Thursday, December 2, 2010

Next Stage

Satu hari yang paling aku enjoy semenjak cuti sekolah ni.Rancangan aku dengan Shira untuk lawan main boling akhirnya jadi kenyataan.Diiringi Izza,Suha,Kamil,Izzat,Achun,Mat dan Ju,kita orang pecah kepada dua kumpulan dan fight.
Macam-macam aksi yang mencuit hati terjadi tadi.Pasal bola masuk longkang,jangan cerita.Selalu sangat jadi.Cuba cakap siapa yang tak pernah masukkan bola ke dalam longkang.Tak ada langsung!Haha..biasalah,budak-budak baru belajar nak main boling.Standardlah kalau ada aksi lucu,kelakar,gila-gila dan sering buat orang gelak bagai nak rak.Kadang-kadang aku rasa macam overlah pulak aksi kita orang tadi.Asal pin masuk aje,macam-macamlah sorakan keluar dari mulut kita orang.Padahal,jiran sebelah yang main boling jugak tadi selalu aje strike tapi tak adalah sorak gembira dengan aksi melampau macam kita orang.Pedulikanlah dia orang,kita orangkan budak lagi.Baru nak rasa apa itu keseronokan main boling.Memang bestlah tadi.
Yang tak bestnya ialah masa bola tak kena pin.Eei,rasa nak aje timbus longkang tu.Kalau macam tu,gerenti tak ada bola yang tersasar ke ruang longkang yang menyeksa kita orang ni.Tapi tak patutlah pulak.Tak pernah ada dalam sejarah trek boling tak ada drain.Haha...
Lagi satu yang tak best bagi aku sebab bola aku selalu tak kena pin.Karang kau sepak bola tu jadi lain ceritalah pulak.Bukan bola tu yang bergerak tapi kaki aku yang bengkak jugak karang.Rasanya akulah yang paling low masa fight tadi.Eei,tak puas hati betul.Teringin nak fight lagi tapi masalahnya tangan aku dah sakit sekarang ni.Tulah,orang tak pernah bersukanlah katakan.Baru pegang bola yang tak seberat mana tu,tangan pun jadi lenguh mengalahkan orang angkat berat kat sukan Asia tu.
Bajet?Adui,satu masalah besar kat aku yang tengah kering kontang ni.Nasib baik bajet untuk belanja semua sekali tadi tak banyak sangat.Sempat lagi beli barang yang tak ada sangat gunanya.
Yang paling ada potensi main boling tadi,Mat,Izza dengan Shira.Kira tinggilah jugak poin mereka tu.Jealous aku yang tangan kaku ni.Tak apa,lain kali aku nak ajak ‘dia’ pulak fight main boling.Tapi yang tak sedap didengarnya,dia tu kira terror main boling. Well,bekerjasama dengan orang atasan mesti melibatkan aktiviti macam ni.Hua,macam menyesallah pulak ajak dia fight tadi.Nanti aku sendiri yang kalah dan kena denda.Kan tak pasal-pasal aje tu.Memang cari nahas aku ni.
Yang tak boleh blahnya,makan kat ‘kedai mamak’(Achun yang cakap) habis kos hampir RM5O ke atas.Bukan cekik darah ke namanya tu.Nasib baiklah mengenyangkan sampai malam.
Hehe..malam ye.Aku jumpa dia hari ni dan malam ni macam-macam yang terjadi.Dia beritahu perkara sebenar tentang kes adalah seorang pak cik ni telefon aku konon aku termissed call dia tapi padahal tak pun.Dia cerita kat aku yang dia pernah tak sedarkan diri selama seminggu sebab accident,minat dia terhadap kereta(yelah,dia tukan minat pada enjin turbo dan suka bawa kereta laju-laju.),ungkit balik kisah masa time kat bazar Ramadan yang banyak meninggalkan kenangan kepada kami berdua,pasal perasaan frust bila putus cinta and many more.
Buat kesekian kalinya aku marah dia.Tidak menghargai nyawa disebabkan cinta.Kecewa demi cinta adalah penyebab utamanya.Kaw-kaw aku marah dan hamburkan rasa tak puas hati aku terhadap dia yang sanggup mempermainkan nyawa kerana cinta.Dia mengaku dirinya bodoh saat kecewa kerana perempuan tu.Disebabkan perempuan tu,nyawa dia yang tak ternilai tu hampir-hampir saja melayang.Aku yang dengar cerita dia tadi rasa macam nak pengsan.Sampai macam tu kasih dia terhadap perempuan yang tak tahu menghargai dia dan dirinya sendiri.
Cakap mengenai perempuan tu,ada satu perkara yang menganggu tidurku.Sebaik saja pulang dari ‘berdating’ di kedai makan,perempuan tu datang beserta abang-abangnya. Perempuan tu kata my hubby asyik jumpa dia.Malah perempuan tu siap kelentong abang-abang dia yang dungu tu cakap pergi tengok wayang pada tarikh yang sama aku keluar dating tengok wayang Harry Potter dengan hubby.Yang menambah sakit hati,minah tu kata hubby bawa dia ke hotel.Eei,sengal betul perempuan ni.My love masih ada kat sebelah aku pada waktu yang dia tipu kata bawa ke hotel.Around 3p.m.,kita orang masih kat dalam cinema tengok wayang yang habis dalam pukul 4 lebih.Penipu besar betul minah tak tahu malu tu.Aku masih simpan lagi tiket wayang hari tu,tersembunyi dalam handbag.Tu pun aku terperasan masa baru balik dari main boling tadi.Nak bukti lagi,boleh tanya my sis and my mom  la.Tak pun tengok rakaman CCTV kat Terminal Putra masa kita orang baru nak pergi.Tak cukup lagi?Soal siasat penjaga parking Terminal Putra tu.Resit mesti masih ada kat guard tu.
And one more thing.This is very important.Because of this,I can’t sleep now.Perempuan tu suruh hubby kahwin dengan dia!!!!!!!!!!!
Gila ke apa perempuan ni?Sesuka hati nak suruh my love kahwin dengan dia lepas apa yang dia dah buat dulu.Dia lupa ke buat-buat lupa ke muka tembok?Kesalahan besar dia dah lakukan tapi masih boleh pulak ajak hubby kahwini dia dan terima dia yang dah membawa zaman gelap ke atas orang yang aku sayang sekarang ni.
Is she out of her mind?Aku ni macam mana pulak?Tak fikir ke perasaan aku yang mudah terluka ni?Dasar tak tahu malu.Masih ada hati nak suruh hubby kembali kepada dia.
No way,auntie!I’ll never let it happen to me and my love.NEVER!!
I really know that he’s(my hubby) hate you, selfish women.


p/s:want to know more?contact me at my number okay.

1 comment:

  1. wah x sgka er mcm tu trjadi. nnti ko story2 lar er kat aku .

    ReplyDelete