Dengan perut yang lapar plus mengantuk sebab duduk dalam bilik ada aircond,maka masing-masing mulalah susah nak bagi tumpuan. Tapi disebabkan nak jaga hati orang yang asyik berucap kat depan tu,kitorang gagah jugak nak bukak mata besar-besar sambil iyakan apa saja yang pensyarah tu cakap. Sejam setengah aku terseksa menahan kelaparan. Nasib baik tak sampai tahap kebulur. Aku dengan Hazirah masing-masing tertanya dalam kepala otak, bilalah nak makan ni?
At least lepas sejam setengah tu kitorang dapat refreshment sikit. Tapi nasib malang yang tidak diundang ganggu mood kitorang yang tengah kelaparan ni. Bayangkan kat sekolah tak sempat nak makan pun. Eh kejap bukan tak sempat, tapi kat kantin tu tak ada makanan yang menyelerakan. Hari-hari benda sama. Sampai naik jemu nak pandang. Entah-entah makanan tu pun komen,asyik keturunan dan spesies aku aje yang kena mengadap muka budak-budak sekolah ni.
Sambung balik cerita nak pergi ambil refreshment.
Bila dah skodeng satu kampus tu,kitorang turun kat kafeteria. Makanan dah tersedia. Minuman dah terhidang. Kitorang(aku dengan member sekelas), capailah air dulu sebab tu yang paling dekat. Then bila dah capai pinggan nak isi dengan bihun goreng,semuanya tercengang. Siapalah yang bantai bihun ni tanpa belas kasihan kat kitorang yang tengah kelaparan ni? Mangkuk ayun betul! Budak lelakilah yang conquer tempat makanan tu dulu. Lepas tu dengan tak ada rasa gentlementnya,sesuka hati biarkan perempuan yang lemah ni menahan lapar. Adoyai! Nak tak nak terpaksalah tunggu untuk beberapa ketika lagi. Hurm...sabar ajelah. Time tengah makan tulah,si dia baru reply mesej yang aku hantar pukul 1.30. Dia kata dia tertidur so lambat reply. So aku pun kata tak apa dan pergilah buat kerja tu. Tapi lain pulak yang aku dapat. Ingatkan nak minta maaf tapi tak.
Aku merajuk dengan si dia hari ni. Aku kecewa bila dia label benda yang tak betul ke atas aku. Siapa yang tak terasa hati bila tetiba saja dilabel berubah hati padahal tu sama sekali auta?! Bila aku tanya boleh pulak dia tak jawab malah merajuk dengan aku. Sepatutnya aku yang touching tapi dia pulak. So start dari aku balik BMI tu, aku offkan phone. Bertekad tak nak angkat call dia dan nak buat dia risau. Aku nak dia tahu yang aku memang touching gila dengan dia time tu.
Tapi bila sampai rumah,aku onkan semula phone. Entah,rasa macam tak sampai hati nak matikan phone tu. Tapi aku block nombor dia. Then lepas Isyak aku tertidur. Aku terjaga bila phone aku berbunyi. Bila tengok skrin,bukan nombor si dia tapi orang lain. Tapi aku tahu yang call tu sebenarnya memang si dia. So aku pun angkatlah. Tak pasal-pasal pulak aku yang kena marah. Hisy,dia ni tak tahu ke yang aku tengah merajuk dengan dia?
Lepas masing-masing berdolak dalih,baru dia minta maaf dan pujuk aku. Nasib baik aje tak gaduh besar. Kalau tak,memang habis semua benda aku campak. Then,hubungan okey macam biasa. Hurm,cerita macam ada masalah besar aje,kan? Haha...aku ni bab cerita mesti nak gempak.
Ngeri betullah malam tadi.
Pernah dengar tikus terbang?
Pernah tengok tak?
Aku baru tengok dan alaminya tengah malam tadi. Nak tahu macam mana aku boleh tengok keadaan tu?
Lepas berbual dengan si dia dan situasi pujuk memujuk aku yang merajuk ni,aku pergilah toilet. Nak ambil wuduk sebab aku belum solat Isyak lagi time tu. Masa aku ada kat dalam toilet dengan keadaan yang tak terduga, tiba-tiba aje aku nampak tikus. Menjeritlah kuatlah aku. Takkan nak duduk diam aje time tu. Lagipun aku ni jenis yang pantang tengok tikus. Mesti bergegar rumah bila ada tikus melintas depan aku. Mungkin sebab aku menjerit punyalah hebat,tikus tu pun mungkinlah terkejut so melompatlah tikus tu. Tapi yang tak boleh blah,dia melompat melintas kepala aku. Dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Start daripada sinilah aku main kejar-kejar dan hide and seek dengan tikus tu. Bukan aku yang kejar dan cari tikus tu tapi sebaliknya. Nak tak nak,aku terpaksa naik atas mangkuk tandas dan tikus aka ‘cik siti’(gelaran mak aku kat tikus) tu berlari-lari dekat atas lantai toilet tu. Haru biru sungguh keadaan time tu.
Huk..huk..huk...kejam betullah tikus tu. Mesti ke takutkan aku dengan kehadirannya yang tak diundang tu? Hisy,kalau aku berani sikit mahu aje aku capai baldi then baling kat tikus tu. Eh kejap,karang baldi tu pulak yang pecah. Tikus tu tak kena apa-apa tapi aku pulak yang kena bebel sebab pecahkan baldi.
No comments:
Post a Comment