Sebuah kereta Harrier diparkir di depan sebuah kedai barang kemas. Dengan langkah yang tersusun, Shahrin memasuki kedai itu. Para pekerja yang berada di dalam kedai itu semuanya tercengang. Tidak berkelip mata mereka tatkala memandang Shahrin di hadapan pintu masuk terutamanya pekerja perempuan.
‘’I...itu Shahrin kan? Handsomenya dia!’’Bisik salah seorang pekerja perempuan di situ.
‘’Yalah. Gila macho! Rupanya tengok depan-depan lagi handsome. Cair aku!’’Sahut pekerja lain pula.
Zirah yang baru keluar dari bilik pejabatnya hairan bila melihat para pekerjanya kaku sambil tertumpu pada satu arah.’’Kamu semua ni kenapa?’’Soalnya.
‘’Excuse me.’’
Zirah terus memandang ke arah Shahrin. Dia pun terkejut melihat artis popular itu singgah di kedai barang kemasnya. Bukan sebab terkejut tengok Shahrin tapi terkejut sebab Shahrin tiba di kedainya tanpa memberitahunya dahulu. Sebelum ini pasti Shahrin akan menghubunginya terlebih dahulu jika mahu mengambil pesanannya.
‘’Kenapa tak inform dulu?Jomlah masuk dalam pejabat saya.Kita bincang di dalam. Tempahan dah siap.’’
‘’Tak apalah,pengurus.You bawa saja ke sini.’’
‘’Okey.’’Zirah masuk semula ke dalam pejabatnya dan mengambil sesuatu. Dia muncul kembali dan menghampiri Shahrin yang sudah duduk di sofa yang disediakan. Sebuah kotak baldu diletakkan di hadapan Shahrin.
‘’Ini cincin seperti yang diminta.Saya dah cuba dapatkan design yang terbaik berdasarkan permintaan Encik Shahrin.’’
Shahrin membuka kotak baldu berwarna merah jambu itu. Bibirnya terukir senyuman bila melihat cincin berlian dan buah bertatahkan permata sapphire berwarna merah jambu.Lebih cantik dari yang dia bayangkan. Cincin yang cantik ni,memang sesuai untuk Joanna yang yang anggun.
‘’Cantik.Thanks.’’Kata Shahrin.Dia mengeluarkan cincin itu dari bekasnya. Di permukaan cincin itu terukir perkataan ‘I LOVE YOU’. Bibirnya mengukir senyuman lagi.
‘’Eh tu cincin,kan? Cik Zirah kata cincin tu rekaan khas.’’Bisik salah seorang dari kalangan pekerja itu.
‘’Cincin untuk apa? Shahrin nak berkahwin ke?’’ Soal seorang pekerja perempuan yang berambut paras bahu.
Rakan-rakan lain memandang satu sama lain dengan pandangan terkejut.’’Dia nak kahwin? Dengan siapa pula? Tak tahu pun. Dia ada girlfriend ke?’’
‘’Apa?! Kenapa tak ada cerita hiburan sebut pasal Shahrin ada girlfriend? Siapa perempuan yang bertuah tu?’’
‘’Ala,melepas peluang.Siapa yang berani rampas Shahrin dari kita?Sedihnya.’’
‘’Korang ni,biarlah dia kahwin. Lagipun mesti perempuan yang dia pilih tu sesuai sangat dengan dia. Sebab tu dia tackle.’’Seorang pekerja lelaki pula bersuara. Dia mengambil gambar Shahrin yang leka memandang cincin itu. Fikirannya mula merancang untuk mendapatkan keuntungan. Pasti ramai wartawan yang ingin tahu berita sensasi ini.
‘’Apa yang kamu gosipkan ni?’’Tegur Zirah sebaik saja tiba di hadapan mereka.
Pekerja seramai empat orang tadi terdiam serta merta.
‘’Nah.’’Zirah menghulurkan sekeping kad kredit kepada pekerja lelaki tadi dan dia menyambut huluran itu.
‘’Pengurus,tu kad apa?’’Tanya gadis yang berambut paras bahu apabila terlihat sekeping sampul berwarna merah di tangan Zirah.
‘’Encik Shahrin bagi.’’Kata Zirah ringkas.Dia berlalu selepas mengambil semula kad kredit dari pekerjanya.Kemudian dia menghantar Shahrin hingga ke pintu utama.
Di dalam kereta,Shahrin tersenyum sendiri. Tidak sabar rasanya untuk melamar Joanna di hadapan orang ramai semasa majlis meraikan pelancaran dramanya yang terbaru tidak lama lagi. Pasti Joanna akan terharu. Majlis itu diserahkan kepada Azim untuk diuruskan.
Dia yakin Joanna akan menerimanya memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.Sejak sekolah menengah lagi.
**************
Shahrin terdiam.Dia kaku.Dia terpempan. Hatinya punah sama sekali.
‘’Shah,you tahu kan kita ni kawan baik sejak dulu lagi.Sejak sekolah menengah lagi,kan? Kenapa pulak tiba-tiba you cakap pasal ni?’’
‘’Sebab baru sekarang I berani nak cakap pasal ni pada you.’’
Joanna menggeleng.Dia melemparkan pandangan ke arah tasik yang tenang itu.Berkocak sedikit bila angin menyapa permukaan tasik.’’Kenapa tak dari dulu lagi,Shah?Kenapa baru sekarang you kata sukakan I?’’
‘’Kan I kata sebab baru sekarang I mampu nak luahkan perasaan I pada you,Anna.’’
‘’It’s ridiculous you know. Shah,let me mention you once again. I cuma boleh anggap you kawan baik I. I tak boleh jatuh cinta pada kawan baik I sendiri.’’
‘’Takkan tak ada peluang untuk I tunjukkan cinta I pada you walaupun secebis?’’Shahrin memandang Joanna yang berdiri di depannya.
Joanna diam sebelum menggeleng.’’Sejak kita jadi kawan,I dah anggap kita cuma kawan baik sampai akhir hayat. Hati I tak boleh terima kawan baik sebagai kekasih.Tolong fahamlah, Shah.’’
‘’Pedulikan semua tu. Yang pasti sekarang I memang sukakan you sejak sekolah menengah lagi. I rasa bahagia bila dengan you. Tahu tak,you satu-satunya perempuan yang pernah I suka selama ni. Tak pernah ada orang lain dalam hati I,Anna.Percayalah.’’
Joanna memandang sayu ke arah Shahrin.’’Shah,walau apa pun yang you katakan,I tetap dengan pendirian I. Selama ni you faham perangai I,takkan hari ni you dah lupa semua tu?’’
Shahrin mengepal penumbuknya.Dia berasa geram.Kenapalah Joanna berpegang pada prinsip sedemikian?
‘’I ni tak cukup baik untuk jadi lelaki yang boleh lindungi you ke?’’
Joanna pantas menoleh ke arah Shahrin.’’Bukan macam tu. Selama ni bagi I, you ialah lelaki yang baik.’’
‘’Habis tu,kenapa you tolak cinta I?’’
‘’I tak sanggup nak sambut cinta you.You artis terkenal.You lelaki yang baik. You boleh dapatkan perempuan yang lebih baik untuk membalas cinta you.I tak layak untuk you.’’
‘’No! Bagi I youlah satu-satunya perempuan yang boleh menjadi permaisuri dalam hati I. I tak nak perempuan lain tapi hanya you.’’
Terdiam Joanna buat seketika.Dia sebenarnya dalam dilema. Dia bukan tidak sudi sambut cinta Shahrin tapi hatinya membantah keras. Baginya Shahrin ialah kawan baik hingga akhir hayat. Lagipun dia ada sebab kukuh kerana menolak cinta Shahrin.
‘’I’m not suitable to you.I’m really sure you will find a girl that suitable with you and better than me.A girl who can give you happiness and love you forever.’’Setelah berkata demikian,Joanna terus berlalu pergi meninggalkan Taman Tasik Layang-layang dengan rasa serba salah menyelubungi dirinya.
Shahrin masih berdiri menghadap tasik.Dia mahu menangis tapi egonya tidak membenarkan. Dia sungguh terkilan kerana Jaonna langsung tidak memberikan peluang untuk menunjukkan cintanya. Apakah prinsip yang dipegang oleh Joanna itu lebih penting dari hati dan perasaannya? Cincin yang dibelinya dikeluarkan dari kocek seluar. Nampaknya sia-sia dia membeli cincin ini.
************
Harrina menunggang basikalnya sambil bernyanyi kecil. Seronok pula keluar berjalan-jalan di sekitar taman pada waktu petang sebegini. Ramai pengunjung yang memenuhi Taman Tasik Layang-layang ini. Di kawasan padang yang luas terdapat ramai orang sedang bermain layang-layang. Teringin pula bermain layang-layang tapi masalahnya dia tidak reti untuk menaikkan layang-layang ke udara. Pernah sekali dia ke sebuah padang bersama datuknya untuk bermain layang-layang. Poyo aje lebih bila lari untuk naikkan layang-layang tersebut. Setelah agak jauh dia berlari,dia memandang ke langit. Tidak nampak pula layang-layang kecuali burung yang sekadar melintas.Bila dia pandang semula ke bawah,barulah perasan layang-layangnya langsung tidak naik.
Skreett!!!!
Harrina terjatuh.Basikalnya juga turut tumbang di sebelahnya. Sakit betul punggungnya kerana terhempas ke atas laluan pejalan kaki itu. Nasib baik bukan dia atas jalan tar.Kalau tak,mahu pulak dia di hantar ke hospital kerana cedera di punggung. Tidak ke malu?
‘’Ah!Shit!’’
Harrina pantas mendongak dan memandang ke depan. Mak oi,aku langgar orang ke?
‘’Buta ke?Main langgar aje.’’
‘’Sorry.Tak sengaja.’’Hanya itu yang mampu terucap oleh Harrina.
Lelaki itu berdiri lalu menepuk-nepuk bajunya yang berhabuk.Shahrin memandang tepat muka Harrina.’’Kau lagi?!’’
Harrina mendongak sambil menyisipkan rambutnya ke tepi telinga.’’Kau lagi?’’Pekiknya sambil jari telunjuknya diarahkan pada Shahrin dengan muka berang.Apalah malang nasib aku?
‘’Kau ni suka betul buat aku sakit hati,kan?Setiap kali bertembung dengan kau,mesti nasib aku malang.’’
Ewah,sesedap rasa dia tuduh aku macam tu.Ingat aku nak sangat bertembung dengan dia?Marah Harrina dalam hati.Malas nak bertekak sebenarnya. Jatuh dari basikal ni pun dah cukup malu. Takkan nak tambah malu dengan bergaduh kat sini?
‘’Sudahlah. Malas aku nak mencapab kat sini.’’
‘’Tunggu!’’
Shahrin yang mula melangkah terus terhenti.’’Kau nak apa?’’
‘’Erm...aku tak boleh nak berdiri.’’
‘’Kau ni nak berlakon ke apa?Sengaja nak susahkan aku kan?’’
’’Bukanlah.’’Eei,suka suki hati mamat ni aje kata macam tu.Ingat aku nak sangat minta bantuan kau? ‘’Never mind.Kau boleh pergi.’’
‘’Hisy,menyusahkan aje.’’Shahrin berpatah balik dan melangkah semula.
Harrina menggigit bawah bibirnya apabila dia cuba berdiri.Lututnya cedera.Mungkin bergeser dengan permukaan jalan.Tak apa Arri,kau kuat.Harrina memberi kata-kata semangat buat dirinya.’’Aduh!’’ Dia terduduk semula.
Harrina menunduk sambil menggenggam tangannya.Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
‘’Hulurkan tangan.’’
Harrina kenal suara itu.Bukan dia dah pergi ke tadi? Dia membiarkan huluran tangan di hadapannya.
‘’Degil jugak kau ni.Tengah sakit pun masih keras kepala.’’
Harrina menjeling Shahrin yang sudah duduk di sebelahnya.Mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu yang tidak pasti semasa Shahrin membantunya untuk berdiri. Setelah yakin dia mampu untuk berdiri sendiri,dia menepis tangan Shahrin yang memegang bahunya.
‘’Terima kasih.’’
‘’Kau boleh jalan tak?’’
‘’Hurm.Kau boleh pergi.Nanti kau pulak yang malu sebab jalan dengan aku.Lagipun ramai orang kat sini.’’
‘’Suka hati kaulah.Keras kepala,degil,semua ada.’’Sempat pula Shahrin mengutuk Harrina sambil berlalu meninggalkannya.
‘’Ingat aku tak dengar ke?’’Jerit Harrina dengan suara perlahan.Lelaki itu tidak memberi respon.Tak dengar kut.Ah,sudahlah.
Perlahan-lahan Harrina membongkok untuk membetulkan kedudukan basikalnya.Tiba-tiba matanya terganggu dengan satu sinaran. Dengan berhati-hati dia mengambil benda kecil yang agak tersembunyi.
Ternganga mulutnya apabila melihat sebentuk cincin dengan berlian bewarna merah jambu dan berbentuk hati.’’Wah,cantiknya! Gila cute cincin ni.’’
Harrina membelek cincin tersebut dengan rasa teruja.Rekaan cincin itu memang cantik baginya.
‘’Eh?’’Dia terlihat perkataan yang tertulis di permukaan cincin itu.I love you? Ini cincin apa ya? Hatinya tertanya sendiri.
**********
‘’Zirah,dah berapa lama kau jadi pengurus kedai ni?’’Tanya Harrina sambil melihat barang kemas yang tersusun di dalam kabinet pameran.Sungguh cantik rekaan barang kemas di sini.
‘’Tahun lepas.Ha,kau tunggu kejap.’’Zirah terus menuju ke sebuah meja dan mengambil sesuatu dari dalam laci.Dia menghulurkan sekeping sampul kepada Harrina.
‘’Apa ni?Kad undangan kahwin kau ke?’’Seloroh Harrina.Dia mengambil kad itu.
‘’Banyaklah kau punya kad kahwin. Aku nak minta tolong kau boleh tak?’’
Harrina mengerutkan dahinya.’’Apa dia?’’
‘’Gantikan aku pergi majlis ni.’’
‘’Majlis apa?Siapa punya majlis?Wajib ke?’’
‘’Rilekslah.Soalan kau dah macam peluru dari pengganas pulak.Bertalu-talu.’’Zirah cuba berseloroh.
‘’Cakaplah.’’Desak Harrina.
‘’Kad undangan parti dari pelakon terkenal,Shahrin.’’
Terbeliak mata Harrina sebaik saja Zirah habis berkata demikian.
‘’Buat muka pulak.Buruklah.Kut ya pun terkejut janganlah sampai macam tu sekali reaksi kau.’’
Harrina mencebik.’’Untuk apa?Macam mana pulak kau boleh diundang?Artis terkenal kan dia tu.’’Sengaja doa menekan perkataan terkenal.Rasa jengkel pula dengan Shahrin yang tersangatlah terkenal itu.
‘’For your information,dia selalu tempah jewelleries kat sini sebagai hadiah kat orang lain. Setahu akulah,dia selalu tempah gelang atau rantai untuk mak dan adik perempuan dia.Kadang-kadang untuk artis perempuan yang bekerjasama dengannya pun ada jugak. Tapi baru-baru ni dia ada tempah cincin. Aku yang design.Cincin dengan batu berlian warna pink dan ada tulisan I love you kat cincin tu.’’
Harrina tersentak.Pantas dia menindih tangan kirinya dengan beg tangannya. Alamak! Rupanya cincin yang tersekat kat jari aku ni milik Shahrin. Ya Allah,kenapalah aku langsung tak terfikir? Tulah padahnya.Main sarung aje kat jari sendiri.Alih-alih tak boleh nak tanggal sampai sekarang. Aduh,kalau Zirah nampak nanti memang bahaya. Mesti soal aku macam-macam.
‘’Boleh tak gantikan aku?’’
Harrina menelan air liur.’’Kenapa kau tak boleh pergi? Dia kan invite kau.’’
‘’Memanglah tapi tarikh majlis tu serentak dengan wedding anak buah aku. Nak tak nak aku kena pergi Kota Bharu time tu.’’
Pulak dah.Harrina merungut sendiri.
No comments:
Post a Comment