Sunday, February 13, 2011

Wedding Events

Fuh,penat aku sekarang ni.
Seksa betul aku nak tepis kawan-kawan yang sakat aku hari ni. Rasa nak aje hempuk sorang-sorang.Geram betul!
Hari ni aku pergi kenduri kahwin Farah,kawan aku yang kepoh.Ops,termengata pulak.Sorry! Ada aku (of course la kan),Shira, Shida, Izzah, Amirah, Hazirah, Maz, Nina, Yana, Dina,Mat and Izzat. Hah,lagi seorang yang aku lupa nak mention,Acun.Waktu aku nak blah baru dia sampai. Jalan kaki tu,kesian kawan aku ni. Demi kawan dan Nina ehem..ehem..sanggup bersusah payah datang.Tahulah yang dia ni kuat makan. Pantang ada orang jemput datang makan,mesti dia akan datang.
Aku geram dengan Shida masa kat kenduri ni. Sempat dia tangkap pic dengan ada sorang mamat yang tiba-tiba sesat kat tepi aku. Huh,siap kata nak buat komik lagi.Dahlah posing aku masa tu buruk benar.Siaplah korang kepas ni. Aku balas karang. Huhu....evil sudah datang.
Seganlah pulak bila aku sedar yang baju kurung aku terlalu menonjol sangat dalam kalangan kawan-kawan aku yang lain tadi. Hijau plus kuning terang. Siap bling bling lagi tu. Sempat pulak dorang kata baju aku macam baju pengantin. Hahaha...nampak sangat terlalu banyak bling kat baju aku tu. Menyerlah sangat-sangat dah ni. Waktu posing lima orang (Zirah,Izzah,aku,Shida and Shira), aku nampak dalam pic tu macam aku ni pengantin yang diapit oleh kawan-kawan. Dahlah duduk kat tengah-tengah pulak tu. Segan seyh! Bling bling tu memang membuatkan aku terlebih bersinar ditambah sinaran matahari yang terik membakar kulit kitorang semua.
Nasib baiklah yang teman aku pergi kenduri rumah hubby hanyalah Shira dan Shida.Malu aku tadi weyh.Sampai hati hubby! Aku ada kat depan mata dia pun,dia langsung tak perasan langsung! Serius,aku kecil hati tadi tapi aku saja pendam dalam hati. Bila ingat balik aku rasa sedih sangat.Rasa macam menyesal pergi tadi pun ada jugak sikit.Hubby macam nak tak nak aje layan aku dengan kawan-kawan aku.
Aku emo ke?Sorrylah tapi itulah yang aku rasa masa mula-mula sampai tadi.
Shida kata impian aku terlalu tinggi?Dia kata wajah hubby okey bagi dia.Alhamdulillah kalau dia anggap macam tu.So,aku dah dapat restu kawan ke belum lagi?
Tadi pulak kena sakat dengan bakal adik ipar(...kot.Aku pun tak ingat).Dia cam aku.
‘’Oh,macam kenal.’’
Memang kenal pun.Dulukan selalu jumpa kat bazar.Dia sakat aku, aku pulak kenakan dia balik.Dia tiba-tiba tanya,
‘’Hah ni bila pulak?’’
Aku mula-mula blur then...Ni mesti kes tanya majlis aku dengan abang dia pulak.
Aku pun cakaplah balik,’’Tunggulah 10 tahun akan datang.’’Aku saja cakap macam tu atas niat bergurau.
‘’Jangan tak jadi pulak ye.’’
Tersentak aku dibuatnya. Aku saja-saja cakap macam tu tapi dia anggap macam ya pulak. So,aku senyum ajelah. Dah tahu nak jawab apa. At the same time,my hubby datang.Penyelamat keadaan dan kegugupan aku datang jugak akhirnya!
Waktu aku suruh Shida ambil pic kitorang,aku rasa segan sangat kat depan dorang. Ramai jugaklah yang pandang kot tapi aku buat tak tahu ajelah.
Shida siap kata,’’Macam nak pergi dating.’’
Amboi Shida,sedap aje kau sakat aku dengan hubby ye.
Hah,ada satu babak yang Shira dan Shida suka sangat tadi.Seronok korang gelakkan aku eh.
Adalah seorang mak cik ni aka tetamu kenduri kat situ.Masa tu aku tengah posing dengan hubby tengah ready nak tangkap pic.Tiba-tiba,
‘’Ini ke pengantinnya?Asal pengantin lelaki tak pakai cantik-cantik sikit?Pergilah masuk dalam make-up sikit.’’
Aku blur sebelum tersenyum malu.Hubby confirmlah dah malu time tu. Kawan-kawan aku pulak?Awal-awal lagi dah tergelak besar! Oleh sebab tulah dorang gelak sakan masa balik tadi.
Hahahaha.......aku tak sangka pulak akan kena usik sampai tahap macam tu sekali. Ramai pulak yang anggap aku dengan dia akan betul-betul jadi.Adoi,malu aku depan hubby,depan kawan-kawan aku dan depan tetamu kat situ jugak.

Wednesday, February 9, 2011

Next Content

APA YANG BARU?
Hari ni dan semalam ada yang sudi jadi driver aku angkut dari sekolah.Siapa lagi kalau bukan my hubby?Disebabkan cuti sempena tahun baru Cina ni,dia dah kebosanan duduk saja kat rumah dan buat kerja sambilan serta susahkan diri untuk ambil aku dari sekolah yang tak berapa jauh dari rumah aku sendiri.Tak apalah.Lepas ni mungkin dah tak ada peluang sebab dia akan sibuk dengan kerja.Mulai esok dia akan kerja semula walaupun sepatutnya dia start kerja hari Sabtu ni.
Nak tak nak aku kenalah faham kerja dia tu.Andai kata dalam satu hari tu dia tak call,maksudnya dia sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call aku.Hurm...reda dan pasrah ajelah.Makin rindu kat dialah jawabnya nanti.Kesian,hari ni saja satu kotak fail ada kat atas meja dia.Semuanya perlu diselesaikan segera.But luckily,bos dia dah boleh mula kerja lepas accident hari tu.So,maknanya tak adalah dia kena terkejar-kejar siapakan semua kerja.Tak adalah tension sangat macam sebelum tahun baru Cina hari tu,kerja dia kena selesaikan and at the same time kerja bos dia pun kena siapkan jugak.Sabarlah ye hubby.
Hah!Tadi masa balik,aku terserempak dengan Faizza and Atikah.Habislah aku kena attack dan kena gosip esok.Bersedialah untuk diserang.Kah..kah..kah...Segannya tadi oi.Boleh pulak dorang u-turn bila nampak aku dengan hubby.Waktu tu saja je hubby bawak aku balik ikut jalan Nakhoda tapi tak sangka pulak terserempak dengan minah dua orang tu.Masa awal-awal tu aku ada nampak dorang on the way nak ke Taman Jasa Utama.Aku suruh dia jarakkan sikit dari dorang.Alhamdulillah first time tu selamat tapi tak masa kali kedua.Hua...segannya aku.Mana aku nak letak muka ni?SEGAN TAHAP GABAN! Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada jugak tapi tak logiklah sebab nak elakkan kena serang,aku kerugian ilmu.Betul tak?
Lagi satu tadi kawan baik aku nak kenal sangat kat hubby tapi tak kesampaian. Sorry Shira. Nanti aku belanja kau kek tapi guna duit hubby.Nak suruh aku belanja memang angan-angan ajelah.Hahaha....Shira,kau tahu tak,kau ajelah yang tahu banyak rahsia aku selain Izza. Thanks,dear!
Tadi Man call aku.Lamanya kitorang tak saling contact.Kesian kawan aku sorang ni. Tension sangat pasal kerja jugak. Penat aku ceramah kat dia tadi supaya jaga kesihatan,jaga diri,jangan abaikan kesihatan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan kesihatan.Dia tu degil betul.Selalu sangat sakit. Risau aku dibuatnya. Rupanya dia ada satu kelemahan sama macam hubby.Hahahaha.....adoyai. Pening betullah dengan dorang ni. Kasi aku nak tergelak aje.Nak tahu apa?Biarlah rahsia....Rindu pulak dengan kawan aku seorang ni. Last time jumpa masa bulan puasa tahun lepaslah.Dah setengah tahun tak jumpa dia ni. Nak tanya khabar pun rasanya sebulan sekali.Dia aje yang asyik contact aku. Aku pulak? Nak jimat kredit punya pasal sanggup tunggu dia aje yang call aku.Nak buat macam mana?Aku student lagi,tak ada duit nak selalu top up.Hehehe.....Sorry,Man.After this I’ll always contact you.
Hmmm......erm.....perkembangan hidup aku sekarang?Nothing interesting by now,I guess.Masih lagi sebagai kehidupan seorang pelajar yang sentiasa ditemani kerja rumah,cikgu-cikgu,sekolah dan keluarga. Cuma aku nak cerita sikit masa aku pergi Kuang sebab wedding kakak sepupu aku. Kat sana aku rapat dengan seorang sepupu lelaki. Nak tahu tak,baru hari tu aku tahu yang rupanya dia ni saudara rapat aku sebelah mak. Selama ni tak sedar langsung pun. Mungkin sebelum ni ada terserempak kat mana-mana tapi tak tahu pulak hubungan kitorang sebagai sepupu. Itulah padahnya kalau aku tak ambil peduli sangat dengan saudara-mara aku yang rupa-rupanya ramai jugak ni.Dia mula tegur aku masa aku tengah buat latihan Chemistry.Actually aku angkut buku pergi sekali sebab sebelum ni aku tak buat langsung.Baru hari tu terkocoh-kocoh sumbat buku dalam beg. Masa tengah pening cari jawapanlah dia datang tegur.
‘’Buat Chemist eh?’’
‘’Hah?’’Aku menoleh.Siapa dia ni?Aku kenal ke?
‘’Minat Chemist ke?’’
‘’Tak adalah minat sangat.Terpaksa buat.’’Kalau cikgu Chemistry dengar mesti dah jeling-jeling aku masa ni.
Start dari situlah kitorang borak panjang pasal sekolah,pasal study, pasal pengalaman dia pergi program PLKN dan macam-macam lagilah. Baru aku tahu dia tu lepasan SPM dan tengah tunggu result keluar. Syok sangat berbual itu ni. Dia cakaplah yang kat sekolah dia hebat dalam bola sepak. Ingat dia nak promote nama sekolah dia. Tapi bila masuk rumah(aku menginap kat rumah pengantin aka rumah dia jugak.Dia ni adik kepada pengantin aka kakak sepupu aku),aku usharlah frame yang melambak kat sebelah rak tv.Jeng...jeng...jeng...rupanya dia pemain bola sepak masa kat sekolah dia.No wonder la dia siap promote team bola sepak SMK Bukit Gading.
Memang best dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan sepupu sendiri.Tak adalah menyesal sangat aku follow mak aku pergi kat Kuang. Okey,menyesallah sikit sebab masa mula-mula tu aku memang rancang tak nak pergi tapi nak tak nak aku kena jugak ikut sekali.Takkan nak tinggal kat rumah seroarng diri?Tak mau ah. Kat sana aku bukannya buat apa pun selain lepak kat dalam rumah and tengok tv je.Bosan.Kalau kat rumah,boleh aku online ke,nak tertonggeng ke,nak membuta ke kan...Baru syok gitu.But nice to meet you la my cousin!

Thursday, February 3, 2011

3 Feb

Hari ni aku dating lagi dengan dia!Yeay!!
Bayangkanlah dah sebulan tak keluar sama sebab masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan hal sekolah dan dia pulak dengan hal kerja dia yang tak pernah kurang tu. Jadinya,sebulanlah kitorang tak berjumpa. Okey,kecuali kat pasar malam minggu lepas.Itu pun tak sampai 5 minit.Just say hye and bye.Just like that.
Kesian,kan?Rindu sangat kat dia sepanjang waktu tu.Hampir setiap malam,sebelum tidur,mesti aku bayangkan dia.(Huh,penyakit angau dan rindu sudah mari ni!)
Tapi alhamdulillah,hari ni dapat jugak keluar sama.Macam-macam yang kitorang cerita.Pasal kerja dia,pasal sekolah aku,pasal keluarga and...erm..aku dah tak ingat sangat dah.Lupalah pulak. (Saja buat-buat lupa.Malas nak cerita semuanya kat sini.) Pasal kitorang dating pun aku tak nak sentuh kat sini.Peribadi,kan?
Ehem...untuk cuba tackle hati mak dan adik aku,dengan rasa bangganya dia belanja satu keluarga aku makan KFC. Adik aku dapat kek lagi. Tu pun dia dah lama mintak. Cuma sekarang dia boleh bagi sebab sibuk sangat dengan kerja.Asyik terkejar sana,terkejar sini,kejap ke Perlis, kejap ke Pahang,kejap ke Johor, so busy sangat. Time tahun baru cina ni baru dia cuti,minggu depan baru masuk kerja semula.
Dia kata lepas tahun baru cina ni dia akan jadi makin busy sebab banyak projek kena handle memandangkan bos dia belum lagi keluar wad lepas accident hari tu.Nak buat macam mana? Kenalah biasakan diri andai kata dalam sehari tu hanya sekali je dia call berbanding sebelum ni yang ratio 5 call satu hari. Aku sebagai girlfriend dia kenalah faham situasi semasa.Kena memahami dan bertindak rasional.Kalau dia tak call satu hari tu maksudnya dia sibuk dan aku tak bolehlah fikir yang dia cari perempuan lain.Minta-mintalah jauh sekali semua tu muncul dalam benak aku.
Hajat mak nak makan KFC dah terlaksana.Keinginan adik nak makan kek pun dah tertunai.So,dengan senang hatinya family aku makin suka kat dia.Siap mak kata tadi,
‘’Bakal menantu belanja.’’
Hui,segan habis!Malu aku.
Ceh,macam aku pulak yang mak maksudkan tu.
Tak apa.Itu satu kenyataan dan bukan rekaan semata-mata.
Satu lagi reaksi positif dari family member aku buat masa ni.Adik aku pulak tak habis-habis cakap terima kasih kat dia sebab belanja dia makan semua tu.Ala,mungkin pada hubby, apalah sangat keluar sikit bajet demi kebahagiaan masa depan.Hehe.....
Aku happy bila family aku tak ada masalah dengan dia.At least tak adalah istilah hubungan terhalang,kan?Haha........Gurau je.

Kalau rasa pasal kes dating pun nak mention kat sini rasa menyampah nak baca dan membosankan,sorrylah ye.This is my blog so suka hati aku nak celoteh apa-apa pun kat sini.