Akhirnya setelah lama aku tidak menaip cerita,story-morry dan gosip baru kali ni aku sambung balik hobi aku yang dah lama aku tinggalkan ni. Macam dah lama sangat aku biarkan cerita dan catatan hidupku tidak dikongsi dengan orang lain. Mesti ada yang tertanya-tanya samada aku masih hidup di alam maya ataupun tak. Aku masih ada tapi ada saja halangan yang membataskan aku untuk terus berkarya. Yang utama sekali, internat connection aku langsung tak boleh pakai. Hampeh. Geram bukan main bila tiap bulan aku bayar...eh silap...mak aku yang bayar, tapi aku tak boleh nak online dan pakai untuk kegunaan seharian aku. Bukan singgit dua tau tapi puluhan hengget jugak. Apa punya bahasa yang aku pakai la.... Tak apa,kita sempoi sikit tau.
Baru-baru ni aku terkejut gila bila blog kesayangan milik aku yang tercatat pelbagai cerita kini dah lesap sekelip mata. Hanya disebabkan aku dah lama tak jenguk blog kesayangan aku tu sampai lupa password,serta-merta blog aku tu kena reset. Kecewanya hati aku bila blog aku sia-sia kena reset macam tu aje. Habis dah lesap karya aku selama ni. Nampaknya aku terpaksa mula semula jadi blogger dengan menggunakan email dan address blog yang baru. Punyalah banyak usaha yang aku letakkan untuk mengharmonikan blog aku tu tapi akhirnya hilang gitu-gitu aje. Hua....sedihnya aku. Terpaksalah aku mulakan menyusun atur semula blog aku yang baru. Aku tak peduli. Habis saja SPM,aku akan luangkan masa aku untuk update blog aku sampailah jadi cun habis,meletup gitu! Hehe....
Dalam beberapa ketika kebelakangan ni hidup aku jadi kucar-kacir plus tunggang-langgang multiply dengan masalah yang asyik melanda diri aku sampai kadang-kadang aku rasa fed up jugak nak jalani kehidupan ni. Kalau ada jalan penyelesaian yang mudah kan senang hidup aku. Tak perlullah aku bercelaru dan tension setiap kali memikirkan masalah yang melanda zaman remaja aku ni. Tapi ada jugak yang kata,kalau hidup kita tak diwarnai dengan pelbagai masalah dan warna-warna kehidupan pasti akan bosan. Lagipun zaman remaja ni hanya dijalani sekali dalam seumur hidup. Ya, aku akui. Kalau hidup kita sepi tanpa dugaan dan memori yang mematangkan diri,kita akan jadi seorang yang lambat matang untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar kelak.
Baru-baru ni aku diduga dengan satu masalah yang paling berat yang pernah aku lalui sepanjang 17 tahun aku hidup. Kali pertama aku hadapi dugaan yang besar seperti ini. Tak aku sangka aku akan lalui kenangan yang memeritkan untuk aku tempuh ni. Situasi yang aku alami ni sometimes buat aku rasa nak putus asa. Kalaulah aku ni bukan jenis yang berfikir panjang,tak ada maknanya aku akan diam saja dengan masalah aku ni. Setakat ni hanya 5 orang saja tahu masalah yang melanda aku ketika ini. Hanya beberapa orang yang aku yakin dapat merahsiakan hal ni dari pengetahuan umum. Maaf,bukan aku nak membelakangi kawan-kawan aku yang lain tapi buat masa ni biarlah aku rahsiakan hal ni. Aku rasa tak mustahil satu hari nanti semua orang akan tahu masalah yang melanda aku dari mulut orang. Sikit pun aku tak terkejut. Jadi untuk cover cerita sebenar,aku hanya akan mendiamkan diri. Itu lebih baik dari nama aku terus diburukkan.
Bukan niat aku nak main-mainkan perasaan orang lain. Aku sendiri tak tahu kenapa aku mainkan perasaan orang walaupun aku tak terfikir segala tindakan aku ni akan buat orang makan hati dengan diri aku. Tak terdetik dalam hati aku untuk sakitkan hati orang lain. Tapi aku dah lakukannya tanpa sedar. Hakikatnya aku sedar tapi aku sengaja pura-pura buat tak nampak. Bodohnya aku bila orang dah tahu tindakan aku menipu orang tu. Tapi aku masih terus menerus menipu orang tu. Bodoh,kan? Aku tak tahu kenapa aku sanggup menipu. Eh jap! Aku tahu kenapa aku terpaksa menipu orang tu. Semuanya demi tak sakitkan hati dia tapi masalahnya aku hanya buat orang tu makin sakit hati dengan aku. Aku tak fikir panjang. Aku tak sedar dengan tindakan aku terus menyembunyikan kisah sebenar akan buat dia lebih terluka dengan tindakan yang aku lakukan. Aku nasihatkan orang lain,janganlah ikut tindakan aku terus menipu dengan alasan mahu menjaga hati dan perasaan orang yang kita sayangi kerana bila dia tahu kebenarannya dari mulut orang lain,itu akan membuatkan dia akan lebih terasa dan sakit hati dengan diri kita. Aku tak harap orang lain rasa apa yang aku rasa sekarang. Menyesal tak sudah kerana tak berterus terang dengan orang tu.
Tapi aku tak boleh halang benda ni. Aku buat demi jaga perasaan dia. Aku buat semua ni demi kepentingan aku sendiri. Ya,aku tamak sepanjang berdepan dengan masalah ni. Kedua-duanya aku nak tapi aku sikit pun tak fikir perasaan orang yang berada di sekeliling aku saat tu. Mereka berdua terluka,kawan-kawan aku kecewa,adik aku terkilan dan mak ayah aku mesti terasa hati dengan tindakan aku ni. Inilah yang terjadi bila aku tamak. Sepanjang masa aku rasa menyesal dan geram dengan diri sendiri. Aku ni tak patut buat semua tu. Sakitkan hati orang lain,kecewakan orang di sekeliling. Baru sekarang aku sedar segala tindakan aku yang lalu akan dibalas satu hari nanti.
Sikit pun aku tak terkejut kalau satu hari nanti orang buat benda yang sama dengan apa yang aku dah lakukan selama ni. Mungkin balasan yang aku akan terima lebih dalam lukanya dari mereka yang aku sakiti. Tak mustahil aku akan terima balasan atas segala tindakan aku sampai aku jadi seorang yang lemah. Aku tahu itu mungkin akan terjadi ke atas diri aku. Tak mustahil sama sekali. Oleh itu,aku kena terima apa yang orang buat balik kat aku disebabkan tindakan aku yang dah lepas. Aku kena bersedia dari sekarang untuk dilukai dan menerima cabaran dan dugaan yang melanda aku. Doakan aku jadi seorang yang kuat semangat dan mampu mengatasi segala dugaan dalam hidup.
Orang yang aku sakiti tu ada mencabar aku. Aku akan pastikan segala cabaran yang dia sandarkan pada aku akan dibuktikan pada dia. Aku akan sahut cabaran dia dan dalam masa yang sama aku akan buktikan bahawa aku bukan insan seperti yang dia sangkakan. Aku akan buktikan pada dia. Aku bukan seperti apa yang dia label kat diri aku. Aku akan buktikan pada dia aku akan berubah sebaliknya dari apa yang dia kata. Kalau dia kata aku mudah cair dengan kata-kata,aku akan buktikan aku bukanlah jenis yang macam tu. Aku tak akan putus asa untuk sahut cabaran dia. Tapi aku tak sangka dia akan pertikaikan siapa yang aku pilih. Aku juga akan tunjukkan pilihan aku adalah yang terbaik dan bukan seperti dia yang hanya pandai berkata-kata sampai aku meletakkan harapan yang tinggi tapi akhirnya dikecewakan.
Aku masih tak faham kenapa dia masih contact aku walaupun hakikatnya aku dah sakitkan hati dia. Bila aku tanya,dia hanya jawab aku tak sakitkan sangat hati dia. Hesy,tak faham sungguhlah aku. Aku dah lukakan hati dia tapi dia masih boleh pulak kata macam tu. Peliklah aku. Aku dah buat macam-macam kat dia supaya tak letakkan apa-apa harapan yang tinggi tapi nampaknya dia masih tak faham maksud yang ingin aku sampaikan pada dia. Aku nak cakap direct tapi aku tunggu masa dulu. Kalau dia masih tak mengerti apa mesej yang aku ingin sampaikan,then aku cakap secara terus terang tanpa berlapik. Nak kata mulut aku laser? Sikit pun aku tak kisah. Biar dia tahu aku dah berubah perangai.
Sebagai jalan selamat dari letakkan perasaan kat dia lagi,aku kena buat sesuatu. Firstly, aku akan angkat call dia tapi lambat-lambat. Maksudnya, aku angkat call dia bila cukup 5 missed call dari dia dalam satu masa. Then,aku akan selalu mention nama pihak lagi seorang biar dia terasa dan tahu yang aku sedang berbahagia dengan orang yang aku pilih. Dengan cara ni,mungkin dia akan fed up untuk terus call aku bila dia asyik makan hati bila aku sebut nama ‘si dia’. Agak-agak dia faham tak? Kalau tak faham jugak,aku akan block number dia. Phone aku ni senang aje nak block number orang dari terus masuk dalam senarai nama pemanggil. Hehe..aku tahu aku kejam. Tapi ni baru sikit taktik dan plan yang aku rancang. Yang aku risau sekarang bila ‘si dia’ tahu aku masih terima panggilan daripada orang tu. Jadi apa langkah selamat? Okey,aku akan try cover sampai ‘si dia’ tak tahu. Tapi kalau orang yang aku sayang tu dah mula syak,dengan pantas aku akan block number orang tu.
Kenapa aku kena buat semua ni?
Sebabnya,aku sayangkan seseorang. Aku tak nak lukakan hati si dia sebab aku tahu, tanpa sedar aku dah banyak kali buat orang yang aku sayang tu terasa hati dengan tindakan yang aku buat bila setiap kali melibatkan orang tu. Orang yang psiko tu. Reason lain,aku tak nak orang tu terus letakkan harapan pada aku. Aku tak nak dia terus dengan bayang-bayang yang aku masih sayangkan dia. Tidak sama sekali. Aku dah cintakan orang lain dan yang pastinya dia bukan orang tu. Tapi orang yang aku sayang iaitu,si dia.
Pening eh bila aku asyik sebut dia,si dia,orang tu dan orang yang aku sayang? Okeylah,dia dan orang tu lebih merujuk kepada insan yang aku dah tinggalkan. Si dia dan orang yang aku sayang merujuk pulak kepada...ala...faham-faham sendirilah ye.
Sebab yang ketiga,aku tak nak jatuh hati kat dia semula. Manalah tahu tanpa sedar aku masih ada rasa sayang kat dia,karang tak pasal-pasal aku jadi angau kat dia balik. Tak naklah aku. Sekarang hati aku hanya ada si dia. Takkan ada yang kedua atau ketiga. Cukuplah dua kali aku mainkan perasaan orang dan sekarang aku tak nak mainkan perasaan orang lain sekali lagi terutama pada si dia. Aku tak sanggup lihat si dia kecewa. Aku takkan biarkan.
Next reason,aku dengan Dina rasa dia ni sedang berbohong dengan aku. Kalau aku bodoh, mungkin aku akan terus percaya dengan apa yang dia cakap dan terima apa saja yang dia cakap kat aku. Tapi aku dapat fikir lagi buat masa ni. Tak logiklah kalau tiba-tiba dia kata dia sakit tahap kritikal macam ni. Dahlah cakap secara tiba-tiba then bagitahu dah sampai tahap teruk sangat. Selama ni aku keluar dengan dia okey aje. Tak nampak pun macam sakit sampai perlu perhatian yang khusus. Aku,Dina dengan Izza pun naik pelik. Hairan..hairan..
Lagi satu yang buat aku tak faham,kenapa dia boleh call aku dari England sesenang macam tu aje. Yang muncul kat skrin aku bukan nombor sanatapi nombor asal dia jugak. Setakat yang aku tahu,kalau kita pergi over sea,line kat negara kita susah nak dapat. Tapi dia lain pulak. Confuse dah ni.
Okey kalau betullah kat sana ada line,kenapa dah nak masuk operation theatre pun masih boleh bawak phone masuk. Dina kata pengurusan hospital kat sana lagi strict. Tak boleh bawak phone masuk terutama kalau dah nak dibedah. Lagilah pelik. Mana mungkin doktor atau petugas kat sana boleh benarkan penggunaan phone bila dah nak dibedah. Pelik,kan? Kat Malaysia pun mana boleh bawak apa-apa alat yang menggunakan waves semasa kat hospital. Terutama kat bilik pembedahan dan ICU. Aku pernah melawat ICU dan bilik bedah,so confirm lah aku tahu sebab aku ingat lagi apa yang doktor pernah bagitahu kat aku dan kawan-kawan aku yang lain.
Tak apa,nanti ada peluang aku akan pertikaikan apa yang dia bagitahu. Memang pada awalnya aku nak soal macam-macam tapi tak berani sebab takut aku salah. Tapi memandangkan Dina dah kata apa yang dia tahu so tak teragak-agak lagi aku nak soal macam-macam. Tunggu sajalah aku melepaskan peluru dengan pelbagai persoalan. Kalau dia menipu? Senang aje,aku akan buat tak tahu aje dengan call dia. Mungkin aku akan rasa menyesal bila buat macam ni dan mana tahu apa yang dicakap tu betul,tapi itu lebih baik dari aku menyesal keran percaya cakap dia sampai satu hari nanti terpujuk dengan apa yang dia cakap. Bukankah cara tu lebih baik. Tak adalah aku kena tipu hidup-hidup untuk kali yang keempat. Cukuplah tiga kali aku kena tipu dan aku tak nak perkara yang sama terus berulang.

No comments:
Post a Comment