Kepenatan masih terasa walaupun sikit. Huhu...sedih la. Tangan aku melecur sebab terpegang besi gril yang panas. Eh,silap. Bukan tangan tapi jari.
Haha,apalah aku ni. Baru kena sikit dah nak merungut. Si dia yanag terguris jari sampai berdarah tak adalah merungut macam aku ni. Hehe..saja nak manja2 dengan korang sebab tu aku mengadu kat sini. Muka tak malu la aku ni.
Alhamdulillah aku dah dapat kerja. Kat mana? Tak jauh. Kat Mcd je. Kat Sri Gombak je.
Nak datang melawat? Boleh sangat2. Dah alang2 datang korang tolong la aku buat kerja sekali. Tak dapat gaji dapat pahala pun jadilah. Betul tak?
Huk..huk..aku nak perkenalkan sikit pasal kerja aku ni hah.
Aku semalam ditugaskan jaga vets. Apa kebenda tah nama penuhnya. Aku lupa pulak. Tapi tugasnya kat kitchen. Aku kena masak makanan kegemaran korang tu hah. McChicken, nugget, apple pie, deluxe. Semua tu kerja aku. Tapi untuk semalam ajelah.
Kerja tu senang aje. Ambil product dari freezer then letak dalam gril yang dikhaskan untuk setiap bahan tu then masuk dalam fryer. Lepas tu pulak tekan butang mana yang patut. Secara automatik masa dah ditetapkan dan kita kenalah tunggu bendalah tu masak. Tu aje. Tapi yang susahnya pulak sebab kita berdepan dengan minyak panas dan gril yang panas. Tu bahayanya. Dan sebab terlalu syok buat kerja terutama waktu peak hour masa orang ramai,aku tak sedar jari telunjuk tangan kiri aku terpegang gril panas tu.
Yang lawaknya,masa kena tu aku tak sedar langsung. Bila dah nak habis waktu bertugas baru aku terasa tangan aku eh silap...jari aku rasa sakit. Bila tengok jari aku dah merah. Huhu..pedih beb. Tapi tak apa. Aku kuatkan diri jugak. Tak mau jadi orang yang suka mengadu. (sebab semalam bila mengadu kat dia, dia pulak yang membebel kat aku. So taubat tak nak mangadu lagi kat dia.)
Habis kerja semalam pukul 9 ke atas. Kalau ikutkan jadual sebenar,kitorang iaitu aku, Dina dengan Izza habis kerja pukul 9 tepat. Tapi sebab banyak lagi tugas yang kena diselesaikan, kitorang extend lagi setengah jam. Ala setengah jam je. Lama mana la sangat. Bagi orang yang bekerja setengah jam tu macam sepuluh minit je.(alamak,cakap besar pulak aku ni).
Disebabkan balik malam,my sweet heart risau pulak aku balik naik bas. Alahai,bukan jauh sangat pun dari Mcd tu dengan rumah. Tapi yalah,perempuan tetap perampuan yang lemah. Kalau something happen on me,he’s must be worried. Siapa yang nak lindungi aku selain dia? Tu yang dia kata kat aku.(so sweet la my bf ni). Ops,tertulis. Tak boleh delete la wei. Haha....
Hurm,lepas ni kenalah buat kerja elok2. Jangan jadi seorang yang kuat mengadu dan seumpamanya terutama bile depan si dia.
No comments:
Post a Comment