Sunday, December 5, 2010

4 Disember
Malam ni aku ‘dating’ dengan dia kat kedai makan.Well,dari awal lagi aku rancang nak makan sekali dengan dia.Yelah,sebelum ni dah banyak kali dia ajak aku makan sekali bila keluar bersama tapi aku tetap dengan alasan aku,’’Dah kenyanglah makan kat rumah tadi.’’Tapi memang betul pun.Asal dia ajak aku makan mesti masa tu aku baru aje lepas makan kat rumah.Takkan aku nak melantak lagi kot?Mahu makin chubby aku karang.Haha...Dan nak tahu apa yang berlaku seterusnya?Dia order nasi goreng kampung pedas.Time tu,aku yang dengar pun kecur air liur dibuatnya.Dahlah aku suka nasi goreng tambah pulak kalau pedas.Memang teringin nak makanlah jawabnya dan aku pun spontan minta 2 lepas dia habis cakap.Aku satu,dia satu.Aku nampak muka dia macam terkejut sikit bila aku pun order sekali nasi tu tapi lepas tu dia terus tersenyum. Sampai aje makanan yang dipesan,dia terus bersuara,
            ‘’Awalnya saya memang nak pesan nasi goreng ni dua sebab saya agak dalam dua hari lepas awak tak berapa nak makan sangat.Tak sangka pulak yang awak dah pintas dulu.Saya rancang nak paksa jugak awak makan dengan saya.’’
            Aku yang mendengar sekadar tersenyum.’’Yelah,nanti awak ungkit.Makan dengan kawan nak tapi makan dengan dia tak nak pulak.Lagipun saya memang tengah lapar sekarang ni.Tambah-tambah pulak awak pesan nasi goreng.Minta pedas pulak tu.Macam tau-tau aje saya memang teringin nak makan ni sekarang.’’Panjang juga jawapan yang aku berikan.
            Banyak yang kami berdua bualkan.Pasal kerja dia yang agak memenatkan hari ni.Yelah cuba bayangkan dia kena periksa setiap rumah satu persatu dalam bangunan 30 tingkat.Kesian dia.One good news,syarikat tempat dia kerja tu dah ambil semula projek di China selepas yakin bajet dia orang lebih dari cukup untuk jalankan projek di sana.Keuntungan yang didapati memang berbaloi dengan modal yang dikeluarkan.Ini projek mega dan memang untung badan dapat jalankan projek di negara asing.
            Pasal perempuan tu pulak,abang dia ada call minta jumpa sebab nak say sorry.But disebabkan hubby penat sangat so,dia tak keluar dan hanya cakap dah maafkan dia.Satu ending yang baik buat masa ni.
            Masa nak balik dari kedai makan tu,kita orang lalu  tapak pasar malam(memang time tu ada pasar malam.Dia minta jumpa asalnya kat pasar malam jugak bukan kat kedai makan.).Then ada seorang peniaga kat situ,an Indian aunty said,’’Hai,bila nak makan nasi minyak ni?’’
            Dia hanya tergelak kecil dan aku pula masa tu segan gila.Demi nak hilangkan rasa segan plus malu plus perasan tu,aku pun meloyar buruk kat dia.Haha...tak pasal-pasal aje.
            Balik rumah pulak,mak tanya.’’Tak beli apa-apa ke kat pasar malam?’’
            Aku menggeleng.Mak dah pergi awal-awal tadi siap borong macam-macam,takkan aku nak beli lagi?Itu jawapan aku dalam hati.
            ‘’Hmm..memang jumpa dia ajelah.’’Usik mak.
            Aku menoleh.Hisy mak ni,cakap main lepas aje.Last-last aku jugak yang naik segan.Omelku sendiri.
            Hehe...masa tengah bergosip dengan adik kat dapur pasal dia,mak pun ikut menyampuk.
            ‘’Bila dia nak belanja KFC ni?’’
            ‘’KFC?Hari tu mak kata hujung bulan,kan?’’Aku yang blur sikit time tu terus aje menjawab begitu.
            ‘’Nanti tahun baru minta dia belanja makan KFC.’’
            Aku sedikit terperanjat sebelum tersenyum.Adik pula sudah tersengih-sengih.Eei,mesti nak kenakan aku ni.Tapi alhamdulillah,buat masa ni mak nampak macam tak menghalang hubungan kita orang berdua.Adik pun siap mengaku dia sebagai abang ipar.Haha..diluar jangkaan ni.Time aku couple dulu adik aku benci nak mengaku sampai macam tu sekali hatta sebagai bf aku.Tapi sekarang dia selalu kata yang kita orang ni macam couple yang dah nak kahwin.Hehe..seganlah aku bila cakap macam tu.
            Sebelum bergosip dengan adik kat dapur aku ada gayut dengan dia.Hehe...dah cakap depan-depan takkan tak puas lagi siap sambung berbual dekat handset?Lantaklah,my darling jugak.Haha..don’t jealous okay?

1 comment:

  1. jealous lar aku ngan ko ni. tpi kan hr sabtu rsanya aku ada prgi psr mlm tpi x jmpa ko. bilala aku dpt jmpa pakwer ko ni. si azizah dah terjumpa. aku bila lagi dowh? yer la nak thu jugk bakal suami kwn aku ni. ha lg stu bila nak blnja kek?? amboi2 asyk dating smpai lupa yer. jgn lupa blnja aku kek.

    ReplyDelete