Hari ni merupakan salah satu hari yang menggembirakan bagi aku. Tak tahulah kenapa aku terlalu happy dengan hari ni. Mungkin sebab apa yang berlaku sepanjang hari ni buat aku rasa gembira sangat. Tadi waktu Add Math kitorang belajar kat makmal komputer macam biasa. Bincang pasal kertas latihan yang cikgu bagi. Aku,Izza,Zirah and Dina duduk sebaris kat belakang Haziq,Kamil,Izzat and Mahindra. Hehe..sebenarnya aku dengan dorang bukannya fokus sangat pada apa yang cikgu ajar kat depan. Tapi kitorang main pass-pass kertas soal jawab pasal perasaan cinta. Ala...biasalah. Golongan remaja yang sedang dilanda masalah. Aik,aku termasuk sekali ke? Entahlah. Tak kot buat masa ni.
Dari kitorang yang kat belakang ni sibuk-sibuk bagi komen kat kertas yang Zirah tulis. Tak pasal-pasal ada satu lagi kertas yang melayang kat tempat kitorang dari budak depan. Yang tak boleh blahnya,perbualan dalam kertas tu jadi chatroom untuk Facepaper. Haha....kalau setakat ni pernah dengar pasal Facebook aje tapi kali ni kitorang online kat Facepaper pulak. Dorang ni merapu aje dalam kertas tu. Entah apa-apa. Tapi tak tahulah kenapa,kitorang yang kat belakang ni rasa kelakar dengan cara dorang main chatroom kononnya. Macam budak-budak sungguh. Then kat kelas pun sambung lagi. Tapi tak syok macam yang kitorang alami kat makmal komputer.
Lepas waktu persekolahan pulak,aku,Izza,Dina,Zirah and Shida lepak kat kantin. Hisy,tak habis-habis lepak ajekan aku ni? Tapi kali ni bukan sembarangan lepak tapi lebih kepada luahan perasaan yang tersimpan untuk beberapa ketika. Suasana tadi rasa sedih aje. Sampai aku pun rasa macam nak menangis pulak. Panas muka aku sebab nak tahan air mata dari keluar. Aku sebenarnya mana boleh tengok orang lain menangis. Ikutkan emosi,aku pun akan banjir sekali bila tengok orang lain menangis terutama kawan-kawan aku. Alamak! Sekarang pun aku rasa macam nak menangis. Tolong sediakan tisu. Haha...gurau ajelah. Aku cuba tahan. Tears,don’t you dare to come out. Huh,cakap macam air mata ni faham aje dengan apa yang aku cakap.
Tadi aku jumpa si dia. Lebih kepada dating sebenarnya. Eh,bukan sama ke tu? Kalau jumpa mesti dating jugak,kan? Happy sangat hari ni. Tapi bila ingat balik,kitorang ni tak habis-habis nak gaduh aje kerjanya. Asyik perang mulut aje. Ahaks! Ni cara aku dan si dia nak merapatkan hubungan. Ye ke? Tak apalah. Korang tak faham sangat kot. Aku aje yang faham. Tapi si dia jugak sebenarnya ada sesekali jadi seorang yang romantik. Sangat roooomantik! Terharu aku di buatnya. Akan aku tulis perjumpaan...eh silap...dating kali ni dalam diari. Cakap pasal diari,dah berapa abad aku biarkan buku luahan hati terbiar macam tu aje? Tak apa. Nanti aku jenguk. Sekarang aku nak tidur dulu. Wait! Aku nak berangan dululah. Mana tahu boleh mimpi indah malam ni. Betul tak?
27 Julai
Hari ni plan nak main badminton kat Sinamax jadi. Yahoo!!!! Ni sebab ajakan Haziq semalam la. Memang awal-awal tadi hujan tapi cuaca okey lepas tu. Terus kitorang menapak pergi sana.
Masa mula-mula tu aku langsung rasa macam tak bersemangat sebab Dina dengan Zirah macam jadi atau tak aje pergi. Tapi dalam hati berharap sangat kedua-duanya jadi pergi. Tapi si Dina ni..... Entahlah. Mula-mula aku rasa terkilan sebab Dina kena balik awal tapi lepas tu dia call ayah dia and terus dapat kebenaran. Asalnya,aku tak nak percaya langsung tapi rupanya ini memang satu kenyataan dan bukan auta sama sekali. Dina boleh pergi! Sekarang tunggu keputusan Zirah pulak. Hurm,jawapannya mengecewakan kitorang.
Zirah memang bikin kitorang cuak tadi masa main badminton. Tak nak mention kat sini tapi kitorang bertiga jadi risau gila dengan situasi tadi. Kelam kabutlah jugak jadinya.
Aku enjoy masa main badminton tadi. Lainlah budak lelaki yang empat orang tu. Dorang dah pro. Bukan macam aku yang masih belajar nak pukul shuttle. Malulah jugak bila main dalam kalangan orang yang dah mahir dari aku ni. Segan sangat. Tapi segan mesti bertempat,kan? Main dengan kalangan dorang aje so tak apa sangatlah. Still boleh cover sebab kitorang kawan sekelas yang baik. Saling mengajar.
Tapi geramlah jugak tadi bila dorang berempat tu asyik aim aku yang tak pandai sangat main macam dorang. Aku main ikut kepala aku aje. Tak ada maknanya aku main dan kira mata terkumpul lepas tu tentukan siapa yang menang. Aku main untuk belajar. Maklumlah,aku ni kan bukannya ada bakat dalam mana-mana sukan. Sekarang ni barulah mula nak bertatih mengenali sukan. Haha....kantoi sudah. Tapi aku tetap geram dengan dorang. Aku aje yang kena bahan tadi terutama masa satu team dengan Haziq and lawan team Mat dengan Izza. Fuh,team couple pulak tu. Nampak sangat saling menjaga antara satu sama lain masa main tadi. Untuk pengetahuan,aku memang jealous. Nak jugak macam dorang berdua. Tapi masalahnya,aku rasa macam seganlah pulak nak dok satu team dengan si dia yang sememangnya yang pandai dalam sukan. Takut nanti aku duduk tepi aje then dia asyik smash shuttle dari awal sampai akhir perlawanan. Haha....
30 Julai
Pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Sejuknya! Lepas tu,si dia call aku. Huhu...dia demam sebab main hujan. Kesian dia. Kalaulah aku boleh terbang jumpa dia,aku akan ada kat sebelah dia then paksa dia makan ubat sambil-sambil tu bebel kat dia. Haha...macam tak patut pulak aku ni. Dah tahu dia sakit tapi nak bebel kat dia pulak.
Tapi yang syoknya kitorang bermesej. Happy sangat bila baca balik mesej yang dia hantar.
Si dia : cinta itu wujud
Me : cinta wujud beserta rindu dan sayang. kenapa mesti ada cinta?
Si dia : besar erti cinta...boleh menusuk dalam hati dan boleh melembutkan hati yang keras
Me : tapi cinta ibarat pasu antik,sukar untuk ditemui tapi mudah jatuh berderai
Si dia : tapi dah dapat kita simpan di tempat yang rapi untuk kenangan seumur hidup
Me : jadi hanya satu pesanku...jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah si dia seperti sungai kerana sungai mengalir selamanya
Si dia : ikhlas dari hati ku yang ku bersetuju apa pesanmu
Me : hati ini percaya padamu
Hehe jiwang gila kan? Ayat ni tak boleh digunapakai oleh mana-mana pihak ya. Minta izin dulu dari penulis blog ni. Siapa lagi? Akulah tu,tak ada orang lain selain aku yang penat-penat taip ni.
31 Julai
Maka saya isytiharkan bahawa hari umat Islam berpuasa di seluruh negara jatuh pada 1 Ogos 2011.
Yay! Yay! Yeah!
Esok semua orang dah start berpuasa termasuklah aku sekeluarga. Korang pun sama jugak,kan? Bila datang bulan puasa ni tiba-tiba aku rasa macam sebak aje. Sebabnya aku berjumpa bulan Ramadhan ni hanya sekali setahun. Kalau sia-siakan bulan ni,entah bila lagi kita akan diberi peluang oleh Tuhan untuk meraikannya. Jadi kita kena bersyukur sebab kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Hargailah setiap saat sepanjang bulan ni untuk kita rebut ganjaran pahala yang melimpah ruah. Hanya sekali dalam setahun aje tau. Bukan senang nak join pesta pahala kecuali waktu ni.
Time bulan puasa nilah macam-macam yang akan terjadi. Pertama sekali mestilah godaan nafsu. Pergi aje bazaar ramadhan,semua nak borong. Kononnya nak hilangkan lapar bila bukak puasa nanti. Tapi bila dah berbuka,hanya beberapa makanan ringan aje yang kita capai. Yang selebihnya hanyalah air sejuk sampai 2 atau 3 jag sekali deguk. Dahsyat ke tak namanya tu? Nilah yang terjadi. Aku cakap macam ni sebab aku pun ada pengalaman macam ni jugak. Hehe....
Yang kedua,time nilah kita jadi semakin malas. Kalau boleh petang tu rasa nak berguling-guling atas tilam depan kipas. Alasannya,penatlah. Panaslah. Tak ada tenagalah. Hmm...ragam manusia katakan. Kalau student macam aku ni pulak,rasa malas nak belajar. Otak jadi tepu nak terima ilmu yang cikgu bagi. Kalau boleh nak tidur aje masa cikgu sedang mengajar tu. Yalah,bangun sahur pagi-pagi kan. Sebelum ni mana pernah bangun pukul 4 atau 5 pagi semata-mata nak makan. Lebih baik berselubung dengan selimut aje waktu ni. Lagi syok. Asyik gitu! Tapi kali ni kena pulak bangun sahur dengan rasa mengantuk. Silap hari bulan,boleh jadi budak-budak ni bersahur sambil tersengguk-sengguk kat meja makan. Mesti kelakar. Idea jahat muncul kat otak aku sekarang. Nak aje rakam karenah orang yang malas nak bangun sahur.
Yang ketiga, bulan puasa merupakan bulan yang paling sibuk. Mana taknya. Nak pergi cari makanan kat bazaar. Nak tempah baju raya. Nak cari bahan nak buat kuih raya. Nak buat itu ini untuk persiapan raya. Ceh,padahal raya lagi jauh ke depan tapi itu yang diutamakan. Hmm....itulah fitrah.
Bulan puasa. Bulan ramadhan. Sekarang aku tengah teringat memori lalu. Puasa tahun lepas aku bekerja kat bazaar ramadhan kat Nakhoda. Tapi tahun ni aku tak ambil port. Aku kan dah nak SPM. Lagipun aku dah tak minat nak kerja kat bazaar. Takut jumpa jodoh kat sana. Ahaks! Merapu aje aku ni,kan? Kat kepala aku sekarang, otak aku macam mengimbas semula kenangan dan memori waktu tu. Time tulah aku bertemu dengan ramai orang. Lelaki itu, si dia, pak cik kepak ayam yang meniaga depan aku, pak cik-pak cik ikan bakar yang meniaga kat sebelah aku, abang ayam percik yang handsome tapi dah ada isteri kat sebelah kiri gerai tempat aku kerja dan ramai lagilah orang yang aku kenal masa kerja kat sana. Pelanggan dulu pun aku kira ingatlah seorang dua gitu. Best aje waktu tu.
Bagi aku bulan puasa tahun tulah yang banyak mengubah perjalanan hidup aku. Aku bertemu dengan lelaki itu dan aku jatuh hati kat dia. Macam tak percaya. Dalam beberapa hari kerja kat sana, aku boleh tertarik kat lelaki tu. Masih ingat lagi apa yang buat aku tertarik dengan lelaki itu. Sebab lelaki itu penuh dengan sense of humour. Loyar buruk pun lelaki itu yang ajar. Tahu-tahu,start dari situ kitorang saling suka sama suka dan akhirnya jadi couple selama 11 bulan hinggalah 3 Julai 2011. Lepas tarikh tu,aku dan lelaki itu break up sebab aku dah cintakan orang lain. Ya,cinta aku sekarang. Si dia yang aku temui di tempat yang sama dan masa yang sama. Dari situ aku kenal si dia dan berkawan. Tanpa sedar rupanya dalam hubungan persahabatan kitorang,aku dan si dia masing-masing ada perasaan yang sama iaitu rasa cinta.
Kalau diikutkan aku jatuh hati pada si dia dulu masa mula-mula bekerja kat sana tapi lelaki itu yang lebih dekat dengan aku jadi tumpuan aku terarah pada lelaki itu. Time tu aku tak berani nak letak apa-apa perasaan pada si dia sebab aku tak ada keyakinan bahawa dia akan sukakan aku seperti mana aku sukakan dia. Jadi aku fokus pada lelaki itu. Tapi tahu atau tidak,dalam diam aku selalu perhatikan si dia. Pada aku,pandangan mata dia yang tenang masa bekerja buat aku rasa tenang jugak. Boleh pulak tengah buat kerja kitorang saling bermesej padahal gerai dia dengan gerai tempat aku bekerja bukannya jauh mana. Depan mata aje. Tapi boleh pulak kitorang menghabiskan kredit main mesej masa tu. Lucu pulak bila ingat balik memori tu. Rupa-rupanya,dia sedar aku dulu selalu ushar atau curi pandang ke arah dia. Aduh,kantoi sudah!
Mula-mula hanya sekadar bertegur sapa kat bazaar then aku dan si dia selalu mesej. Kesian kat dia. Time tu aku belum guna nombor Celcom,still guna nombor Maxis. Memang mahallah kalau kitorang berhubung dengan phone. So,dia call aku terus. Lagi puas hati. Dapat dengar suara,dapat berborak sambil berdebat. Lepas tu kitorang saling bermesej kat dalam Facebook. Kitorang chat kat FB. Tak cukup dengan tu,dia mesej aku jugak.
Jadi demi tak nak menyusahkan si dia yang asyik berhabis kredit call aku,so aku pun belilah nombor lain. Nak harapkan aku call dia memang harapan sebab aku seorang yang sayangkan kredit. Aku pun tak sangka aku beli nombor tu semata-mata demi dia. Tapi tak apa. Time tu aku anggap dia kawan so apa yang aku buat adalah untuk kawan. Akhirnya,baru aku sedar. Aku bukan anggap si dia kawan tapi lebih dari itu. Tapi aku tak pernah cakap pada sesiapa sebab si dia pun hanya anggap aku sebagai adik.

No comments:
Post a Comment