Wajah Zirah dipandang lama.
‘’Kenapa kau tanya macam tu?’’Satu soalan terpacul dari mulut Harrina setelah lama membisu.
‘’Dia suka kau tapi kau tolak dia pulak. Kau tahu tak bersungguh-sungguh dia minta tolong dari aku.’’
Harrina mengeluh.Siapa pulak yang sebarkan berita palsu ni? Macam mana aku tak tolak kalau dia suruh aku berlakon jadi awek dia? Sewel betullah mamat tu.
‘’Aku tak suka dia.Takkan aku nak terima dia pulak?’’Sanggah Harrina.Matanya ditalakan ke arah lain.
‘’Bagi aku,kau dengan dia secocok sangat.Dia baik,kau pun baik. Padanlah tu.’’
Harrina pantas memandang Zirah.‘’Baik kau kata? Hei,gila namanya kalau aku kata dia tu baik.’’
‘’Kenapa pulak? Dia baik bagi aku. Arri,aku rasa dia memang sukakan kau. Kalau tidak, kenapa artis popular macam dia tu sanggup datang jumpa aku semata-mata minta tolong aku pujuk kau.’’Bersungguh-sungguh Zirah bercerita. Dua hari yang lalu Shahrin datang ke kedai barang kemasnya dan menyatakan hasratnya. Shahrin meminta pertolongannya setelah Harrina menolak lamaran untuk menjadi kekasihnya. Riak muka lelaki yang bersungguh itu memang boleh mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya. Manakan tidak,demi cinta,sanggup dia datang merayu supaya memujuk Harrina untuk menerimanya.
‘’Ye ke dia datang jumpa kau? Si Shahrin ni nak kena. Dah kata jangan libatkan kawan aku tapi buat jugak.Degil betullah dia tu.’’
‘’Kau pun degil jugak. Sepadanlah tu.’’Zirah masih tidak mahu mengalah.
Harrina memuncungkan bibirnya.Aku pulak yang dikata degil. Tak patut betullah.
Zirah menyentuh tangan kanan Harrina yang berada di atas meja.’’Cubalah terima dia.Mana tahu jodoh kau dengan dia. He’s try to get your love.’’
‘’My love konon. Get out from my mind. Dia artis terkenal ada hati kat aku yang biasa ni? This is not a fairytale,Zirah. Jahat,bodoh sombong,berlagak,bajet handsome. Senang cerita dia memang complete package dalam bab ni. Tahap ni tau.’’Harrina menaikkan ibu jari tangan kirinya.
Zirah tiba-tiba menarik tangan kiri Harrina dan mebuatkan gadis itu tersentak.
‘’Ni...ni..mana kau dapat ni?’’
Gugup Harrina apabila Zirah menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Aduh,gawat ni. Masalah ni jadi makin rumit. Apa yang Zirah akan fikir kalau aku tolak Shahrin tapi aku pakai cincin ni?
‘’Ni macam cincin yang aku reka untuk Shahrin. Cincin untuk melamar seseorang.’’Kata-kata Zirah terhenti di situ.
Harrina menelan air liur.Kelat pula rasanya. Kepalanya ligat mencari idea untuk melepaskan diri. Tapi kecil matanya apabila melihat Zirah tersenyum penuh makna.
‘’Kau terima dia ajelah.Kalau kau tak suka dia,takkan cincin ni ada kat jari kau?’’
‘’Tu..tunggu. Kau dah salah faham,Zirah. Aku...’’Harrina kaku dari membuka mulut setelah melihat Zirah sedang mengeluarkan telefon bimbit dari dalam begnya.’’Apa kau nak buat?’’
Tiada jawapan daripada Zirah.Malah temannya itu sedang cuba mendail seseorang.
‘’Hello,Encik Shahrin.’’
Terkejut Harrina dengan sebaris nama itu.’’Zirah!’’
‘’Saya rasa Encik Shahrin tak payahlah risau. Rasanya Harrina akan terima encik. Cuma encik kena berusaha lagi.’’
Harrina menunjukkan penumbuknya di hadapan muka Zirah. Temannya itu sekadar tersengih sebelum mematikan panggilan tersebut.’’Kau dah lama tak kena belasah dengan aku,kan? Kenapa kau cakap macam tu kat dia? Ingat aku ni senang-senang boleh terima dia macam tu aje?’’
Zirah menelan air liur sebelum bersuara. Gerun pula lihat wajah Harrina yang cemberut itu.’’ Let me ask you. Why you want to reject him? He’s loves you. Don’t you see that,Arri?’’
Soalan dijawab dengan soalan.’’Listen. Macam mana kau bolah kata yang dia tu sukakan aku? Kau bukan tak tahu yang aku anti dia sejak awal-awal dulu.’’
‘’Kalau kau tak suka, tak ada maknanya cincin ni tersarung kat jari kau.’’
‘’Kau salah faham,Zirah. Bukan aku teringin sangat pakai bendalah ni.’’Harrina masih berusaha untuk membela diri. Dia tidak pernah sukakan Shahrin. Cincin ni pula hanya satu salah faham. Cincin tu yang tersekat di jarinya.
Zirah tersenyum lagi. ‘’Dahlah Arri.Kau terima aje dia. Dia okey dan baiklah. Sepanjang aku kenal dia,dia tak adalah jahat macam yang kau kata. Standardlah kalau dia sombong sikit tapi itu untuk menjaga nama baik dia sebagai seorang pelakon.’’
Harrina tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Kepalanya diletakkan di atas meja di depannya. Teringin saja dia menghantukkan kepalanya ke atas meja itu tapi dia masih waras. Tidak mahulah dia menyakitkan diri sendiri. Susah betul kalau dapat kawan yang tak bagi aku peluang nak bagi penjelasan macam Zirah ni. Argh,sakitnya kepala! Si mamat tu kenapa nak huru harakan hidup aku? Apa dosa aku pada dia di hayat lepas?
************
Satu senyuman dihadiahkan kepada Maira sebaik saja dia terlihat kelibat temannya itu.Tanpa dijemput,Harrina menarik sebuah kerusi bersebelahan tingkap kaca di sudut kedai Maira. Tidak lama kemudian,Maira menghampirinya dengan dua gelas jus oren.
‘’So,how’s your day today?’’Tanya Maira sebaik saja melabuhkan punggung di hadapan Harrina.
‘’Great. Aku diterima bekerja kat Price Court Hospital.Lusa aku masuk kerja.’’
‘’Kira baguslah tu. Tak dapat jadi doktor kat hospital,jawatan penting kat hospital pun kau kebas.Orang takut darahlah katakan.’’
Harrina mencebik.’’Saja kau nak kenakan aku.Cakap ajelah yang kau jealous.’’
‘’Buang karan aje.Nak jealous buat apa?’’Sangkal Maira.
Pandangannya ditebarkan ke seluruh ruang kedai kek milik Maira.’’Kau tu ada ijazah pasal bussiness management tapi tak gunakan sepenuhnya.Kedai idaman kau ni jugak yang jadi pilihan.’’
‘’Dah minat aku.Tak boleh nak buat apa. Err,Arri...’’
‘’Lain macam aje ni. Ada apa-apa ke?’’Pintas Harrina sebelum Maira sempat menyambung ayatnya.
‘’Dengarlah cakap aku dulu sebelum menyibuk. Aku nak tanya something tapi jangan kau marah pulak.’’
Dahi Harrina berkerut. Riak mukanya pelik meminta penjelasan.
‘’Kau dengan Shahrin...’’
‘’Hah? Kenapa dengan dia?’’Sekali lagi kata-kata Maira dipintas.
‘’Mangkuk betullah kau ni. Aku belum habis cakap lagi ni. Tak usahlah mencelah.’’Ujar Maira geram.
Harrina tersengih.’’Okey,sambung balik.’’
‘’Kau...’’
Tiba-tiba bunyi telefon bimbit kedengaran.Kedua-duanya memandang antara satu sama lain.’’Hisy,kacau betullah. Cepatlah angkat phone kau tu.’’
Harrina sekadar tersenyum. Mesti minah ni geram.Ada aje yang ganggu bila dia baru nak bukan mulut.’’Ya,Zirah. Aku? Ada kat kedai Maira. Sekarang? Ha,yalah aku tunggu.’’
‘’Kenapa pulak dengan Zirah?’’
Harrina menjungkit bahu.’’Dia kata ada hal penting nak cakap kat aku.’’
‘’Oh...’’Jeda Maira.’’Sambung balik part yang asyik kena pause tadi. Kau dengan Shahrin ada affair ni sejak bila?’’
Tersentak Harrina dibuatnya.Nasib baik dia bukan sedang menghirup jus oren di depannya.Jika tidak pasti Maira sudah disemburnya.’’Kenapa kau tanya?’’
‘’Yalah,selama ni aku tak pernah dengar pun dia ada suka atau couple dengan mana-mana perempuan. Tapi bila dia buat pengakuan mengejut pasal perasaan dia kat kau,satu Malaysia terkejut tau.’’
Harrina menggaru pelipis kanannya.’’Patutlah pun.’’
‘’Apa yang patut?’’
‘’Masa aku attend temu duga kat hospital hari tu,ramai yang pandang aku. Ingatkan time tu imej aku something wrong tapi bila tengok balik okey aje. Nak datang sini pun,pelanggan kat sini dok sibuk tenung aku. Ingatkan aku dah salah masuk kedai.’’Jelas Harrina.Kini baru dia tahu kenapa dia tiba-tiba jadi tumpuan.
‘’Ni yang buat aku risau.’’Maira bersandar lemah pada kerusi.
Harrina berasa hairan.’’Apa pasal?’’
‘’Kau ingat tak aku pernah kata pasal fanclub yang fanatik gila dengan Shahrin?’’Soalan daripada Maira dijawab dengan anggukan Harrina.
‘’Dorang semua tu perempuan. Memang fanatik dekat lelaki pujaan Malaya kau tu.’’Kata-kata Maira terhenti apabila Harrina tiba-tiba tergelak besar.
‘’Kelakarlah,Maira.Sejak bila pula dia jadi lelaki pujaan aku? Jangan nak bikin lawak antarabangsa la.’’
Satu cubitan hinggap di atas lengan Harrina.’’Habis tu bukan ke? Dia kan suka kau. Aku tak salah istilah okey.’’
Harrina memuncung.Sia-sia kena cubit.Berbirat lengan aku. Ni sebab si mamat tu punya pasal.
‘’Bila dah fanatik,kau faham-faham ajelah. Mana boleh tengok dia dengan perempuan lain sebab dorang ingat Shahrin tu boyfriend dorang. Sebelum ni,Shahrin tak pernah ada hubungan dengan mana-mana perempuan. But you suddenly come as his girlfriend. Mesti dorang marah punya.’’
Satu lagi masalah menimpa Harrina. Sekiranya betul apa yang Miara katakan,tidak mustahil dia akan diserang oleh mereka suatu hari nanti. Kemungkinan keselamatan dan nyawanya akan terancam.
‘’Betul ke ni?’’ Soal Harrina dengan dahi berkerut. Kepalanya sudah memikirkan segala kemungkinan buruk yang akan terjadi ke atasnya. Astaghfirullahallazim. Janganlah fikir bukan-bukan,Arri. Dia mengingatkan dirinya sendiri.
‘’Aku tak berani jamin pasal tu. Mungkin jugak dorang terima aje kau sebagai buah hati Shahrin. Mungkin jugak tak. Tapi Arri,boleh tolong aku tak?’’
Harrina merenung Maira. Minta tolong apa pula ni? ’’Ada apa?’’
‘’Kau kena cari kebahagiaan kau tau.’’ Ayat mengharap yang keluar dari mulut Maira mengejutkan Harrina. Biasanya ayat sebegini adalah pengharapan orang yang hampir tiba ajalnya.
‘’Kau kenapa cakap pelik-pelik ni,Maira?Menakutkan akulah.Are you fine,my friend?’’ Harrina meletakkan dua jarinya di pergelangan tangan Maira untuk memeriksa nadinya. Okey lagi. Masih berdenyut rupanya.Tapi kenapa dia cakap macam tu?
‘’Hoi,aku okeylah. Aku masih hidup ni.’’Maira menepis jari Harrina. Ada ke patut si Arri ni anggap aku tak okey? Sabar ajelah dengan kawan aku ni.
‘’Habis tu,kenapa suruh aku cari kebahagiaan pulak?’’
‘’Sebab aku nak tengok kau happy. Kau kena cari orang yang betul-betul cintakan kau. Yang sukakan kau seadanya.’’
‘’Masalahnya siapa?’’Pintas Harrina.
‘’Macam Shahrin.’’
Sebaris nama yang membuatkan Harrina tersentak.’’Apa kena mengena dengan dia pulak?’’
‘’He’s loves you,dear.’’Ujar Maira bersungguh-sungguh.
Harrina tersandar di kerusi. Apa lagi permainan yang dimainkan oleh Shahrin? Tidak cukup dia merayu pada Zirah,kini dia meminta bantuan pada Maira pula? Lepas ni siapa? Adakah Saera yang akan datang kepadanya dan memujuknya supaya menerima Shahrin?
‘’Kejam betullah dia ni.’’Tanpa sedar Harrina menyebutnya dengan kuat.
‘’Siapa yang kejam? Shahrin ke? Pakwe baik macam dia tu kau kata kejam? Tak patut. Tak patut.’’Maira menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
Harrina memandang Maira sejenak. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap pula. Nampaknya aku pun kena menyusun atur satu permainan. Kalau Shahrin boleh merangka satu permainan,kenapa tidak aku? Aku akan pastikan aku tidak kalah dalam permainan ini. Tawarannya adalah ego Shahrin. Jika aku kalah,aku terpaksa sama-sama mempertahankan ego Shahrin di depan peminatnya. Jika dia kalah,aku akan runtuhkan egonya dan sikap pentingkan diri sendiri semata-mata nama baiknya. Yalah,nama baiknya sebagai seorang pelakon yang terkenal lagi popular pasti akan tercalar andai kata ada perempuan yang menolak cintanya. Aku kena menang!

No comments:
Post a Comment