Hari ni aku baru sedar yang aku baru buat satu benda yang memalukan bagi aku. Nak cerita ke tak eh? Hurm...cerita jelah sambil tebalkan muka ni.
Ceritanya bermula bila dia call aku semalam. Dia nak balik kampung kat Kelantan sebab nak jemput bakal mertua aku...eh....bukan-bukan....potong statement tu! (Perasan pulak aku ni.) Dia nak jemput parents dia datang sempena kakak dia yang akan konvo kat salah sebuah universiti kat KL ni. Macam yang dijanjikan dia akan call aku setiap kali dia tiba ke satu destinasi atau tempat rehat. Okey,macam biasa aku akan tunggu call dia.
Dalam pukul 12.50 tengah malam macam tu,dia call aku. Aku sedar,aku terjaga bila tetiba aje phone aku mainkan lagu Fiction dari group kpop Beast tu. Aku pun angkatlah. Macam bermimpi pun ada jugak tau. Biasalah mamai. Then aku terus tak ingat apa yang kitorang bualkan. Lepas tu tadi petang pulak dia call. Bagitahu dah nak balik KL mungkin sampai malam karang. Tiba-tiba dia kata,’’Malam tadi waktu call,Nita tidur eh?’’
Eh...eh...eh...bila masa pulak dia call?
Aku pun cubalah ingat-ingat balik. Dia call? Kejap,dia memang ada call. Tapi aku langsung tak ingat apa yang dibualkan. Adakah ini bermaksud yang talian bersambung tapi aku boleh pulak senyap sebab aku tertidur? Argh!! Bila fikir balik,aku rasa malu gila.
‘’Alamak,ye ke? Ala sori la. Ya ALLAH,malunya.’’.
‘’Yalah. Dengar kat sini senyap aje so Man fikirlah yang Nita dah tertidur.’’
Aku kat sini dah tutup muka dengan bantal. Mana nak sorok muka ni beb? Memalukan sungguh. Bila aku check,duration call tu selama 2 minit. Mesti dia asyik panggil nama aku tapi aku tak bagi respon dan boleh pulak melayang semula ke alam mimpi. Hua....apa nak buat ni? Malu betul! Aku ni pun satu,ada ke patut pergi sambung tidur waktu si dia tengah call. Aduh,jatuh saham aku karang.
Cool down. Rileks dulu. Perkara biasalah tu. Orang lain pun ada alaminya jugak. (fulamak,berfikiran positif sungguh aku ni. Tapi dalam hati hanya aku aje yang tahu betapa berserabutnya fikiran bila diingatkan balik)
Rasanya semua orang akan alami perkara yang memalukan dalam hidup dia. Malah mungkin lebih dahsyat perkara yang memalukan tu menimpa mereka. Setakat ni aku memang ada banyak perkara yang memalukan pernah aku alami. Mana yang aku ingat tu,aku bolehlah cerita balik kat kawan-kawan bila duduk berkumpul bersama.
Yang aku ingat,waktu form 2 aku pernah terjatuh tangga kat depan pejabat and bilik guru kat sekolah. Jatuh tangga perkara biasa,betul tak? Tapi yang salahnya sebab kain aku tu panjang sangat. Dah lah londeh kat pinggang so bila naik tangga kain tu sesibuk aje nak menyapu lantai. Haha....ada ke patut aku nak salahkan kain yang aku pakai tu? Sepatutnya akulah yang salah. Dah tahu kain tu labuh plus londeh,aku kenalah lipat kat pinggang. Entah apa-apalah aku ni.
Waktu aku darjah 6 lagi teruk. Time tu aku first time kena ‘banjir’. Ala,datang bulanlah. Huk..huk..bocor kena kat baju sekolah. Dahlah kat kantin pulak tu. Semua pelajar tengah rehat. Bila aku pergi toilet baru aku sedar yang baju aku ada ‘peta berdarah’. Balik tu aku terus demam. Ahaks! Dahsyat jugak penangan darah time tu sampai demam panas aku dibuatnya.
Itu cerita beberapa tahun dulu. Cerita yang terbaru aku dah tak ingat. Apalah aku ni. Hikayat lama boleh pulak ingat. Filem terbaru tak ingat-ingat pulak. Ada trouble ke cell neuron aku? Tak apalah,nanti kalau ingat aku tulis kat sini. Rasa malas pulak nak perah otak bukak fail-fail yang ada cerita memalukan. Kena search dulu lepas tu nak kena tekan ‘open file’ pulak. Then kena tengok properties. Huh,macam-macam kerjanya semata-mata nak tahu isi kandungan folder tu.
Hah! Ada satu perkara yang nak dikongsi. Aku tertidur...emmm tukar sikit istilah... memang sengaja tidur waktu tengah hari tadi. Yalah,kat sini kan baru lepas hujan so banyak pulak feel nak tidur lena. Aku bermimpi. Dalam mimpi tu aku dah jauh hati dengan semua kawan-kawan aku. Aku tak tahu pasal apa tapi yang aku ingat,aku nak bawak hati aku sejauh yang mungkin dari dorang semua. Yang paling terkesan sekali,aku nampak Faizza bersungguh-sungguh nak pujuk aku supaya jangan pergi tapi hati aku yang tengah lara time tu langsung tak teriam semua pujukan tu malah aku suruh jangan pedulikan aku. Aku dapat lihat riak Faizza yang dah sehabis daya nak pujuk aku sampai fed up dibuatnya. Ada dua kawan aku yang nak pergi ke satu tempat,aku nak follow dorang tapi last-last aku pergi sendiri tinggalkan tempat yang aku tinggal time tu ke satu tempat lain yang lebih jauh. Shida pun muncul dalam mimpi aku tu,merayu jangan tinggalkan tempat tu.
Hisy,aku pun tak fahamlah dengan mimpi tu. Adakah aku memang terasa hati gila dengan semua kawan-kawan aku masa dalam mimpi tu? Sampai pujukan dorang langsung tak terkesan dan tinggalkan mereka semua. Atas sebab atau alasan apa yang menyebabkan aku sanggup tinggalkan kawan-kawan aku semua?
Aku tahu,mimpi hanya mainan tidur tapi aku tak harap apa yang aku mimpikan tu jadi kenyataan satu hari nanti. Tak ada sebab buat masa ni aku nak terasa hati dengan semua kawan-kawan aku. Walaupun setiap orang melakukan kesalahan,aku tetap akan maafkan dorang meskipun payah. Aku sayangkan semua kawan-kawan aku. Tak perlulah aku tinggalkan mereka semua sebab sudah jauh hati dengan dorang.
TAPI MACAM MANA KALAU MEMANG BETUL SATU HARI NANTI AKU SUDAH TAK TERDAYA NAK MEMUJUK DIRI SUPAYA TAK MENJAUH HATI DENGAN KAWAN-KAWAN AKU? Adakah aku akan tinggalkan tempat aku sendiri dan merantau sejauh mungkin demi merawat hati aku? Aku harap tak ada kawan-kawan aku yang buat aku terasa hati dengan dorang sampai membawa aku membuat keputusan lari sejauh yang mungkin dari mereka sem

No comments:
Post a Comment