Satu minggu yang memenatkan bagi aku!
Letih sangat-sangat!
Badan aku macam dah lembik aje ni!
Seksa betul tau!
Hurm...dah nasib badan. Tapi alhamdulillah minggu yang menyeksakan aku ni akhirnya dah berakhir sekarang. Mana tak letih kalau buat kerja sampai balik lewat?
Hari Isnin lepas ada pertandingan futsal anjuran Iqrag. Balik lewat. Dah nak maghrib baru sampai kat rumah. Nasib baiklah hari Selasa balik awal sikit dalam pukul 5. Tapi tu masih tak cukup lagi tau. Dahlah stay kat sekolah,tak balik-balik. Tak mandi,makan pun tak,rehat lagilah tak sempat. Bau satu badan ni oi..... Ni yang paling mengerikan bagi aku. Eei,tak pernah-pernah aku tak mandi pada waktu tengah hari. Hari Rabu,erm...balik macam biasalah. Lepas kelas Operasi Gemilang,terus chow la. Tak ingin aku asyik stay kat sekolah lama-lama.
Hari Khamis balik awal ke? Adoi,aku dah hilang ingatan dah. Jap, tak jugak. Sebab hujan lebat sampai petang! Kena tahan kat sekolah tunggu hujan berhenti. Aduh,seksa..seksa... Hari Jumaat semalam? AKU ADA KAT SEKOLAH LEBIH KURANG 12 JAM! Ni merupakan satu kenyataan dan bukan auta sama sekali. Dari pukul 7.30 pagi sampailah 7.30 petang..eh...malam dah tu.
Tak ke gila namanya tercongok kat sekolah siapkan bahan untuk Treasure Hunt yang dibuat last minute sampai tak balik rumah langsung?!
Bagi aku,ni merupakan pengalaman yang paling susah aku nak lupakan sampai bila-bila.
Tak pernah aku ada kat sekolah selama 12 jam tanpa balik, rehat, mandi dan aktiviti yang sepatutnya (e.g. online, tengok tv, tidur, makan, melayan perasaaan). Ni kali pertama aku laluinya. Entah aku nak klasifikasikannya sebagai memori indah atau memori yang memeritkan.Agak-agak mana yang sesuai? Any idea?
Bila dah selalu stay sekolah,aku rasa macam aku ni tak ada rumah pulak. Tak habis-habis dengan kerja kat sekolah yang dah meragut masa aku di rumah. Huhu...sedihnya aku ni...
Semalam mak dah risau gila bilamana aku balik lewat. Cuba bayangkan, anak dara pergi sekolah dari pagi sampai maghrib tak balik-balik? Apa orang tua kita akan fikir? Mungkin dorang fikir yang kita ni kena culik, merayau kat luar sana, kena samun, kena rompak, kena jual.... eei...minta dijauhkan la.... Tak sanggup nak bagi contoh lain. Tu pun dah memadai buat aku berfikir banyak kali.
Bila aku balik dan tengok riak muka mak semalam, aku rasa bersalah sangat-sangat-sangat-sangat. Dahlah balik lewat selalu, semalam dah nak maghrib baru sampai rumah, tak bagitahu ada apa dan apa nak dibuat. Memang aku cakap bersalah sangat pada mak aku. Orang lain aku tak kisah tapi mak...aku tak tahu nak cakap apa lagi bila tengok mak semalam. Kaku macam batu!
Aku hairan. Bukan aku,Izza dan Aisyah saja ahli Iqrag. Mana yang lain menghilang bila disuruh buat kerja? Aku fed up tau bila macam ni! Kitorang ni bukannya robot atau sukarelawan yang senang-senang nak bagi bantuan. Badan kitorang pun ada hadnya. Sabar kitorang pun ada hadnya. Stamina kitorang pun ada hadnya.
Dahlah semalam aku buat aktiviti untuk kad segak. The result, badan aku sakit sangat bila balik semalam. Malam tadi punyalah sakit badan aku bila nak berkalih waktu tidur. Kaki aku pulak dah cedera sebab semalam kasut aku mencengkam kaki aku! Dah kehilangan stamina untuk minggu ni!
Lepas tu pulak, hari Khamis kena denda ketuk ketampi! Kalau setakat kena denda tu standard la sebab salah kitorang sendiri tapi masalahnya hampir semua budak Form 3 join sekali mengira sampai 20 dari tingkat atas blok A dan B! Gila ke tak gila tu?!
Mana nak sembunyi muka selepas ni? Dalam beg? Tutup dengan purdah? Tak payah datang sekolah? Tukar sekolah?
Fuh,dahsyat penangan kena denda kali ni. Malu setahun beb. Sampai habis sekolah memori ni akan melekat kat kepala. Tapi ada jugak yang kata, ni kenangan manis sebab lepas habis sekolah dah tak ada peluang nak rasa macam ni. Suka hatilah korang nak anggap macam mana. Aku pun terfikir jugak macam tu tapi tak payahlah sampai kena denda di khalayak ramai. Sedih plus malu plus segan plus 100plus...hehe.... Yang pasti,aku dah trauma dah ni.
