Sunday, October 9, 2011

Tukar Plan

Hari ni hari Ahad. Yalah,semua orang tahu hari ni hari apa. Okey,memandangkan hari ni hari Ahad so adalah yang buat wedding. Macam tadi,aku pergilah ke satu wedding ni. Dekat sangat dengan area rumah aku.

Asalnya aku tak nak pergi pun. Mak aku dapat jemputan dari tuan rumah. Mak tanya aku nak ikut ke tak malam tadi. Aku jawablah tak. Tapi tadi pagi Shida ajak aku. Fikir punya fikir dua tiga saat...aku rasa tak kisah jugak kalau aku pergi. So aku bersiaplah dan kata kat mak nak ikut sekali pergi wedding tu.

Bila sampai sana baru aku tahu yang pengantin perempuan tu baru 18 tahun! Muda seyh! Tak pernah aku terfikir pun pasal kahwin waktu umur 18 tahu. Memanglah sebelum ni pernah jugak dengar pasal orang yang kahwin 18 tahun ni tapi bukanlah dalam kalangan jiran aku sendiri. Selama ni tengok kat paper ke. So aku tersentak jugak tadi sebenarnya.

Kahwin umur 18? Muda sangatkan? Macam mana agaknya perempuan semuda itu dapat pikul tanggungjawab sebagai isteri? Kalau orang lain yang pentingkan masa depan macam aku,umur 18 tahun rasanya aku tengah sambung study. Mungkin kat matrik ataupun buat diploma. Tak pun aku sambung tingkatan 6. Itu kalau akulah. Tapi orang yang aku maksudkan tu tak tahulah macam mana.

Bagi aku umur 18 lepas habis saja SPM dan sampai habis study kat U ialah masa untuk enjoy dan habiskan masa remaja aku dengan kebebasan kat luar sana. Aku tak nak terbeban dengan tanggungjawab lain selain daripada tanggungjawab aku sebagi seorang anak dan pelajar IPT. Tempoh nilah aku nak buat apa yang aku nak buat sebelum fikirkan tentang step yang seterusnya iaitu kahwin.

Kalau ikutkan aku sebelum kena hentam dengan mak tadi,aku pernah terfikir nak kahwin masa final year aku kat U. Tapi lepas Shida kamceng dengan mak kenakan aku masa kat wedding tadi tu terus aku ubah fikiran. Aku kekalkan impian aku yang lama. Kerja dan capai pangkat yang tinggi. Lepas tu laksanakan impian aku yang aku dah rancang selama ni. Then baru kahwin. Itu rancangan aku. Tapi kan kalau dah sampai seru nak kahwin,time tu jugaklah aku kahwin. Lagipun kalau lama-lama takut aku terlepas si dia pulak. Karang aku jugak yang frust menonggeng. Haha...

Tak kisahlah pasal kahwin muda atau tak. Yang penting aku capai dulu dreams aku. Bukan capai mimpi tau tapi capai impian. Then lepas terlaksana mana yang patut, kahwinlah dan adakan wedding yang macam aku idam-idamkan.

PrAy 4 Me!

No comments:

Post a Comment