5
Harrina terkejut dengan kenyataan yang dibuat Shahrin.Begitu juga dengan para wartawan dan pemberita.Azim juga turut tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Shahrin sebentar tadi.
‘’Hei,awak gila ke?Apa masalah awak ni?’’Soal Harrina geram.Dia memandang Shahrin yang duduk di sebelahnya sejak sesi soal jawab bermula.
Shahrin tidak mempedulikan soalan Harrina.Dia tidak mempedulikan kelipan lampu kamera dan perakam yang sedang merakamnya.Dia tidak fokus dengan soalan-soalan yang diajukan pleh para wartawan.Matanya tepat memandang Joanna yang duduk di kalangan para wartawan bersama seorang lelaki.Kini fokusnya pada Joanna.
Shahrin sakit hati apabila melihat Joanna.Rasa kecewanya masih memenuhi hatinya.Kelukaan yang dialaminya membuatkan dia hampir saja menangis.Cinta yang tidak kesampaian telah mengguris hatinya.Oleh itu dia tekad dengan tindakan yang dilakukannya kini. Dia terpaksa melakukannya demi melempiaskan rasa geramnya yang sudah mencapai tahap maksima.
‘’Awak dengar tak apa saya cakapkan ni?Awak nak kasi saya gila ke?’’Marah Harrina dengan suara yang masih boleh dikawal.Kalau diikutkan hatinya yang geram,mahu saja dia mencekik leher lelaki itu supaya menarik balik kata-katanya.
‘’Sa..saya di sini,memang mengaku tentang perasaan yang baru saya luahkan sebentar tadi.Saya memang sukakan dia.’’
‘’Apa?!’’Tempik Harrina.Dia tidak menghiraukan fokus para wartawan dan kamera yang asyik ditalakan ke arahnya sejak tadi.
Azim tercengang.Terbeliak matanya mendengar pengakuan Shahrin.Apa yang dah jadi sebenarnya?
Joanna terkedu.Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.Betulkah?
********
Harrina memandang teman-temannya yang datang ke rumahnya waktu petang-petang begini.Baru saja dia hendak melangkah keluar dengan kasut sukannya,dia awal-awal lagi sudah dihalang oleh Maira dan Saera di hadapan pintu pagar rumahnya.
‘’Baiknya kawan-kawan aku semua ni.Terima kasih sebab datang.’’Harrina mempersilakan teman-temannya menikmati juadah yang disediakan dengan muka ceria.
Ini kerana dia masih tidak tahu tujuan mereka datang menyerbu rumahnya. Kalau dia tahu,confirm tak adanya nak buat muka manis macam sekarang.
‘’Ehem,susahkan kau pulak.’’Teragak-agak Maira bersuara.
‘’Tak adanya.Bukan pernah korang datang kat rumah aku.Masing-masing sibuk.’’
Harrina ingin terus berkata-kata tapi berasa gerun apabila Saera asyik merenungnya. ’’Err,kau kenapa Saera?’’
‘’Hisy,aku dah tak tahan ni. Baik aku cakap direct aje.’’Kata Saera sambil menyilangkan kedua-dua kakinya ke atas sofa.’’Meh sini,Arri.Aku nak buat post-moterm sikit.’’
Dengan fikiran yang blur,Harrina menghampiri Saera lalu duduk di sebelahnya.
‘’Baik kau cakap terus terang dengan aku. Jangan simpan apa-apa rahsia.’’
‘’La,aku mana pernah simpan apa-apa dari korang semua.Tanya ajelah.’’
‘’Sejak bila kau ada affair dengan Shahrin?’’Soal Saera.
Harrina tersentak.Baru dia tahu tujuan mereka berdua datang ke rumahnya.Wajah Maira dipandang.Ternyata dia juga sedang menunggu jawapan dari mulutnya.
‘’A...aku mana ada affair dengan dialah.’’Nafi Harrina.Dia kalut.Fikirannya bercelaru.
‘’Mana boleh tak ada? Habis cerita hot yang keluar kat newspaper tadi pagi apa benda?Tu masih nak nafikan lagi?’’Tanya Saera bertalu-talu.
‘’Betul tu. Macam mana pulak Shahrin boleh mengaku dia suka kat kau? Bukan sebelum ni kau kata kau menyampah kat dia ke?’’
Kelu lidah Harrina untuk menjawab semua soalan itu.
‘’Kau jangan bocorkan rahsia ni.Kalau tidak nahas kau.’’
Sepintas lalu peringatan Shahrin malam tadi menjengah mindanya.Dia menggeleng kerana tidak mahu mengingati amaran lelaki itu.Kenapalah mamat tu susahkan aku?Sakit hati betullah!
‘’Kau ni kenapa? Sekejap geleng,sekejap mengelamun. Kau ada sembunyikan apa-apa ke?’’Desak Saera.
‘’Mana ada.’’Dalih Harrina.
‘’Sekarang cerita kat kita orang berdua pasal perkara tu.Kau ada hubungan dengan Shahrin sejak bila?’’
Soalan yang diajukan Saera amat menyesakkan kepalanya.Dari mana nak dapatkan ilham nak jawab balik soalan dia ni?Argh,Shahrin! Kau berhutang dengan aku.
‘’Se..sebenarnya aku pun tak tahu yang Shahrin sukakan aku. Masa dia buat pengakuan tu, baru aku tahu. Aku sendiri pun terkejut jugak.’’Harrina tertunduk.
Maira dan Saera tidak memberikan respon beberapa ketika.Maira memandangnya.Saera merenungnya.
‘’Jadi kau macam mana?’’Maira pula menyoal.
Dahi Harrina berkerut.Tidak faham dengan soalan Maira.’’Macam mana apa?’’
‘’Kau terima dia ke? Kau sukakan dia jugak ke?’’
Lambat-lambat Harrina menjungkit bahu.Tapi dalam hati dia menyumpah Shahrin.Masakan lelaki yang sering sakitkan hatinya itu boleh disukainya? Tak mungkin dia akan sukakan Shahrin. Lelaki berlagak seperti dia bukan lelaki idamannya.Jauh menyimpang.
‘’Entah-entah kau dah sukakan dia.Kau nikan mudah terharu.Dia cakap aje macam tu,kau boleh cair.’’
Harrina memandang Saera.’’Mana ada.Aku bukan jenis yang macam tulah.Ingat sekali sebut aje,aku boleh jatuh hati kat dia ke?’’
‘’Arri,kalau kau suka kat dia dan dia pun suka kau,aku restu hubungan korang. Tak sangka aku akan ada adik ipar dari kalangan pelakon popular.’’Usik Maira.
‘’Banyaklah kau punya adik ipar.Bila masa mak aku lahirkan kau? Bila masa pulak aku kata setuju nak terima dia? Kau nikan,jauh sangat berangan.’’Bidas Harrina sebelum tangannya mendarat di paha Maira.
‘’Ayun betullah kau ni.Aku cakap benda yang baik pun kena tampar dengan kau.Kejam punya kawan.’’
‘’Kawan kita jugak.’’Sela Saera.
‘’Betul jugak,kan?’’Maira tergelak diikuti yang lain.
*********
‘’A...apa?! Jangan nak merepeklah. Saya tak nak.Saya tak mahu. Saya tak ingin.’’Suara Harrina memenuhi ruang makan itu.Nasib baik ruang makan yang ditempah di restoran Jepun itu bertutup.Hanya dia dan Shahrin saja yang berada di situ.Pengurus Shahrin yang datang menjemputnya dari rumah.Zirah yang memberitahu alamat rumahnya.
‘’Kenapa?Aku suruh berlakon saja.Susah ke?’’
Satu panahan tajam diberikan kepada Shahrin namun lelaki itu sedikit pun tidak gentar.Lalu tangannya disilangkan di dada.
‘’Okey,aku bayar kau.Berapa kau nak?’’Shahrin berura-ura mahu mengeluarkan buku cek dari kocek jaket yang dipakainya.
Harrina ketawa tiba-tiba.Shahrin pula yang jadi kaku.’’Apa awak ingat saya ni papa plus kedana sangat ke nak mengharapkan duit awak tu? Satu sen pun saya tak ingin. Kalau nak suruh orang berlakon jadi girlfriend awak,lebih baik cari perempuan lain. Saya tak berminat dengan tawaran awak tu.’’
‘’Kalau boleh aku memang nak cari perempuan lain tapi masalah sekarang,waktu sidang media hari tu orang ramai dah tahu pasal kau.Nak tak nak,aku terpaksalah gunakan kau untuk jaga reputasi aku sebagai seorang artis. Takkan aku nak keluar dengan perempuan lain padahal orang kat luar sana tahu yang kau girlfriend aku?’’Tingkah Shahrin tidak puas hati. Dia memang terdesak sekarang ini.
‘’Siapa suruh awak mengaku yang awak suka saya time tu? Cakap ajelah yang semua tu hanya salah faham. Sekarang yang mendatangkan masalah ni adalah berpunca dari awak jugak. Tak pasal-pasal saya yang jadi mangsa keadaan.’’Marah Harrina dengan rasa sebal. Agak berhati-hati dia dengan emosinya.Risau pula bila rasa marah memuncak,habis barang yang berada di depan matanya dicapai dan dibaling ke arah Shahrin. Jadi isu pula bila dia dipenjarakan kerana mencuba mencederakan orang.
Shahrin tidak terus menjawab.’’Kau tak tahu.’’ Kau tak faham apa yang aku rasa bila tengok Joanna di depan mata.Hanya Tuhan saja tahu betapa sakit hatinya melihat orang yang menolak cintanya berdiri di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Hatinya terluka apabila memandang wajah Joanna yang tidak menerimanya dan menolak cintanya mentah-mentah dengan alasan yang tidak boleh diterima.
Harrina memandang muka Shahrin yang tiba-tiba berubah sayu.Walaupun masih menunjukkan muka yang serius,tapi perubahan pada riak wajahnya kelihatan walaupun tidak berapa ketara.
‘’Macam mana saya nak tahu kalau awak tak cakap? Apa yang membuatkan awak buat satu pengakuan palsu sampai melibatkan saya dalam hal ni? Saya tak bersalah tau.’’
‘’Tak payah kau tahu sebabnya.Itu hal aku.Yang perlu diselesaikan ialah hal kita berdua.’’
Terus tegak badan Harrina.‘’Ewah,sesedap rasa aje kata hal ‘kita’. Sorry sikit ya,tu hal awak dan bukan hal saya atau kita.Saya tak nak masuk campur dalam hal awak.’’
‘’Why you don’t want to help me?My request is simple.Mintak berlakon jadi girlfriend aku untuk satu tempoh saja.’’Desak Shahrin.
‘’Why I need to help you?Apa sebab munasabah untuk saya saya tolong awak? Demi menjaga nama baik dan reputasi awak saja.Tapi saya,apa yang akan saya dapat? Nothing unless nothing.Do you get what I mean,Mr.Shahrin? Or should I call you, famous star?Plus,I’m ordinary person and you a hero.I’m not suitable be your heroine in this drama.’’Terselit nada menyindir dalam kata-kata Harrina. Huh,ingat aku ni baik hati sangat nak tolong dia semata-mata demi kebaikan dia? Kirim salam sayang sajalah.
Shahrin diam.Harrina pula sudah tidak sanggup berdepan dengan lelaki di hadapannya. Buang masa saja datang sini. Dahlah datang minum saja.Cubalah hidang sikit makanan. Inikan restoran Jepun,satu sushi pun takkan tak dihantar ke sini? Sempat pula dia memikirkan pasal makanan. Padahal rancangannya untuk menyediakan resume untuk memohon kerja terbengkalai saja di rumah.Dia mencapai tas tangannya sebelum berdiri.Kain bajunya yang sedikit kusut setelah lama duduk bersila dibetulkan.
‘’Saya nak balik.Bye.’’
Shahrin masih tenang di tempat duduknya.’’Zirah kawan baik awak,kan?’’
Harrina yang baru hendak melangkah terus memandang Shahrin. Dia pelik.’’Kenapa pulak awak tanya pasal Zirah? Jangan kata awak nak buat tawaran seperti mana apa yang awak tawarkan kat saya tadi?’’
‘’Itu hal aku.Pasti kau akan menyesal sebab tolak tawaran aku.Aku akan pastikannya.’’
‘’Huh,sikit pun saya tak menyesal.Lagi suka adalah. Tapi ingat,jangan sesekali awak nak libatkan kawan-kawan saya dalam masalah awak ni.Kalau saya tahu,nahas awak.’’Ugut Harrina.
‘’Cubalah.Aku tak takut dengan ugutan kau.’’Shahrin tersenyum sinis sambil memberikan Harrina satu renungan tajam.
Harrina menggigit bibir.Geram sungguh dengan Shahrin. Dengan langkah yang sengaja dihentak kuat ke atas lantai,dia berlalu dari situ.Pintu gelongsor yang menjadi pemisah antara ruang makan tertutup dengan ruang utama restoran itu ditolak kuat.
‘’Dasar lelaki berlagak.Dah buat salah tak reti nak mintak maaf.Boleh pulak dia suruh aku jadi pelakon macam dia.’’Kutuk Harrina sambil melangkah keluar dari restoran. Huh,kutuk dia sampai berbakul pun belum tentu dapat meredakan rasa marah aku.Bikin tambah dosa saja.
Untuk meredakan rasa marahnya dan menenangkan fikiran,Harrina berjalan-jala di sekitar Kuala Lumpur.
**********
Tangan diregangkan sebelum mengilaskan pinggang ke kiri dan ke kanan. Baru saja dia menghembuskan nafasnya dengan kasar,telefon bimbitnya berbunyi.
‘’Hello.Assalamualaikum.’’Harrina membuka bicara.
‘’Waalaikumsalam.Arri,ni mama.’’
Terkejut Harrina dibuatnya.’’Mama?!’’
‘’Yalah,siapa lagi?Tengah buat apa tu?’’
‘’Erm..lepak kat Titiwangsa kejap.Tadi shopping kat KLCC.’’Harrina menebarkan pandangannya ke arah bangunan KLCC yang berdiri megah di depan matanya.Memang memukau hati melihat bangunan yang bermandikan cahaya di waktu malam seperti itu.
‘’Sorang?’’Terselit nada risau dalam suara Puan Aihara.
‘’Yup.Mama,atuk okey ke?Macam mana dengan pembedahan atuk? Lancar ke?’’
Kedengaran Puan Aihara mengeluh di hujung talian.’’Atuk kamu tu masih dalam pemantauan. Pembedahan ditunda lagi. Sebelum ni,dah tiga kali operation kena postpone sebab keadaan kesihatan atuk kamu.’’
‘’Atuk kenapa?’’Pintas Harrina.
‘’Demam panas.Suhu badan tinggi.Faham-faham sajalah bila suhu badan tinggi tekanan darah dalam badan pun jadi tinggi.’’
‘’Oh,yakah?’’Harrina berjeda seketika.
‘’Macam mana keadaan Arri kat Malaysia? Everything alright,dear?’’
‘’Hmm.Still okay and you don’t have to be worry. I’m fine,ma. Bila nak balik sini?’’Tanya Harrina dengan nada ceria.Dia sebenarnya amat mengharap keluarga yang disayanginya berada di sisi tatkala ini. Teringin sekali dia berkongsi pelbagai cerita namun dia tahu itu hanya angan-angan buat masa ini.
‘’Tak tahu lagi. Kalau pembedahan asyik ditangguh,mungkin kami akan balik lewat. I’m sorry dear. Mama tak ada bila kamu pulang ke Malaysia. ‘’
‘’Ma,Arri faham.Papa sihat ke?Tolong kirim salam kat dia ya. Rindulah pada papa.’’ Sememangnya Harrina terlalu rindu dengan ahli keluarganya.Sudah lama dia tidak bertemu dengan keluarganya.Kali terakhir dia bersama dengan mereka adalah semasa cuti semester tahun terakhir.
‘’Papa saja ke? Mama tak?’’Usik Puan Aihara.
‘’Sama jugak.Tapi kat mama,Arri lebih rindu. Jangan bagitahu papa tau.’’Sempat pula Harrina berseloroh.
Bergabung tawa mereka.Setelah reda,keadaan menjadi senyap seketika.’’Ma,kan bagus kalau mama ada kat sini.’’
Puan Aihara di hujung talian terasa sayu mendengar harapan anak tunggalnya itu.’’Arri,ada masalah ke?Kenapa suara tu lain macam aje.’’
‘’Arri okey,ma. Nothing, just a bit misunderstanding here.’’Harrina memandang langit malam.Dia ingin bercerita tapi keadaan tidak mengizinkan.
‘’Oh. So,you get your work there?’’Tanya Puan Aihara.Sekilas dia memerhatikan suaminya sedang bercakap sesuatu dengan ayah mertuanya di dalam bilik wad.
Harrina mengetap bibir.’’Belum, ma.Arri masih belum cari kerja lagi. Tapi sekarang tengah nak apply kerja sebagai pembantu pengurus bahagian sumber manusia di Prince Court Hospital.’’
‘’Wow,great. Hope you get the work,dear.Arri,mama tak boleh nak cakap lama-lama sebab atuk panggil mama. Nanti mama call Arri lagi.’’
‘’Okey,ma.Kirim salam kat semua.Assalamualaikum,ma.’’Setelah panggilan diputuskan, telefon bimbitnya ditenung. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia berasa sunyi sekarang.