Cuba teka aku pergi mana hari ni?
Tak dapat teka?
Pergi datinglah.
Dekat mana?
Erm KLCC sekali lagi.
What?Bukan baru minggu lepas ke pergi dating kat KLCC jugak?Takkan minggu ni pun dating kat sana lagi?
Kenapa pulak?Ada masalah ke aku dating kat sana?
Well today I’m very enjoy my day!Tak adalah,dia kan jenis yang tak boleh duduk rumah.Katanya bosan gila,tak ada apa nak buat.Mula-mula masa dia ajak keluar tu,aku macam ragu-ragu jugak.Yelah,baru malam tadi keluar jumpa dia kat pasar malam,takkan siang esoknya pun keluar lagi.Sampai ke KLCC pulak tu.Waktu dia ajak pun dah masuk tengah hari,dalam pukul 12.30.Risau balik lewat then mam tak bagi keluar lagi.Setelah berbincang kejap dengan adik,aku pun contact dia.
‘’Awak,jomlah.Kita keluar dalam pukul satu.’’
Dia pun apa lagi,cepat-cepat bersiap.Semangat tu!Dia dah siap awal,aku pulak masih terkial-kial nak sarung tudung,nak touch-uplah,nak telek mukalah.Hmm..nama pun perempuan, mesti ambil masa nak bersiap,kan?Dalam pukul satu kita orang gerak ke bus stop.Hah,amik!Nak naik bas sangat kan.Baru tunggu bas 10 minit dah mula merungut itu ini.Lambatlah apalah.Siap kata nak tahan teksi lagi!Bila dah naik bas ingatkan dah okey tapi tak juga.Merungut dalam bas tu panaslah apalah.Teringin betul aku tampal aje mulut dia time tu.Banyak komen pulak.Nasib baiklah dia buah hati aku,tak sampai hati pulak nak buat macam tu.Dan yang paling tak terduga,masa tengah tunggu bas Izza dengan adik perempuan dia,Mila muncul.Baru balik dari 99 Supermarket.Aduh,kantoi pulak depan dia orang!Haha..Izza seperti selalu tersenyum penuh makna.Macam aku tak tahu pulak maksud yang ingin disampaikan dari senyuman dia tu.
Well,masa dalam tren tu banyak jugak yang kita orang bualkan.Dari mula duduk sampailah tiba ke destinasi.Lama jugak tu.Tak penat ke sembang itu ini?Tak kalau dengan orang yang tersayang.Hehe...gatal jugak aku ni.
Mula-mula rancang kita orang tak nak tengok wayang sebab takut tak sempat dan balik lewat.Tapi tau-tau aje kaki dah naik floor 3 dan terus berbaris nak beli tiket.Cerita apa? Ngankung. Asalnya nak tengok Narnia tapi dah sold out.Huhu..tak apalah dah nasib.Tapi cerita Ngangkung best apa.Kita orang masuk lewat sikit.Yelah tunggu iklan penaja pun sampai 10 minit. Masuk-masuk aje kita orang terkejut.Hantu dah muncul awal-awal.Keseluruhan,cerita ni memang best.Tak menyesal dan berbaloi.Banyak ketawa sampai keluar air mata.Satu panggung gelak beb!Nampaknya movie ni memang menarik perhatian dia sampai aku yang ada kat sebelah macam nak tak nak aje pandang.Kalau masa tengok Harry Potter dulu adalah dia menoleh sekali sekala tapi kali ni tak.Syok sangat.Aku pun syok jugak tengok wayang ni.Gelak sampai tak ingat. Haha..Tapi cerita Ngangkung nikan genre komedi seram.Adalah part yang buat aku terperanjat.Kus semangat!Nasib baik boleh tahan lagi.Ada melatah?Woit,baik-baik sikit.Aku bukan jenis yang cepat melatah okey.
Habis tengok wayang,aku ajak dia pergi Kinokuniya.Buat apa?La..beli my favourite book la.Apa lagi kalau bukan novel?Rambang mata aku dibuatnya.Rasa nak aje borong semua novel yang ada.Hehe..buat masa ni aku ada 4 novel dan 2 komik yang dia belanja. Haha...untung badan dapat boyfriend baik hati macam dia.Tapi aku rasa macam bersalah pun ada jugak.Asal keluar dengan aku,duit dia pun turut mengalir keluar jugak.Memanglah dia kata tak apa,demi girlfriend tersayang katanya tapi aku tetap rasa bersalah plus segan.Asyik dia belanja aku dan aku ni bila masa pulak nak belanja dia?Tak apa..tak apa..nanti akan tiba masa jugak.
Habis buat pilihan,aku teman dia makan.Aku tak makan sekali?Agak-agaklah nak aku sumbat lagi makanan padahal pagi tu aku dah bedal 2 keping roti canai.Kenyang sampai tengah malam tu.Dia nak jugak paksa aku makan tapi aku tekan yang aku kenyang gila time tu.
Tengok wayang dah.Beli novel dah.Makan pun dah.Ada masa sikit nak jalan-jalan.Aku call dulu my beloved mum,cakap yang aku mungkin balik lambat sikit.Mula-mula ingat mak nak sound sebab malam tu dah keluar,then siang esoknya keluar lagi.Menggeletar la jugak masa tekan nombor mak.Banyak kali aku doa dalam hati.At last,mak tak marah pun.Cuma mak sindir,’’Asyik keluar aje.Macam manalah nak sekolah nanti?’’.Gulp,terasa beb!Yang leganya mak tak membebel.Itu yang pasti.Masa aku call,mak dengan family member aku yang lain tengah on the way nak ke rumah suadara aku.Aku memang niat tak nak follow pun.Disebabkan itu,aku ambil kesempatan ajak dia jalan-jalan kat taman.Romantik gitu.Masa nilah kita orang saling sakat menyakat.Dia kenakan aku dan aku pun kenakan dia balik.Tak sangka dia sengaja usik awek yang tengah lalu lalang masa tu.Aku pun buat muka,konon jealous gitu.Kita orang tengah berjalan masa tu,aku pun spontan statik kat situ jugak.Tak berganjak.Punyalah cuak dia tengok aku macam tu.Tau takut.Tulah,nak pujuk tak reti.Bila aku merajuk,mesti dia dah gubra.Haha...kesian my hubby.
Dah balik tu,mak sempat tanya.’’Kata nak belanja KFC.Tak bawa balik ke?’’
Eh..eh..bila pula mak pesan suruh bawa KFC sekali?Ada ke atau aku lupa?Blur kejap time tu.Lepas sedetik dua baru aku faham maksud mak.Malam sebelum tu kan mak ada kata suruh dia belanja KFC.Tersengih tak sudah aku time tu.Ingatkan mak nak bagi ceramah ke apa ke tapi tak pun.Sayang mak.
Adik aku pun happy sebab dapat novel.Well,abang ipar belanja.Siapa yang tak seronok, betul tak?Ops,dah jadi abang ipar ke?Hahaha.....
Something was disturbed my mind just now.Ada satu nombor ni call nombor dia yang lama masa dalam cinema.Faham-faham jelah,mana ada line kat dalam panggung tu.Aku pelik jugak tengok dia macam busy sangat dengan handset dia sampailah dia suruh aku call guna nombor aku. So,aku buat ajelah.Fuh,lambat betul nak angkat call.Aku kelentong sikit konon nak cari seseorang. Aku pun main petik aje nama Izza(sorry sesangat.Kali ni aje).Perempuan yang angkat.Mak ai,kasar betul cara dia cakap yang aku salah nombor.Tup tup dia terus tutup call. Kureng asam gelugur betul minah tu.Tak sempat aku tau nama dia.Masa kat taman,dia call nombor tu guna public phone yang ada kat situ.Dia kata suara perempuan tu.Hei,asyik ada aje perempuan tu waktu aku tengah date.Bukan nak jealous tapi buat apa dia menyemak dan menyelit antara kita orang berdua?Malam tu aku selongkar senarai keluar masuk panggilan.Yang peliknya,nombor tu ada dalam rekod sebagai one missed call.31.08.10 , 08.53p.m.Pelik bin ajaib.Macam mana boleh ada rekod tu pulak?Dan macam mana nombor yang ada dalam handset aku tu tau nombor lama dia?Satu kemusykilan yang amat kabur.Last-last aku buat derk ajelah.Buat menyemak my mind.
The conclusion is I’m really enjoy my date this time.Tapi sebelum-sebelum ni pun aku enjoy jugak,cuma yang ni special sikit.Haha...Seronok dating kali ni.Tau apa dia kata waktu gayut masa malam tu(Siang dah berbual panjang pun tak cukup lagi sampai sambung dalam telefon?Setengah jam pulak tu.Punyalah sedap bergayut ye.),
‘’Rasa macam tak nak balik aje tadi.’’
Amboi,tahulah happy tapi takkanlah sampai tak nak balik.Mengada-ada betul cik abang sorang ni.Kah..kah..kah..
Happy sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment