar,Cik Yuri?’’
‘’Cikgu,kan saya dah cakap jangan panggil saya macam tu.Nama saya Harrina.Dah lupa ke?’’Harrina menegur.Baginya nama Yuri sudah lama menjadi kenangan.Itu nama yang mendiang nenek berikan kepadanya sewaktu kecil dulu.Sewaktu dia tinggal di Jepun dulu.
‘’Saya pun dah pesan jugak,jangan panggil cikgu lepas habis belajar.’’
‘’Tak boleh.Datuk,mama dan papa Arri mana?’’Harrina menjengah mencari kelibat ahli keluarganya yang dirindui.
‘’Inilah tujuan cikgu datang jemput kamu.Datuk sedang menjalani rawatan di Los Angeles sejak seminggu yang lalu.Tak sempat nak bagitahu Arri sebab ingat Arri balik sebulan lagi.Mama dan papa Arri menemaninya di sana selama 6 bulan.’’Ujar Cikgu Tina.
Harrina terpempan.Dia terdiam.Fikirannya melayang mengingatkan ahli keluarganya.
‘’Buat masa ni Arri kena tinggal seorang diri sebab cikgu pun kena ke Jepun jumpa saudara mara Arri uruskan sesuatu.’’
Harrina mengangguk tanda faham.Memang selama ni Cikgu Tina yang menjadi orang tengah antara keluarga papa di Malaysia dan keluarga mama di Jepun.
‘’Ni kunci rumah di Gombak.Semuanya telah diuruskan termasuk keperluan harian.’’Cikgu Tina menyerahkan segugus kunci kepada Harrina.
‘’Baik.Tapi kenapa pilih rumah di Gombak dan bukan di Damansara?’’Sempat pula Harrina bertanya.
‘’Papa Arri nak serahkan rumah tu kepada kamu.Erm,cikgu pergi dulu.Flight cikgu dah tiba.Cik Yuri jaga diri.’’
‘’Janganlah panggil saya macam tu.Rasa macam kelakar pulak.Okeylah,bye cikgu.Jumpa lagi lepas ni.’’Mereka saling berpelukan sebelum berpisah.

No comments:

Post a Comment