Apa kejadahnya aku tulis tu? Kenapa aku seru bendalah tu pulak? Korang pelik?
Tadi lepas Zohor tadi aku pergilah majlis pertunangan kakak kawan aku kat Pinggiran. Kakak Ku Raihah. Dina ajak aku dengan Izza tadi. So kitorang yang tengah kebosanan time tu,terus je setuju nak join.
Yuhuu! Excited gila aku tengok majlis pertunangan tadi.
Mana taknya,first time experience la katakan. Duduk betul2 depan future bride sambil menghadap hantaran yang cun sangat! Alahai,walaupun hantaran tu orang kata biasa je dalam satu majlis pertunangan atau perkahwinan, tapi bagi aku dapat tengok semua hantaran tu buat aku lagi excited nak jugak bert_ _an_. (Ha,apa lagi? Isikanlah tempat kosong dengan huruf yang betul. Kalau tengok aje mana la nak faham ayat tersirat aku tu.)
Mula2 sampai kat rumah Ku,aku nampak sebaris hantaran tema merah putih tersusun di depan pelamin mini. Tu baru nampak dari jauh. Bila rombongan meminang dari pihak lelaki sampai pulak,sebaris lagi hantaran tema kelabu tersusun di sebelah hantaran yang warna merah. Cantik tau decoration hantaran tu. Time ni aku duduk betul2 berhampiran dengan hantaran. Teruja tau you bila tengok semua benda yang bling bling depan mata.
Majlis dibuat mengikut adat Melayu. Mula2 sesi berbalas pantun dulu. Then baru berbincang itu ini and bla bla pasal wedding nanti. Tapi aku tak dengar sangat pun sebab kaum lelaki yang berbincang tu kat tingkar atas,kaum perempuan termasuk aku kat tingkat bawah. So tak dengar sangat. Tapi yang buat aku lagi jadi S.S a.k.a syok sendiri sebab aku terbayang majlis pertunangan aku sendiri nanti. Tukang berpantunnya, aku dengan Dina tekad nak jemput Cikgu Aznam. (Jeles tengok Ku ajak cikgu HEM dia masa kat sekolah teknik Gombak tu jadi orang yang berpantun~)Haha,karang buka setakat pantun aje tau cikgu Aznam tu balas. Entah2 dengan seloka gurindam bagai cikgu kesayangan aku tu balas. Gempaklah nanti jawabnya.
Yang lagi best masa majlis pertunangan kakak KU tu sebab bakal mak mertua dia gila sporting. Sempat lagi buat lawak masa orang dok sibuk nak tangkap gambar dia dengan pengantin. Memang lawaklah. Yang tak boleh blah dia suruh kakak KU sebut ‘belacan’ masa tengah shoot gambar. Yalah,kalau orang lain akan sebut cheese (keju) *sambil buat tanda peace* masa nak ambil gambar. Tapi makcik ni pulak nakkan kelainan so dia pun sebutlah belacan. Alih2 jadi trademark pulak bila orang lain nak ambil gambar. Haha....
Hehe..aku dengan Dina mulalah berangan masa dok diam2 kat bawah khemah tadi. Aku nak jugak pegang title tunang! (GATAL TAK BERTEMPAT)

haih. baru sedar hang gatal??? haha ^^ (jgn mrh)
ReplyDeletehii..gigit ko karang baru tau haha........
ReplyDelete