Hip hip! Hooray! Bersorak dengan aku. Hip hip! Hooray!
Apa la aku ni? Pe kes pulak nak bersorak ni?
The reason is aku dah habis bertempur semalam. Aku dah lepas ambil SPM. Hahaha...excited gila aku. At last beban yang tertanggung selama 2 tahun ni terlepas jugak. Aku dah ambil SPM malah dah tamat tadi. Budak science stream la yang paling syok. Kitorang habis awal berbanding student course lain. Hehe...suka aku kasi dorang jeles.
Bayangkanlah masa pengawas peperiksaan tu kata ‘’Masa menjawab sebenar masih ada sepuluh minit. Calon2 tidak dibenarkan keluar dari dewan.’’, aku dah tersengih sorang2.(entah pengawas tu perasan ke tidak aku tersengih time tu. Karang tak pasal2 label aku kurang betul sebab tertekan sangat dengan SPM). Macam manalah aku tak nak tersengih sampai ke hujung telinga sebab aku rasa tak sabar nak tamatkan seksaan ni. Siap aku boleh berbalas senyuman dengan kawan2 aku yang lain masa dah nak habis waktu Biology paper 3.
9 hari beb berjuang dalam dewan peperiksaan tu. Aku ambil 9 subjek aje,ada lebih kurang 24 paper kesemuanya. Terseksa gila nak menghabiskan 9 subjek tu. Dahlah jawab bio kertas 2 semalam aku rasa nak menangis. Mana taknya,soalan tu susah sangat. (Kertas Add Math yang orang kata subjek paling susah pun tak adalah buat aku rasa down sampai macam ni). Ternganga aku masa bukak kertas soalan tu. Baru bukak je. Masa jawab pulak dah blur plus otak jadi sakit. Tak pasal2 perut aku effect sama. Pedih pulak perut aku. Masa 2 jam setengah yang diperuntukkan untuk menjawab peperiksaan biologi kertas 2 nilah yang aku rasa paling lama pernah aku lalui. Kertas lain sebelum ni, 2 jam 30 minit tu lebih kurang macam sejam aje sampai kekadang nak mengamuk sebab tak cukup masa nak jawab semua soalan. Tapi kali ni lain pulak jadinya. Sampai aku surrender nak jawab kertas tu.
Kalaulah aku tahu soalan apa yang keluar dalam kertas bio tu,mesti aku dah hafal kaw2 punya. Tapi yalah,masa tak boleh nak diputar. Tak boleh nak perbaiki keadaan. Yang boleh berharap sekarang ialah gred untuk biologi tahun ni turun. Bolehlah aku dapat gred bagus kalau macam tu. hehe....aku tahu ni bukan harapan aku sorang aje. Kawan2 aku yang lain mesti ada yang berharap macam aku ni.
Lepas aje kitorang boleh keluar dewan,semua bersorak gembira. Excited sangat la katakan! Ada la yang ambil gambar,posing sana sini. Ada jugak yang minta autograf kat baju. Adoyai,memang berseni sungguh hasil tangan dorang. Signature yang pelbagai style! Aku punya sign pun simple je tau. Tak adalah macam sign artis. Then kitorang pergi lepak Qudrat pulak bagi meraikan hari ‘pembebasan’ kitorang.
Hurm,sebenarnya kan aku ada ditawarkan kerja tapi mak tak bagi sebab kerja tu balik malam. Siapa yang nak jemput kalau aku terpaksa balik tengah malam. Dahlah aku ni anak perempuan sulung yang paling disayangi. Mak mana yang sanggup something happen on her daughter? Sama macam mak aku jugak. Nak jaga aku dengan sebaik mungkin. Tapi tak apalah, kerja tu aku lepaskan meskipun aku berharap sangat dapat kerja awal. Mak pulak bising,kenapa aku nak kerja awal2. Rehat dulu la. Tulah yang mak aku cakap petang semalam. Memang betul pun apa yang mak aku cakap. Penat belajar and ambil exam pun belum habis lagi tapi aku dah nak kerja.
Okey,berdasarkan plan yang aku dah susun sebelum ni(aku ada post sebelum ni),aku dah laksanakan salah satu daripadanya. Apa lagi? Pakai inai la. hehe....sekarang ni aku tengah syok tengok kuku aku yang dah di’manicure’ dulu sebelum pakai inai. Sekali pandang nampak macam aku pakai nail polish,dua kali pandang nampak macam tangan orang sakit,tiga kali pandang baru perasan jari2 aku ni dah berinai. Haha....teruk juga daya penglihatan aku ni rupanya.
So,first plan is completed!
Plan seterusnya,kemas semua buku yang berselerak dalam bilik aku ni. Aku tengok bilik sendiri dah macam sarang tikus. Penuh dengan buku dan kertas semata-mata. Aku nak kumpul semua then jual. Tak pun bagi je sesiapa yang nak guna buku rujukan tahun depan. Eh kejap,aku lupa aku ada adik. Aku bagi dia aje kot. Tapi SPM dia 2 tahun dari sekarang. Tak apalah,bagi jelah dia. pandai2 la dia nak buat apa janji rak uku aku dah tak penuh dengan buku. Hehe,bestnya tegok rak aku kosong. Tak ada buku tapi ada novel dengan komik aje.

No comments:
Post a Comment