Tetamu makin ramai memasuki ruang taman yang telah dihias cantik. Shahrin mengeluh sendiri. Fikirannya bercelaru kala ini.Tidak dapat berfikir dengan sebaik mungkin dan lebih mengikutkan perasaannya.
‘’Kau gila ke? Dah ramai guest yang kita jemput untuk majlis tu. Mana boleh senang-senang aje kau batalkan. Guest kita bukan orang biasa. Pengarah-pengarah terkenal,kawan-kawan artis,wartawan dan yang paling penting ialah penerbit dari luar negara. Kau tahu tak bukannya senang nak jumpa dengan mereka semua ni. Inilah masanya kau kena kembangkan karier kau lebih meluas.’’Terang Azim panjang lebar.Dia tidak boleh membenarkan Shahrin membatalkan majlis yang akan diadakan esok malam.Kalau tidak,pasti malu satu negara.
‘’Tapi aku tak sanggup nak teruskan lagi.Aku sengsara waktu ni.Anna dah tolak cinta aku.Kau faham tak?’’Tengking Shahrin.
‘’Yes I know that. But please think the effect on you if you cancel this event.Habis jatuh imej kau sebagai pelakon terkenal.’’
‘’Argghh!!’’Shahrin menjerit melepaskan geram dan marahnya.
‘’Satu lagi gosip hangat pasal kau dah tersebar luas.Gambar rekaan cincin yang kau tempah dah tersebar luas dalam media elektronik. Gambar kau tengah pegang cincin tu pun ada melambak kat luar sekarang. Wartawan dan pemberita asyik call aku tanya pasal tu. Dorang nak tahu perempuan yang kau nak lamar.’’
‘’Katalah kat mereka semua yang tu hanya khabar angin aje.Susah ke?’’
‘’Kau sekadar cakap senanglah. Bila muncul berita ni,lagi ramai wartawan yang makin tak sabar nak hadiri majlis tu nanti. Dorang dah buat liputan meluas pasal ni. Malulah kalau tiba-tiba majlis yang ditunggu-tunggu ni dibatalkan atas sebab kau kecewa. Nonsense,you know!’’Bentak Azim.
Shahrin makin tertekan.Hatinya sakit. Fikirannya sakit. Perasaannya terdera. Semuanya kerana Joanna.
‘’Kenapa kau tak lupakan saja Anna tu? Dah dia tak terima kau,takkan kau nak mengharap lagi?Tak penat ke mengharap cinta pada orang yang tak sudi?’’
Shahrin memandang Azim dengan kerutan di dahi.
‘’Please,aku merayu pada kau sebagai kawan baik dan jugak pengurus kau. Jangan ikut sangat perasaan kecewa kau tu. Cari perempuan yang boleh bahagiakan kau dan boleh sambut cinta kau. Aku tahu,hati kau terseksa dengan keadaan ni tapi kau tak boleh terus mengalah dan jatuh macam ni. Kuatkanlah semangat demi kerjaya yang kau impikan suatu masa dulu.Ini yang kau nak. Hari ni kau nak musnahkan kerjaya kau ni kerana seorang perempuan yang tak membalas cinta kau ke?’’
Sedikit demi sedikit Shahrin termakan dengan kata-kata Azim.Ada betulnya jugak kata-kata pengurusnya itu. Kenapa aku mesti hancurkan kerjaya aku sebagai seorang artis terkenal? Banyak pengorbanan yang aku lakukan demi capai kedudukan ini.Namun cintanya pada Joanna tidak boleh ditepis begitu saja.
’’Tapi apa aku nak jawab pada mereka yang datang pada majlis tu nanti?Yang tanya pasal aku nak melamar seseorang?’’
‘’Erm,let me handle it.I’ll try explain to them.Kau janganlah risau pasal tu.’’Pujuk Azim.
‘’Kau ada jumpa cincin tu tak?’’
‘’Why?You missed it anywhere?’’
‘’Yes,I think.Kalau jumpa tolong return kat aku. Cincin tu aku nak simpan.’’
‘’Okey.So the event is still going on?’’
Shahrin tersenyum pahit bagi menjawab soalan Azim.
‘’Hey,jomlah.Menungkan apa lagi?’’
Sergahan Azim mematikan lamunan Shahrin tentang perbincangan dua hari lepas.Dia menuruti langkah Azim.
‘You owe me Zirah.Balik ni aku nak belasah kau sampai puas hati aku.Tak pasal-pasal aku kena tercongok kat sini sambil pakai dress ni.Geram betul aku dengan kau.’Rungut hati Harrina.
Harrina menundukkan wajahnya apabila berasakan dirinya dipandang pelik oleh tetamu lain.
‘Apa pelik sangat ke aku ni?’Hatinya menyoal sendiri.
Harrina menghampiri deretan meja yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Matanya seakan bersinar apabila melihat berbagai pencuci mulut seperti kek dan manisan.
‘’Lama betul nak memilih ya.’’
Harrina menoleh ke sebelah kirinya.Kelihatan seorang lelaki mengambil semangkuk koktel buah .’’Hah?’’
Lelaki itu memandang Harrina sambil jari telunjuknya ditalakan ke arah bibir.
Harrina pelik.Tidak lama kemudian barulah dia perasan dia begitu asyik menggigit hujung sudu sejak tadi.Serta merta sudu itu diletakkan di atas pinggan yang dipegangnya.Darah mula menyerbu ke muka.Malu gila! Dia tersengih.
Lelaki itu tersenyum.’’Awak ni wartawan dari mana?’’
‘’Hah?Wartawan? Sa..saya bukan itu.’’
‘’Oh yakah?So artis barulah ni?’’
Harrina pantas menggeleng dengan tanda tanya memenuhi fikirannya. Wartawan?Artis baru? Bila masa aku jadi semua tu?
‘’Saya Azim.’’
‘’Err..saya Arri.’’
‘’Arri?Tak kenal pun.’’
‘’Memanglah tak kenal.Saya bukan wartawan ataupun artis baru.Saya hanya tetamu biasa.’’
‘’Oh,I see.Awak...’’
‘’Azim!’’
Mereka berdua berpaling serentak.Buntang mata Harrina melihat orang yang memanggil nama Azim sedang menghampiri mereka.Segera dia memusingkan badannya 180 darjah ke kiri. Minta-mintalah dia tak nampak aku.Harap-haraplah. Sebabnya aku pun tak nak jumpa atau bertembung dengan dia lagi.Dia berdoa dalam hati sambil memejamkan mata.
Azim pelik melihat Harrina yang berpaling membelakanginya.’’Cari aku ke?’’
‘’Bukan aku yang cari kau tapi orang lain.Pengarah filem dari Singapura.Dia nak bincang sikit dengan kau.’’
‘’Oh ya?Okey.’’
‘’Tunggu.Tolong cari cincin aku tu.’’
‘’Don’t worry.’’Setelah menghulurkan mangkuk yang berisi koktel buah kepada Shahrin, Azim segera berpaling.’’Oh ya cik.Jangan memilih lama sangat ya.’’Sempat pula dia berbisik kepada Harrina.
Harrina menjeling geram.Hampehlah mamat tu.Sempat pulak kenakan aku depan si Shahrin ni.
‘’Err..cik.’’Shahrin cuba menegur gadis yang membelakanginya.Hairan apabila Azim menyapa gadis itu.
Harrina kalut.Dia pura-pura mengambil salad sayur-sayuran yang berada di hadapannya. Tanpa berfikir panjang,dia bergerak meninggalkan tempat itu.
‘’Main blah macam tu aje?Sombong betullah.’’
Harrina menarik nafas lega.Kelibat Shahrin sudah hilang dari pandangannya.Dia menarik kerusi yang tersusun bersama sebuah meja bulat.’’Apa aku nak buat ni?Kalau dia tahu cincin yang dia cari tu ada kat jari aku,apa dia nak buat agaknya?’’
Mangkuk diletakkan di atas meja.Dia cuba menarik cincin yang tersarung di jari manis pada tangan kirinya.Namun ia tersekat.’’Huh,masuk senang tapi nak tanggalkan susah gila.Dah nak tercabut tangan aku ni tapi masih tak boleh jugak.’’Rungutnya sendiri.
Tidak lama kenmudian,kedengaran suara pengerusi majlis memberikan ucapan ringkas. Tingkah laku Harrina terhenti.Beberapa orang tetamu mula duduk di sekitar meja bulat itu. Sedaya upaya dia mengukir senyuman apabila disapa oleh tetamu lain.Ramai juga orang terkenal yang menghadiri majlis ni.Ada artis,pengarah.Desis hati Harrina sambil menjengahkan kepalanya memerhatikan para tetamu.
Kemudian,tiba giliran Shahrin memberikan ucapan ringkas yang mengalu-alukan kedatangan para tetamunya.Harrina langsnung tidak memberikan perhatian.Tangannya sibuk cuba menanggalkan cincin di bawah meja.Apabila tetamu bertepuk tangan,barulah dia ikut serta.Entah apa yang dicakapnya pun dia tidak pasti.
‘’Saya harap anda semua seronok dalam majlis ini.Selepas ini akan diadakan sesi temu ramah dengan Encik Shahrin.Sekian.’’Kata pengacara majlis.
Para tetamu beredar dari meja bulat itu dan melakukan perkara masing-masing.Ada yang berbual antara satu sama lain.Ada yang mengambil makanan.Ada juga yang bergambar dengan artis-artis yang hadir.Harrina masih kaku di tempatnya.
‘’Bilalah majlis ni nak tamat?Dah jemu aku duduk sini dan mengadap semua orang kat sini.Apa aku nak buat sekarang?’’Harrina memandang mangkuk berisi salad sayuran di hadapannya.’’Kenapalah aku ambil makanan yang langsung tak sedap ni?Patutnya aku ambil kek yang banyak tadi tu.Ni semua sebab si Shahrin tu punya pasallah.’’Bentaknya perlahan.
Harrina bergerak menuju ke tandas.Dia memerhatikan imej dirinya di hadapan cermin.Apa yang pelik sampai orang lain tengok aku lain macam aje?Bisik hatinya sendiri.Dia membetulkan rambutnya yang disanggul tinggi.Rambut depannya pula disisipkan ke tepi telinga.Dia berpuas hati dengan penampilannya malam ini.Gaun sifon yang berwarna krim labuh hingga ke buku lali menghias tubuhnya.Hiasannya tidak sarat.Cukup dengan sekadar rantai berloket bentuk hati dan gelang.Kasut tumit yang menyeksakan bagi Harrina tersarung di kakinya.Harrina keluar dari bilik air dengan senyuman.
Dia melintasi ruang lobi sebelum menuju ke halaman di luar hotel.Sedang dia leka memerhatikan dekorasi ruangan itu,dia terlanggar seseorang.Sakit bahunya.
‘’Are you okey?’’
Harrina mendongak melihat wajah lelaki yang berlanggar dengannya.Terperanjat dia dibuatnya seketika.
‘’Kau lagi?Apa pasal kau boleh ada kat majlis aku ni?’’ Tanya Shahrin dengan riak muka tidak percaya.
‘’Saya punya sukalah nak ada kat sini ke tak.’’Balas Harrina.
Shahrin merenung Harrina tanpa berkelip.Bagi cuak sikit.
‘’Saya gantikan kawan sayalah.Dia ada hal lain.Takkan itu pun salah?’’Kata Harrina sedikit gugup.Renungan lelaki itu membuatkan dia berdebar.Menakutkan!
‘’Boleh percaya ke ni?’’
Harrina membuat muka bosan.Rambutnya yang terjuntai sebab pelanggaran tadi dibetulkan dan diselitkan di tepi telinga kiri.
Shahrin pantas meyedari sesuatu.Dia menarik tangan kiri Harrina dan gadis itu terkejut. Kasar sungguh tindakan lelaki di hadapannya.
‘’Awak ni kenapa?’’Bentak Harrina.
Shahrin tidak menghiraukan rontaan Harrina.Dia meneliti tangan kiri Harrina.’’Dari mana kau dapat cincin ni?’’
Tersentak Harrina.Dia menelan air liur.Dia tidak dapat berfikir apa-apa.’’A..apa yang awak kata ni?’’
‘’Cincin ni.Kau jumpa kat mana?’’Soal Shahrin sekilas memandang Harrina.
‘’Kat taman hari tu.Kau tinggalkan cincin ni.’’
Shahrin pelik.’’Bila masa pulak aku tinggalkan cincin ni.Tercicir,kan?’’
Harrina mengangguk perlahan.Terpaksa mengaku.
‘’’Tanggalkan.Buat harta sendiri pulak.’’Arah Shahrin.
‘’Tak boleh.’’Perlahan saja suara Harrina menuturkan.
‘’Kenapa pulak?Sini,aku tanggalkan.’’Shahrin cuba menanggalkan cincin yang tersarung di jari manis Harrina.Dicuba beberapa kali namun tersekat.
‘’Awak ni nak cabut tangan saya ke apa?Perlahan-lahan sikit.’’Marah Harrina.Geram sungguh dengan Shahrin yang berlagak di depannya kala ini.
‘’Siapa suruh kau pakai?Kan dah tak boleh tanggal sekarang.Aku tak peduli.Put off this ring now.’’
‘’Tersekatlah.Dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak.’’
Shahrin berusaha menanggalkan cincin itu sekali lagi.Harrina geram kerana Shahrin bertindak kasar ke atasnya.’’Sakitlah!Kut ya pun nak ambil cincin ni,jangan nak angkut sekali jari saya.’’
‘’Diamlah.Banyak cakap pulak.Dahlah suka hati kau aje pakai cincin ni.Sekarang nak bising pulak.’’
‘’Lantaklah saya nak bising ke tidak.Awak dah bertindak kejam ke atas saya.Takkan saya nak duduk berdiam diri?’’Sanggah Harrina habis-habisan.
Geram disebabkan mulut Harrina yang tidak habis-habis membebel,Shahrin dengan sengaja menarik jari gadis itu sehingga Harrina terjerit kecil.
‘’Ni dah melampau.Saja nak balas dendam kat saya.’’
‘’Jangan sembarangan tuduh oranglah.Kau yang salah sekarang ni.’’
‘’Ah,sudahlah.Lepaskan tangan saya.Bukan setakat tangan aje tapi sakit hati jugak.’’ Tempelak Harrina.
Maka berlakulah pergelutan di antara Harrina dan Shahrin.Tanpa disedari,aksi mereka dilihat oleh tetamu yang berada di ruang lobi hotel itu.Wartawan yang salah anggap bahawa Shahrin sedang melamar seorang perempuan terus melulu ke arah mereka.Kamera sudah pun terpasang dan mula merakam.
‘’Jadi inilah perempuan yang Encik Shahrin ingin lamar?’’Soalan daripada wartawan membuatkan Shahrin dan Harrina saling tercengang.Terhenti seketika aksi pergelutan antara mereka.Kedua-dua tangan yang asyik menarik antara satu sama lain kini telah turun namun tidak dilepaskan.
‘’Tu..tunggu.I rasa you dah salah faham.’’Shahrin cuba memberi penjelasan kepada wartawan tersebut tapi tanpa disangka lebih ramai wartawan dan para pemberita hiburan menghampiri mereka dengan pelbagai soalan.
‘’Ni ke perempuan yang diperkatakan?’’
‘’Macam mana kamu berdua boleh saling kenal mengenali?’’
‘’You tekad lalu melamar teman wanita you ni?’’
‘’Berapa lama kamu bercinta?Adakah Encik Shahrin akan mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi bersama cik ini?’’
Soalan yang bertalu-talu membuatkan Shahrin dan Harrina semakin lemas.Mereka berdua tidak dapat melarikan diri setelah dikepung oleh wartawan.Harrina menjeling dengan perasaan tidak puas hati ke arah Shahrin dan lelaki itu turut memandangnya.Hatinya menyumpah lelaki yang bernama Shahrin itu.
‘’Tolong beri laluan.Maaf.Excuse me.’’Azim menyelit di antara para wartawan untuk meredakan keadaan.Kaku dia sejenak apabila melihat perempuan yang berdiri di sebelah Shahrin.Dia ingin bertanya sesuatu namun keadaan tidak mengizinkan.
‘’Tolong aku,Zim.’’Kata Shahrin dengan nada perlahan.
Azim hanya mengangguk.Dia bercakap sesuatu kepada para wartawan.Tidak lama kemudian,para wartawan beredar dari situ.
‘’I hate you.’’Bisik Harrina kepada Shahrin.Hatinya sebal.Tidak pasal-pasal dia jadi bahan tumpuan.
‘’Salah kau jugak.’’
‘’What?!Saya pulak?Awak ni saja buat...eei!Sakit hati betullah.’’Harrina menampar lengan Shahrin.Kalau boleh nak tampar pipi tapi tak ke kejam namanya?
‘’Okey,both of you.’’Azim berpaling menghadap mereka.’’Aku dah cakap kat dorang semua. Kau Shah,terangkan pada dorang masa sesi soal jawab nanti.Aku pun tak tahu apa yang terjadi so aku serahkan pada kau untuk jelaskan.’’
Shahrin menjungkit bahu sebelum berlalu pergi.Harrina tercengang.Aik,blah macam tu aje?Aku teringin betul debik mamat tu.
‘’Awak ni girlfriend Shah ke?’’
Soalan dari Azim membuatkan Harrina tersentak.’’Hah?Apa awak merepek ni?Awak tolong cakap kat kawan awak tu,saya nak dia betulkan keadaan semula.’’Dia bergerak meninggalkan Azim.
Azim kehairanan.
