Hari ni berlalu macam biasa. Belajar macam biasa,berkawan macam biasa dan jalani hidup ni macam biasa. Hari ni ada kelas Kimia macam biasa. Aku rasa sedih sangat bila tengok markah yang aku dapat untuk kertas 2 bahagian esei. Sungguh aku menyesal tak study betul-betul masa buat paper Kimia ni. Main-main aku buat,study just ala kadar. Mana yang nak aje aku baca. Yang lain buat tak tahu aje. Tapi sekali keluar soalan yang rumit pulak. Aku ni banyak buat careless mistake masa jawab paper Kimia ni. Kalau ikut result bagi semua subjek yang aku dapat,aku masih tak puas hati dengan semua markah tu. Masih banyak yang aku kena perbaiki. Huk...huk...apa pasal aku rasa sedih sangat sekarang ni? Trial punya pasallah ni.
Hari ni satu kelas bincang pasal jamuan kelas yang kitorang akan adakan lepas SPM nanti. Memanglah nampak macam awal lagi,tapi kalau bukan sekarang arrange dan buat plan yang gempak-gempak bila masa lagi? Dah nak dekat SPM baru nak bincang? Confirm ramai yang buat tak tahu aje. Lebih fokus pada buku semata-mata.
Aku terlibat dalam ajk aktiviti. Dalam otak sebenarnya ada banyak idea jahat...eh...idea nakal la. Final year nilah yang buat aku rasa nak kenakan member satu kelas kaw-kaw punya,tiada belas kasihan. Nak dera sakan. Hehehehe.....(evil laugh is coming). Ada idea tak nak kenakan orang? Kita ‘belasah’ dorang sampai dorang tak tahan. Fulamak,bunyi macam kejam sangat aje. Tapi tak apalah jadi kejam kejap. Lepas ni bila masa lagi nak kenakan dorang. Masa ni ajelah nak tengok reaksi kawan-kawan yang duduk satu kelas dengan kita sepanjang 2 tahun ni. Time ni ajelah nak capture gambar candid kawan-kawan sepanjang aktiviti ni berjalan. Bila buat reunion balik,mesti tergelak sampai terguling-guling bila ingat balik memori lama ni. Time ni ajelah nk kumpul seberapa banyak kenangan yang paling bermakna dan happy sepanjang jadi rakan sekelas.
Lepas ni dah tak boleh nak buat aktiviti sama-sama. Masing-masing dah ikut haluan sendiri. Ada yang dah kerja,masuk dalam PLKN,berpindah,sambung study dan macam-macam lagilah. Yang nak kahwin nanti pun mungkin ada. Tak mustahil pun benda ni terjadi tahun depan. Sedih pulak bila terfikir yang aku bakal tamatkan pengajian di sekolah menengah.(cewah pengajian! Bunyi macam dah nak graduate aje). Nanti dah tak pakai uniform sekolah,tak ada peraturan sekolah yang kena ikut sepanjang persekolahan,tak ada kawan-kawan sekeliling yang sama macam sekarang,mungkin nanti berkawan dengan orang lain. Nanti dah tak ada cikgu-cikgu yang selalu membebel kat depan kelas cakap pasal kenakalan kitorang. Nanti pun dah tak ada program-program macam yang ada sekarang. Contohnya macam pertandingan keceriaan kelas. Tahun ni kelas kitorang aje yang conquer tempat juara. Well,tengok kelaslah. Pasal nak deco kelas ni pun ramai aje yang ambil bahagian. Bukan nak maket kat kat sini tapi itulah kenyataan. Cewah! Tetiba bangga pulak setiap kali mention pasal kemenangan kelas kitorang yang berterusan sepanjang tahun ni.

No comments:
Post a Comment