Tuesday, December 7, 2010

6 Disember...

Segannya!!Nak tergelak pun ada jugak.
Kenapa pulak nak segan?Apa dah jadi?
Tadi masa dia tengah on the way ke Perlis,dia singgah kejap kat bank.Kad ATM  dia rosak sebab tu kena guna cara manual.Biasanya ada seorang bro ni yang layan dia tapi masa tu bro ni ada tugas lain nak buat(tu apa yang dia kata),tapi semalam ada petugas baru,seorang perempuan.Tak tahulah sebab terlebih mesra atau sebab lain,perempuan tu a.k.a petugas kaunter tu tanya,
‘’Banyak keluar duit.Nak buat apa?Nak kahwin ke?’’
Dia pelik.Selama ni tak ada orang tanya pasal duit yang dia keluarkan nak buat apa tapi petugas tu pergi tanya pulak.Mesti sebab terkejut dengan jumlah duit yang ada dalam simpanan dia.So,dengan sikap semula jadi dia yang suka mengenakan dan mengusik orang,dia pun menjawab,
‘’Haa,nak kahwin dengan awak.Balik ni saya terus pergi pinang awak.Awak tunggu ajelah.’’
Aku gerenti akak tu rasa menyirap aje kat dia.Ada ke patut jawab macam tu?
Maka jadilah perang mulut kat bank tu disebabkan perdebatan antara petugas tu dengan dia.Well,dia jawab biasanya mesti dengan cara meloyar buruk.Petugas tu pun lebih kurang sama aje loyar buruknya dengan dia.Haha..mesti gawat punya.Bro yang jaga kanter lain dah tergelak.Then dia tanya,
‘’Nak kahwin dengan saya tak?’’
Aku yang dengar dia cerita dia hampir-hampir aje tersedak.Ajak kahwin?Kalau aku jenis yang tak faham dengan perangai dia,mesti aku dah jealous.Tapi aku tahu,dia sekadar mengusik. Bukannya betul-betul pun.
Petugas tu tanpa berfikir panjang dengan pantas kata nak.
‘’Nak,nak,nak.’’
Uhuks,nasib baik tak tersedak aku dibuatnya masa tengah gayut dengan dia time tu.Kalau tak,sah-sah dia kata aku jealous.Haha....
But dengan segeranya dia cakap,
‘’Kalau saya kahwin dengan awak,bini saya kat rumah tu nak campak mana?’’
Alhamdulillah,aku tak tersedak masa tu.Bini?Bila masa pulak dia kahwin ni?Jadi aku pun memintas apa yang dia cakap,
‘’Sejak bila pulak awak kahwin?Siapa pulak isteri awak tu?’’
Ceh,saja tanya walaupun tahu jawapan yang akan keluar dari mulut dia.
‘’Awaklah isteri saya.Tapi satu hari nanti.’’
Nasib baik dia tambah ayat yang terakhir tu.Kalau tak,adalah yang terperasan lebih karang.Haha...
Tau apa petugas tu jawab balik?
‘’Tak apalah,lelaki boleh kahwin 4.Masih ada ruang kosong.’’
Amboi selamba aje akak tu balas macam tu.Tahulah berminat dengan jumlah duit yang tertulis dalam buku bank dia.
‘’Tak naklah.Mahu saya kena belasah dengan bini saya tu.Sayang kat dia,dahlah comel.’’
Aku yang dengar rasa nak tergelak sampai terguling-guling.Segan siot!Sempat aku cover.Malu oi...
Suddenly,
‘’Nak tengok gambar dia?’’
Aduh,melampau siap tunjuk gambar aku kat orang.Dahlah sesedap hati tambah perasa tambahan kata bini.
Akak tu kata,’’Cantik.Comel.’’
Hehe..thanks sebab puji.Masa tu virus perasan dah merebak ke seluruh anggota aku.Ada jugak yang kata aku comel.Ops,bukan comellah tapi cute.Haha....
Sekali bos kat situ keluar(dia kenal bos tu.Bos tu pun dah kenal sangat dengan dia).
‘’Hah,percayalah sangat cakap Tahir tu.Kalau kahwin mesti aku dah dijemput.Tu awek dialah.’’
Haha...kantoi sudah.Bro yang jaga kaunter sebelah dah tergelak-gelak.Aku lagilah.Dah sampai keluar air mata gelakkan dia.Agak-agaklah nak kenakan orang sampai macam tu sekali.Memang kelakar habis.
Tahu tak sejak kenal dia,hari-hari aku mesti diiringi gelak tawa dan usik mengusik daripada dia.Happy walaupun ada masalah.
Malam tu gayut lagi.
Hisy aku ni,berapa kali gayut dalam sehari?
Entah,tak terkira pulak aku.Masa waktu main boling tu saja dah 7 kali dia call tak termasuk waktu malam.
Fuh,banyak kredit.
Bukan kredit aku tapi dia.
Hari-hari call tak puas lagi ke?Sampai berkali-kali pulak tu.
Rindulah.
Aiks,dah call selalu takkan masih lagi rindu?
Of coz!
Dahsyat betul!
Dah-dah,berbalik semula dengan catatan harian aku yang seterusnya.Malam tu,gayut lagi dalam setengah jam.Lama jugak kan.Dia kata dia masih ingat lagi date kita orang kat KLCC. Well,aku pun ingat jugak.
‘’Awak tau tak,sampai sekarang saya ingat pasal semalam.Saya rasa happy sangat.Rasanya kali tu adalah hari yang paling menggembirakan buat saya.Tak pernah saya rasa gembira sampai macam tu sekali.’’
‘’Awak,saya pun happy.Tambah-tambah lagi kalau awak happy.’’
‘’Awak tau,awak dah bagi saya hidup baru kepada saya.’’
‘’Hmm?Tak adalah awak.Saya tak bagi awak apa-apa pun.Atas sebab apa awak kata saya bagi kehidupan baru pada awak?Bagi saya contoh yang awak anggap sampai macam tu sekali.’’
‘’Terus terang sejak saya kenal awak,saya gembira.Setiap hari saya bersemangat.Ada orang pesan pasal makan minum saya,kesihatan saya.Awak tahu jiwa saya.Awak tahu perangai saya macam mana.Awak pun selalu buat saya gelak.’’
Aku pun memintas tanpa bagi signal,’’Saya rasa awak yang selalu buat saya gelak dengan usikan awak tu.’’
‘’Okeylah,kita sama-sama gelak.Awak tahu yang saya bergurau.Dulu,setiap hari gaduh.’’
‘’Setiap hari gaduh?’’Ulangku kurang mengerti.Pasal perempuan tu ke?
‘’Ya.Saya bergurau tapi dia tak terima.Asyik gaduh aje.Asyik saya aje yang kena jaga hati dia,faham jiwa dia tapi dia langsung tak faham saya.’’
‘’Tapi awak tetap bertahan jugak,kan?’’
‘’Tulah pasal.Macam manalah saya boleh bertahan sampai macam tu walaupun dia dah buat macam-macam kat saya’’
‘’Cinta,awak.Cinta yang buat awak masih bertahan.Sebab awak sangat sayangkan dia masa tu. Sebab awak cinta yang kuat terhadap dia.’’
‘’Mungkinlah kot.Tapi sayangnya dia lukakan hati saya.’’
Bukannya aku jealous tapi bagi aku apa gunanya ingat pada perempuan tu?Mungkin terbit sedikit perasaan cemburu bila dia asyik ingat dan fikirkan perempuan tu dan perkara yang dah lepas.Buat apa dikenang semua tu kalau apa yang dikenang membuatkan kita sedih dan merana sendiri.Orang yang dah lukakan kita pulak bersorak gembira lepas tengok kita kecundang.
Aku tak faham.Kenapa mesti kaitkan perempuan tu dalam hubungan kami berdua?Aku nekad tak nak jadi seseorang yang boleh ingatkan dia pada perempuan tu.Aku harap perempuan tu lenyap terus dari ingatan dia.Tapi masalahnya aku tak mampu nak berbuat begitu.Yang aku hairan,kenapa perempuan tu masih kejar dia selepas dah sakitkan hati dia?Sampai dia release tension dengan bawa kereta laju-laju tanpa fikirkan keselamatan nyawa dia.Aku terfikir.Sampai tahap macam tu sekali dia sayangkan perempuan tu masa tu.Sampai tak fikirkan nyawa.
Satu soalan dia yang aku teringat sangat,
‘’Kenapa kita tak jumpa dari dulu lagi?’’
Aku tak ada jawapan untuk itu.Semuanya kuasa Tuhan yang menentukan.Aku pun tak sangka yang aku akan berjumpa dengan dia pada bulan puasa hari tu.Yang romantiknya dekat bazar Ramadan.Yang kelakarnya permulaan perkenalan kami dimulakan dengan perang mulut.Yang masih teringat sampai sekarang,bos aku tu yang cakap,
‘’Asyik gaduh aje.Kahwin karang baru tau.’’
Mula-mula tu aku memang nak tergelak.Aku dan dia?Hari-hari gaduh boleh ngam ke?Tapi siapa sangka seminggu tak berjumpa,aku merindui dia macam orang tengah angau.Haha....
Tapi aku hanya menjawab,
‘’Mungkin berkat bulan Ramadan masa tu.’’
Tapi jawapan lain yang aku cakap dalam hati,mungkin takdir yang tertulis menyatakan kita akan bertemu pada 1 Ramadan 1431 M.
Tahu tak dia terlalu gembira sampai menitis air mata.Aku yang dengar suara dia masa tu rasa terharu sangat.Sampai macam tu sekali aku ni.Buat orang menitiskan air mata disebabkan aku.
‘’Sebab tu saya tak nak lepaskan awak.Saya sayang sangat kat awak.Awak tau kan,kalau saya sayang seseorang tu,saya akan sayang dia sampai mati.’’
‘’Saya tau.Awak dah pernah cakap kat saya.’’
‘’Dan sebab tu jugak saya rancang,awak habis aje sekolah dan SPM nanti,saya terus nak ikat awak.Biar tak ada orang kacau,nak awak,tak ada orang ambil awak dari saya.’’
Gulp,rasa macam nak tercekik aku.Lepas SPM terus kena ikat?Walaupun dia pernah cakap kat aku sebelum ni tapi sampai sekarang aku fikir terlalu cepat untuk terus ke arah tu.Tapi aku buat endah tak endah aje sekarang.Biar masa dan takdir yang tentukan segalanya.(Macam familiar aje dengar ayat nikan?).
Jadi demi hilangkan rasa gugup aku yang menggunung tu,aku pun bergurau,sekadar nak jauhkan mood yang romantik gila ni,
‘’Awak ni,siapalah yang nak saya?’’Selorohku sambil tergelak lucu.
‘’Ada,awak.Kat luar tu masti ada banyak lelaki yang akan pandang awak.Saya risau,bila awak pandang dia orang,awak akan tinggalkan saya.’’
Aduh tak jadi lawak aku rupanya!Dia makin risau adalah.
‘’Dia orang pandang saya,saya pun pandanglah dia orang balik.Kalau tak pandang karang main langgar aje.Awak jangan risau okey.Saya tak terniat langsung nak tinggalkan awak.’’Saya risau awak yang akan tinggalkan saya.Ayat yang terakhir ni hanya terucap dakam hati.
‘’Lagipun biarlah dia orang pandang.Bukannya nak kat saya.Kat luar tu hah,ramai lagi perempuan yang lagi cantik dari saya.Banyak lagi pilihan.’’Tambah-tambah lagi yang seksi.Sambungku dalam hati.
‘’Awak pun cantik jugak.Comel.Mesti ada yang minat kat awak.’’
‘’Dah,dah.Awak jangan risau,jangan fikir sangat.Hati saya ada kat awak sekarang.’’
Kalau ikutkan panjang lagi esei yang aku nak tulis dan habiskan tapi biarlah yang selebihnya jadi rahsia antara kami berdua.Ya,hanya kami berdua saja yang tahu.

No comments:

Post a Comment