Friday, December 10, 2010

ToDaY's sT0rY

Macam yang kawan-kawan aku cakap tadi,di sini aku akan mengumpat dia orang.Dah dia orang bagi idea dan cadangan,aku cuma ikut aje.Nak sangatkan?
Okey,penat aku nak tepis usik-mengusik dan sakat-menyakat dari mereka tadi.Ada saja idea nak ‘bahan’ aku.Mentang-mentang dah lama tak jumpa,saja nak cari peluang kenakan orang antara satu sama lain.Tapi yang paling teruk kena tadi aku jugak.Tak ada orang lain.Sebabnya aku terlepas cakap.Huh,itu pun nak ambil kira ke?Standardlah mulut tersebut ayat lain.Kesian aku.2 lawan 1 mana nak menang.Kejamlah korang ni!Nasib baik mood aku baik aje tadi so aku tak balas balik.Kalau tidak,habis aku kenakan dia orang sampai fed up nak balas setiap patah perkataan yang aku cakap.(Ceh,poyo aje lebih.Macam boleh aje nak lawan balik mulut murai Shida.Ditambah pulak Shira yang 2X5 macam Shida.)
Well,thanks kepada pengunjung blog aku yang tak berapa menarik ni.Simple sangat!Cerita yang aku tulis pun tak adalah hot mana.Cuma hot gitu-gitu aje.Hehe...Masih banyak yang aku kena belajar tentang pengurusan blog ni.Kadang-kadang aku fed up jugak nak up date background blog aku ni.Kalau setakat up date cerita,itu senang aje.Bisa diatur sih.
Aku terima satu berita gembira tadi dari Shira.Happy sangat.(Macam aku pulak yang laluinya).Mestilah aku gembira dengan adanya perkhabaran macam tu.Bukan selalu perkara ni terjadi dalam hidup Shira dan aku.Dah lama aku fikirkan hal ni.Ingatkan sekadar angan-angan yand susah untuk dicapai.Harapan pun rasanya macam tipis aje.Tapi tak sangka hari ni dan sekarang,ia benar!Nampaknya angan-angan aku hampir jadi kenyataan!!Yahoo...!!!
Hmm..hari ni 10 hari bulan ye?
Maka dengan itu,diisyhtiharkan perkenalan aku dengan dia dah genap 4 bulan!
Tapi kan,walaupun dah 4 bulan kita orang kenal dan memadu kasih(lain macam pulak maksud ayat majmuk ni),sampai sekarang aku dengan dia tak tahu dah berapa lama hubungan kami berdua sebagai kekasih.Bayangkanlah,until now we not declare our relationship as a couple!
Agaknya kalau orang lain mesti awal-awal lagi dah sah sebagai couple dan aku dengan dia pulak...?Lantaklah tak declare sekalipun asalkan kami berdua bahagia dengan hubungan ni.Bulan Ramadan tahun ni memang berkat.Hehe..mula-mula berjumpa dan asyik bergaduh.And now we miss each other.Eei,gatalnya aku ni!Miss each other konon.
Erm,Shira kata terima ajelah lamaran dia.Gila ke apa?!Macam mak aku kata,belajar pun belum habis dah gatal nak kahwin.Memanglah aku faham kenapa dia kata nak terus ikat aku lepas habis SPM nanti tapi tak macam cepat sangat ke?Macam tak boleh beberapa tahun lagi.For me,tu tak kisahlah tapi apa pandangan saudara mara aku nanti.Result SPM keluar semalam,hari ni dah kena pinang.Eei,gelilah pulak cerita pasal kahwin ni.Lepas-lepas ni ajelah aku fikir.Banyak masa lagi.
Aku tahu dia takut aku kena rampas dengan orang lain.Tapi bila aku fikir balik,siapalah yang nak rampas aku ni dari dia?Nak kata aku cantik,bila telek muka aku kat cermin rasa macam biasa aje.Pipi pun chubby mengalahkan pau kena kukus.Haha....Cun lagilah tak cuma cute aje.Hehe..perasanlah pulak.Lagipun lelaki sekarang dah tak pandang hati tapi muka.Pantang nampak perempuan dahi licin,mulalah tu nak cucuk jarum.Mengayat itu ini,guna ayat manis pulak tu.Sebab tulah ramai yang kena diabetes,ambil ‘gula’ banyak sangat.
Disebabkan aku tak cun dan cuma cute aje(perasan jap),masa aku nak balik tadi adalah kena hon dua kali.Bukan sebab aku melintas tak tengok kereta ataupun buat aksi tak sepatutnya kat tepi jalan,tapi dia orang sengaja nak hon.Konon nak ambil perhatianlah tu.Tapi aku tak peduli.Dalam hati aku menyindir,hon rosak ke atau sengaja nak kasi test bunyi hon kereta dia orang yang tak berapa sedap tu.Kalau kereta mewah dan mahal,naklah jugak aku pandang.Tapi ni tak,satu tu kereta saga lama dan lagi satu trak tentera.Kejap,trak tentera?Nak terguling aku gelak sorang-sorang.Tak sangka tentera pun tahu nak hon perempuan.Ingatkan cuma tahu berkawat dengan senjata.Haha....
Agaknyalah kalau aku cerita kat ‘dia’ mesti jealous.Semalam aku cakap nak ‘dating’(tapi tak cakap dengan siapa),terus kendur suara dia.Walaupun dia nafikan,aku tahu dia cemburu sebenarnya.Then bila aku cakap nak dating dengan Shira,berubah terus suara dia.Happy balik dah.Kelakarlah my lover ni.Mulut aje kata tak tapi hati menderita dan cemburu.

1 comment:

  1. ai hani,,, ko siap ckp psl aku lg. bangga nya nma aku dtulis oleh bakal penulis nvl trknl. hehe

    ReplyDelete