Mula-mula aku couple dulu,aku hanya fikir nak enjoy. Bukan bercinta dengan ikhlas. Itu aku yang dulu. Lepas tu pulak aku bertemu dengan cinta yang seterusnya. Mula daripada sini,aku mula tahu betapa dalamnya cinta seorang lelaki yang ikhlas terhadap seorang perempuan. Ya,akulah perempuan itu. Aku sangka aku akan bersama dengan lelaki itu selamanya tapi rupanya baru aku sedar. Sebenarnya dalam hati aku sukakan orang lain tapi tak pernah menyedarinya. Malah aku hanya anggap si dia hanya kawan baik. Itu kesilapan pertama yang aku lakukan.
Dan tanpa sedar jugak,hubungan yang awalnya aku anggap sekadar kawan mula beralih ke sebuah hubungan yang lebih dari itu. Baru aku sedar satu perkara selepas berkawan dengan Man untuk beberapa ketika. Memang aku sukakan dia sebab masa bekerja di bazar dulu dialah yang aku selalu pandang secara senyap-senyap. Takut pulak nak dekat dengan dia. Manalah tahu time tu dia dah ada girfriend. Lagipun dengan rupa dia yang kira sedap mata memandang tu,tak mustahil dia diminati ramai perempuan di luar sana. Lagipun dia tu bekas ahli sukan,banyak menjelajah ke seluruh negara untuk sertai pertandingan. Jadi mungkin ramai yang minta nombor phone daripadadia. Sebab tu aku hanya boleh pandang dia dari jauh. Tak berani nak letakkan apa-apa perasaan kerana takut kecewa cinta tak berbalas.
Oleh sebab tu,aku letak fokus aku pada lelaki itu,Syamtahir. Dialah yang pernah jadi sumber inspirasi aku. Memang dia ada kelemahan tapi aku boleh ketepikannya sebab aku pun bukanlah perfect mana. Then start daripada tu aku dan dia mula bercinta. Ingatkan bertahan lama tapi rupanya hanya 11 bulan. Sikit aje lagi nak sambut anniversary pertama tapi tak kesampaian. Takdir yang tentukan macam tu agaknya. Hubungan aku dengan lelaki itu tak mampu bertahan lama sebab hati aku mula cintakan orang lain.
Aku mula jatuh hati pada Man sejak si dia selalu contact aku,ambil berat pasal aku. Dan yang paling utama, dia seorang yang romantik. Sebab tulah aku aku boleh jadi cair bila setiap kali berbual dengan dia. Mula-mula aku fikir yang aku hanya bertepuk sebelah tangan apabila dari semasa ke semasa aku makin ingatkan dia dan mula rindukan dia. Malah setiap kali telefon berdering aku sentiasa harap yang call tu si dia.
Rupanya tak. Aku salah jugak. Dia pun sebenarnya terfikir yang dia hanya bertepuk sebelah tangan memandangkan aku sudah dimiliki masa tu. Pernah beberapa kali dia tanya tentang hati dan perasaan aku terhadap dia. Aku ingatkan dia sekadar ingin tahu tapi sebenarnya tak. Beberapa kali dia pernah kata nak cari girlfriend yang serupa macam aku atau lebih tepat perempuan itu ialah aku sendiri. Tapi aku tak sedar jugak. Aku anggap dia sekadar bergurau.
Tapi suatu malam,aku dan dia saling berterus terang tentang perasaan masing-masing. Rupnya aku dan dia berkongsi perasaan yang sama. Saling suka sama suka tapi tak boleh saling memiliki. Aku dan dia tak boleh nak bercinta hanya disebabkan aku sudah bercinta dengan orang lain terlebih dahulu. Bukankah satu penyeksaan mencintai seseorang tapi tak dapat memilikinya? Bukankah satu penderitaan menyintai seseorang tapi tak mampu membahagiakannya?
Aku perempuan yang tak boleh belah hati aku menjadi dua dan cintakan 2 lelaki sekali gus. Aku nak setia pada yang satu. Fikiran aku buntu waktu tu. Aku tak tahu pada siapa nak mengadu jadi aku ceritakan pada Izza dan Dina. mereka berdua saja yang tahu keadaan aku yang runsing sangat time tu. Memilih salah seorang daripada 2 orang lelaki diibaratkan bertarung nyawa. Silap langkah mungkin ada yang akan menderita. Jadi aku biarkan keadaan seperti tiada apa-apa. Aku bercinta dengan dua lelaki dalam satu masa. Tamak kan aku? Ya,aku rasa aku tamak sangat sampai 2 lelaki aku nak conquer dalam satu masa.
Time ni memang ada satu lagu yang sesuai dengan situasi yang aku alami. Lebih sesuai aku tujukan pada lelaki itu. Lagu Demi Waktu,Ungu.
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya yang kini hadir di antara kita
Namun ku takkan bisa menepis bayangmu yang selama ini temani hidupku
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hati ku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang berdiri di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu ku terjumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran
Dan lagu Kekasih Gelapku,Ungu lebih sesuai aku tujukan pada si dia.
Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaku sedalam dalam hati ku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku yang panjang dalam hidupku
Tapi keadaan tu tak kekal lama. Aku, si dia dan lelaki itu masing-masing menderita sebenarnya. Tapi lelaki itu yang lebih teruk menderita. Aku berbohong bila bercakap dengan dia. Tapi si dia pun turut menderita terutama bila ada kaitan dengan lelaki itu. Aku pun turut sama menderita bila perasaan bersalah sentiasa menyelubungi hati aku. So aku kena jugak buat pilihan. Memilih salah seorang daripada mereka berdua. Dina kata ikut kata hati aku tapi segala risiko aku kena tanggung sendiri.
Lepas aku bersedia dengan pilihan yang aku buat berdasarkan instict dalam hati aku,aku bersua muka dengan lelaki itu dan berterus terang. Aku putuska untuk memilih Man kerana aku snagt sayangkan dia dan tak sanggup dia jatuh ke atas tangan perempuan lain. Aku tak sanggup itu terjadi.
Jadi lepas apa yang terjadi tu,aku dah tekad nak cintakan seorang lelaki saja sampai bila-bila. Lepas aku bertekad macam tu,aku mula lakukan perubahan tanpa aku sedari.
Aku tak tahu sejak bila aku jadi seorang yang dengar cakap. Kalau Man kata jangan so aku takkan buat. Macam pagi tadi, dia suruh aku makan,so aku pun makan. Kalau dia suruh rehat,aku pun rehat. Sebelum ni harapan ajelah nak dengar cakap orang lain. Kalau kata tak,lagilah aku nak buat benda tu biar orang tu naik marah. Sengal aje,kan? Aku pun makin pandai menjawab. Bila si dia pertikaikan apa yang aku cakap,aku mampu balas dan fight balik sampai aku puas hati.
Dan sekarang aku lebih tahu betapa dalamnya cinta seseorang terhadap kita. Jadi aku nak hargai orang yang cintakan aku. Aku tak nak si dia terguris sikit pun dengan kelakuan aku. Aku nak dia sentiasa bahagia dan aku akan sentiasa doakan si dia. Bila aku bertekad macam ni,aku berjanji dengan diri sendiri untuk setia,kasih,cinta dan jujur dengan dia selama-lamanya.
Mungkin korang akan kata karang kalau tak bersama jugak akhirnya pun tak ada guna jugak berjanji itu ini dengan diri sendiri. Tapi apa salahnya kita berusaha dulu sebelum dapatkan apa yang diharapkan. Kita reda saja dengan takdir Allah lepas kita berusaha. Kalau itu yang tertulis untuk aku,aku takkan menyesal sebab aku dah berusaha yang terbaik untuk itu dan Allah dah berikan aku peluang untuk mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang sayangkan aku.
Yang membaca post ni, tolong doakan kebahagiaan aku tau. Insya-Allah,aku akan doakan korang jugak dengan harapan apa yang korang impikan dapat dimakbulkan satu hari nanti.

No comments:
Post a Comment