Tuesday, May 10, 2011

FANTASI CINTA 4

4
Tetamu makin ramai memasuki ruang taman yang telah dihias cantik. Shahrin mengeluh sendiri. Fikirannya bercelaru kala ini.Tidak dapat berfikir dengan sebaik mungkin dan lebih mengikutkan perasaannya.
‘’Kau gila ke? Dah ramai guest yang kita jemput untuk majlis tu. Mana boleh senang-senang aje kau batalkan. Guest kita bukan orang biasa. Pengarah-pengarah terkenal,kawan-kawan artis,wartawan dan yang paling penting ialah penerbit dari luar negara. Kau tahu tak bukannya senang nak jumpa dengan mereka semua ni. Inilah masanya kau kena kembangkan karier kau lebih meluas.’’Terang Azim panjang lebar.Dia tidak boleh membenarkan Shahrin membatalkan majlis yang akan diadakan esok malam.Kalau tidak,pasti malu satu negara.
‘’Tapi aku tak sanggup nak teruskan lagi.Aku sengsara waktu ni.Anna dah tolak cinta aku.Kau faham tak?’’Tengking Shahrin.
‘’Yes I know that. But please think the effect on you if you cancel this event.Habis jatuh imej kau sebagai pelakon terkenal.’’
‘’Argghh!!’’Shahrin menjerit melepaskan geram dan marahnya.
‘’Satu lagi gosip hangat pasal kau dah tersebar luas.Gambar rekaan cincin yang kau tempah dah tersebar luas dalam media elektronik. Gambar kau tengah pegang cincin tu pun ada melambak kat luar sekarang. Wartawan dan pemberita asyik call aku tanya pasal tu. Dorang nak tahu perempuan yang kau nak lamar.’’
‘’Katalah kat mereka semua yang tu hanya khabar angin aje.Susah ke?’’
‘’Kau sekadar cakap senanglah. Bila muncul berita ni,lagi ramai wartawan yang makin tak sabar nak hadiri majlis tu nanti. Dorang dah buat liputan meluas pasal ni. Malulah kalau tiba-tiba majlis yang ditunggu-tunggu ni dibatalkan atas sebab kau kecewa. Nonsense,you know!’’Bentak Azim.
Shahrin makin tertekan.Hatinya sakit. Fikirannya sakit. Perasaannya terdera. Semuanya kerana Joanna.
‘’Kenapa kau tak lupakan saja Anna tu? Dah dia tak terima kau,takkan kau nak mengharap lagi?Tak penat ke mengharap cinta pada orang yang tak sudi?’’
Shahrin memandang Azim dengan kerutan di dahi.
‘’Please,aku merayu pada kau sebagai kawan baik dan jugak pengurus kau. Jangan ikut sangat perasaan kecewa kau tu. Cari perempuan yang boleh bahagiakan kau dan boleh sambut cinta kau. Aku tahu,hati kau terseksa dengan keadaan ni tapi kau tak boleh terus mengalah dan jatuh macam ni. Kuatkanlah semangat demi kerjaya yang kau impikan suatu masa dulu.Ini yang kau nak. Hari ni kau nak musnahkan kerjaya kau ni kerana seorang perempuan yang tak membalas cinta kau ke?’’
Sedikit demi sedikit Shahrin termakan dengan kata-kata Azim.Ada betulnya jugak kata-kata pengurusnya itu. Kenapa aku mesti hancurkan kerjaya aku sebagai seorang artis terkenal? Banyak pengorbanan yang aku lakukan demi capai kedudukan ini.Namun cintanya pada Joanna tidak boleh ditepis begitu saja.
’’Tapi apa aku nak jawab pada mereka yang datang pada majlis tu nanti?Yang tanya pasal aku nak melamar seseorang?’’
‘’Erm,let me handle it.I’ll try explain to them.Kau janganlah risau pasal tu.’’Pujuk Azim.
‘’Kau ada jumpa cincin tu tak?’’
‘’Why?You missed it anywhere?’’
‘’Yes,I think.Kalau jumpa tolong return kat aku. Cincin tu aku nak simpan.’’
‘’Okey.So the event is still going on?’’
Shahrin tersenyum pahit bagi menjawab soalan Azim.
‘’Hey,jomlah.Menungkan apa lagi?’’
Sergahan Azim mematikan lamunan Shahrin tentang perbincangan dua hari lepas.Dia menuruti langkah Azim.

‘You owe me Zirah.Balik ni aku nak belasah kau sampai puas hati aku.Tak pasal-pasal aku kena tercongok kat sini sambil pakai dress ni.Geram betul aku dengan kau.’Rungut hati Harrina.
Harrina menundukkan wajahnya apabila berasakan dirinya dipandang pelik oleh tetamu lain.
‘Apa pelik sangat ke aku ni?’Hatinya menyoal sendiri.
Harrina menghampiri deretan meja yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Matanya seakan bersinar apabila melihat berbagai pencuci mulut seperti kek dan manisan.
‘’Lama betul nak memilih ya.’’
Harrina menoleh ke sebelah kirinya.Kelihatan seorang lelaki mengambil semangkuk koktel buah .’’Hah?’’
Lelaki itu memandang Harrina sambil jari telunjuknya ditalakan ke arah bibir.
Harrina pelik.Tidak lama kemudian barulah dia perasan dia begitu asyik menggigit hujung sudu sejak tadi.Serta merta sudu itu diletakkan di atas pinggan yang dipegangnya.Darah mula menyerbu ke muka.Malu gila! Dia tersengih.
Lelaki itu tersenyum.’’Awak ni wartawan dari mana?’’
‘’Hah?Wartawan? Sa..saya bukan itu.’’
‘’Oh yakah?So artis barulah ni?’’
Harrina pantas menggeleng dengan tanda tanya memenuhi fikirannya. Wartawan?Artis baru? Bila masa aku jadi semua tu?
‘’Saya Azim.’’
‘’Err..saya Arri.’’
‘’Arri?Tak kenal pun.’’
‘’Memanglah tak kenal.Saya bukan wartawan ataupun artis baru.Saya hanya tetamu biasa.’’
‘’Oh,I see.Awak...’’
‘’Azim!’’
Mereka berdua berpaling serentak.Buntang mata Harrina melihat orang yang memanggil nama Azim sedang menghampiri mereka.Segera dia memusingkan badannya 180 darjah ke kiri. Minta-mintalah dia tak nampak aku.Harap-haraplah. Sebabnya aku pun tak nak jumpa atau bertembung dengan dia lagi.Dia berdoa dalam hati sambil memejamkan mata.
Azim pelik melihat Harrina yang berpaling membelakanginya.’’Cari aku ke?’’
‘’Bukan aku yang cari kau tapi orang lain.Pengarah filem dari Singapura.Dia nak bincang sikit dengan kau.’’
‘’Oh ya?Okey.’’
‘’Tunggu.Tolong cari cincin aku tu.’’
‘’Don’t worry.’’Setelah menghulurkan mangkuk yang berisi koktel buah kepada Shahrin, Azim segera berpaling.’’Oh ya cik.Jangan memilih lama sangat ya.’’Sempat pula dia berbisik kepada Harrina.
Harrina menjeling geram.Hampehlah mamat tu.Sempat pulak kenakan aku depan si Shahrin ni.
‘’Err..cik.’’Shahrin cuba menegur gadis yang membelakanginya.Hairan apabila Azim menyapa gadis itu.
Harrina kalut.Dia pura-pura mengambil salad sayur-sayuran yang berada di hadapannya. Tanpa berfikir panjang,dia bergerak meninggalkan tempat itu.
‘’Main blah macam tu aje?Sombong betullah.’’
Harrina menarik nafas lega.Kelibat Shahrin sudah hilang dari pandangannya.Dia menarik kerusi yang tersusun bersama sebuah meja bulat.’’Apa aku nak buat ni?Kalau dia tahu cincin yang dia cari tu ada kat jari aku,apa dia nak buat agaknya?’’
Mangkuk diletakkan di atas meja.Dia cuba menarik cincin yang tersarung di jari manis pada tangan kirinya.Namun ia tersekat.’’Huh,masuk senang tapi nak tanggalkan susah gila.Dah nak tercabut tangan aku ni tapi masih tak boleh jugak.’’Rungutnya sendiri.
Tidak lama kenmudian,kedengaran suara pengerusi majlis memberikan ucapan ringkas. Tingkah laku Harrina terhenti.Beberapa orang tetamu mula duduk di sekitar meja bulat itu. Sedaya upaya dia mengukir senyuman apabila disapa oleh tetamu lain.Ramai juga orang terkenal yang menghadiri majlis ni.Ada artis,pengarah.Desis hati Harrina sambil menjengahkan kepalanya memerhatikan para tetamu.
Kemudian,tiba giliran Shahrin memberikan ucapan ringkas yang mengalu-alukan kedatangan para tetamunya.Harrina langsnung tidak memberikan perhatian.Tangannya sibuk cuba menanggalkan cincin di bawah meja.Apabila tetamu bertepuk tangan,barulah dia ikut serta.Entah apa yang dicakapnya pun dia tidak pasti.
‘’Saya harap anda semua seronok dalam majlis ini.Selepas ini akan diadakan sesi temu ramah dengan Encik Shahrin.Sekian.’’Kata pengacara majlis.
Para tetamu beredar dari meja bulat itu dan melakukan perkara masing-masing.Ada yang berbual antara satu sama lain.Ada yang mengambil makanan.Ada juga yang bergambar dengan artis-artis yang hadir.Harrina masih kaku di tempatnya.
‘’Bilalah majlis ni nak tamat?Dah jemu aku duduk sini dan mengadap semua orang kat sini.Apa aku nak buat sekarang?’’Harrina memandang mangkuk berisi salad sayuran di hadapannya.’’Kenapalah aku ambil makanan yang langsung tak sedap ni?Patutnya aku ambil kek yang banyak tadi tu.Ni semua sebab si Shahrin tu punya pasallah.’’Bentaknya perlahan.
Harrina bergerak menuju ke tandas.Dia memerhatikan imej dirinya di hadapan cermin.Apa yang pelik sampai orang lain tengok aku lain macam aje?Bisik hatinya sendiri.Dia membetulkan rambutnya yang disanggul tinggi.Rambut depannya pula disisipkan ke tepi telinga.Dia berpuas hati dengan penampilannya malam ini.Gaun sifon yang berwarna krim labuh hingga ke buku lali menghias tubuhnya.Hiasannya tidak sarat.Cukup dengan sekadar rantai berloket bentuk hati dan gelang.Kasut tumit yang menyeksakan bagi Harrina tersarung di kakinya.Harrina keluar dari bilik air dengan senyuman.
Dia melintasi ruang lobi sebelum menuju ke halaman di luar hotel.Sedang dia leka memerhatikan dekorasi ruangan itu,dia terlanggar seseorang.Sakit bahunya.
‘’Are you okey?’’
Harrina mendongak melihat wajah lelaki yang berlanggar dengannya.Terperanjat dia dibuatnya seketika.
‘’Kau lagi?Apa pasal kau boleh ada kat majlis aku ni?’’ Tanya Shahrin dengan riak muka tidak percaya.
‘’Saya punya sukalah nak ada kat sini ke tak.’’Balas Harrina.
Shahrin merenung Harrina tanpa berkelip.Bagi cuak sikit.
‘’Saya gantikan kawan sayalah.Dia ada hal lain.Takkan itu pun salah?’’Kata Harrina sedikit gugup.Renungan lelaki itu membuatkan dia berdebar.Menakutkan!
‘’Boleh percaya ke ni?’’
Harrina membuat muka bosan.Rambutnya yang terjuntai sebab pelanggaran tadi dibetulkan dan diselitkan di tepi telinga kiri.
Shahrin pantas meyedari sesuatu.Dia menarik tangan kiri Harrina dan gadis itu terkejut. Kasar sungguh tindakan lelaki di hadapannya.
‘’Awak ni kenapa?’’Bentak Harrina.
Shahrin tidak menghiraukan rontaan Harrina.Dia meneliti tangan kiri Harrina.’’Dari mana kau dapat cincin ni?’’
Tersentak Harrina.Dia menelan air liur.Dia tidak dapat berfikir apa-apa.’’A..apa yang awak kata ni?’’
‘’Cincin ni.Kau jumpa kat mana?’’Soal Shahrin sekilas memandang Harrina.
‘’Kat taman hari tu.Kau tinggalkan cincin ni.’’
Shahrin pelik.’’Bila masa pulak aku tinggalkan cincin ni.Tercicir,kan?’’
Harrina mengangguk perlahan.Terpaksa mengaku.
‘’’Tanggalkan.Buat harta sendiri pulak.’’Arah Shahrin.
‘’Tak boleh.’’Perlahan saja suara Harrina menuturkan.
‘’Kenapa pulak?Sini,aku tanggalkan.’’Shahrin cuba menanggalkan cincin yang tersarung di jari manis Harrina.Dicuba beberapa kali namun tersekat.
‘’Awak ni nak cabut tangan saya ke apa?Perlahan-lahan sikit.’’Marah Harrina.Geram sungguh dengan Shahrin yang berlagak di depannya kala ini.
‘’Siapa suruh kau pakai?Kan dah tak boleh tanggal sekarang.Aku tak peduli.Put off this ring now.’’
‘’Tersekatlah.Dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak.’’
Shahrin berusaha menanggalkan cincin itu sekali lagi.Harrina geram kerana Shahrin bertindak kasar ke atasnya.’’Sakitlah!Kut ya pun nak ambil cincin ni,jangan nak angkut sekali jari saya.’’
‘’Diamlah.Banyak cakap pulak.Dahlah suka hati kau aje pakai cincin ni.Sekarang nak bising pulak.’’
‘’Lantaklah saya nak bising ke tidak.Awak dah bertindak kejam ke atas saya.Takkan saya nak duduk berdiam diri?’’Sanggah Harrina habis-habisan.
Geram disebabkan mulut Harrina yang tidak habis-habis membebel,Shahrin dengan sengaja menarik jari gadis itu sehingga Harrina terjerit kecil.
‘’Ni dah melampau.Saja nak balas dendam kat saya.’’
‘’Jangan sembarangan tuduh oranglah.Kau yang salah sekarang ni.’’
‘’Ah,sudahlah.Lepaskan tangan saya.Bukan setakat tangan aje tapi sakit hati jugak.’’ Tempelak Harrina.
Maka berlakulah pergelutan di antara Harrina dan Shahrin.Tanpa disedari,aksi mereka dilihat oleh tetamu yang berada di ruang lobi hotel itu.Wartawan yang salah anggap bahawa Shahrin sedang melamar seorang perempuan terus melulu ke arah mereka.Kamera sudah pun terpasang dan mula merakam.
‘’Jadi inilah perempuan yang Encik Shahrin ingin lamar?’’Soalan daripada wartawan membuatkan Shahrin dan Harrina saling tercengang.Terhenti seketika aksi pergelutan antara mereka.Kedua-dua tangan yang asyik menarik antara satu sama lain kini telah turun namun tidak dilepaskan.
‘’Tu..tunggu.I rasa you dah salah faham.’’Shahrin cuba memberi penjelasan kepada wartawan tersebut tapi tanpa disangka lebih ramai wartawan dan para pemberita hiburan menghampiri mereka dengan pelbagai soalan.
‘’Ni ke perempuan yang diperkatakan?’’
‘’Macam mana kamu berdua boleh saling kenal mengenali?’’
‘’You tekad lalu melamar teman wanita you ni?’’
‘’Berapa lama kamu bercinta?Adakah Encik Shahrin akan mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi bersama cik ini?’’
Soalan yang bertalu-talu membuatkan Shahrin dan Harrina semakin lemas.Mereka berdua tidak dapat melarikan diri setelah dikepung oleh wartawan.Harrina menjeling dengan perasaan tidak puas hati ke arah Shahrin dan lelaki itu turut memandangnya.Hatinya menyumpah lelaki yang bernama Shahrin itu.
‘’Tolong beri laluan.Maaf.Excuse me.’’Azim menyelit di antara para wartawan untuk meredakan keadaan.Kaku dia sejenak apabila melihat perempuan yang berdiri di sebelah Shahrin.Dia ingin bertanya sesuatu namun keadaan tidak mengizinkan.
‘’Tolong aku,Zim.’’Kata Shahrin dengan nada perlahan.
Azim hanya mengangguk.Dia bercakap sesuatu kepada para wartawan.Tidak lama kemudian,para wartawan beredar dari situ.
‘’I hate you.’’Bisik Harrina kepada Shahrin.Hatinya sebal.Tidak pasal-pasal dia jadi bahan tumpuan.
‘’Salah kau jugak.’’
‘’What?!Saya pulak?Awak ni saja buat...eei!Sakit hati betullah.’’Harrina menampar lengan Shahrin.Kalau boleh nak tampar pipi tapi tak ke kejam namanya?
‘’Okey,both of you.’’Azim berpaling menghadap mereka.’’Aku dah cakap kat dorang semua. Kau Shah,terangkan pada dorang masa sesi soal jawab nanti.Aku pun tak tahu apa yang terjadi so aku serahkan pada kau untuk jelaskan.’’
Shahrin menjungkit bahu sebelum berlalu pergi.Harrina tercengang.Aik,blah macam tu aje?Aku teringin betul debik mamat tu.
‘’Awak ni girlfriend Shah ke?’’
Soalan dari Azim membuatkan Harrina tersentak.’’Hah?Apa awak merepek ni?Awak tolong cakap kat kawan awak tu,saya nak dia betulkan keadaan semula.’’Dia bergerak meninggalkan Azim.
Azim kehairanan.

FANTASI CINTA 3

3
Sebuah kereta Harrier diparkir di depan sebuah kedai barang kemas. Dengan langkah yang tersusun, Shahrin memasuki kedai itu. Para pekerja yang berada di dalam kedai itu semuanya tercengang. Tidak berkelip mata mereka tatkala memandang Shahrin di hadapan pintu masuk terutamanya pekerja perempuan.
‘’I...itu Shahrin kan? Handsomenya dia!’’Bisik salah seorang pekerja perempuan di situ.
‘’Yalah. Gila macho! Rupanya tengok depan-depan lagi handsome. Cair aku!’’Sahut pekerja lain pula.
Zirah yang baru keluar dari bilik pejabatnya hairan bila melihat para pekerjanya kaku sambil tertumpu pada satu arah.’’Kamu semua ni kenapa?’’Soalnya.
‘’Excuse me.’’
Zirah terus memandang ke arah Shahrin. Dia pun terkejut melihat artis popular itu singgah di kedai barang kemasnya. Bukan sebab terkejut tengok Shahrin tapi terkejut sebab Shahrin tiba di kedainya tanpa memberitahunya dahulu. Sebelum ini pasti Shahrin akan menghubunginya terlebih dahulu jika mahu mengambil pesanannya.
‘’Kenapa tak inform dulu?Jomlah masuk dalam pejabat saya.Kita bincang di dalam. Tempahan dah siap.’’
‘’Tak apalah,pengurus.You bawa saja ke sini.’’
‘’Okey.’’Zirah masuk semula ke dalam pejabatnya dan mengambil sesuatu. Dia muncul kembali dan menghampiri Shahrin yang sudah duduk di sofa yang disediakan. Sebuah kotak baldu diletakkan di hadapan Shahrin.
‘’Ini cincin seperti yang diminta.Saya dah cuba dapatkan design yang terbaik berdasarkan permintaan Encik Shahrin.’’
Shahrin membuka kotak baldu berwarna merah jambu itu. Bibirnya terukir senyuman bila melihat cincin berlian dan buah bertatahkan permata sapphire berwarna merah jambu.Lebih cantik dari yang dia bayangkan. Cincin yang cantik ni,memang sesuai untuk Joanna yang yang anggun.
‘’Cantik.Thanks.’’Kata Shahrin.Dia mengeluarkan cincin itu dari bekasnya. Di permukaan cincin itu terukir perkataan ‘I LOVE YOU’. Bibirnya mengukir senyuman lagi.
‘’Eh tu cincin,kan? Cik Zirah kata cincin tu rekaan khas.’’Bisik salah seorang dari kalangan pekerja itu.
‘’Cincin untuk apa? Shahrin nak berkahwin ke?’’ Soal seorang pekerja perempuan yang berambut paras bahu.
Rakan-rakan lain memandang satu sama lain dengan pandangan terkejut.’’Dia nak kahwin? Dengan siapa pula? Tak tahu pun. Dia ada girlfriend ke?’’
‘’Apa?! Kenapa tak ada cerita hiburan sebut pasal Shahrin ada girlfriend? Siapa perempuan yang bertuah tu?’’
‘’Ala,melepas peluang.Siapa yang berani rampas Shahrin dari kita?Sedihnya.’’
‘’Korang ni,biarlah dia kahwin. Lagipun mesti perempuan yang dia pilih tu sesuai sangat dengan dia. Sebab tu dia tackle.’’Seorang pekerja lelaki pula bersuara. Dia mengambil gambar Shahrin yang leka memandang cincin itu. Fikirannya mula merancang untuk mendapatkan keuntungan. Pasti ramai wartawan yang ingin tahu berita sensasi ini.
‘’Apa yang kamu gosipkan ni?’’Tegur Zirah sebaik saja tiba di hadapan mereka.
Pekerja seramai empat orang tadi terdiam serta merta.
‘’Nah.’’Zirah menghulurkan sekeping kad kredit kepada pekerja lelaki tadi dan dia menyambut huluran itu.
‘’Pengurus,tu kad apa?’’Tanya gadis yang berambut paras bahu apabila terlihat sekeping sampul berwarna merah di tangan Zirah.
‘’Encik Shahrin bagi.’’Kata Zirah ringkas.Dia berlalu selepas mengambil semula kad kredit dari pekerjanya.Kemudian dia menghantar Shahrin hingga ke pintu utama.
Di dalam kereta,Shahrin tersenyum sendiri. Tidak sabar rasanya untuk melamar Joanna di hadapan orang ramai semasa majlis meraikan pelancaran dramanya yang terbaru tidak lama lagi. Pasti Joanna akan terharu. Majlis itu diserahkan kepada Azim untuk diuruskan.
Dia yakin Joanna akan menerimanya memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.Sejak sekolah menengah lagi.
**************
Shahrin terdiam.Dia kaku.Dia terpempan. Hatinya punah sama sekali.
‘’Shah,you tahu kan kita ni kawan baik sejak dulu lagi.Sejak sekolah menengah lagi,kan? Kenapa pulak tiba-tiba you cakap pasal ni?’’
‘’Sebab baru sekarang I berani nak cakap pasal ni pada you.’’
Joanna menggeleng.Dia melemparkan pandangan ke arah tasik yang tenang itu.Berkocak sedikit bila angin menyapa permukaan tasik.’’Kenapa tak dari dulu lagi,Shah?Kenapa baru sekarang you kata sukakan I?’’
‘’Kan I kata sebab baru sekarang I mampu nak luahkan perasaan I pada you,Anna.’’
‘’It’s ridiculous you know. Shah,let me mention you once again. I cuma boleh anggap you kawan baik I. I tak boleh jatuh cinta pada kawan baik I sendiri.’’
‘’Takkan tak ada peluang untuk I tunjukkan cinta I pada you walaupun secebis?’’Shahrin memandang Joanna yang berdiri di depannya.
Joanna diam sebelum menggeleng.’’Sejak kita jadi kawan,I dah anggap kita cuma kawan baik sampai akhir hayat. Hati I tak boleh terima kawan baik sebagai kekasih.Tolong fahamlah, Shah.’’
‘’Pedulikan semua tu. Yang pasti sekarang I memang sukakan you sejak sekolah menengah lagi. I rasa bahagia bila dengan you. Tahu tak,you satu-satunya perempuan yang pernah I suka selama ni. Tak pernah ada orang lain dalam hati I,Anna.Percayalah.’’
Joanna memandang sayu ke arah Shahrin.’’Shah,walau apa pun yang you katakan,I tetap dengan pendirian I. Selama ni you faham perangai I,takkan hari ni you dah lupa semua tu?’’
Shahrin mengepal penumbuknya.Dia berasa geram.Kenapalah Joanna berpegang pada prinsip sedemikian?
‘’I ni tak cukup baik untuk jadi lelaki yang boleh lindungi you ke?’’
Joanna pantas menoleh ke arah Shahrin.’’Bukan macam tu. Selama ni bagi I, you ialah lelaki yang baik.’’
‘’Habis tu,kenapa you tolak cinta I?’’
‘’I tak sanggup nak sambut cinta you.You artis terkenal.You lelaki yang baik. You boleh dapatkan perempuan yang lebih baik untuk membalas cinta you.I tak layak untuk you.’’
‘’No! Bagi I youlah satu-satunya perempuan yang boleh menjadi permaisuri dalam hati I. I tak nak perempuan lain tapi hanya you.’’
Terdiam Joanna buat seketika.Dia sebenarnya dalam dilema. Dia bukan tidak sudi sambut cinta Shahrin tapi hatinya membantah keras. Baginya Shahrin ialah kawan baik hingga akhir hayat. Lagipun dia ada sebab kukuh kerana menolak cinta Shahrin.
‘’I’m not suitable to you.I’m really sure you will find a girl that suitable with you and better than me.A girl who can give you happiness and love you forever.’’Setelah berkata demikian,Joanna terus berlalu pergi meninggalkan Taman Tasik Layang-layang dengan rasa serba salah menyelubungi dirinya.
Shahrin masih berdiri menghadap tasik.Dia mahu menangis tapi egonya tidak membenarkan. Dia sungguh terkilan kerana Jaonna langsung tidak memberikan peluang untuk menunjukkan cintanya. Apakah prinsip yang dipegang oleh Joanna itu lebih penting dari hati dan perasaannya? Cincin yang dibelinya dikeluarkan dari kocek seluar. Nampaknya sia-sia dia membeli cincin ini.
************
Harrina menunggang basikalnya sambil bernyanyi kecil. Seronok pula keluar berjalan-jalan di sekitar taman pada waktu petang sebegini. Ramai pengunjung yang memenuhi Taman Tasik Layang-layang ini. Di kawasan padang yang luas terdapat ramai orang sedang bermain layang-layang. Teringin pula bermain layang-layang tapi masalahnya dia tidak reti untuk menaikkan layang-layang ke udara. Pernah sekali dia ke sebuah padang bersama datuknya untuk bermain layang-layang. Poyo aje lebih bila lari untuk naikkan layang-layang tersebut. Setelah agak jauh dia berlari,dia memandang ke langit. Tidak nampak pula layang-layang kecuali burung yang sekadar melintas.Bila dia pandang semula ke bawah,barulah perasan layang-layangnya langsung tidak naik.
Skreett!!!!
Harrina terjatuh.Basikalnya juga turut tumbang di sebelahnya. Sakit betul punggungnya kerana terhempas ke atas laluan pejalan kaki itu. Nasib baik bukan dia atas jalan tar.Kalau tak,mahu pulak dia di hantar ke hospital kerana cedera di punggung. Tidak ke malu?
‘’Ah!Shit!’’
Harrina pantas mendongak dan memandang ke depan. Mak oi,aku langgar orang ke?
‘’Buta ke?Main langgar aje.’’
‘’Sorry.Tak sengaja.’’Hanya itu yang mampu terucap oleh Harrina.
Lelaki itu berdiri lalu menepuk-nepuk bajunya yang berhabuk.Shahrin memandang tepat muka Harrina.’’Kau lagi?!’’
Harrina mendongak sambil menyisipkan rambutnya ke tepi telinga.’’Kau lagi?’’Pekiknya sambil jari telunjuknya diarahkan pada Shahrin dengan muka berang.Apalah malang nasib aku?
‘’Kau ni suka betul buat aku sakit hati,kan?Setiap kali bertembung dengan kau,mesti nasib aku malang.’’
Ewah,sesedap rasa dia tuduh aku macam tu.Ingat aku nak sangat bertembung dengan dia?Marah Harrina dalam hati.Malas nak bertekak sebenarnya. Jatuh dari basikal ni pun dah cukup malu. Takkan nak tambah malu dengan bergaduh kat sini?
‘’Sudahlah. Malas aku nak mencapab kat sini.’’
‘’Tunggu!’’
Shahrin yang mula melangkah terus terhenti.’’Kau nak apa?’’
‘’Erm...aku tak boleh nak berdiri.’’
‘’Kau ni nak berlakon ke apa?Sengaja nak susahkan aku kan?’’
’’Bukanlah.’’Eei,suka suki hati mamat ni aje kata macam tu.Ingat aku nak sangat minta bantuan kau? ‘’Never mind.Kau boleh pergi.’’
‘’Hisy,menyusahkan aje.’’Shahrin berpatah balik dan melangkah semula.
Harrina menggigit bawah bibirnya apabila dia cuba berdiri.Lututnya cedera.Mungkin bergeser dengan permukaan jalan.Tak apa Arri,kau kuat.Harrina memberi kata-kata semangat buat dirinya.’’Aduh!’’ Dia terduduk semula.
Harrina menunduk sambil menggenggam tangannya.Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
‘’Hulurkan tangan.’’
Harrina kenal suara itu.Bukan dia dah pergi ke tadi? Dia membiarkan huluran tangan di hadapannya.
‘’Degil jugak kau ni.Tengah sakit pun masih keras kepala.’’
Harrina menjeling Shahrin yang sudah duduk di sebelahnya.Mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu yang tidak pasti semasa Shahrin membantunya untuk berdiri. Setelah yakin dia mampu untuk berdiri sendiri,dia menepis tangan Shahrin yang memegang bahunya.
‘’Terima kasih.’’
‘’Kau boleh jalan tak?’’
‘’Hurm.Kau boleh pergi.Nanti kau pulak yang malu sebab jalan dengan aku.Lagipun ramai orang kat sini.’’
‘’Suka hati kaulah.Keras kepala,degil,semua ada.’’Sempat pula Shahrin mengutuk Harrina sambil berlalu meninggalkannya.
‘’Ingat aku tak dengar ke?’’Jerit Harrina dengan suara perlahan.Lelaki itu tidak memberi respon.Tak dengar kut.Ah,sudahlah.
Perlahan-lahan Harrina membongkok untuk membetulkan kedudukan basikalnya.Tiba-tiba matanya terganggu dengan satu sinaran. Dengan berhati-hati dia mengambil benda kecil yang agak tersembunyi.
Ternganga mulutnya apabila melihat sebentuk cincin dengan berlian bewarna merah jambu dan berbentuk hati.’’Wah,cantiknya! Gila cute cincin ni.’’
Harrina membelek cincin tersebut dengan rasa teruja.Rekaan cincin itu memang cantik baginya.
‘’Eh?’’Dia terlihat perkataan yang tertulis di permukaan cincin itu.I love you? Ini cincin apa ya? Hatinya tertanya sendiri.
**********
‘’Zirah,dah berapa lama kau jadi pengurus kedai ni?’’Tanya Harrina sambil melihat barang kemas yang tersusun di dalam kabinet pameran.Sungguh cantik rekaan barang kemas di sini.
‘’Tahun lepas.Ha,kau tunggu kejap.’’Zirah terus menuju ke sebuah meja dan mengambil sesuatu dari dalam laci.Dia menghulurkan sekeping sampul kepada Harrina.
‘’Apa ni?Kad undangan kahwin kau ke?’’Seloroh Harrina.Dia mengambil kad itu.
‘’Banyaklah kau punya kad kahwin. Aku nak minta tolong kau boleh tak?’’
Harrina mengerutkan dahinya.’’Apa dia?’’
‘’Gantikan aku pergi majlis ni.’’
‘’Majlis apa?Siapa punya majlis?Wajib ke?’’
‘’Rilekslah.Soalan kau dah macam peluru dari pengganas pulak.Bertalu-talu.’’Zirah cuba berseloroh.
‘’Cakaplah.’’Desak Harrina.
‘’Kad undangan parti dari pelakon terkenal,Shahrin.’’
Terbeliak mata Harrina sebaik saja Zirah habis berkata demikian.
‘’Buat muka pulak.Buruklah.Kut ya pun terkejut janganlah sampai macam tu sekali reaksi kau.’’
Harrina mencebik.’’Untuk apa?Macam mana pulak kau boleh diundang?Artis terkenal kan dia tu.’’Sengaja doa menekan perkataan terkenal.Rasa jengkel pula dengan Shahrin yang tersangatlah terkenal itu.
‘’For your information,dia selalu tempah jewelleries kat sini sebagai hadiah kat orang lain. Setahu akulah,dia selalu tempah gelang atau rantai untuk mak dan adik perempuan dia.Kadang-kadang untuk artis perempuan yang bekerjasama dengannya pun ada jugak. Tapi baru-baru ni dia ada tempah cincin. Aku yang design.Cincin dengan batu berlian warna pink dan ada tulisan I love you kat cincin tu.’’
Harrina tersentak.Pantas dia menindih tangan kirinya dengan beg tangannya. Alamak! Rupanya cincin yang tersekat kat jari aku ni milik Shahrin. Ya Allah,kenapalah aku langsung tak terfikir? Tulah padahnya.Main sarung aje kat jari sendiri.Alih-alih tak boleh nak tanggal sampai sekarang. Aduh,kalau Zirah nampak nanti memang bahaya. Mesti soal aku macam-macam.
‘’Boleh tak gantikan aku?’’
Harrina menelan air liur.’’Kenapa kau tak boleh pergi? Dia kan invite kau.’’
‘’Memanglah tapi tarikh majlis tu serentak dengan wedding anak buah aku. Nak tak nak aku kena pergi Kota Bharu time tu.’’
Pulak dah.Harrina merungut sendiri.

FANTASI CINTA 2

2
‘’Selamat datang.’’
‘’Terima kasih.’’Ucap Harrina sambil tersenyum.
‘’Eh,kejap.Ya Allah! Arri,lama gila tak jumpa kau.’’Zirah terus menerpa ke arah teman lamanya itu lalu memeluk Harrina erat.
‘’Aduh,lemas aku karang.’’Seloroh Harrina.
Zirah melepaskan pelukan dan tawanya.’’Macam mana kau boleh datang sini?’’Soalnya sambil menarik Harrina duduk di sebuah sofa yang terdapat di dalam kedai barang kemasnya.
‘’Aku jadi penyiasat dan soal siasat orang ramai pasal kau.Akhirnya tahu kau kat sini.’’
‘’Kau ni tak berubah.Loyar buruk pulak.’’Zirah menampar lengan Harrina.
‘’Kau pun sama.Tak berubah jugak.Suka sangat tampar lengan aku,apa hal?’’Marah Harrina.
Zirah tergelak.’’Sorry.Terbiasa.Lagipun dah lama tak tampar kau.Rindu pulak.’’
‘’Hampeh.Benda tu yang kau rindu nak buat.Maira dengan Saera macam mana sekarang? Rindu aku kat dorang berdua.Dah kahwin ke belum kawan-kawan aku tu?’’
‘’Nasib kau baik sebab aku sememangnya nak keluar jumpa dorang berdua nanti.’’
‘’Yakah?Nak ikut jugak.’’Pintas Harrina dengan penuh teruja.
‘’Boleh aje.Mesti dorang terkejut tengok kau dah ada kat Malaysia.’’Ujar Zirah gembira.
*****************
‘’So,macam mana promosi kat Melbourne?’’Tanya Azim sambil menghulurkan segelas minuman kepada Shahrin.
‘’Kau rasa?Erm..not bad.Boleh dikatakan aku ni popular jugak kat sana.’’Kata Shahrin dengan bangganya.
Azim tersenyum.’’Siapa tak kenal pelakon terkenal macam kau ni?Semua perempuan boleh cair bila tengok muka kau kat tv.Apatah lagi kalau jumpa face to face.Excited habis.’’
Shahrin teringat sesuatu bila Azim berkata begitu.’’Hah,aku nak cakap kat kau something. Waktu dalam flight,aku jumpa seorang minah ni.Orang Malaysia jugak.Duduk sebelah aku pulak tu.’’
‘’So?’’Azim terus memotong percakapan Shahrin.
‘’Minah tu memang pelik tau tak?Dia tak kenal aku langsung.Duduk sebelah aku pun dia langsung tak excited.Autograph aku pun dia tak ingin.Siap boleh kutuk aku kata tak ada tatasusila dan adab.Aku angin betul dengan perempuan tu.Dahlah perangai pun kasar semacam.’’Luah Shahrin.
Azim yang mendengar sekadar tergelak.’’Weird.Ada jugak yang tak kenal famous actor sebelah aku ni.’’
‘’Boleh pulak kau gelakkan aku.Dahlah aku geram dengan dia sebab asyik mengganggu my peace sepanjang flight tu.’’Shahrin menampar lengan Azim yang asyik mentertawakannya.
‘’Sorrylah.Tapi aku respect dengan perempuan tu sebab berani kutuk kau depan-depan.’’
Shahrin mencebik.’’Dahlah.Oh ya,Joanna tak ada pun jemput aku kat airport hari tu.’’
‘’Entah.Dia ada hallah tu.’’
Tidak lama kemudian,telefon bimbit Shahrin berdering.’’Panjang umur.Dah call pun.’’ Shahrin meminta diri untuk menjawab panggilan dari Joanna.
‘’Beb,aku nak keluar kejap.’’Shahrin mencapai topi dan sut putih lalu disarungkan ke tubuhnya.
‘’Jangan rosakkan imej dan reputasi kau masa kat luar sana.’’Pesan Azim.
‘’Okey.’’
*************
Harrina memandang sekeliling kedai kek kepunyaan Maira.Sungguh cantik dekorasinya. Macam berada di alam fantasi pula.
‘’Jauh mengelamun.’’Sergah Maira sebelum duduk berhadapan dengan Harrina.
‘’Kau ni suka buat aku terkejutlah.Nak kena belasah?’’Ugut Harrina.
‘’Fuh,perangai kasar masih tak berubah.Ingatkan dah pergi luar negara ni boleh ubah jadi ayu sikit.Tapi tak jugak.’’
Harrina menarik muka masam.Satu sudu kecil kek disuap ke dalam mulutnya sambil membebel sesuatu yang tidak pasti.
‘’Sorrylah.Aku belanja kau kek kat kedai aku ni.Ambil kek apa saja yang kau suka.’’ Pelawa Maira untuk memujuk Harrina.Dia tahu temannya itu suka makan benda manis terutamanya kek dan ais-krim.Nak pujuk dia senang aje.
‘’Betul ni?Jangan menyesal pulak lepas ni.’’
‘’Betullah.’’
‘’Bagusnya.Sayang kau.’’Satu lagi suapan kek disuakan ke dalam mulutnya sebelum menyuap Maira.
‘’Eh,itu..itu..’’
‘’Hah?Itu apa?Kau ni kenapa?’’Harrina kehairanan melihat Maira seperti sedang melihat hantu.
‘’Tu hah!Pandang belakang kau sekarang.’’
Harrina sekadar menurut arahan Maira dan berpaling ke belakang.Apa benda yang kawan aku ni suruh tengok?Ada hantu ke apa?Soalnya dalam hati.’’Wei,kau suruh aku tengok apa?’’
‘’Ya ALLAH,Harrina.Tu...pelakon terkenal tu...Shahrin!’’
Harrina melihat dengan teliti.Memang itu lelaki yang pernah duduk di sebelahnya sewaktu penerbangan tempoh hari.Ya lelaki yang memang langsung tak ada adab dan tatasusila! Lelaki itu sedang berbual dengan seorang perempuan.Tidak jelas pula wajah perempuan itu kerana duduk membelakanginya. Huh,siap pakai sut putih dan cermin mata hitam dalam kafe.Macamlah hebat sangat. Kemudian dia berpaling semula dan menikmati keknya.’’Apa nak heboh?’’
Maira terkejut.‘’Kau ni,dia tu pelakon terkenal.Takkan kau tak tahu?Dia tulah Shahrin.’’
‘’Oh Shahrin.Baru tahu nama dia.’’
‘’Kejap.Kau tak kenal dia ke?’’
Harrina sekadar menggeleng.’’Tak kenal pun.Aku baru tahu masa dalam flight hari tu.Kau tahu tak,suka hati dia aje nak marahkan aku sebab aku ganggu tidur dia.Angin aje aku.So,aku apa lagi?Kutuk dia balik.Padan dengan muka dia.’’
‘’What?!’’Suara Maira tinggi tiba-tiba.
Harrina tersentak.’’Kau ni kenapa?Tengok,orang lain dah pandang kita.’’
‘’Arri,maksudnya time tu kau satu flight dengan dia ke?’’Tanya Maira dengan teruja.
‘’Bukan setakat satu flight tapi duduk sebelah dia lagi.Kau tahu tak,seksa aku duduk kat sebelah orang teruk macam dia tu.Ingat dah terkenal bolehlah sound orang lain.Eei,rasa macam nak debik mamat tu pun ada jugak.’’Harrina mengepal penumbuknya lalu ditunjukkan kepada Maira.
‘’Kau ni gila ke apa,Arri?’’
Sekali lagi Harrina terkejut bila Maira bersuara sedikit tinggi.’’Kau ni,control sikit suara tu.Habis customer kau lari nanti.Suka sangat buat muka terkejut macam tu.Aku sendiri pun ikut terkejut,tahu tak?’’
‘’Macam mana aku tak terkejut beruk kalau aku dengar cerita kau ni.Dahlah kau duduk sebelah Shahrin tapi kau pulak kutuk dia.Kau nikan,Arri!’’
‘’La,kenapa pulak?Apa salah aku?’’Harrina membuat mimik muka simpati.
Maira mengetap bibir.’’Nahas kau kalau peminat-peminat dia tahu yang kau kutuk Shahrin depan-depan dia sendiri.’’
‘’Takkanlah dahsyat sampai macam tu sekali?’’Harrina pelik.
‘’Kau tahu tak,kat Malaysia ni ada kelab peminat yang ditubuhkan khas sebab Shahrin. Dorang memang fanatik dengan Shahrin.Pantang ada orang kutuk pujaan mereka tu,habis naya orang tu dikerjakan.’’
Harrina menelan air liur selepas mendengar kata-kata Maira.’’Aku tak percayalah.Apa yang hebat sangat dengan mamat tu sampai fanatik sangat?Tak fahamlah aku.Wei,aku nak blah dululah.’’Harrina meminta diri selepas melihat jam tangannya.Dia mahu uruskan sesuatu selepas ini.
‘’Okey.Hati-hati.Nanti datang lagi tau.’’Sempat mereka berdua bersalaman sebelum Harrina berlalu.
‘’Hehe,mana kamera aku?Aku nak ambil gambar dia.’’Maira tersengih sambil matanya tidak lepas dari melihat Shahrin.
‘’Shah,I need to go now.Ada kerja nak diselesaikan.Sorry ya.’’Kata Joanna.
‘’Oh.It’s okey.At least you sudi jumpa I hari ni.’’
Joanna tersenyum.’’Demi mengurangkan rasa bersalah I pada you sebab tak dapat jemput seperti yang I janjikan hari tu.’’
Shahrin tergelak kecil.
‘’Okey.Bye.Kalau free,datanglah ke butik I.’’Pesan Joanna dan terus meninggalkan Shahrin.
Shahrin menghantar Joanna dengan pandangan mata.Hatinya berbunga riang kerana dapat bertemu dengan Joanna.Sejak sekolah menengah dia menyedari dia sukakan Joanna.Gadis itu selalu berbual dan berkongsi masalah dengannya.Joanna memang baik padanya.Dia memang ayu dan cantik.Ramai yang meminatinya.Tambahan darah kacukan Belanda yang mengalir dalam badannya membuatkan dia semakin cantik.Dia tekad untuk meluahkan perasaan pada Joanna suatu hari nanti.Lagi pun,Joanna belum punya teman istimewa.
‘’Hisy,manalah teksi ni?Tak reti-reti nak muncul ke bila aku perlukan?Nampaknya aku nak kena beli motor lepas ni.’’Rungut Harrina di luar kedai Maira.Seksa betul menunggu teksi di bawah terik matahari Malaysia ni.Beg plastik yang berada di tangan dipandang sekilas.Tadi sempatlah jugak dia membeli kek dari kedai Maira.Cair pulak kek aku ni.
‘’Arri?’’
Harrina menoleh bila namanya disebut.Terbeliak matanya melihat perempuan yang berada di sebelahnya.’’Kak Anna?’’
Joanna mengangguk sambil tersenyum.Harrina menerpa ke arah Joanna lalu memeluk kakak saudaranya itu.
‘’Lamanya tak jumpa Arri.Dah empat tahun dah.’’
Harrina meleraikan pelukan.’’Arri pun dah lama tak jumpa Kak Anna.So how’s your life?’’
‘’Biasa-biasa aje.Akak ada buka butik.Datanglah ya.’’
‘’Wow.Akhirnya pereka fesyen ni dah buka butik sendiri.Congrats!Tiba-tiba rindu pulak dengan pak ngah dan mak ngah.’’Harrina teringat pula pada kenangan zaman dulu.Sejak di sekolah rendah dia selalu menziarahi keluarga Joanna.
‘’Tulah.Dah balik Malaysia bukan nak jenguk mak dan ayah akak.’’Joanna pura-pura menjauh hati.
Harrina memuncungkan mulut.’’Bukan tak nak jenguk tapi tak ada masa lagi.Nanti Arri jumpa dorang.’’
‘’Okeylah.Arri,akak ada kerja nak buat.Datang rumah akak,kita boleh berborak panjang.’’Ajak Joanna.
‘’Tengoklah nanti.’’Balas Harrina ringkas.
‘’Arri nak ke mana ni?Boleh akak tumpangkan.’’Pelawa Joanna sambil menuju ke arah kereta Harrier miliknya yang diparkir tidak jauh dari situ.
‘’Erm,tak apalah.Arri ada hal lain nak buat.’’Harrina menolak pelawaan Joanna.
‘’Oh,yakah?Tak apalah kalau macam tu.Akak pergi dulu.Bye.’’
Harrina sekadar melambai ke arah Joanna yang sudah meninggalkannya.Kemudian dia merungut kembali.’’Manalah teksi ni?Aku dah berapi duduk di bawah matahari ni.Lambat betullah.’’
Harrina menguis tanah dengan sandalnya.Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang dari arah belakang.Habis kek yang dibelinya tadi terjatuh.
‘’Maaf.’’Hanya itu yang didengari Harrina.Pantas dia mendongak.
‘’Langsung tak ikhlas minta maaf dari aku.Dah buat salah,boleh pulak blah macam tu aje.Paling koman pun gantilah balik kek aku.’’Marah Harrina.’’Hei,encik!’’
Shahrin segera berpaling.Terkedu dia sejenak.Harrina pula ternganga seketika.Fikiran masing-masing mengingati insiden di dalam pesawat tempoh hari.
‘’Awak lagi?’’Shahrin cuba meminta kepastian.
Harrina mendengus.’’Ya,saya lagi.Kenapa,Encik Shahrin?Terkejut?’’
‘’Awak nak apa?’’
Harrina mendekati Shahrin dengan wajah geram.’’Ayat minta maaf daripada awak dengan ikhlas.Tak susah nak dilakukan,betul tak?’’
‘’Tadi tu dah kira baik saya minta maaf.Bukannya saya sengaja.Dahlah,malas nak cari pasal dengan perempuan yang perangai teruk macam awak.’’Selepas berkata begitu,Sharin menuju ke arah kereta BMW miliknya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Harrina berasa geram yang amat sangat.’’Apa?!Ini dah kira melampau! Dasar orang tak ada adab.Lepas buat salah tak reti nak minta maaf.Then suka hati kata aku berperangai teruk.’’
Harrina menanggalkan sandal yang dipakainya lalu membalingnya ke arah cermin depan kereta Shahrin dengan sekuat hati.
Prang!
Shahrin terkejut melihat cermin keretanya pecah dalam sekelip mata.’’Kereta aku!’’
Harrina pula ternganga kerana tidak menyangka balingannya itu sungguh kuat hingga memecahkan cermin kereta mewah itu.Pelanggan yang berada di dalam kedai kek itu pula terperanjat melihat insiden itu.Maira juga turut meluru keluar dari dalam kedainya.Berganda-ganda kejutan yang dialaminya bila melihat Harrina turut berada di tempat kejadian.
Harrina dengan berani menghampiri Shahrin sambil membuat riak tidak bersalah.’’Padan muka.Jangan ingat saya takut dengan awak walaupun dengan orang terkenal macam awak ni.Saya cuma hormat pada orang yang ada adab dan tatasusila.’’Bisiknya kepada Shahrin.
Sharin merenung tajam ke arah Harrina.Gadis di depannya memang berani cari pasal dengannya.Harrina segera berlalu dan pada masa yang sama,sebuah teksi berhenti di hadapannya. Dia terus meloloskan diri ke dalam teksi lalu menurunkan cermin.
‘’Serve your right.Lagi satu,ambillah selipar saya tu.Jadikan kenangan dan masukkan dalam kaca pameran.Saya tak kisah.Selamat tinggal.Huhu.’’
Shahrin hanya mampu melihat teksi itu berlalu pergi.’’Tak guna!’’
Malam itu,Harrina bersantai di ruang tamu sambil menonton cerita kegemarannya iaitu NCIS:Miami.Memang seronok dapat melayan cerita itu.Telefon bimbitnya berdering.Panggilan dari Zirah.
‘’Hello.’’Tidak sempat Harrina memberi salam,dia menjarakkan sedikit telefonnya dari telinga kerana Zirah sedang menjerit.
‘’Wei,kau ni kenapa jerit tiba-tiba?’’Tanya Harrina.
‘’Kau tukar channel kat tv kau sekarang.Tengok Meletup sekarang jugak.’’Arah Zirah.
‘’Kenapa pulak?’’
‘’Tukar ajelah!’’
Harrina mendengus geram lalu menukar siaran televisyen.Terbeliak matanya melihat rancangan hiburan itu sedang memaparkan gambar sebuah cermin kereta yang pecah.Dia tahu sangat kereta tu dan apa yang terjadi.Cermin kereta pelakon terkenal,Shahrin pecah angkara seorang perempuan.Itulah yang tertulis di bawah gambar tersebut.Harrina menelan air liur.
‘’Kau dah tengok?Kau ni Arri! Apa yang kau dah buat pada pujaan aku tu?!’’
‘’Aku?Kau syak aku ke?’’Harrina cuba berdalih.
‘’Habis tu takkan aku pulak yang buat?Maira cakap tu kerja kau.’’
Maira?Aduh,aku lupa pulak yang tu kedai dia.
‘’Tapi bukan aku yang mula dululah.’’Harrina membela diri sendiri.
‘’Ah,tak peduli.Aku geram dengan kau.’’Zirah terus mematikan talian.
Harrina terkebil-kebil sambil memandang iPhone miliknya.Tidak lama kemudian,panggilan daripada Saera pula yang masuk.
‘’Wei,apa kau dah buat hah?!’’Jerit Saera di hujung talian.
‘’Saera...’’
‘’Itu adalah lelaki pujaan aku.Kenapa kau pecahkan cermin kereta dia yang mahal tu?’’Marah Saera.
‘’Tapi wei..’’
Tut. Tut. Tut.Panggilan itu sudah dimatikan oleh Saera.
‘’Adoyai.Apalah yang hebat sangat pada Shahrin tu sampai semua kawan aku minat dia?Siap kena sound free sebab pecahkan cermin kereta dia.Aku jugak yang kena.’’Bebel Harrina seorang diri.

FANTASI CINTA 1

1
‘’Nah,pasport dan tiket penerbangan kau.’’Fitri menyerahkannnya kepada Harrina.
Harrina mengambil tiket dan pasportnya sambil tersenyum.’’Thanks.’’
‘’Kau serius ke nak balik seorang diri?Kenapa tak tunggu aku dangan Man sekali?’’Tanya Fitri.
‘’Nevermind.Kau dengan Man masih ada sebulan lagi kat sini.Aku tak naklah lama-lama kat sini.Lagipun tak ada sesiapa yang menculik aku.Kau janganlah risau.’’Seloroh Harrina.
‘’Hisy kau nikan.Orang risaukan dia tapi kau boleh pulak buat lawak bodoh.’’Salman yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.
‘’Okeylah,aku serius.Korang berdua janganlah risau sangat pasal aku.Aku tahu korang sebenarnya serba salah. Dulu kita pergi bertiga tapi bila balik asing-asing pulak.Dengar sini,korang berdua masih ada perkara yang nak diselesaikan kat sini. Semalam aku jumpa Prof. Edward dan dia kata kerja khusus korang masih ada sikit yang kena siapkan.Aku fahamlah.’’Kata Harrina sambil memandang Fitri dan Salman silih berganti.
Fitri dan Salman membisu.
‘’Fitri,Man,please jangan buat aku pulak yang rasa serba salah nak balik rumah sendiri.’’Sekali lagi Harrina cuba bercanda.
Fitri tergelak.Salman sekadar tersenyum.’’Nanti bila dah sampai sana,call aku terus.Aku nak pastikan yang kau selamat sampai Malaysia.’’Pesan Salman.
‘’Yalah.Aku tahu.Terlebih risau pulak kau ni.’’
‘’Dahlah.Flight kau dah nak berlepas ni.’’Ujar Fitri sebaik saja mendengar pengumuman penumpang kapal terbang ke Malaysia harus melapor diri.
‘’Kau ni macam nak menghalau aku aje.’’
‘’La,bila masa pulak aku menghalau kau?Dah announcement suruh kau gerak sekarang, takkan aku nak tahan kau pulak kot.’’Fitri bersuara geram.Sempat pulak Arri ni nak merajuk waktu ni.
Harrina tergelak diikuti Salman.’’Gurau jelah beb.Okeylah,aku pergi dulu dear.’’Dia memeluk Fitri beberapa ketika sambil memandang Salman yang berdiri di belakang Fitri. Dia tersenyum bila Salman menghulurkan sebuah bungkusan berbalut cantik kepadanya.
Fitri meleraikan pelukan.’’Jangan lupa telefon kami berdua bila dah sampai sana.’’
‘’Yalah.Nanti aku call kau.Man..’’Harrina memanggil Salman mendekatinya.
‘’Kenapa?’’
‘’Thanks.Tolong jaga Fitri tau.Korang jaga diri jugak.’’Pesan Harrina.
‘’Okey.’’
‘’Aku dah besarlah.Tak payahlah susah-susah nak jaga aku.’’Sampuk Fitri tiba-tiba.
Harrina tergelak mendengar kata-kata Fitri.’’Bye dears. Aku pergi dulu.’’
Fitri dan Salman melambai ke arahnya sebaik saja Harrina berlalu meninggalkan mereka.Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan tanah Austalia ini selepas tinggal di negara koala ini selama hampir empat tahun.Banyak kenangan di sini akan dibawa bersama-samanya ke Malaysia nanti.
‘’Kenapa muka kau ni terlebih sedih aku nampak?’’Soal Salman kepada Fitri.
‘’Mestilah sedih.Kawan baik kita dah nak balik tinggalkan kita berdua kat sini.Kau tak sedih ke?’’
‘’Sedihlah jugak.Tapi sebulan aje,kan?Bulan depan kita balik Malaysia jugak.Tak lama pun sebulan tu.’’
‘’Betul jugak cakap kau.Tadi kau bagi apa kat Arri?’’Tanya Fitri.Dia ternampak Harrina memegang satu bungkusan selepas memeluknya.
Salman tersentak.’’Oh,hadiah.’’
‘’’Kau tak cakap pun nak bagi hadiah kat Arri.Kalau tak boleh aku bagi sama.’’
‘’Hadiah aku istimewa sikit.Dah,jom balik.’’Salman terus melangkah sebelum Fitri bertanya dengan lebih lanjut.
Fitri hairan.Hadiah istimewa?Hisy,budak ni.Bukan nak bagitahu aku.Dia mengekori Salman yang sudah ke depan.
Harrina melihat nombor tempat duduk yang tertulis di atas tiket penerbangannya.’’94A.’’ Nombor itu disebut beberapa kali.Mana tempat duduk aku ni?Tak jumpa pun.Apa punya kawanlah booked tempat duduk yang susah aku nak cari.Kan aku jugak yang susah sekarang ni.
‘’Yes,miss.May I help you?’’Tanya seorang pramugari.
‘’Yes.Can you show me this seat?I can’t find it.’’Tiket penerbangannya ditunjukkan kepada pramugari itu.
‘’Oh.Please follow me,miss.’’
Harrina hanya mengikut pramugari itu.Dari bahagian tempat duduk di kelas ekonomi,kini dia berada di bahagian kelas perniagaan pula.Ternyata mewah sedikit berbanding yang tadi.Dia hairan.Takkan Man belikan aku tiket kelas perniagaan?
‘’This is your seat,miss.’’
‘’Oh,thank you.’’Ucap Harrina dan pramugari itu pun berlalu.Dia melihat nombor yang tertera di atas tempat duduk dua rangkai tersebut.94A.Memang betul.Tak silap lagi.Tapi kenapa Man booked seat kelas perniagaan?Banyak betul duit dia belanja aku tiket penerbangan ni.Mesti kes nak tebus sikit rasa seba salah biarkan aku balik seorang diri.
Harrina meletakkan beg sandangnya di tempat khas meletakkan beg.Dia duduk di tempatnya.Di sebelahnya adalah penumpang lelaki.Wajahnya ditutup dengan topi dan cermin mata hitam.Kelihatan seperti sedang tidur pun ada jugak dari gayanya duduk.
Pemain mp4 dikeluarkan dari beg tangannya.Fon telinga dipasang ke telinga dan terus memainkan lagu.Tidak lama kemudian,kedengaran arahan menyuruh penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana pesawat akan berlepas dalam beberapa ketika.Harrina mengikut arahan yang diberikan.Dia pelik dengan lelaki yang berada di sebelahnya.Tidak berganjak sedikit pun. Tali pinggang keselamatan pula tidak dipakai.
‘’Excuse me.Sir,you need to wear the safety belt now.’’Dengan berani Harrina menegur lelaki itu.Dua tiga kali dia berkata begitu tetapi lelaki itu masih tidak memberikan respon. Hisy,dia ni tidur mati ke?Dah banyak kali aku cakap tapi buat tak tahu aje.
‘’Sir,wake up please!’’Harrina berkata dengan suara yang sedikit tinggi sambil menyiku lengan lelaki itu yang diletakkan di penyandar siku.Lelaki itu tersentak.Fuh,bangun pun.
‘’What?!’’
Harrina pula yang tersentak.Tidak menyangka lelaki itu meninggikan suara kepadanya.
‘’Why you disturb me?’’Tanya lelaki itu dengan wajah berang.
Amboi,aku pulak yang kena sound?Melampau.Aku dah kejutkan dia tapi boleh pulak marah-marah aku.Desis hati Harrina.’’Wear the safety belt.Don’t you see that sign?Are you blind or what?’’Hah,ambik! Ingat kau aje yang boleh sound orang?Aku pun bolehlah.
Shahrin mendengus geram.Dia memakai tali pinggang keselamatan dengan kasar.Geram betul dengan perempuan yang mengganggu lenanya.Tidak tahu ke dia sangat letih?
‘’Please be polite after this.’’Kata Harrina dengan nada suara yang rendah.
Shahrin menjeling Harrina.’’Who are you to advise me?’’
Terkaku Harrina bila lelaki di sebelahnya berkata begitu.Ya Allah,boleh pulak dia kata macam tu?Orang nasihat bukan nak dengar.Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu tetapi Shahrin sudah memalingkan wajahnya ke arah bertentangan iaitu ke arah tingkap.Hisy,sabar ajelah aku dengan kau sepanjang flight ni.
Pesawat telah pun berlepas dan sedang menuju ke Malaysia.Harrina leka dengan lagu yang didengarinya begitu juga dengan Shahrin yang duduk di sebelah.
‘’Give me orange juice.’’Pinta Harrina bila pramugari datang menghulurkan minuman.
‘’Sir?’’Pramugari bertanya pula kepada penumpang lelaki yang duduk di sebelah Harrina. Harrina menoleh.Hisy dia ni,syok sangat dengar lagu sampai orang tanya boleh pulak dia buat derk.Sekali lagi Harrina menyiku lengan Shahrin dan sekali lagi juga lelaki itu tersentak.
‘’Apa dia?’’
Harrina terdiam sejenak.‘’La,awak ni orang Malaysia ke?’’
‘’So what kalau saya pun orang Malaysia?’’Tanya Shahrin dengan geram.
‘’Tak ada apa-apa.Cuma tak sangka aje.Ehem,miss ni dari tadi tanya awak nak minum apa.Kalau tak nak pesan,saya boleh suruh dia beredar.’’
Shahrin mendengus.’’I want coffee.’’
Setelah memberikan kopi kepada Shahrin,pramugari tadi pun beredar.
‘’Kenapalah ramai sangat orang Malaysia tak reti nak menjaga adab bila di negara orang?Buat malu negara aje.’’Harrina bersuara kepada dirinya sendiri.Namun dalam masa yang sama, sebenarnya dia memperli lelaki di sebelahnya.
‘’Diamlah.Saya bukannya nak dengar awak sindir saya.’’Shahrin bersuara walaupun dia sedang membaca majalah hiburan dan menghirup kopinya.
‘’Saya cuma nak bagi nasihat.Takkan tak boleh?’’
‘’Siapa awak nak nasihatkan saya?’’Shahrin menjeling.
‘’Sebagai rakyat Malaysia.’’Jawab Harrina ringkas.
‘’Tak perlulah.I don’t need that.’’Balas Shahrin.
Harrina menjungkit bahu.’’Terpulang.’’
Shahrin melepaskan nafasnya kasar.Dia bersandar di kerusi.Matanya dipejam dan majalah yang dibacanya tadi digunakan untuk menutup mukanya.
‘’Pinjam kejap.’’Harrina mengambil majalah itu secara tiba-tiba sebelum sempat Shahrin bersuara.
‘’Hei.Mana adab awak?’’Marah Shahrin.
‘’Awak tak beradab dengan saya.Takkan saya nak beradab dengan awak pulak?Adil,kan?’’ Harrina menyelak majalah itu satu persatu.Sebenarnya dia bukannya nak baca pun tapi sebab bosan sangat.Perjalanan yang ambil masa berjam ni masih lama lagi untuk tiba ke destinasi.Dari tidak berbuat apa,lebih baik cuba buat apa yang patut.
Satu halaman dalam majalah tersebut membuatkan Harrina kurang percaya.’’Awak ni artis ke?’’
Shahrin yang tadi bersandar kini duduk secara menegak pula.’’Awak tak tahu ke?’’
Harrina menggeleng.’’Awak tak popular kot sebab tu saya tak kenal.’’Selamba dia berkata begitu.Tapi memang kenyataan pun.Tak kenal.
Shahrin ternganga.Beberapa detik kemudian dia tergelak.’’Dahlah.Jangan nak berlakon. Cakap ajelah yang awak sebenarnya kenal saya tapi pura-pura tak kenal.Yalah,siapa yang tak bangga dapat duduk di sebelah artis terkenal terutamanya saya.’’
Harrina merenung Shahrin dengan wajah serius.Shahrin melihat riak Harrina yang membisu.
‘’Serius,saya tak tahu pun yang awak ni artis.Tak kenal pun.’’Setelah berkata begitu,dia fokus semula pada majalah di tangan.
Kali ni Shahrin benar-benar tidak percaya.Aku pelakon terkenal kat Malaysia tapi perempuan ni tak kenal langsung siapa aku?Dia ni agaknya ketinggalan zaman.Hot artist macam aku pun dia tak kenal.’’So,sekarang awak dah tahu.Nak autograph?’’
Harrina memandang Shahrin dengan pandangan pelik.’’Nak buat apa?Tak payahlah susah-susah.Tak ingin pun.’’
Seperti ada batu menghempap kepalanya.Shahrin tidak menyangka ada juga orang yang tidak ingin tanda tangannya.Padahal sewaktu di lapangan terbang semasa sebelum berlepas,ramai sungguh peminatnya berebut-rebut meminta tanda tangannya.Tapi perempuan di sebelahnya langsung tidak hairan dapat duduk di sebelahnya dan meminta tanda tangan.Ah,lantaklah!Tanpa dia pun,aku masih ada ramai peminat.
Beberapa jam telah berlalu.Fikiran Shahrin mula melayang jauh. Sebelum bertolak tadi,Joanna menelefonnya.Gadis itu akan menantinya di lapangan terbang.Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah temannya itu.Baginya Joanna bukan sekadar teman biasa tapi lebih dari itu.
Tiba-tiba dia merasakan bahun kirinya berat.Dia menoleh.Harrina sudah pun terlentok di bahunya.’’Hisy,sesedap rasa pulak dia baring kat bahu aku.’’
Bahunya digerak-gerakkan.’’Ehem.’’Shahrin berdehem beberapa kali namun Harrina masih dalam posisi yang sama.Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukan Harrina ke tempat asalnya dalam keadaan menegak.Kemudian dia memandang semula ke arah tingkap.Tidak sempat dia menutupkan mata untuk tidur,sekali lagi bahunya ditindih oleh kepala Harrina.
‘’Dahsyat gila minah ni tidur.Aku baru letak sekejap dah datang balik.’’Shahrin merungut.Dia menolak bahu Harrina dengan kasar dan tanpa sengaja belakang kepala Harrina terhantuk dengan kerusi.
‘’Ah!’’Harrina terjaga.Belakang kepalanya diusap.
Shahrin segera berpaling ke arah tingkap dan pura-pura leka dengan dunianya sendiri.
‘’Sakitnya.Apalah malang.Tengah tidur boleh pulak terhantuk.’’Gumam Harrina dan didengari Shahrin.
Tak apa.Aku tak sengaja. Dia yang mulakan dulu.Shahrin berbisik dalam hati untuk mengurangkan rasa bersalahnya.
‘’Hei awak,dah sampai ke?’’Harrina menyoal dengan suara yang sedikit serak.Biasalah,baru terjaga dari tidur. Harrina hairan.Lelaki di sebelahnya tidur atau tak?
‘’Hei.Tidur ke?’’Harrina menepuk bahu Shahrin dengan kasar.
‘’Hah?!’’Shahrin menoleh serta-merta.’’Apa awak tanya?’’
‘’Saya tanya,dah sampai ke belum?’’
‘’Kita belum mendarat maksudnya kita belum sampailah.’’
Harrina mencebik.’’Orang tanya elok-elok,dia jawab macam tu pulak.Memang tak beradab betul.Nama aje artis tapi sikit pun tak jaga tatasusila.Dah orang tanya baik-baik,jawab pun baik-baiklah.’’
Shahrin merenung Harrina dengan pandangan tajam.’’Banyak mulut betullah awak ni.Boleh diam tak?’’
Harrina terkaku.’’Okey,okey saya diam.’’Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pandangan lelaki itu memang menakutkan sampai berketar kepala lutut.Kuat pulak aura hitam dia.
‘’Kutuk saya ke?’’ Duga Shahrin.
Harrina menggeleng.’’Dahlah saya nak tidur dan jangan ganggu saya.’’Dia memalingkan muka.Kemudian dia terlena kembali.
Shahrin menarik nafas lega.Cepat pulak perempuan ni tidur.Desis hatinya.
Tiba-tiba Harrina terjaga.Shahrin terperanjat.Terkejut melihat Harrina yang sedang memandangnya sinis.
‘’Awak..’’
‘’Ke..kenapa pulak awak ni?’’Shahrin gugup.Dia dah tahu aku yang tolak dia tadi ke?
‘’A..aku dah tak tahan ni.’’Sepantas kilat Harrina bangun dari duduknya dan menuju ke bilik air kerana sakit perut.
Shahrin menggeleng melihat perangai Harrina.’’Kenapa dengan dia tu?Teruk betul.Kali pertama aku jumpa perempuan macam tu.’’
Akhirnya penerbangan yang beberapa jam tiba juga ke Malaysia.Shahrin terus menghubungi pengurusnya,Azim.
‘’Hello.Aku dah sampai ni.Kau kat mana?Okey,aku tunggu kau.Cepat sikit.Risau lemas pulak aku nanti.’’Sebaik saja menutup panggilan,bahu Shahrin dilanggar seseorang dari belakang.
‘’Perempuan tu lagi?Malang betullah nasib aku.’’Katanya bila Harrina melanggar bahunya dan tidak menoleh meminta maaf.Tanpa membuang masa,dia menuju ke luar lapangan terbang untuk menanti kedatangan Azim.
‘’Cik Yuri.’’
Harrina berpaling.Hanya seorang saja yang akan memanggilnya dengan nama begitu.’’Cikgu Tina.’’Dia menuju ke arah Cikgu Tina yang pernah menjadi penjaganya dari kecil.Cikgu Tina seorang yang terlalu mengikut tatasusila.Dari segi percakapan pun boleh agak karakter Cikgu Tina jenis yang bagaimana.
‘’Apa khabar,Cik Yuri?’’
‘’Cikgu,kan saya dah cakap jangan panggil saya macam tu.Nama saya Harrina.Dah lupa ke?’’Harrina menegur.Baginya nama Yuri sudah lama menjadi kenangan.Itu nama yang mendiang nenek berikan kepadanya sewaktu kecil dulu.Sewaktu dia tinggal di Jepun dulu.
‘’Saya pun dah pesan jugak,jangan panggil cikgu lepas habis belajar.’’
‘’Tak boleh.Datuk,mama dan papa Arri mana?’’Harrina menjengah mencari kelibat ahli keluarganya yang dirindui.
‘’Inilah tujuan cikgu datang jemput kamu.Datuk sedang menjalani rawatan di Los Angeles sejak seminggu yang lalu.Tak sempat nak bagitahu Arri sebab ingat Arri balik sebulan lagi.Mama dan papa Arri menemaninya di sana selama 6 bulan.’’Ujar Cikgu Tina.
Harrina terpempan.Dia terdiam.Fikirannya melayang mengingatkan ahli keluarganya.
‘’Buat masa ni Arri kena tinggal seorang diri sebab cikgu pun kena ke Jepun jumpa saudara mara Arri uruskan sesuatu.’’
Harrina mengangguk tanda faham.Memang selama ni Cikgu Tina yang menjadi orang tengah antara keluarga papa di Malaysia dan keluarga mama di Jepun.
‘’Ni kunci rumah di Gombak.Semuanya telah diuruskan termasuk keperluan harian.’’Cikgu Tina menyerahkan segugus kunci kepada Harrina.
‘’Baik.Tapi kenapa pilih rumah di Gombak dan bukan di Damansara?’’Sempat pula Harrina bertanya.
‘’Papa Arri nak serahkan rumah tu kepada kamu.Erm,cikgu pergi dulu.Flight cikgu dah tiba.Cik Yuri jaga diri.’’
‘’Janganlah panggil saya macam tu.Rasa macam kelakar pulak.Okeylah,bye cikgu.Jumpa lagi lepas ni.’’Mereka saling berpelukan sebelum berpisah.

Kahwin Muda

3 May
Kahwin muda.
Apa pendapat korang? Setuju tak dengan kahwin muda ni? Banyak tak kebaikan kahwin muda? Kalau ada kebaikan,mesti ada keburukan jugak kan?
Eh,sat! Kenapa pulak aku sentuh isu kahwin muda pulak ni? Hehehe...ni Cikgu BM aku tahun lepas punya pasallah.Tadi waktu OG,hanya ada 4 orang aje dalam kelas sebab yang lain semua dah lesap entah ke mana.Semua perempuan pulak tu. So cikgu Aznam panggil kitorang masuk dalam bilik disiplin. Huh,bila dok kat dalam tu dan hanya berempat mengadap cikgu disiplin,macam kitorang berempat ni ada maslah disiplin dan bakal dikenakan tindakan disiplin.( Berapa kali sebut perkataan disiplin daa...)
Zaman dulu-dulu time muda-muda mak bapak kita,kahwin muda dianggap hal biasa.Umur belasan tahun dah kahwin.Dapat anak pun awal jugak.Bila anak dah meningkat dewasa,perbezaan umur yang sikit dah jadikan dorang ni macam adik-beradik dan bukan anak-beranak.Tapi yang bestnya,gap antara anak dan parents tak adalah jauh sangat.So,hubungan tu boleh dikatakan baik dan saling bertoleransi antara satu sama lain.
Tapi zaman sekarang,selagi kita tak capai matlamat yang kita impikan,selagi tulah kita tak fikir soal kahwin.Apatah lagi perempaun yang bekerjaya zaman sekarang ni.Umur makin lanjut dan pekerjaan bolehlah dikatakan hebat,tapi soal perkahwinan tak ambil kira sangat.
Itulah yang cikgu cakap kat aku,Izza,Ghah dan Farah.
Tapi bagi aku yang bercita-cita tinggi ni,aku pun tak nak kahwin awal selagi apa yang aku harapkan dan impikan selama ni belum lagi tercapai dengan cemerlang.Aku nak ada kerja yang tetap beserta gaji yang lumayan, duit yang banyak dalam bank, rumah dan kereta mewah beberapa bijik dan mampu membuka perniagaan sendiri. Itulah impian aku yang aku tanam sejak sedar diri ni. Apa yang tersirat di sebalik perkataan sedar diri? Yalah,sedar tentang SPM dan kehidupan di masa depan yang perlu diusahakan. Itu bagi aku sebab sebelum ni masih tak sedar diri lagi yang SPM tu sedang menanti di hujung tahun.Hehehe....
Pada aku,biarlah aku penuhi segala impian sebelum fikir pasal kahwin. Memanglah tuntutan kahwin adalah wajib.Tapi menuntut kejayaan adalah lebih penting bagi aku. Aku dah ada orang sayang,nanti tak payahlah susah nak mencari lagi.Insya Allah.Doakanlah yang terbaik untuk aku dan dia.
Cikgu ada bagi tips yang boleh digunapakai.Masa kat U nanti,kita jangan jadi kayu tapi jadi serampang 8 mata.Itu yang cikgu kata. It’s mean,while you’re studying at any university,don’t only focus to study but do anything else. At this time,you can find a future husband because at university there’s many choice for you to select a boyfriend.A boy from rich family,a boy who’s a son to a VIP person in the country, a handsome boy, a strong boy, a gentle boy and many more choices.Just target a boy and try to tackle him. I’m evil huh? Yes I admit but a little. Hehe.... After you have done your study,you will focus to your work then. There’s no time to you to catch your love while you’re busy to catch your works.
At the university,you also can be what you wanna be. A famous person, a person with many fans, a stylish person, an excellent person in class and many more. In ordinary school like me, I can’t be like that either a famous girl or a girl with many fans because my skills is limited while studying in secondary school. I can’t go to school with a fancy dress with accessories and a pair of high heel. I can’t wear make up to school. I can’t do that and this because my legs had been tied with rules and more rules.
Wait,why I’m speaking English here? Maybe because of the English homework which was given to me before this.From the given work,I realised that my English is ........... . Err,not good. My essay paper was full with red colour pen.There were mistakes. There were wrong phrase. There were unsuitable words. There was a lot of grammatical error. You as a reader can detect all the mistake, right? So sorry.....

Money - book = ??

30 April
Maka dengan ini,aku isytiharkan bahawa aku sangatlah penat shopping kat pesta buku di PWTC. Sungguh aku kata,dua-dua belah tangan aku ni macam dah nak tercabut.Bila balik tu,tak rasa lagi penangan angkut buku kiri kanan.Bila malam tu hah yang baru terasa peritnya.Lenguhnya!
But never mind.Aku enjoy sakan waktu ni.I’m happy.
Hehe...sampai aje kat sekolah barulah aku perasan yang aku adalah orang yang paling last sampai.Yang lain,Shida, Shira, Aisyah, Maznizam dan Nina pulak dok sibuk posing kat depan kamera sementara aku pulak baru selesai aktiviti mendaki bukit di depan sekolah SMKSK.Time aku join sekali amik gambar,dorang pulak sibuk sakat aku sebab aku pakai ring.Not lord of the ring macam kat tv tu.Jauh menyimpang tu! Yalah semalam kan majlis perkahwinan William and Kate.Terkena pulak tempiasnya kat aku.Entah dah berapa banyak kali orang tanya,
‘’Cincin hubby bagi ke?’’
Aku jawablah sejujurnya,’’Tak adalah.Cincin ni aku beli sendiri time aku darjah 6.’’
Jeng..jeng..jeng..semua diam.Tak berani nak bagi komen.Hahaha....
Lama tu cincin yang aku pakai tu.Dah setengah dekad! 6 tahun beb.Sampai sekarang masih muat kat jari aku. Wait,adakah ini sesuatu yang boleh dianggap kelebihan atau kepelikan? Kelebihan sebab cincin yang dah berusia 6 tahun tu masih boleh tersarung kat jari aku.Kepelikan sebab,macam mana masih boleh muat? Tak membesar atau aku memang membesar cuma cincin tu aku pilih saiz besar so boleh pakai hingga ke hari ini? Entahlah.Mana satu jawapan pun aku tak pasti beb. Memori tak cukup kuat.Hehehe..
Stop,ambik pic kat sini pulak.
Eh,nak join sekali.
Tunggu,okey tak aku?
Okey,okey ambik kat port sini pulak.
Say cheese!
Hurm...kawan-kawan aku ni.Pantang ada kesempatan,ada saja gambar diambil dan memenuhkan memori kamera.Tak apa.Aku tak kisah. Tapi jangan lupa masukkan aku sekali dowh. Touching kalau pic aku tak ada dalam tu. Hehe..tak sedar diri jugak aku ni. 2 X 5 je dengan dorang. Nama kawan,mesti sehati sejiwa.
Tengah syok posing,terserempak pulak dengan Farah,Izza,Dina dan Zirah.Dorang pergi sendiri.Sampai awal pulak tu.Aku otw nak pergi sekolah,dorang pulak dah tercongok kat sana.Memang satu tindakan yang pantas.Sempatlah ambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Wey korang,kalau masukkan gambar dalam FB tu,jangan lupa tag aku.Jangan lupa pulak tau.Ini merupakan arahan.
Hehehe....sorry menyusahkan korang.
Mula-mula tu kitorang ronda-ronda dulu.Sampai kat Popular,Maz ialah orang yang paling excited sebab dapat jumpa dengan novelis favourite dia.Siapa lagi kalau bukan Siti Rosmizah. Tak boleh lupa bila Maz nampak tersangat terlebih gemuruh,excited,happy sampai menggigil nak serahkan novel untuk mintak sign SR.Kelakar beb! Tulah salah satu bahan yang asyik diulang sebut bila duduk bersama-sama.
Jangan kata nak berlari,nak berjalan kat dalam PWTC tu pun aku rasa sesak gila.Sesak jalan,sesak nafas,sesak duit.Eh,tetiba tertaip pulak perkataan yang terakhir tu.
Aku tak tahu nak beli novel mana satu bila nampak novel yang pelbagai pilihan kat atas rak.Kalau aku mampu,semuanya aku sapu.Kalau aku larat,semua aku nak angkut.Tapi yalah,aku tak mampu dan tak larat.Asyik pandang novel aje,buku sekolah mana aku nak campak?Tujuan utama nak cari buku rujukan tapi bila sampai sana lain pulak yang aku fokuskan.
Aku cuma beli 2 novel,3 buku rujukan merangkap latihan,3 majalah Klik! dan 1 komik.Memang niat nak tambah. Tapi kalau kiri dan kanan dah rasa sangatlah berat,macam mana nak angkut yang lain-lain? Junjung atas kepala? Huh,tak sanggup aku. Tu pun mak dah bebel sebab lebihkan buku yang tak berkaitan dengan pelajaran.Tapi tak apa.Mak faham apa yang aku minat.Memang mak akan membebl tapi lama-lama okey jugak tu.Kena pandai buat muka kesian,meraih simpati dan muka coooomel,baru mak tak tarik muka.
Waktu berkumpul dekat booth Abang Faizal pulak,aku mesej Shira. Aku ajak dia lari pergi Karangkraf. Tak sampai lima minit,dia dah sergah aku dari belakang. Mak oi,pantas sungguh kawan aku sorang ni.Tup tup aje dah kat sebelah aku. Hehe..so aku dengan Shira pun larilah ke KKraf.Macam biasa,jenuhlah jugak menunggu semata-mata nak membayar harga buku walaupun tak banyak mana.Sabar..sabar..sabar...Ah,tak boleh sabar.Apsal macam tak bergerak aje dorang ni? Kat Sasbadi lagi teruk.Kitorang pergi tukar kaunter sebab first kaunter yang kitorang pergi tu memang macam siput dan kura-kura.Orang..eh pembetulan...student dah lah ramai.Semua kaunter penuh beb.Nasib baik kitorang dapat jugak bayar.Sementara menunggu giliran nak membayar,sempatlah aku anyam ketupat dengan Shira.Macam-macam gelagat dan aksi student yang beli buku kat situ.Ada yang angkut sikit aje buku.Dan ada jgak yang beli buku penuh kat tangan kanan kiri.Bukan nipis-nipis punya beb. Punyalah semangat beli buku sekoalh banyak-banyak.Aku pulak tak sedar diri.Buku sekolah punyalah berkira tapi kalau novel yang harga RM20 dan ke atas,sikit pun aku tak kisah janji puas sebab ada buku yang aku suka.
Masa nak balik tu memang aku hangin dengan pemandu bas yang bawak kitorang ke sana. Dari 1 tengah hari sampai pukul 3 kitorang aka budak-budak yang naik second bas merempat kat depan PWTC semata-mata tunggu bas. Bas yang sebuah tu aje mampu mendera hati dan perasaan hampir 40 student yang naik bas tu.
Time tengah tunggu bas nilah sempat kitorang buat aksi yang sikit memalukan tapi bermakna. Hehehe...kitorang kumpul novel-novel yang kitorang beli sampai bertimbun dan ambil pic.Hua....macam nak tayang pun ada jugak. Novel yang ada sampai 4 ialah M.A.I.D. Tamak tak? Hahaha...nak buat macam mana? Masing-masing hantu novel. Aku dah buat perancangan nak tukar-tukar novel kalau ada masa terluang. Tapi masalahnya kau tak nampak masa-masa yang terluang untuk baca novel kecuali lepas SPM habis dengan jayanya. Selagi waktu tu belum tiba,selagi tulah aku rasa macam tak senang duduk baca novel padahal exam akhir tahun ni aje.

Missed Something

29 April
Baru aku tahu yang aku terlepas dua cerita hot time aku cuti sakit semalam.Dina dan Mat kena attack dan aku langsung tak tahu apa-apa pun dan baru mendapat berita masa lepas usrah petang tadi.
Aku yang dengar pun boleh pening ni.Mula-mula aku tak tahu cara penyelesaian yang terbaik sebab aku sendiri pun tak ada pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang hubungan sesama manusia dengan lebih mendalam.Tapi lepas dengar dari dua-dua orang kawan aku ni iaitu Dina dan Izza,aku rasa ada baiknya aku bagi pendapat aku jugak walaupun kurang yakin keberkesanannya.(Err,betul ke ayat aku ni?Macam ada kesalahan penggunaan istilah pulak.)
Dina lain cerita.Hal Izza pun lain cerita.Don’t worry aku cerita one by one.
D tanya aku,
‘’Patut tak aku baik dengan perempuan tu?’’
Blur jap.’’Perempuan mana?’’
‘’Siapa lagi?Orang tulah.Dia ajak aku berbaik dengan dia.’’
Oh,I see and I know who she’s talking about.’’Okeylah tu.Apa masalahnya pulak?’’
Ala,standardlah orang yang tak tahu cerita hot yang sebenar so main jawab aje apa yang terlintas kat kepala otak aku ni.
Lepas dengar hal yang sebenar,baru aku tahu apa yang telah terjadi sewaktu aku tak ada semalam.Memang rugi gila sebab tak berada di tempat kejadian.
Aku tahu kenapa D rasa ragu-ragu nak terima huluran persahabatan dan pendamaian daripada HD. D kenal perangai HD sebab dorang dah lama berkawan sejak dulu.Orang kata,dah masak sangat dengan perangai dan diri sebenar orang tu. D pun fikir tu satu tawaran yang menarik dan cara yang terbaik untuk selesaikan pertelingkahan yang terjadi selama ni. Yalah,lepas beberapa lama perang tercetus tapi sekarang ada pihak yang menghulurkan pendamaian.Bukan ke itu bagus?Tak ke rasa macam tu?
Okey sambung balik poin utama yang aku ingin sampaikan sekarang. Tahu perangai seseorang membuatkan kita tahu baik dan buruk tentang orang tu.Bila dah tahu,so senanglah kita nak agak samada benda yang terjadi akan berulang lagi atau tidak,kan? D sebenarnya boleh dikategorikan trauma dengan insiden yang dah lepas.Nak berbaik semula dengan orang yang dah banyak kali sakitkan hati kita memang akan ambil masa yang lama untuk percaya apatah lagi untuk yakin.Sebelum ambil apa-apa keputusan,D kena fikir baik-baik dan itu bukan mengambil masa yang sedikit.Nak tanamkan semula kepercayaan dalam diri kita yang dah pernah dilukai ingat senang ke?Hanya orang yang pernah alaminya saja yang tahu keperitan nak sambung semula kepercayaan yang diibaratkan macam kaca yang dah lama berderai.
Kalau nak jadi penasihat pulak,kita janganlah dengar cerita yang disampaikan sebelah pihak aje.Kita kena adil.Tahu hal yang sebenar dan bukan main tuduh aje yang kita ni macam jual mahal dengan tawaran si HD tu.Benda ni bukan main-main.Ni dikaitkan dengan percaya dan yakin.Kalau kita percaya dan yakin dengan apa yang orang tu katakan but suddenly the memory that was passed and happen again,tak ke perasaan sakit,kecewa,geram dan marah lagi bertambah berganda.Kita tak naklah pokok pisang berbuah dua kali.Itu bukannya perkara baik.
Jangan kita fikir kebaikan untuk sebelah pihak aje.Nak tak nak,kita sebagai kawan cum penasihat tak bergaji duit tapi dibayar pahala,kenalah adil dan dengar cerita dari kedua-dua belah pihak.Bila dengar story morry dari sebelah pihak saja,apa yang akan terjadi ialah kita tanpa sengaja akan menfitnah pihak yang lagi satu.Tanpa sengaja kita pamerkan keburukan kita di mana ‘membedil’ seseorang tanpa usul,maklumat dan pengetahuan yang sempurna.
Orang tu bajet nak nasihatkan orang itu ini.Nak kita bersikap matang,adil.Tapi kalau penasihat tu sendiri yang tak adil dan tak matang,serupa macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus.Dia nak kita buat baik dan buat sesuatu dengan betul tapi dia tak perbaiki diri sendiri.Boleh ke kalau macam tu?Tanpa periksa betul-betul kesnya,orang tu awal-awal lagi dah serang kita dengan pelbagai soalan yang tak berapa munasabah.Tahu-tahu kita pulak yang dituduh bersalah.Konon nak lepaskan kita dari masalah tapi sekarang orang tu pulak yang menambah masalah kepada kita.
So nasihat aku,nak selesaikan masalah di antara dua pihak kita kena tau apa yang terjadi sebenarnya dan bukan main redah aje.Second,pastikan kita tahu cerita dari kedua-dua belah pihak biar kita adil.Nanti tak adalah kes berat sebelah.Konon nak bantu tapi makin membebankan dorang adalah.Third,cuba faham situasi.Orang yang ada masalah tu okey aje.Hubungan dia dengan seseorang yang kita nak attack tu okey aje.Janganlah tiba-tiba kita rosakkan keadaan dorang pulak.Tanpa bagitahu kat kawan kita tu,kita main serang aje orang tu.Kalau sebelum korang attack tu dorang asyik main sms,sekarang orang yang korang attact tu nak pandang muka kawan kita pun macam nak tak nak aje.Kita kena fikir jugak ego orang lain.Tiba-tiba ada orang sound kita,takkan sikit pun tak terasa yang maruah kita macam kena calar? Tipulah kalau mulut kata tak.
Okey,everyone have their own opinion.Same to me. Pendapat setiap orang adalah berbeza.Kalau nak dengar pendapat orang,kita tak boleh dengar dari seorang kawan aje.Mungkin pendapat dia tak boleh kita ikut. Jadi sebagai jalan selamat,cuba dapatkan pendapat beberapa orang lain.Setiap orang yang bagi pendapat pada kita melihat masalah kita dari sudut yang berbeza.Contoh kawan kita tu perempuan dan ada masalah dengan bf dia.Kalau kebiasaannya, mesti kita kata,
‘’Lupakanlah lelaki tu.’’
‘’Lelaki semua sama aje.’’
‘’Apa dia ingat dia sorang aje lelaki kat dalam dunia ni?’’
‘’Lelaki macam dia tu senang aje nak cari.Baik cari lelaki yang lain.’’
Okey aku tahu.Kita sebagai perempuan mesti fikir kebaikan untuk pihak kita.Lepas pengalaman yang kita alami,kita tak nak kawan kita pulak dilukai oleh lelaki kerana cinta.Tapi pernah tak kita fikir kenapa lelaki senang sangat lukakan hati kita?
Kita sendiri lemah.
Kita tak tahu perkara silam dorang yang berkait dengan perempuan.
Dalam kes kawan aku ni,aku rasa lelaki ni trauma dengan perasaan yang digelar cinta.Yang aku tahu,dia pernah dilukai dengan perasaan cinta yang dibawa oleh seorang perempuan.Perasaan yang perempuan tu bagi hanyalah mainan untuk keseronokan dia seorang.Ingat kita sajakah yang pernak dilukai oleh lelaki? Lelaki pun pernah dilukai oleh perempuan jugak tau.Oleh sebab tu,janganlah kita sangka lelaki tu hanya nak mainkan perasaan kawan kita dengan berkata dia hanya main-main.Dengan apa yang aku nampak dari tingkah laku lelaki tu,aku tak rasa dia langsung tak sukakan kawan aku tu.Aku tak rasa dia nak mainkan hati kawan aku tu.
Yang aku rasa,dia takut dengan cinta.Dia trauma nak bercinta berdasarkan pengalaman dia.Aku rasa dia memang sukakan kawan aku.
Takkanlah kawan-kawan yang attack dia langsung tak boleh nampak body language yang dia tunjukkan betapa dia suka kat kawan dorang tu?Orang yang attack lelaki tu masing-masing ada pengalaman buruk pasal lelaki.Sebab tulah,dorang setkan dalam kepala perkara yang buruk saja tentang lelaki.
Aku bukan nak menyokong pihak lelaki.Itu cuma pendapat aku.Salah ke pendapat aku? Salah ke aku tengok masalah dorang dari sudut yang lain?Dari sudut yang bukan hanya tengok masalah dari sebelah pihak.Salah ke aku bagi pendapat yang menyuruh kita adil dengan kedua-dua pihak? Salah ke aku bagi pandangan yang datang dari pengalaman aku sendiri dan orang lain?
Pendapat orang lain tak sama.Pendapat orang lain berbeza.Pendapat orang lain dilihat dari sudut yang berbeza.Pendapat orang lain tak boleh kita abaikan.Pendapat kita jangan diturut sangat.Bukan pendapat kita saja yang ada benarnya.Fahamilah semua tu.
Ceh! Aku ni bajet je nak bagi pendapat dan pandangan konon.Padahal sejauh mana keberkesanannya aku sendiri pun tak pasti.Aku tahu orang yang masih muda dalam dilanda masalah macam aku ni tak berapa layak nak bagi pendapat kat orang lain.Karang kalau pendapat aku tak boleh pakai,aku orang yang pertama lari korang semua.Hahaha....
Okey cerita pasal family’s daily stories pulak.Aku dapat bayangkan kalau aku tambah lagi 2 orang adik dalam family.Yang seorang si Hairie pun tak termampu nak jaga.Inikan lagi tambah dengan dua orang adik lagi.Aku dapat rasakan keseronokan yang dialami.Tapi serius aku kata,aku tak mampu nak jaga lagi dua orang adik berdasarkan pengalaman aku dengan dua orang anak jiran yang kedua-duanya adik beradik perempuan.Dorang nilah kawan yang selalu main dengan adik aku yang bongsu tu setiap kali dihantar ke rumah babysitter kat belakang rumah aku aje ni.Dengan dorang berdua nilah,adik aku yang kecik tu tak rasa sunyi sangat memandangkan kakak-kakak dia pun jenis yang suka terperap dalam rumah.Nak tak nak,dia kenalah main sorang-sorang dan kitorang yang lain buat kerja masing-masing.Kesian adik aku tu,kan?
Jadi bila dia balik,dua orang budak perempuan ni pun ikut sekali balik dan sambung main kat rumah aku yang hanya sekangkang kera aje ni.Bila satu bakul mainan dihamparkan ke atas lantai,aku tak tahu macam mana nak berjalan sebab penuh sangat dengan mainan yang pastinya bukan sikit.Nama satu bakul,mestilah banyak.Tapi bukan bakul kecik tau.Ni bakul yang boleh letak kain untuk stok dua hari punya.
Mula-mula main kat ruang tamu aje.Tak cukup dengan tu,bilik mak aku pun jadi mangsa.Lagi yang buat aku tak boleh tahan bila dorang bertiga start main kat bilik aku.Hei,ni yang aku geram ni.Semua pelosok bilik yang aku kongsi dengan adik second habis dijajah dan dijadikan tempat main sorok-sorok.Okey,aku boleh tahan kut.Kesabaran aku masih ada walaupun tinggal secebis.
‘’Nak main alat kira-kira tu.’’
‘’Hah?”Aku macam kurang jelas dengar apa yang salah seorang budak tu cakap.
‘’Tu yang ada atas meja belajar.’’
Aku toleh dan ushar apa yang ada kat atas meja belajar aku.Huh?Nak main kalkulator adik aku ke?No way.So aku bagilah alasan yang boleh aku anggap dorang boleh terima.Tak cukup dengan tu,dia nak pulak set pen colour yang adik aku second selalu guna untuk kegunaan dia belajar dan buat nota.Ewah! Nak?No way.Mak aku bawak balik untuk adik kecil aku,dia dengan senangnya NAK dari kitorang.Ni dah lebih!
The conclusion is,cukuplah ada adik beradik 3 orang aje.Kalau tambah lagi 2, confirm aku tak larat nak menjaganya.Boleh patah tulang-tulang aku,boleh lembik urat-urat aku semata-mata nak jaga adik-adik yang nakal lagi degil.
Hehehe...cakap macamlah aku sendiri ni tak degil dan nakal.Padahal lagi teruk perangai. Hisy,diam tau.Rahsia peribadi.Jangan kecoh-kecoh.Nanti bikin aku malu aje.