Lepas habis saja SPM aku akan cuti lebih lama daripada orang yang bersekolah. Dorang dapat cuti sebulan setengah aje tapi student Form 5 tahun ni dapat cuti selama-lamanya. Kitorang mana sekolah lagi dah kecuali yang nak ambil STPM. Dorang kena sekolah balik la kalau nak ambil Form 6. So lepas SPM boleh enjoy sakan,sampai letih,sampai muak kitorang nak habiskan masa free kitorang dengan aktiviti yang dah dirancang.
Ada member aku yang akan masuk PLKN,ada jugak yang nak kerja (aku salah sorang yang ada plan macam tu),ada yang nak tidur 72 jam tanpa henti(dahsyat sungguh siapa yang dapat tidur selama ni. Aku sendiri pun tak mampu nak tidur selama tu.). Ada yang nak bercuti sakan(orang kayo boleh la. bukan macam den ni hah),ada yang nak...bla..bla...bla...aku tak tahu dah apa plan orang lain. Tapi aku ada plan sendiri lepas habis SPM ni. Aku nak buat semua apa yang aku rancangkan selama ni.
Pakai inai
Tepat 1 Disember ni aku nak pakai inai. Haha....pelik-pelik aje aktiviti aku yang pertama ni. Dua tahun beb menahan diri daripada pakai pewarna bukan tiruan tu. Selama ni bila tengok orang lain pakai, aku gila jealous dengan orang tu. Meronta-ronta dalam hati nak pakai tapi tak boleh sebab aku masih bersekolah. Aku ikut tau apa yang tertulis dalam buku peraturan sekolah. Tak boleh pakai inai. So sampai ke hari ni jari aku masih clean and clear tanpa pewarna tu. Sebelum warnakan kuku kesayangan aku ni,aku kena la manicure dulu. Baru nampak cantik dan berkilat sampai silau orang nak pandang.*over wink*(bajet je ni). So kepada sesiapa yang nak perkhidmatan aku untuk manicure kuku korang sampai cantik,tebalkan sikit muka cari aku dan harga boleh dirunding. Hehe...gurau ajelah. Aku tak kisah kepada member2 aku yang nak aku cantikkan kuku dorang. Aku tak berkira pun dengan member sendiri sebab aku dah anggap dorang semua sebagai sebahagian dari warna kehidupan aku. Kalau aku nak jadi cantik, aku kena ajak orang lain jugak.
Cari kerja
Yes! Poin utama selepas habis SPM. Aku nak bekerja. Daripada duduk rumah sambil ‘bina badan’ lebih baik aku buat something yang berfaedah dan boleh mencari pengalaman kat luar. At least aku ada la sikit income untuk dibuat belanja bagi plan lain. Aku tak kisah kerja apa yang aku dapat janji gaji berpatutan dengan kerja,tak jauh dari rumah,bos yang baik(kalau lelaki mestilah handsome. Huh demand lebih jugak aku ni rupanya), ada kemudahan yang lengkap(tak adalah aku kena jalan jauh semata-mata nak ke toilet atau tempat makan) tapi yang penting kerja tu halal. Bila dah dapat income tu boleh la aku bagi kat mak guna untuk belanja dapur. Selama ni kerja aku membantai aje apa yang mak masakkan. Biar la sekali ni aku balas sikit penat payah mak yang masakkan makanan yang paling sedap bagi aku. Memanglah aku agak memilih pasal makan ni(tak makan sayur,ikan,selalu mengidam nasi goreng,breakfast tak nak biskut tanpa Nescafe), tapi mak tetap penuhi keinginan aku. Mom,I LOVE YOU SOOOOOOOO MUCH. My mum is the best woman that I’d ever meet.
Tengok wayang
Dah lama aku tak tengok wayang. Last sekali yang pernah aku pergi kat One Utama tengok cerita Nur Kasih. Waktu tu aku pergi dengan lelaki itu. Tapi kali ni aku nak pergi tengok wayang lagi. Dengan kawan2 boleh,dengan si dia pun boleh,dengan adik aku pun boleh,kalau dengan mak aku lagilah boleh(tapi mak aku mana minat tengok wayang macam aku ni. Katanya lebih baik kerja tak pun duduk rumah aje). Nak tengok wayang takkan tak makan atau shopping,kan? Dua tu acar wajib tau bila keluar ke mana2. Takkan ada orang yang tengok wayang lepas tu bawak bekal dari rumah. So semua tu memerlukan kos. Sebab tu kena kerja dulu. Baru ada duit nak beli itu ini. Tambah2 lagi bila dah rasa bebas ni(bebas la sangat. Masih dalam tanggungan keluarga lagi tau),lagilah kerap nak keluar. Sikit2 nak pergi sini,esok2 nak pergi sana pulak. Nanti minggu depan pulak plan nak jelajah kat sinun(lepas sini,sana lepas tu sinun la pulak kan). Lagipun kan takkan setiap kali keluar dengan boyfriend nak harapkan duit aje. Kang tak pasal2 dilabel pisau cukur pulak. Hisy,sia2 je karang. At least walaupun sekali teringin jugak kita belanja orang yang tersayang. Betul tak?(kalau betul angguk,kalau tak geleng. Siapa yang geleng tu memang tak romantik namanya).
Let’s go to the beach
Macam copy balik title drama korea pulak. Tapi aku memang teringin sangat nak pergi pantai dan menghayati pemandangan pantai dengan ombak yang menghempas pantai dan ditemani angin lembut menyapa pipi. (fulamak,ayat gila jiwang!). Dah lama aku tak pergi pantai. Kali terakhir pergi bersuka ria kat pantai masa 3-4 tahun yang lalu. Fuh,lama tu beb. Tapi tempoh masa ni tak kira la time aku pergi Pantai Remis masa pertengahan tahun ni(eh ye ke pertengahan tahun? Entah la, aku lupa). Sebabnya yang pergi Pantai Remis tu atas lawatan yang KRS anjurkan dan aku tak berkesempatan nak menghayati pemandangan pantai dan main2 kat kawasan pantai. Teringin sangat jalan di gigi air dengan berkaki ayam. Lepas tu lagi romantik kalau main kejar2 dengan pakwe kat situ. (Adoyai, mulalah perasan aku sekarang ni. Tulah padahnya kalau tengok cerita Korea selalu sangat). Hah! Lagi best kalau dapat bina sand castle. Waaah! Mesti syok dowh! Makin tak sabar aku dibuatnya.
Amalkan gaya hidup sihat
Hahaha.... poin yang ni memang kelakar sikit. Apalah aku ni. Dah habis sekolah baru nak amalkan gaya hidup sihat? Pelik kan? Aku bukanlah nak buat betul2 macam yang aku tulis kat atas tu. Cuma aku nak habiskan setiap hujung minggu berjoging kat taman. At least dapatlah aku kurangkan berat badan yang terhasil sebab appetite makan aku yang over sebelum ni. Mana taknya,asal tension aje aku makan. Asal keluar dating aje mesti lepak kat mana2 kedai makan. Asal nak buat study group aje mesti pilih kedai mamak. Macam mana tak naik berat badan aku kalau ini jadinya? Lagipun aku dah lama sangat nak cuba buat aktiviti sukan macam main badminton, boling, berbasikal mengelilingi satu taman. Pergh,kalau la dapat buat semua tu mesti best gila. Tetiba aku boleh pakai saiz S pulak lepas ni. Haha....angan2 Mat Jenin aje ni rasanya. Takkan la aku mampu nak tukar ke saiz S pulak kot.
Siapkan buku 4 of Us
Buku ni aku dah rangka kandungannya. Tapi masih buat mukadimah sebab kononnya sibuk dengan study.(ceh,padahal malas nak menaip sebenarnya). Lagipun maklumat untuk siapkan buku ni masih belum lengkap lagi. Banyak lagi maklumat yang aku nak korek daripada kawan2 aku yang terlibat sebagai watak utama dalam buku ni. Semua maklumat pasal kawan2 yang aku maksudkan ni mesti dikorek sampai ke perkara yang paling sulit. Haha....dahsyat rupanya aku ni eh. Habislah dorang. Semua rahsia nanti pasti akan berada di dalam tangan aku. Tapikan bila masanya nak kumpul maklumat daripada 3 orang kawan aku yang terpilih ni? Sibuk aje memanjang. Bukan aku tapi dorang la. Bila buku ni dah siap,aku akan bagi dorang baca apa yang dorang dah bagitahu aku dan maklumat rahsia yang lain. Hehe....mesti gelak besar bila dah besar nanti then bukak balik cerita ni. Mana taknya,buku ni penuh merapu aje. Pelik2 aje rahsia dorang yang aku korek. Dari maklumat diri sampailah angan2 mat Jenin dorang.
Siapkan buku cinta
Hehe...buku ni pulak khas untuk kekasih pujaan hati pengarang jantung.*tangam siap bentul love lagi*. Aku nak jadikan buku yang ala2 diari antara aku dan dia sebagai hadiah hari jadi dia tahun depan. Rahsia tau. Ni plan aku yang aku dah rancang sebelum SPM lagi. Aku nak tinggalkan dia satu kenangan yang tak akan pernah dilupakan. Selama ni dia aje yang bagi aku hadiah. Gelang,rantai,teddy bear,cincin dan macam2 lagi. Biarlah sekali aku hadiahkan dia satu perkara yang bermakna. Biar hikayat cinta antara aku dan dia dapat diingati sampai bila2. Dalam buku tu aku akan tulis sendiri cerita pada tarikh2 penting yang pernah menjadi kenangan manis antara aku dan si dia. Yang penting jalan cerita mengenai hubungan aku dan dia yang berkembang daripada kawan kepada couple. Aku akan tulis jugak semua mesej yang pernah dia tulis kat aku sejak kitorang berkawan dan sampai sekarang. Aku simpan lagi tau semua mesej yang pernah dia sent kat aku. Ada mesej yang biasa2,ada mesej yang romantik. Dan ada jugak mesej masa aku dan dia bergaduh dan tak sependapat. Bila baca balik mesej tu rasa sedih menyelubung jiwa. Mana taknya,gaduh bagai nak rak sampai wujud rasa takut kehilangan si dia dari sisi aku. Aku nak selitkan jugak ayat2 jiwang yang aku dah kumpul selama ni. Then aku nak letak gambar kitorang berdua dalam tu. Semuanya hasil kerja tangan aku yang tak berapa kreatif ni. Romantik tak aku? (kalau setuju angguk kepala. Kalau tak setuju geleng. Tapi siapa yang geleng tu maksudnya tak ada feel romantik dalam diri.hehe....gurau aje.)
Belajar bawak motor and kereta
Poin ni memang tak boleh tinggalkan. Sebenarnya kan aku ni kan mana pernah kan bawak motor. Huhu...sedih mengenang kelemahanku ini. Sebab tu aku nak belajar sangat bawak motor. Lagipun aku kan ada tenaga pengajar. Hehe...siapa lagi kalau bukan pakwe sendiri. Dia sendiri dengan bangga dirinya cakap kat aku yang dia pandai mengajar orang nak drive. Dia dah janji nak ajar aku bawak motor sampailah aku pro. Aku tuntut tau janji tu bila SPM dah habis. Kalau pro sampai boleh race lagilah aku suka. Boleh rempit beb. Haha....bagus sangatlah plan aku ni. Bila aku cakap macam ni kat si dia,habis aku kena bebel dan ugut tak nak ajar aku. Baru2 ni aku pernah ingatkan dia yang aku tak pandai bawak motor.
‘’Yelah. Kita ni mana pandai bawak motor macam orang tu.’’*cakap dalam nada perli*
‘’Lagi bagus Nita tak pandai bawak motor.’’
‘’Hah? Kenapa pulak?’’*buat muka tak puas hati*
‘’Tak adalah Nita merayap. Bila tak suka merayap kat luar tak adalah Nita curang dengan Man.’’
Ya Allah,tu pulak yang dia fikirkan. Ingatkan aku ni jenis yang tak setia ke sampai nak curang cari mamat lain kat luar sana? Huh,aku tak peduli. Nak jugak belajar naik motor.*meronta macam budak kecil*. At the same time dia kena ajar aku drive kereta pulak. Setiap kali aku kata nak belajar drive mesti dia perli kata ‘’Habislah. Semua tiang dia nak langgar.’’ Hisy,geramnya! Bukannya nak bagi semangat kat aku. Tapi sebelum ni pernah dia suruh aku bawak kereta dia. Weyh,aku takutlah. Tetiba pulak aku kena bawak kereta padahal aku ni nak tukar gear pun tak pandai. Kaw2 aku tolak tawaran dia. Lepas tu dia cakap pulak,’’Hurm,kata nak belajar. Baru suruh pegang stereng dah takut.’’ Adush! Kejam pulak statement tu. Hehe...tapi memang betul pun. Tapi tak apa. Tengoklah nanti bila aku dah pandai. Satu Malaysia aku nak jelajah then aku nak ajak dia race dengan aku. Kita tengok siapa yang lebih hebat atas jalan raya. Haha.....*evil laugh*. Diam2 tau. Naya aku karang kalau mak tau. Daripada ada lesen memandu terus kena bakar lesen tu. Mana taknya,anak kesayangannya nakal sangat.
Enjoy with my friends
Zaman persekolahan memanglah dah tamat time tu. Tapi kawan dan persahabatan takkan hilang walaupun zaman berubah. Macam2 yang kitorang dah plan. Nak karoake. Yes,lepaskan gian menyanyi lepas habis SPM ni. Bolehlah testing suara. Mana tau kot2 boleh pergi uji bakat or masuk pertandingan menyanyi. Haha...lawak la. Ada hati pulak nak dendangkan suara yang tersekat tu kat orang ramai. Then kitorang plan nak main boling. Acara yang confirm tak boleh dilupakan. Lepas berehat beberapa ketika daripada beberapa perlawanan (cewah,bajet macam dah bagus sangat aje),nanti bolehlah test power lagi sekali. Lagipun aku nak asah bakat aku ni hah. Selama ni main susah sangat nak strike jatuhkan semua pin. Biarlah aku practise sampai capai tahap pemain boling profesional. Aduyai,lagi sekali bajet bagus. Kitorang pun ada plan nak pergi TS. Tak tau apa itu TS? Times Square la. Aku ni mana pernah pergi tempat macam tu. Apatah pergi, tempat dia kat mana pun aku tak tahu tau. Kesian sangatlah aku ni. Banyak jugak kelemahan aku. Kepada sesiapa yang sudi terima aku apa adanya,terima kasihlah sangat2. Kawan korang ni memang banyak kelemahannya. ( Sempat pulak baut ucapan kat sini). Plan lain,hurm masih dalam perbincangan. Aku yakin lepas habis SPM ni,mesti dorang ada buat plan baru. Kalau aku salah,belasahlah aku. (Wuek! Nak belasah aku ke? Sanggup ke korang? Haha...).
Kumpul novel and komik
Lamanya aku tinggalkan hobi aku ni. Dah lama aku tak beli novel dan komik. Lepas habis SPM ni (dan ada duit yang cukup),aku nak beli semua novel yang aku nak. Bayangkanlah,setiap kali pergi kedai buku memang terseksa jiwa dan ragaku ini. Hanya dapat tengok dari jauh aje semua novel yang baru2 dan yang best2. So kepada kawan2 aku yang mengerti tentang diriku ini, janganlah cabut kalau tiba2 aku kata nak pinjam novel korang atau ajak korang pergi beli novel. Kita boleh amalkan sistem barter,betul tak?
Kumpul music video and lagu2 terbaru korea
Main game Sorority Life sampai tamat
Belajar memasak
Belajar bahasa korea
Ambil kurus komputer
Weyh korang,penatlah aku nak menaip. Sakit pinggang aku sebab dok asyik duduk mengadap laptop ni. Setakat ni ajelah plan yang ada dalam senarai. Nanti bila2 dah ada plan baru,aku update la. Aku nak pastikan insan2 yang terlibat dalam semua plan yang aku senaraikan kat atas tadi bersiap sedia untuk rasa kepenatan yang melampau. Ahaks! Nayalah kawan2 aku ni.
p/s: SPM belum habis tapi plan dah rancang bagai nak rak.