Hari ni dah start puasa. Aku ni baru lepas sahur sebenarnya. Mengantuklah. Rasa macam nak tidur aje tapi masalahnya tak lena. Lagipun waktu subuh dah nak dekat dah ni. Karang terlewat pulak. Macam tak biasa dengan ragam manusia masa bulan ramadan ni. Lepas sahur mesti nak tidur. Lepas dah tidur tu tau-tau dah pukul 6 lebih. Dah satu hal pagi-pagi tu jadi kelam kabut.
Cakap pasal situasi kat bazar,aku memang boleh lemaslah kalau lama-lama ronda kat situ. Ramai sangat orang sampai sesak gila. Bukan sesak biasa tapi sesak gila! Nak jalan pun susah. Tau apa Dina kata? Macam sertai perhimpunan pulak. Haha...aku pun rasa macam tu jugak. Bayangkan dengan orang yang ramai,dari budak kecil sampai ke orang tua,dari yang kurus sampai yang agak berisi(aku tak mention gemuk tau,jangan terasa hati pulak),dari yang berpakaian kemas dan menutup aurat sampai yang terdedah sana sini dan rambut berkarat(Dina kata rumah dorang tak bayar bil air,sebab tu jadi macam tu. Mandi pun guna air karat je). Macam-macam ragam dan telatah manusia. Tu baru pengunjung beb. Peniaga kat situ pulak,dari yang menjual air sampai menjual jus,dari yang menjual kuih sampai yang menjual burung puyuh goreng pun ada jugak. Dahsyat ke tak dahsyat tu?
Lepas berbuka,rasa macam tak larat pulak nak bangun. Sebab apa? Sebab dah melantak air setengah jag. Haha..... teruk betul aku ni. Lepas ni tak nak aku bedal air sampai macam tu sekali sebab dah tahu kesannya yang tak baik dan hanya menyusahkan aku.
5 Ogos
Aku sakit hati. Aku terasa gila dengan sindiran dorang yang bajet bagus tu. Aku geram bila dorang asyik aim aku. Aku marah bila kutuk aku sambil jeling-jeling aku.
Tapi sekarang aku langsung tak rasa apa-apa lepas dengar Dina cakap something yang buat aku cool semula. Dorang pun sama jugak sebenarnya malah lebih teruk. Tapi ada hati nak sindir-sindir orang lain.
Aku dah tak heran dengan sindiran dorang. Sikit pun tak terkesan dalam hati aku ni. Sebabnya aku nak latih diri aku kebal dengan sindiran yang ditujukan kat aku. Buat apa nak tunjuk lemah dengan orang yang macam dorang.
Tak faham maksud aku?
Tak payah faham. Yang pasti,apa yang diperkatakan waktu pembentangan BM tadi sikit pun dah tak beri kesan kat aku. Aku ibaratkan apa yang aku dengar tadi hanyalah angin lalu yang sekadar menggoyangkan daun-daun pokok,bukan pada pokoknya.
Tadi masa kat sekolah aku sengaja kata kat Shida dan yang lain-lain aku tak pergi bazar padahal aku ada plan yang baik punya untuk kasi surperise kat dorang terutamanya. So aku cakap kat Shida tolong sampaikan salam sayang aku kat si dia.
Petang tu,aku pergilah kat bazar awal sikit. Terkejut jugak si dia bila nampak aku tiba-tiba muncul depan dia. Jeng..jeng..jeng... Macam buat silap mata pulak bila aku call tanya tengah buat apa,sibuk ke then tau-tau tengah bercakap dalam phone tu aku pun muncul secara mengejut depan dia. Nampak sangat raut wajah dia yang teruja tengok aku kat situ. Aku teman dia buat kerja kejap sebelum dia uruskan sesuatu. Beberapa minitlah jugak aku tunggu dia kat belakang van dia membelakangi orang ramai. Sambil tunggu dia tu,aku mesej Shira dah gerak ke belum tapi tak ada reply. Bila aku pusing ke belakang, aku nampak Shida,Shira dan Suha tengah cakap something kat dia. Then aku pun buatlah surprise macam yang aku mention kat Shira dan muncul depan dorang secara tiba-tiba.
Tapi tak pasal-pasal aku kena bantai dengan Shida sebab aku dah tipu dia. Alahai,kesian kawan aku. Mesti malu bila orang ramai tengok dia sampaikan salam sayang aku siap buat tangan bentuk love lagi. Haha........ Kesian kawan aku. Sorrylah member, bukan aku nak malukan kau tapi aku memang sengaja nak buat kejutan untuk korang semua yang expect aku pergi bazar hari ni. Yang tak boleh tahannya bila lengan aku yang jadi mangsa penampar maut Shida. Hesy,boleh berbirat lengan aku balik ni karang. Segala kos perubatan mesti ditanggung Shida. Haha.....
Kawan-kawan aku jalan dulu. Aku pulak tunggu si dia. Tengok! Lagi sekali dia tinggalkan kerja demi temankan aku cari makanan berbuka puasa. Tengah syok jalan-jalan tu,aku terserempak pulak dengan salah seorang manusia yang dok sindir-sindir aku masa kat sekolah tadi. Huh,tak heran langsung.
No comments:
Post a Comment