Hari ni ada hari sukan kat sekolah. Entah kenapa rasa macam best pulak. Kalau sebelum ni,mesti aku rasa bosan sangat. Mungkin sebab tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di sekolah menengah. Lepas ni dah tak ada peluang nak tengok kemeriahan hari sukan sekolah, kawan-kawan bersukan,orang yang bersemangat bagi sokongan dan aksi-aksi cikgu-cikgu time hari sukan ni. Mesti aku akan rindukan semua ni. Sebab tu aku dengan Shira tadi rasa sebak semacam. Hua...kenangan tahun terakhir di sekolah menengah.
Rasa excited pulak dapat menjerit bagi sokongan kat orang yang ambil bahagian tadi. Bukan selalu dapat lontarkan vokal selain dari hari ni. Bayangakn tengah hari yang panas tapi berangin, semua orang menjerit bagi sokongan padu(cewah ayat tak boleh blah la lu). Teruja bak orang lain kata. Terutama masa main tarik tali. Fuh,persaingan sengit beb. Adalah insiden yang mencemaskan berlaku masa team rumah kuning lawan rumah ungu. Cuak beb.
Tapi kan masa aku rasa gembira semua tu lepas Mat kata setuju nak join sekali double date yang aku rancang ni. Awal-awal pagi tu bila aku tanya dia kata tak jadi nak follow. Kecewa gila aku bila dia kata macam tu. Siap aku ugut,kalau cancel double date ni aku takkan cakap dengan sesiapa pun selamanya. Fuh,macam boleh aje aku buat ni. Tapi aku sanggup tau. Kalau kali ni cancel,bermaksud dah 2 kali aku kecewakan si dia untuk bawa kawan-kawan makan sekali macam yang dia harapkan. Sudahlah,aku tak nak kecewakan dia. Tapi lepas aku cakap kat Mat yang si dia nak belanja,terus pulak dia setuju. Hesy,bikin cuak aku ajelah. Bila Mat kata setuju,terus aku jadi happy. Hehe....Izza pun sama. Sebab dia pun sebenarnya dah banyak berangan untuk date kali ni. Aku memang nak bagi pengalaman kat Izza dating kat luar selain area kawasan rumah dia dengan Mat.
After that,aku dengan si dia pulak pergi jalan-jalan kat taman. Kat tempat laluan pejalan kaki yang ada kat tengah-tengah taman. Cantik permandangan kat situ sebab kiri dan kanan adalah tasik dengan air yang tenang. Tak habis-habis posing ambil gambar. Siapa lagi? Aku dengan si dia la. Tak ada orang lain dah. Habis penuh karang kad memori phone dia tu. Tapi dia kata nak penuhkan sampai habis pun tak apa. Hisy,biar betul dia ni?
Bila dah kata macam tu,kat mana-mana pun sempat kitorang posing ambil pic. Jangan tak tahu,si dia ni sebenarnya fotogenik jugak. Pantang nampak kamera,pasti dia akan posing habis. Lebih kurang macam akulah tu. Sebenarnya masa kat sekolah tadi pun aku tak habis-habis posing depan kamera. Ni hanyalah maklumat tambahan. Haha... Ada kat satu tempat tu kitorang lepak bawah pokok dan dia bercerita tentang kisah silam dia. Si dia kata dulu dia memang gangster. Sentiasa bergaduh kat luar sekolah. Kalau nak belasah orang tu,kawan-kawan dia akan ajak dia join sekali. Dan sekali dia ikut, semua musuh akan kena bantai dengan dia. Gerun jugak aku bila dengar apa yang dia dah buat dulu. Tapi teruk macam mana sekali pun tak adalah sampai melibatkan pembunuhan. Paling teruk pun polis cari dia sampai dia kena keluar negeri untuk beberapa bulan. Dahsyat,kan? Aku pesan kat dia,lepas ni janganlah buat lagi. Sebab aku sayangkan dia. Aku tak nak nyawa dia melayang disebabkan pergaduhan.
11 Julai
Hari ni dah boleh semak senarai nama kemasukan pelajar yang terpilih untuk menyertai PLKN. Bila masuk aje laman web rasmi khidmat negara selama beberapa kali,jawapannya masih sama. Tak dapat nak masuk sebab jammed! Rasanya ramai sangat orang yang try check kat web tu sampai stuck. Huh,aku ni dah cuak bila tengok reaksi Dina dan Izza yang cuak jugak. Kalau masa awal-awal aku cool aje,tapi bila nampak aje dorang dari tadi asyik mohon tak nak terpilih dan berdoa habis-habisan,aku pun ikut sama macam dorang. Takut ni! Takut terpilih. Aku tak nak! Kalau aku tergolong dalam golongan the choosen one,maknanya selama tiga bulan aku akan jauh dari keluarga,jauh dari kawan-kawan,jauh dari orang yang tersayang,jauh dari hiburan dan tak lupa jugak terpaksa berpisah dengan phone and laptop.
Hua...gerun bila terfikir semua tu. Tambah-tambah pulak aku ni bukan jenis orang yang lasak. Sampai sana confrim lembik terus aku kena tempuh halangan yang pelbagai. Plus aktiviti-aktiviti yang boleh dikategorikan lasak jugak. Kena kawat,buat macam-macam. Hisy,gelaplah muka aku karang. Nanti dah tak licin kulit aku. Hehe...itu pulak yang aku fikirkan. Tak patut betul,kan? Tapi bagi aku memang patut pun fikir. Aku tak ada apa yang nak dibanggakan selain muka yang cute ni. Haha...... orang perasan macam nilah jadinya.
13 Julai
Cuak gila bila aku bila terfikir pasal PLKN. Aku tak nak pergi. Tak nak join. Tak nak terpilih. Aku berharap sangat. Aku tak nak sertai benda alah tu. Aku ada perancangan lain selain terpaksa ikut sekali program tu. Aku baru rancang nak kerja sebaik saja habis SPM. Aku nak cari duit dan pengalaman kerja sebelum dapat peluang melanjutkan pelajaran kat mana-mana universiti.
Tiga bulan beb ada kat kem. Menderita sebab terpaksa berpisah dengan family, si dia, kawan-kawan, hiburan dan segalanyalah. Tak mahu berpisah dengan semua tu. Aku tak sanggup. Aku kan anak sulung. Takkan selama 17 tahun hidup ni bersama family but suddenly 3 bulan terpaksa berpisah dengan semua yang aku sebut tadi tu. Mana boleh!
16 Julai
Alhamdulillah,aku tak terpilih untuk PLKN kali ni. Tapi sebenarnya tak selamat lagi selagi senarai nama tak dikeluarkan dari pihak sekolah. Yang tu baru yang betul punya. Aduh,aku baru ingat nak kata ‘hooray’ tapi terus jadi kepada ‘alah’. Masih belum boleh enjoy dan bermimpi indah sebab masih diselubungi mimpi ngeri pasal program ni. Doa-doalah aku tak tetap bukan orang yang terpilih untuk tu. Tak suka..tak suka..tak suka(sambil pukul bantal. Kesian,bantal aku tak bersalah)
Dan peristiwa semalam jugak,aku main hujan. Yahoo! Aku bukan bersorak sebab happy dapat main hujan tapi sebab dapat sakit kepala. Haha...tak betul otak aku ni. Orang sakit kepala akan mengaduh tapi aku sebaliknya. Macam mana aku nak mengaduh dan mengadu kat orang sebab aku sendiri yang cari pasal? Aku sendiri yang degil. Mak aku dah pesan banyak kali kalau hujan tunggu kat tempat berteduh sampai hujan reda. Si dia pun sebenarnya call aku sebelum hujan turun dan suruh aku jangan kena hujan walaupun sikit.
Tapi nak buat macam mana? Tengah syok shopping kat pasar malam Pinggiran tu,tiba-tiba awan gelap datang menghampiri diiringi petir dan kilat. Si Dina ni pulak tak habis shopping walaupun aku dah ajak balik dan berlari untuk balik kat rumah dia untuk berteduh kalau hujan lebat. Alih-alih kena hujan jugak sebelum kitorang sempat cari tempat berteduh.
Basah?
Tak,mana ada basah.
?????? Kena hujan tapi tak basah??????
Basah kuyup aje.
Hesy,sabar ajelah.
Macam manalah kitorang tak nak redah sebab adik Izza dah marah suruh cepat balik. Kalau ikutkan hujan time lepas maghrib semalam masih lebat tapi nak buat macam mana lagi? Takkan nak tunggu kat kedai makan tu sampai isyak kot? Jadi nak tak nak, kitorang terpaksa menempuh perjalanan yang tiba-tiba dirasakan jauh tu. Redah hujan lebat sampai kat rumah Dina. Then Dina pinjamkan payung untuk aku dan Izza sambung perjalanan yang masih lagi jauh. Fuh, seksa betul nak meredah hujan dengan kepala yang pening sejak petang tadi. Dahlah Izza pening kepala sama macam aku dan kaki dia sakit time tu. Memang pengalaman yang menyeksakan betul.
No comments:
Post a Comment