Thursday, September 29, 2011

Geram Giler........!!

29 September
Hari ni dah masuk dua kali aku buat satu penungguan yang sia-sia,yang langsung tak berbaloi dan hanya menyakitkan hati aku. Sabar ajelah aku dengan situasi ni. Tapi kalau diikutkan tak ada maknanya aku nak sabar. Mahu orang tu kena maki,sumpaah seranah dengan aku. Geram la wei!
Cuba bayangkan yang korang kena tunggu seorang lelaki yang dah berjannji dari awal nak jumpa. Tunggu punya tunggu masih tak datang-datang jugak. Okey 20 minit lewat mungkin boleh dipertimbangkan tapi kalau dah masuk dua jam menunggu apa kejadahnya? Then lepas 2 jam tunggu korang call. Boleh pulak dia jawab,’’Kejap eh awak. Saya baru nak tukar baju.’’ Apa yang korang rasa bila hadapi situasi yang macam aku alami ni? Marah? Geram? Nak maki? Nak belasah sampai masuk ICU? Nak tibai sampai mamat tu tinggal separuh nyawa? Korang fikirkanlah cara yang sesuai nak balas balik apa yang mamat tu dah buat.
Bagi aku lelaki yang sanggup membuatkan perempuan menunggu dorang demi satu alasan yang remah-temeh macam tu memang tak gentle langsung. Menyusahkan kaum perempuan aje. Ambil kesempatan kat perempuan aje. Kalau bukan sebab mamat tu sendiri yang kata nak jumpa,tak ada maknanya nak buang masa dan menunggu bagi sesuatu yang tak berguna. Hisy,aku hangin betullah bila ingat pasal mamat tu. Aku rasa macam nak bantai aje mamat tu sampai tinggal nyawa-nyawa ikan. Biarlah dia masuk ICU sekali pun aku peduli apa. Aku tak akan peduli terhadap orang yang tak pedulikan perasaan aku.
Kalaulah lelaki tu ‘si dia’, tak ada maknanya aku akan tunggu sekian lama macam tu. Senang cerita aku hantar mesej macam ni, ‘’Lewat 5 minit. Kita cancel.’’ Tu aje ayat aku. Nak tak nak ikut cakap aku.
Hisy!!!! Mamat tu sengal betullah. Kalau aku dapat jumpa dia lain kali,aku sound dia habis-habisan. Lantaklah nak label aku sebagai perempuan mulut lancang. Siapa suruh dia buat kitorang tunggu kat kedai mamak tu selama 2 jam tapi tak jugak muncul-muncul? Kalau dia tak buat macam tu, tak ada sebab aku nak sound dia. Kenapalah wujud jugak lelaki macam tu kat dalam dunia ni?

Siap kau,jumpa nanti aku cilikan mulut kau,belasah kau,sepak kaki kau,hempuk kau dengan helmet motor kesayangan kau tu.(Fulamak,macam mafia beb!). Biar kau tahu kesakitan akibat bersikap macam tu terhadap perempuan.


So for boys at the outside,please care about your attitude towards girls. Nak kena label buruk oleh perempuan senang saja. Dan girls yang kena macam situasi aku,berhati-hati dengan lelaki yang macam ni.

p/s: ehem...kalau ada yang terasa hati,yang ambik hati pasal ni,sori tau..... bukan nak mengutuk tapi aku nak lepaskan rasa tak puas hati plus geram plus marah aku aje. Aku tengah hangin satu badan sekarang ni so segala yang aku tulis mungkin ikut suka hati emosi aku je.

Monday, September 26, 2011

Regret A Lot

26 September
Hurm,nampaknya tekad aku nak always update blog macam susah aje nak penuhi. Macam-macam dugaan,halangan dan masalah yang melanda bila aku dah tekad nak buat something. Hisy,geram tahap nak meletup ni.
Hari ni,petang 26 September,05:15 p.m. ni aku nak mengadu sesuatu. Something yang tak sepatutnya aku lakukan. Menyesal tak sudah aku sekarang ni.
Tadi sebelum aku balik sekolah,aku macam biasalah lepak dengan kawan-kawan. Ada Dina,Zirah and Izza. Borak punya borak bagai nak rak,entah macam mana Zirah boleh tanya pasal lelaki itu. Ya,lelaki yang pernah menjadi warna dalam kehidupan aku suatu masa dulu. Pasal dia sekarang,kerja dia dan banyak lagilah. Aku jawab selagi aku boleh jawab dan selagi aku ingat. Rasanya dah lama jugak aku tak bukak kisah pasal lelaki itu.
Dina ada kata yang dia pernah ternampak lelaki itu kat depan rumah lelaki itu. Masa tu Dina nak pergi kedai kat kawasan rumah Izza sebab nak cari ikan. Dan mungkin dah ditakdirkan Dina terjumpa lelaki itu. Aku pulak macam-macam aku tanya Dina pasal tu. Then satu perkara yang terlintas di kepala aku time tu. Aku terus tanya Dina.
‘’Gila tak kalau aku call dia?’’
Dina terus menggeleng.’’Hisy,nak buat apa? Lebih baik janganlah.’’ Dina membangkang idea gila aku tu.
‘’Betul jugakkan. Nak buat apa?’’ Aku menyoal diri aku semula. Huisy,aku rasa otak aku tengah sengal sangat time ni.
Untuk apa aku call dia? Atas sebab apa aku nak call dia? Soalan tu bermain dalam kepala aku.
‘’Kau tak contact dia lagi ke?’’ Then Zirah tanya aku.
‘’Tak.’’
‘’Korang lepas putus tu tak terfikir nak jadi kawan ke?’’ Zirah soal aku lagi.
‘’Memang kitorang kawan tapi setakat kawan biasa. Kawan tapi tak berhubung. Lagi pun kalau kerap berhubung nanti takut benda lain pulak jadi.’’
‘’Hah?’’
‘’Manalah tahu nanti aku jatuh hati kat dia balik. Aku tak nak macam tu. Macam yang Man kata aku ni mudah sangat cair. Karang kalau aku tergoda semula dengan dia satu hal la pulak.’’
Pandai pun aku kata macam tu padahal baru tadi aku terfikir nak call lelaki itu atas reason yang tak jelas. Peninglah kepala aku.
Sampai saja rumah,aku terus chech phone macam biasa. Ada satu mesej dari nombor asing yang aku tak pernah kenal.
-slam cht ke,ni no zla taw smkad lme kne blok
Aku tanya adik aku. Ni kawan dia ke tapi dia kata tak. Aku pun pelik. Habis ni nombor siapa pulak? Zila mana pulak ni? Sebab malas nak fikir so aku pergi toilet jap,campak baju sekolah. Bila datang kat adik aku balik,dia kata macam ni...
‘’Kau tak rasa ke ni Zila kawan si hubby tu?’’
Ha?! Aku tersentak. Betul jugak,kan? Aku tak pernah terfikir pun pasal tu. Sumpah aku memang dah lupa dengan sepupu lelaki itu. Zila,tua dua tahun dari aku rasanya. So,untuk dapatkan kepastian,aku reply la.
-sori lmbt rply.zila mne erk?
-sepupu abg thr
Alamak memang sah dah! Punyalah lama aku tak dengar khabar dia padahal masa aku couple dengan lelaki itu dulu,Kak Zila nilah yang banyak tahu pasal kitorang,yang selalu tanya khabar aku,yang pernah doakan aku dengan lelaki itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Then dia balas,
-cory la dh lme xmsj,smlm umh abg thr wt opn house ad dtg ke
Erk!! Macam nak tercekik aku dibuatnya. Persoalan yang menerjah minda aku masa tu,
-dia masih tak tahu lagi ke yang aku dengan abang sepupu dia tu dah tak ada apa-apa hubungan?
-macam mana nak jelaskan kat dia yang aku tak pergi rumah lelaki itu sebab aku bukannya sesiapa lagi pada abang sepupu dia tu?
-adakah dia kecewa kalau aku cakap aku dah putus dengan lelaki itu sebab sebelum ni dia yang beria-beria doakan aku ada jodoh dengan lelaki itu?
-argh,macam mana nak jawab semua soalan kat atas tu?!!!
So aku reply dan kata tak pergi sebab ada hal sikit. Kitorang mesej macam biasa. Anggap macam tak ada apa-apa berlaku. Lepas tu dia tanya aku ada call lelaki itu atau tak.
Satu lagi soalan yang menjerat perasaan aku. Ya ALLAH,terseksanya aku nak jawab nak soalan tu. Bercelaru otak aku. Kalau orang lain balas mesej dalam keadaan yang tenang tapi aku pulak yang sebaliknya. Aku tak boleh nak duduk diam. Aku ke dapur,then ke luar rumah lepas tu masuk balik dalam bilik. Menghadap cermin sambil pandang muka sendiri dengan sejuta penyesalan di hati.
Dan entah apa yang membuatkan aku terdetik nak call dia. Aku gagahkan diri dan contact number phone dia. Dari suara masa cakap dengan aku,dia kedengaran tak sudi aje nak angkat call aku. Tak apa. Aku cuma nak tahu dia ada tak bagitahu Kak Zila pasal status hubungan kitorang. Lepas tahu mana yang patut aku tahu,aku terus letak. Buat apa cakap dengan lelaki itu lama-lama kalau lelaki itu sendiri cakap dengan aku diiringi nada yang tak ikhlas. Aku tak tahu lelaki itu ikhlas ke tak tapi kedengaran macam nak aku cepat-cepat tutup call. Okey fine! Aku segerakan perbualan dan off terus.
Lepas aje aku offkan call,aku diterjah rasa menyesal sangat. Aku rasa nak menjerit. Aku bersalah pada si dia. Si dia tak mungkin berharap aku dan lelaki itu saling berhubung. Aku tahu. Sekalipun dia tak cakap,tapi aku tahu lelaki akan cepat jealous. So aku hantar satu mesej dengan harapan dia akan call aku dan redakan perasaan aku tapi phone dia off pulak. Tak apa. Walaupun aku bagai nak gila tanggung rasa menyesal ni sorang-sorang,aku still buat tak tahu. Aku balas mesej Kak Zila,aku sempat panaskan mihun then makan sambil menghadap drama My Fair Lady.
Kalau diikutkan keadaan aku sebenar,aku tak lalu nak makan dan ketawa sambil tengok tv. Tapi demi hilangkan tumpuan aku waktu tu,aku terpaksa memaksa diri lakukan semua tu. Korang mesti pening dengan ayat aku,kan? Aku pun tengah pening jugak sebenarnya. Sebab tulah ayat pun jadi gaya bahasa yang melampau.
Aku sangat menyesal sekarang!!!

Wednesday, September 21, 2011

Want To read It?

Semua yang aku postkan kat sini sebenarnya cerita yang dah lama. Cerita yang dah basi bak orang kata. Tapi aku tetap nak letak jugak kat sini memandangkan dah lama aku tak update blog. Ni sebab ada seribu satu masalah yang melanda sampai menghalang niat aku nak postkan semua cerita yang dah lapuk ni.
Terpulang nak baca atau tak sebab aku sendiri pun tak tahu orang lain akan baca atau tak hikayat merapu aku dalam ni selama ni. Ada ke? Ada kot tapi tak ramailah sebab aku ni bukannya blogger yang aktif dan hebat. Cerita aku tak hot. Cerita aku simple. Bahasa aku skema. Ayat aku tunggang langgang. Aduh,sakit pulak jantung aku yang berdegup ni bila kutuk diri sendiri.
Semua yang aku postkan ni ialah cerita sepanjang tiga bulan yang lalu. Lama kan tiga bulan tu? Mestilah lama. Macam-macam perkara yang terjadi dalam hidup aku sepanjang tempoh ni. Harap sesiapa yang membaca tak rasa bosan atau menyampah dengan catatan aku ni. Tapi mana yang tak bagus boleh dikomen untuk aku perbaiki. Tolong eh.... Masyeh anyak-anyak au!

September - bulan raya

2 September
Hari ni aku just pergi rumah Izza semata-mata nak habiskan tengok cerita Dinasour. Haha...macam lawak aje pergi rumah orang semata-mata nak tengok cerita.
Tapi tak jugak sebenarnya. Plan kitorang nak pergi lepak Qudrat. Sebulan beb tak pergi lepak kat sana. Kat Bistro pulak,aku tak ingat berapa lama. Kali terakhir pergi masa dah nak puasa lepas main badminton ramai-ramai. Tu kot yang paling last sebelum ni. Lepas tu dah tak pergi dah memandangkan puasa selama sebulan. Sampai dah naik rindu annei tu kat kitorang. Haha....bikin lawak. Pengunjung setia la katakan. Sampai pekerja kat sana dah boleh cam muka kitorang bertiga ni. Adoyai..tak pernah rasa dirindui oleh annei yang kerja kat restoran mamak. Mau aku tergelak terguling-guling kalau fikir betul-betul benda ni.
Annei rindu kat kitorang yang jadi pengunjung setia restoran tu? Hahahahahaha...... sakit la wei perut aku nak tergelak. Rasa naik kejang pulak muscle kat perut aku. Hak...hak....hak....
Lepas bedal makanan kat sana,aku rasa senak pulak. Mana taknya. Makan sampai kenyang beb. Nasib baiklah si Dina ni tak pesan lagi satu mangkuk makanan. Kalau tak aku tak tahulah nak jawab apa. Badan aje kecik tapi selera besar. Kalau diteruskan jugak niat dia tadi tu,mahu tak berganjak dia dari situ sebab kekenyangan. Ada-ada sajalah kawan aku ni. Sesedap rasa pulak aku kutuk kawan aku ni padahal baru aje raya dan saling maaf bermaafan. Dah tambah catatan kat bahu kiri aku. Astaghfirullah hal azim. Isy..isy...isy...
Hehe... Nanti minta maaf balik lar.
Hurm...lelaki itu call aku malam ni. Dia kata dia baru aje lepas balik England. Kerja katanya. Time orang tengah raya pun masih boleh utamakan kerja. Eh jap..jap..lantak dialah kalau nak kerja time raya atau puasa sekali pun. Bukan aku yang bagi dia gaji la wei. Tersentak jugak sebenarnya aku masa terima panggilan dia. Satu perkara yang aku sendiri tak faham. Kenapa aku pergi angkat call dia dan offkan mode black list? Yalah,sebelum ni aku dah black listkan nombor dia tapi malam raya tu aku offkan mode tu dengan alasan takut dia call aku nak mintak maaf. Sampai sekarang aku tak edit lagi nombor dia masuk dalam black list semula. Aku tak fahamlah dengan diri aku sendiri! Aku rasa macam dah sengal plus bengong. Adik aku pun persoalkan kenapa angkat call dia?
Boleh pulak sekarang aku biarkan phone aku dengan mode biasa,maksudnya off mode black list.
Tadi saja borak dengan dia. Aku berbual dengan suara gembira. Aku bukan berlakon tapi aku memang bahagia. At the same time aku nak tunjuk yang aku memang tengah berbahagia dengan pilihan aku. Aku cerita pasal raya,pasal aku sakit. Aku dah tak ingat apa yang aku borakkan dengan dia.
3 September
Hari ni hari Sabtu. Aku pergi Gombak Prima. Saja jalan-jalan then pergi ke Pustaka Rakyat cari buku dengan Izza,Dina and adik dia. Lpeas tu pergi pulak makan kat McD. Akhirnya keinginan aku nak makan Oreo McFlurry tercapai jugak. Sebulan aku tahan nafsu yang memang teringin sangat makan ais krim tu. Hua..hua..hua...lama beb sebulan. Last-last dapat jugak bedal. Punyalah nikmat aku makan sampai dorang nak merasa tak kesampaian sebab aku dah kasi licin dulu. Alahai,kesian kawan aku. Kalau dengan aku ni kena faham-fahamlah. Apa yang aku nak biasanya tak sempat orang lain nak merasa. Apa punya kawanlah aku ni.
Tak cukup dengan makan burger kat McD,si Dina ni ajak makan kat Qudrat pulak semata-mata nak puaskan keinginan dia nak melantak sup ekor. Mak ai,dahsyat jugak kawan aku ni. Kuat betul selera dia tapi yang buat aku geram badan dia still maintain aje. Tapi pipi sikit pun tak. Makin berisi adalah. Hehe...sedap pulak ‘anyam ketupat’ kat sini.

6 September
Hari ni first day trial tapi aku dah buat kesilapan. Huargh....rasa macam nak menjerit aje. Dahlah kertas BM pulak tu. Subjek Bahasa Melayu kertas 2 pulak tu. Cikgu baru pesan semalam tapi hari ni aku dah buat silap. Ni kes cuai sampai tak baca soalan la. Aku tak baca soalan masa kat part peribahasa tu. Aku ingatkan cari maksud macam biasa tapi salah. Kena cari peribahasa yang sama maksud dengan yang diberi. sob..sob..sob... Aku sedih sangat. Percubaan ni sepatutnya aku buat betul-betul tapi tadi aje dah cuai. Careless mistake bak kata orang putih. Adoyai.
Tak apa. Kertas lain masih ada. Tak boleh cuai lain kali. Hurm,esok pulak BI. Aku tak tahu nak hadapinya macam mana. Dahlah BI aku cukup-cukup makan aje selama ni. Writing teruk sangat. Ulangkaji malas pulak tu. Vocabulary ciput aje dalam otak aku ni. Haisy,macam mana nak kerja di syarikat antarabangsa kalau inilah jadinya? Kena usaha dari sekarang. Tapi masalahnya aku tak reti nak ulangkaji BI ni. Kena menulis aje sebagai latih tubi. Dahlah aku ni malas bab nak menulis esei bahasa Inggeris ni.
Jangan kata BI aje,semua subjek aku tak habis study lagi. Inikah calon SPM tahun ni? Alahai,sedihnya aku. Baru sekarang rasa menyesal sebab tak study dari awal. Masa sakit dulu asyik main game sampai tak ingat dunia. Sekarang barulah nak bukak segala buku,kitab bagai.

September

1 September
Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia berhari raya. Kalau kat Indonesia pulak baru hari kedua sebab dorang lewat sehari daripada kita. Eh jap,bukan nak cerita pasal nilah. Aku nak utarakan cerita lain.
Hari ni aku beraya dengan kawan-kawan aku. Ada aku(of coz la ada aku), Dina,Izza, Hosnul, Yana dengan adik dia. Kira ada 6 orang kesemuanya. Mula-mula tunggu kat bus stop depan sekolah. Lepas semua berkumpul,baru gerak sama-sama lebih kurang dalam pukul 11 gitu. Lewatlah jugak bagi aku jenis yang mementingkan masa ni. Hehe...
Rumah pertama yang kena terjah ialah rumah Shira. Kat sini makan nasi dagang. Dorang jelah. Aku makan nasi impit cecah kuah kacang. Hehe... Aku kira special sikit sebab selera aku lain daripada dorang semua. Hak..hak..hak.. Banyaklah jugak yang dibualkan kat sini. Heboh betul. Then ingat nak pergi rumah Suha tapi dia dengan family dia dah keluarlah pulak. Kalau nak pergi jugak rumah dia,kena pergi lepas pukul 2. Mak ai,lama lagi tu. So tak apalah. Kitorang pergi rumah Izza pulak. Err,perlu ke aku mention semua menu yang aku makan kat sini? Cam segan la. Tak apalah,tak nak cerita kecuali kalau perlu.
Kat sini,masing-masing tengah syok layan cerita Dinasour yang ada kat TV2. Syok punya pasal sampai susah nak berganjak. Kalau bukan disebabkan ada lagi rumah yang nak diterjah,aku rasa dah lama aku duduk kat situ layan cerita tu sampai habis. Hehe... tak patutlah aku ni. Buat rumah orang macam rumah sendiri. Isk..isk..isk..tak patut..tak patut.
Then rumah aku pulak. Hehe..aku tak hidang apa-apa pun. Setakat kuih dengan air aje. Nak hidang apa lagi. Kalau aku hidang pun macamlah larat nak sumbat masuk dalam perut. Then pergi rumah Hosnul lepas ushar rumah Mat. Mula-mula ingatkan tak ada orang tapi rupanya ada kat dalam rumah. Buang karan aku ajelah tunggu kat tengah panas terik tengah hari time tu. Nasib baik kat rumah Hosnul sejuk sikit rasa sebab makanan dia sedap. Hehe....dorang aje yang makan. Aku kena jaga makan. Tak bolehlah nak sumbat semua. Nanti bertambah berat badan.
Lepas tu pergi rumah Farah,yang senasib dengan aku kena demam campak tapi dia lebih awal dari aku. Izza tak ikut sebab kena tahan kat rumah mertua dia. huhu... ada pulak yang kena stay dengan mak mertua time beraya ni. So the conclusion,dia tak follow pergi rumah Farah dengan rumah Dina. Kesian Farah. Kecik hati dia bila kawan baik sendiri tak datang rumah dia. alahai.....
Kat rumah Dina pulak aku cuma bantai air dengan kuih aje. Aku dah tak larat nak makan sebab kat rumah Farah aku dah makan lontong sepinggan. Rasa mengantuk aje time kat sini. Sikit aje lagi aku nak terlelap sebab penat punya pasal. Sampai rumah kaki aku dah sakit. Tulah natijahnya pakai high heel. Kalau kasut yang setakat heel seinci tak apa lagi tapi aku punya tiga inci setengah. Haha....tinggi tu. Macam nak cover ketinggian sebenar. Uhuks...tak apalah. Lagi pun apa salahnya aku bergaya macam tu sekali sekala.

End Of August

28 Ogos
Hurm,raya tinggal berapa hari je lagi. Orang lain tak sabar nak raya,sama jugak macam aku tapi masalahnya aku segan nak sambut raya kali ni. Yalah,dengan keadaan aku yang sakit ni macam manalah nak sambut raya macam orang lain. Dahlah muka dan badan penuh dengan luka sedab demam campak yang aku lalui. Hisy,tension beb!
Raya tahun ni aku boleh dikatakan paling mewah sebab semua yang aku nak ada depan mata,dah sediakan. Kasut raya ada 4 pasang(kalau sebelum ni sepasang aje),baju ada banyak pasang(tak kira lagi ada berapa pasang baju kurung dalam almari aku),make up lengkap satu set(sebelum ni mana pernah sediakan make up macam tahun ni). Tapi nampaknya semua tu hanya perhiasan semata-mata sebab aku tak dapat nak gayakan semua tu untuk raya kali ni. Sedihnya!!!!! Sob...sob..sob...(alamak menangis pulak. Makruh puasa hehe...)
Raya dak nak dekat. Trial lagilah dah nak dekat. Aduhai,makin tensionlah aku jawabnya. Raya dengan buku ajelah. Pergi mana-mana kena usung buku dan belajar. Bila fikir pasal trial,aku rasa gerun sangat. Dahlah tak prepare apa-apa lagi. Study pun tak,ulang kaji pun tak,buat kerja sekolah pun belum lagi. Apalah nak jadi dengan aku ni? Makin dewasa ni makin teruk perangai. Macam mana nak belikan mak sebuah banglo tiga tingkat yang ada swimming pool kat dalamnya? Hurm,jangan kata rumah,kereta Honda Acord macam mana nak angkut? Aduyai,gila teruklah aku punya perangai. Alamak,aku guna inversi yang melampau ke sampai aku sendiri pening dengan ayat aku?

29 Ogos
Sedar tak sedar esok dah nak raya. Ini bermaksud hari ni last umat Islam berpuasa bagi tahun ni. Gila sedih bila tahu hari ni last puasa. Sob..sob..sob..
Mesti ramai yang dah buat persiapan nak raya. Yang dah balik kampung pun mesti dah buat preparation raya. Dengan nak buat ketupatnya,rendang lagi,lemang pulak,kuih raya jangan cerita berapa jenis akan terhidang kat atas meja. Syoknyalah tengok orang lain buat persediaan nak menyambut raya. Aku aje yang kesedihan. Raya ni aku tak dapat nak sambut dengan penuh gembira dan meriah memandangkan situasi aku macam ni. Yalah dengan muka sakitnya lepas tu kena bersedia untuk trial yang akan diambil lepas cuti raya ni. Yay..yay..yay..kita raya dengan buku. Sob..sob..sob...lagi sekali aku makin sedih.
Aku sebenarnya jealuos dengan orang yang dapat balik beraya kat kampung. Yalah,aku nikan setiap tahun mesti beraya kat KL aje. Hanya sekali aje aku beraya kat kampung tapi itu pun 10 tahun yang lalu. Bayangkan lama ke tidak jangka masa 10 tahun tu. Itulah kali terakhir aku beraya kat kampung aku yang sebenar yang terletak di Indonesia. Jauh tu. Kos nak balik sana kalau angkut satu family paling kurang pun habis 10 ribu. Mak ai,10 ribu? Banyak betul kos yang diperlukan untuk balik kampung aku tu. Lagilah kesian kat aku. Mana nak angkut duit banyak tu sebab nak balik kampung? Huk..huk..huk. Rasanya duit sebanyak tu dah boleh nak buat majlis pernikahan aku. Nikah dan tak termasuk kenduri,majlis resepsi dan bersanding. Fulamak,macam rancang nak nikah dengan artis aje. Punyalah mahal kosnya. Eh,kejap! Kenapa pulak masuk isu pasal nak kahwin?
Kalau diberi kesempatan,aku nak beraya kat kampung pulak. Nak tahu macam mana kemeriahannya sambut raya di kampung. Aku mula berangan ni. Insya-ALLAH, aku nak sambut raya dengan si dia kat kampung dia. Tapi masalahnya kat Kelantan. Jauh tu. Lagi satu masalah sebab aku tak pandai nak kecek Kelate. Hehe....kelakar agaknya kalau aku cakap dialek Kelantan. Yalah,lidah budak Kl tetiba nak cakap dialek Kelantan mesti tak biasa.
30 Ogos
Yay! Yay! Yay!
Hari ni dah raya. Akhirnya lepas sebulan umat Islam berpuasa,dapat jugak kita meraikan kemenangan kali ni dengan gembiranya.
Haisy...sedih aku bila fikir hari ni hari raya.
Huhu...kenapa nak sedih pulak? Bukan ke sepatutnya gembira?
Yalah sedih sebab bila raya,bulan puasa maksudnya dah tamat. Nak kena tunggu tahun depan pulak,insya-Allah kalau panjang umur dan diberi kesempatan untuk sambut ramadan tahun seterusnya. Sedih jugak sebab dah raya maksudnya trial hampir tiba. Kalau dah enjoy sakan raya ni, nak baca bukunya bila masa pulak? Cuba tengok kat tv,ada macam-macam cerita best. Rasanya satu hari ni boleh duduk menghadap tv semata-mata sehari suntuk ni. Tak caya? Cuba trylah. Satu lagi sebab aku sedih raya ni sebabnya syahdu gila bila dengar takbir bergema. Rasa macam nak menangis setiap kali dengar suara takbir tak kisahlah dari tv ke radio ke atau pun dari masjid dengan rumah aku ni, aku memang tetap rasa syahdu plus sedih plus air hundred plus untuk tetamu nanti....eh apa aku merepek ni? Ah,tak kisahlah aku merapu atau tak, yang penting aku sedih sangat raya tahun ni.
Hah,lagi satu sebab yang tak boleh diketepikan untuk raya kali ni. Aku sakit. Huk..huk..huk.. Gila sedih beb. Dengan muka yang hodoh ni...eh kejap...terlalu kejam bunyinya...dengan muka yang berparut lepas kena chicken pox ni feel and spirit nak raya tak ada dalam hati aku. Zero! Sedihnya la.....
Aku tak peduli,lepas sembuh aje aku nak pakai semua produk kecantikan untuk repair balik tekstur kulit muka aku dan badan aku ni. Walaupun terpaksa berbelanja mahal,aku tak kisah janji aku dapat rupa aku yang asal. Setiap kali tengok cermin,rasa nak menangis aje. Aku ni dah macam hulk pulak. Dahlah hodoh...eh silap...dahlah dah tak cantik macam dulu...eh...dulu aku cantik ke? Ah,tak kisahlah cantik ke tak janji cute. Hehe.....perasan bhai ! Aku nak jadi cantik! Yup,itu tekad aku sekarang. Hehe..dan jugak jangan lupa trial. Mesti skor habis untuk exam kali ni. Sasaran aku rumah banglo sebuah,kereta Renault sebijik,baju satu kabinet besar. Haha.....(evil laugh). This is my point now. My target. My objective. Yargh! Ganbatte ne! Jia you100x!
Lagi satu objektif yang perlu dicapai,kurangkan berat badan. Eh silap lagi...kurangkan makan raya ni. Aku nak jaga kesihatan. Kalau raya sebelum ni,pantang ada makanan sedap mesti semua aku nak tibai sampai habis. Sengal aje,kan?
Bosan pulak raya ni. Aku tak pergi mana-mana pun hari ni. Duduk rumah sorang-sorang tunggu orang datang sampai aku terlelap. Mengantuk sebab kebosanan tahap maksimum. Entahlah,mood nak raya macam dah hilang bila tengok keadaan aku sekarang ni. Memanglah nampak macam okey,tapi tak bagi aku. Aku segan nak keluar dengan muka macam ni. Nak beraya dan tunjuk muka yang penuh berparut. Eei...serupa hulk beb. Berapa kali aku mention perkataan hulk kat sini? Aku tak ingatlah pulak. Bunyi macam frust menonggeng tahap tak hengat la wei.
31 Ogos
Hari ni aku pergi raya kat rumah saudara aku kat Ampang. Lepas beraya kat rumah mak cik aku and sepupu aku tu,aku dengan family aku pergi pulak KLCC. Saja nak bawak adik aku yang paling kecil sekali tu jalan-jalan kat taman tu. Tapi masalahnya bila dah sampai aje,aku buakn main terkejut lagi. Orang gila ramai macam semut. Memang nampak meriah sebab ramai orang tapi masalah lagi satu orang yang ramai-ramai tu kebanyakannya bukan orang tempatan. Faham maksud aku?
Tak faham?
Aku jamin, 99% pengunjung yang datang kat KLCC tu semuanya orang asing. Okey,sekarang kita tolak pelancong asing @ visitors from over seas dan penduduk tempatan, semua yang ada kat situ ialah orang asing. Dari Indon ada,Bangla pun ada,Myammar plus Vietnam pun ada jugak. Senang citer,macam-macam ada. Mentang-mentang orang KL semua balik kampung,sekarang orang asing ni pulak yang conquer seluruh KL. Kat tempat rekreasi,pusat beli belah, hurm...dalam bas pun semuanya dipenuhi oleh golongan yanag sedemikian. Haisy, rasa macam aku ni bukan ada kat Malaysia tapi kat tempat orang asing. Benci gila la aku bila tengok muka-muka dorang semua. Dahlah muka-muka dorang yang memenuhi semua tempat dan sekarang dorang buat macam tempat tu dorang yang punya. Agak-agaklah berapa juta orang asing yang ada kat Malaysia ni? Tak reti nak duduk dalam negara sendiri ke? Tension aku! Dahlah malas nak cerita pasal benda yang tak best ni.

OGOS

23 ogos
Today was a terrible day I’d ever had. Tak pasal-pasal aku kena demam campak atau lebih popular orang putih panggil,chicken pox. Adoyai,tak pernah-pernah aku sakit tapi tiba-tiba kena pulak penyakit yang teruk macam ni. Sakit gila badan aku. Badan dah penuh dengan tompok warna merah dan berair. Sungguh aku menderitttaaaaaaa saaaaangaaaaat sekarang. Langsung tak boleh nak tidur walaupun mengantuk gila. Aku tak boleh nak tidur walaupun 5 minit sebab menderita sangat!!!
Hurm,kenapalah kena kat aku? Kat orang lain tak boleh ke? Tension aku dengan keadaan aku sekarang. Satu badan gatal dan merah. Muka pun kena jugak. Huk..huk..huk...baru aku merancang tahun ni nak beraya dengan baju baru tapi nampaknya imej aku akan mencacatkan kecantikan baju yang aku pilih tu. Dahlah nak trial,time ni jugak aku sakit. Kalau tak sakit tak boleh ke?
Semalam dah pergi klinik,si dia hantar. Dalam tengah hari semalam,aku call dia yang tengah tidur time tu. Dia temankan aku dapatkan rawatan kat klinik. Tapi yang tak bestnya, doktor yang merawat aku tu cool gila. Bukan cool yang tu,tapi lebih kepada dingin! Check sekejap then cakap dua tiga patah,terus bagi ubat. Doktor kata aku kena jangkitan kuman. Ye ke jangkitan kuman? Apsal sampai merebak satu badan dan makin teruk? Hii,macam doktor yang bertauliah pulak. Ubat dah nak habis tapi sikit pun tak ada perubahan! Tompok merah makin bertambah dan gatal gila. Kalau ikutkan hati nak aje aku garu satu badan ni tapi tak boleh. Pedih! Akibatnya aku tak boleh nak tidur satu malam. Bergulinglah aku atas katil sampai pagi.
Nak tak nak aku kena pergi klinik lagi tapi bukan klinik yang sama. Tapikan,macam mana kalau sampai masuk hospital? Maknanya aku mungkin beraya kat hospital lar..... Ala ciannya aku!
Dah 2 hari aku tak pergi sekolah. Mesti banyak yang aku tinggal. Dahlah esok ada gerak gempur Fizik. Markah akan ditambah dalam trial nanti. Aduh! Tension plus pening nak fikir semua tu. Ingatkan kalau dah sakit,fikiran tenang sikit tapi rupanya tak pun.
Tapi aku terharu. Sebab apa aku terharu? Tengah sakit pun boleh terharu jugak ke?
Hehe....
Waktu sakit macam nilah aku dapat layanan yang paling baik. Sepanjang aku sakit ni,mak selalu perhatikan aku,sapukan ubat(walaupun aku boleh buat sendiri tapi aku tetap nak bermanja), tanya aku okey ke tak,sampai apa yang aku nak makan pun mak tanya. Memang tersentuh beb. Kasih sayang daripada mak sendiri memang hebat. Kurang sikit sakit aku setiap kali mak ambil berat pasal aku.
Lagi satu,si dia pun sentiasa menjaga aku. Pergi klinik dia temankan, selalu call aku dan tanyakan keadaan,selalu ingatkan aku supaya makan ubat dan yang paling romantik masa aku mengadu sakit.

25 Ogos
Termasuk hari ni dah 4 hari aku tak pergi sekolah lepas kena demam campak ni. Semalam aku ingatkan dah nak baik tapi tak jugak. Makin teruk dan bertambah tompok merah kat lengan dan kaki. Sekarang aku tak boleh langsung terlanggar dengan apa-apa sebab seluruh badan aku dengan mudahnya akan rasa pedih. Huhu...sakitnya. Rasa nak menangis je bila pedih tu mencucuk badan. Bayangkan keadaan aku yang teruk ni.
Ubat dah habis aku tibai tapi tak baik-baik lagi. Aku tahulah kalau kita makan ubat hari ni sihat pun hari ni jugak. Tapi masalahnya sakit aku tak berkurang langsung. Dahlah aku paling tak suka nak telan ubat. Eeii,nasib baik ubat yang aku telan tu tak keluar balik. Bukan setakat sejenis ubat. Ada ubat tahan sakit,ubat bengkak dan ubat yang paling besar saiznya ialah ubat antibiotik. Huk..huk..huk. Seksanya nak menelan ubat.
Bukan aku seorang saja yang kena demam campak ni. Farah dah 2 minggu tak pergi sekolah atas alasan yang sama jugak. Izza pulak sejak semalam dia tak pergi sekolah. Lepas dia check kat doktor malam tu,doktor sahkan dia kena demam campak jugak. Senasiblah aku dengan dorang.
Dua hari lepas(Selasa,23/8) merupakan hari yang paling teruk bagi aku. Nak makan tak boleh langsung sebab bila makan rasa nak muntah. Nak minum air pun susah. Bila nak telan mesti kena ketap gigi. Menunjukkan sakitnya tekak nak terima apa-apa benda yang aku telan. Malam tu pulak,aku demam panas. Lepas maghrib,badan aku lemah sangat then terus badan aku panas tapi aku terasa sejuk. Biasalah kalau demam,memang macam tu keadaannya. Tapi yang bestnya,aku dapat gayut dengan si dia. Beberapa kali dia call semata-mata nak tahu keadaan aku okey ke tak. Lama jugaklah aku dan dia berborak. Ajaib,walaupun sakit time tu tapi aku rasa okey je lepas dengar suara dia. Rupanya aku ada penyakit lain. Tak lain tak bukan penyakit rindu. Haha...

OGOS - kisah bulan puasa

1 Ogos
Hari ni dah start puasa. Aku ni baru lepas sahur sebenarnya. Mengantuklah. Rasa macam nak tidur aje tapi masalahnya tak lena. Lagipun waktu subuh dah nak dekat dah ni. Karang terlewat pulak. Macam tak biasa dengan ragam manusia masa bulan ramadan ni. Lepas sahur mesti nak tidur. Lepas dah tidur tu tau-tau dah pukul 6 lebih. Dah satu hal pagi-pagi tu jadi kelam kabut.
Cakap pasal situasi kat bazar,aku memang boleh lemaslah kalau lama-lama ronda kat situ. Ramai sangat orang sampai sesak gila. Bukan sesak biasa tapi sesak gila! Nak jalan pun susah. Tau apa Dina kata? Macam sertai perhimpunan pulak. Haha...aku pun rasa macam tu jugak. Bayangkan dengan orang yang ramai,dari budak kecil sampai ke orang tua,dari yang kurus sampai yang agak berisi(aku tak mention gemuk tau,jangan terasa hati pulak),dari yang berpakaian kemas dan menutup aurat sampai yang terdedah sana sini dan rambut berkarat(Dina kata rumah dorang tak bayar bil air,sebab tu jadi macam tu. Mandi pun guna air karat je). Macam-macam ragam dan telatah manusia. Tu baru pengunjung beb. Peniaga kat situ pulak,dari yang menjual air sampai menjual jus,dari yang menjual kuih sampai yang menjual burung puyuh goreng pun ada jugak. Dahsyat ke tak dahsyat tu?
Lepas berbuka,rasa macam tak larat pulak nak bangun. Sebab apa? Sebab dah melantak air setengah jag. Haha..... teruk betul aku ni. Lepas ni tak nak aku bedal air sampai macam tu sekali sebab dah tahu kesannya yang tak baik dan hanya menyusahkan aku.

5 Ogos
Aku sakit hati. Aku terasa gila dengan sindiran dorang yang bajet bagus tu. Aku geram bila dorang asyik aim aku. Aku marah bila kutuk aku sambil jeling-jeling aku.
Tapi sekarang aku langsung tak rasa apa-apa lepas dengar Dina cakap something yang buat aku cool semula. Dorang pun sama jugak sebenarnya malah lebih teruk. Tapi ada hati nak sindir-sindir orang lain.
Aku dah tak heran dengan sindiran dorang. Sikit pun tak terkesan dalam hati aku ni. Sebabnya aku nak latih diri aku kebal dengan sindiran yang ditujukan kat aku. Buat apa nak tunjuk lemah dengan orang yang macam dorang.
Tak faham maksud aku?
Tak payah faham. Yang pasti,apa yang diperkatakan waktu pembentangan BM tadi sikit pun dah tak beri kesan kat aku. Aku ibaratkan apa yang aku dengar tadi hanyalah angin lalu yang sekadar menggoyangkan daun-daun pokok,bukan pada pokoknya.
Tadi masa kat sekolah aku sengaja kata kat Shida dan yang lain-lain aku tak pergi bazar padahal aku ada plan yang baik punya untuk kasi surperise kat dorang terutamanya. So aku cakap kat Shida tolong sampaikan salam sayang aku kat si dia.
Petang tu,aku pergilah kat bazar awal sikit. Terkejut jugak si dia bila nampak aku tiba-tiba muncul depan dia. Jeng..jeng..jeng... Macam buat silap mata pulak bila aku call tanya tengah buat apa,sibuk ke then tau-tau tengah bercakap dalam phone tu aku pun muncul secara mengejut depan dia. Nampak sangat raut wajah dia yang teruja tengok aku kat situ. Aku teman dia buat kerja kejap sebelum dia uruskan sesuatu. Beberapa minitlah jugak aku tunggu dia kat belakang van dia membelakangi orang ramai. Sambil tunggu dia tu,aku mesej Shira dah gerak ke belum tapi tak ada reply. Bila aku pusing ke belakang, aku nampak Shida,Shira dan Suha tengah cakap something kat dia. Then aku pun buatlah surprise macam yang aku mention kat Shira dan muncul depan dorang secara tiba-tiba.
Tapi tak pasal-pasal aku kena bantai dengan Shida sebab aku dah tipu dia. Alahai,kesian kawan aku. Mesti malu bila orang ramai tengok dia sampaikan salam sayang aku siap buat tangan bentuk love lagi. Haha........ Kesian kawan aku. Sorrylah member, bukan aku nak malukan kau tapi aku memang sengaja nak buat kejutan untuk korang semua yang expect aku pergi bazar hari ni. Yang tak boleh tahannya bila lengan aku yang jadi mangsa penampar maut Shida. Hesy,boleh berbirat lengan aku balik ni karang. Segala kos perubatan mesti ditanggung Shida. Haha.....
Kawan-kawan aku jalan dulu. Aku pulak tunggu si dia. Tengok! Lagi sekali dia tinggalkan kerja demi temankan aku cari makanan berbuka puasa. Tengah syok jalan-jalan tu,aku terserempak pulak dengan salah seorang manusia yang dok sindir-sindir aku masa kat sekolah tadi. Huh,tak heran langsung.

ANOTHER JULAI 2011

26 Julai
Hari ni merupakan salah satu hari yang menggembirakan bagi aku. Tak tahulah kenapa aku terlalu happy dengan hari ni. Mungkin sebab apa yang berlaku sepanjang hari ni buat aku rasa gembira sangat. Tadi waktu Add Math kitorang belajar kat makmal komputer macam biasa. Bincang pasal kertas latihan yang cikgu bagi. Aku,Izza,Zirah and Dina duduk sebaris kat belakang Haziq,Kamil,Izzat and Mahindra. Hehe..sebenarnya aku dengan dorang bukannya fokus sangat pada apa yang cikgu ajar kat depan. Tapi kitorang main pass-pass kertas soal jawab pasal perasaan cinta. Ala...biasalah. Golongan remaja yang sedang dilanda masalah. Aik,aku termasuk sekali ke? Entahlah. Tak kot buat masa ni.
Dari kitorang yang kat belakang ni sibuk-sibuk bagi komen kat kertas yang Zirah tulis. Tak pasal-pasal ada satu lagi kertas yang melayang kat tempat kitorang dari budak depan. Yang tak boleh blahnya,perbualan dalam kertas tu jadi chatroom untuk Facepaper. Haha....kalau setakat ni pernah dengar pasal Facebook aje tapi kali ni kitorang online kat Facepaper pulak. Dorang ni merapu aje dalam kertas tu. Entah apa-apa. Tapi tak tahulah kenapa,kitorang yang kat belakang ni rasa kelakar dengan cara dorang main chatroom kononnya. Macam budak-budak sungguh. Then kat kelas pun sambung lagi. Tapi tak syok macam yang kitorang alami kat makmal komputer.
Lepas waktu persekolahan pulak,aku,Izza,Dina,Zirah and Shida lepak kat kantin. Hisy,tak habis-habis lepak ajekan aku ni? Tapi kali ni bukan sembarangan lepak tapi lebih kepada luahan perasaan yang tersimpan untuk beberapa ketika. Suasana tadi rasa sedih aje. Sampai aku pun rasa macam nak menangis pulak. Panas muka aku sebab nak tahan air mata dari keluar. Aku sebenarnya mana boleh tengok orang lain menangis. Ikutkan emosi,aku pun akan banjir sekali bila tengok orang lain menangis terutama kawan-kawan aku. Alamak! Sekarang pun aku rasa macam nak menangis. Tolong sediakan tisu. Haha...gurau ajelah. Aku cuba tahan. Tears,don’t you dare to come out. Huh,cakap macam air mata ni faham aje dengan apa yang aku cakap.
Tadi aku jumpa si dia. Lebih kepada dating sebenarnya. Eh,bukan sama ke tu? Kalau jumpa mesti dating jugak,kan? Happy sangat hari ni. Tapi bila ingat balik,kitorang ni tak habis-habis nak gaduh aje kerjanya. Asyik perang mulut aje. Ahaks! Ni cara aku dan si dia nak merapatkan hubungan. Ye ke? Tak apalah. Korang tak faham sangat kot. Aku aje yang faham. Tapi si dia jugak sebenarnya ada sesekali jadi seorang yang romantik. Sangat roooomantik! Terharu aku di buatnya. Akan aku tulis perjumpaan...eh silap...dating kali ni dalam diari. Cakap pasal diari,dah berapa abad aku biarkan buku luahan hati terbiar macam tu aje? Tak apa. Nanti aku jenguk. Sekarang aku nak tidur dulu. Wait! Aku nak berangan dululah. Mana tahu boleh mimpi indah malam ni. Betul tak?

27 Julai
Hari ni plan nak main badminton kat Sinamax jadi. Yahoo!!!! Ni sebab ajakan Haziq semalam la. Memang awal-awal tadi hujan tapi cuaca okey lepas tu. Terus kitorang menapak pergi sana.
Masa mula-mula tu aku langsung rasa macam tak bersemangat sebab Dina dengan Zirah macam jadi atau tak aje pergi. Tapi dalam hati berharap sangat kedua-duanya jadi pergi. Tapi si Dina ni..... Entahlah. Mula-mula aku rasa terkilan sebab Dina kena balik awal tapi lepas tu dia call ayah dia and terus dapat kebenaran. Asalnya,aku tak nak percaya langsung tapi rupanya ini memang satu kenyataan dan bukan auta sama sekali. Dina boleh pergi! Sekarang tunggu keputusan Zirah pulak. Hurm,jawapannya mengecewakan kitorang.
Zirah memang bikin kitorang cuak tadi masa main badminton. Tak nak mention kat sini tapi kitorang bertiga jadi risau gila dengan situasi tadi. Kelam kabutlah jugak jadinya.
Aku enjoy masa main badminton tadi. Lainlah budak lelaki yang empat orang tu. Dorang dah pro. Bukan macam aku yang masih belajar nak pukul shuttle. Malulah jugak bila main dalam kalangan orang yang dah mahir dari aku ni. Segan sangat. Tapi segan mesti bertempat,kan? Main dengan kalangan dorang aje so tak apa sangatlah. Still boleh cover sebab kitorang kawan sekelas yang baik. Saling mengajar.
Tapi geramlah jugak tadi bila dorang berempat tu asyik aim aku yang tak pandai sangat main macam dorang. Aku main ikut kepala aku aje. Tak ada maknanya aku main dan kira mata terkumpul lepas tu tentukan siapa yang menang. Aku main untuk belajar. Maklumlah,aku ni kan bukannya ada bakat dalam mana-mana sukan. Sekarang ni barulah mula nak bertatih mengenali sukan. Haha....kantoi sudah. Tapi aku tetap geram dengan dorang. Aku aje yang kena bahan tadi terutama masa satu team dengan Haziq and lawan team Mat dengan Izza. Fuh,team couple pulak tu. Nampak sangat saling menjaga antara satu sama lain masa main tadi. Untuk pengetahuan,aku memang jealous. Nak jugak macam dorang berdua. Tapi masalahnya,aku rasa macam seganlah pulak nak dok satu team dengan si dia yang sememangnya yang pandai dalam sukan. Takut nanti aku duduk tepi aje then dia asyik smash shuttle dari awal sampai akhir perlawanan. Haha....

30 Julai
Pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Sejuknya! Lepas tu,si dia call aku. Huhu...dia demam sebab main hujan. Kesian dia. Kalaulah aku boleh terbang jumpa dia,aku akan ada kat sebelah dia then paksa dia makan ubat sambil-sambil tu bebel kat dia. Haha...macam tak patut pulak aku ni. Dah tahu dia sakit tapi nak bebel kat dia pulak.
Tapi yang syoknya kitorang bermesej. Happy sangat bila baca balik mesej yang dia hantar.
Si dia : cinta itu wujud
Me : cinta wujud beserta rindu dan sayang. kenapa mesti ada cinta?
Si dia : besar erti cinta...boleh menusuk dalam hati dan boleh melembutkan hati yang keras
Me : tapi cinta ibarat pasu antik,sukar untuk ditemui tapi mudah jatuh berderai
Si dia : tapi dah dapat kita simpan di tempat yang rapi untuk kenangan seumur hidup
Me : jadi hanya satu pesanku...jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah si dia seperti sungai kerana sungai mengalir selamanya
Si dia : ikhlas dari hati ku yang ku bersetuju apa pesanmu
Me : hati ini percaya padamu

Hehe jiwang gila kan? Ayat ni tak boleh digunapakai oleh mana-mana pihak ya. Minta izin dulu dari penulis blog ni. Siapa lagi? Akulah tu,tak ada orang lain selain aku yang penat-penat taip ni.
31 Julai
Maka saya isytiharkan bahawa hari umat Islam berpuasa di seluruh negara jatuh pada 1 Ogos 2011.
Yay! Yay! Yeah!
Esok semua orang dah start berpuasa termasuklah aku sekeluarga. Korang pun sama jugak,kan? Bila datang bulan puasa ni tiba-tiba aku rasa macam sebak aje. Sebabnya aku berjumpa bulan Ramadhan ni hanya sekali setahun. Kalau sia-siakan bulan ni,entah bila lagi kita akan diberi peluang oleh Tuhan untuk meraikannya. Jadi kita kena bersyukur sebab kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Hargailah setiap saat sepanjang bulan ni untuk kita rebut ganjaran pahala yang melimpah ruah. Hanya sekali dalam setahun aje tau. Bukan senang nak join pesta pahala kecuali waktu ni.
Time bulan puasa nilah macam-macam yang akan terjadi. Pertama sekali mestilah godaan nafsu. Pergi aje bazaar ramadhan,semua nak borong. Kononnya nak hilangkan lapar bila bukak puasa nanti. Tapi bila dah berbuka,hanya beberapa makanan ringan aje yang kita capai. Yang selebihnya hanyalah air sejuk sampai 2 atau 3 jag sekali deguk. Dahsyat ke tak namanya tu? Nilah yang terjadi. Aku cakap macam ni sebab aku pun ada pengalaman macam ni jugak. Hehe....
Yang kedua,time nilah kita jadi semakin malas. Kalau boleh petang tu rasa nak berguling-guling atas tilam depan kipas. Alasannya,penatlah. Panaslah. Tak ada tenagalah. Hmm...ragam manusia katakan. Kalau student macam aku ni pulak,rasa malas nak belajar. Otak jadi tepu nak terima ilmu yang cikgu bagi. Kalau boleh nak tidur aje masa cikgu sedang mengajar tu. Yalah,bangun sahur pagi-pagi kan. Sebelum ni mana pernah bangun pukul 4 atau 5 pagi semata-mata nak makan. Lebih baik berselubung dengan selimut aje waktu ni. Lagi syok. Asyik gitu! Tapi kali ni kena pulak bangun sahur dengan rasa mengantuk. Silap hari bulan,boleh jadi budak-budak ni bersahur sambil tersengguk-sengguk kat meja makan. Mesti kelakar. Idea jahat muncul kat otak aku sekarang. Nak aje rakam karenah orang yang malas nak bangun sahur.
Yang ketiga, bulan puasa merupakan bulan yang paling sibuk. Mana taknya. Nak pergi cari makanan kat bazaar. Nak tempah baju raya. Nak cari bahan nak buat kuih raya. Nak buat itu ini untuk persiapan raya. Ceh,padahal raya lagi jauh ke depan tapi itu yang diutamakan. Hmm....itulah fitrah.
Bulan puasa. Bulan ramadhan. Sekarang aku tengah teringat memori lalu. Puasa tahun lepas aku bekerja kat bazaar ramadhan kat Nakhoda. Tapi tahun ni aku tak ambil port. Aku kan dah nak SPM. Lagipun aku dah tak minat nak kerja kat bazaar. Takut jumpa jodoh kat sana. Ahaks! Merapu aje aku ni,kan? Kat kepala aku sekarang, otak aku macam mengimbas semula kenangan dan memori waktu tu. Time tulah aku bertemu dengan ramai orang. Lelaki itu, si dia, pak cik kepak ayam yang meniaga depan aku, pak cik-pak cik ikan bakar yang meniaga kat sebelah aku, abang ayam percik yang handsome tapi dah ada isteri kat sebelah kiri gerai tempat aku kerja dan ramai lagilah orang yang aku kenal masa kerja kat sana. Pelanggan dulu pun aku kira ingatlah seorang dua gitu. Best aje waktu tu.
Bagi aku bulan puasa tahun tulah yang banyak mengubah perjalanan hidup aku. Aku bertemu dengan lelaki itu dan aku jatuh hati kat dia. Macam tak percaya. Dalam beberapa hari kerja kat sana, aku boleh tertarik kat lelaki tu. Masih ingat lagi apa yang buat aku tertarik dengan lelaki itu. Sebab lelaki itu penuh dengan sense of humour. Loyar buruk pun lelaki itu yang ajar. Tahu-tahu,start dari situ kitorang saling suka sama suka dan akhirnya jadi couple selama 11 bulan hinggalah 3 Julai 2011. Lepas tarikh tu,aku dan lelaki itu break up sebab aku dah cintakan orang lain. Ya,cinta aku sekarang. Si dia yang aku temui di tempat yang sama dan masa yang sama. Dari situ aku kenal si dia dan berkawan. Tanpa sedar rupanya dalam hubungan persahabatan kitorang,aku dan si dia masing-masing ada perasaan yang sama iaitu rasa cinta.
Kalau diikutkan aku jatuh hati pada si dia dulu masa mula-mula bekerja kat sana tapi lelaki itu yang lebih dekat dengan aku jadi tumpuan aku terarah pada lelaki itu. Time tu aku tak berani nak letak apa-apa perasaan pada si dia sebab aku tak ada keyakinan bahawa dia akan sukakan aku seperti mana aku sukakan dia. Jadi aku fokus pada lelaki itu. Tapi tahu atau tidak,dalam diam aku selalu perhatikan si dia. Pada aku,pandangan mata dia yang tenang masa bekerja buat aku rasa tenang jugak. Boleh pulak tengah buat kerja kitorang saling bermesej padahal gerai dia dengan gerai tempat aku bekerja bukannya jauh mana. Depan mata aje. Tapi boleh pulak kitorang menghabiskan kredit main mesej masa tu. Lucu pulak bila ingat balik memori tu. Rupa-rupanya,dia sedar aku dulu selalu ushar atau curi pandang ke arah dia. Aduh,kantoi sudah!
Mula-mula hanya sekadar bertegur sapa kat bazaar then aku dan si dia selalu mesej. Kesian kat dia. Time tu aku belum guna nombor Celcom,still guna nombor Maxis. Memang mahallah kalau kitorang berhubung dengan phone. So,dia call aku terus. Lagi puas hati. Dapat dengar suara,dapat berborak sambil berdebat. Lepas tu kitorang saling bermesej kat dalam Facebook. Kitorang chat kat FB. Tak cukup dengan tu,dia mesej aku jugak.
Jadi demi tak nak menyusahkan si dia yang asyik berhabis kredit call aku,so aku pun belilah nombor lain. Nak harapkan aku call dia memang harapan sebab aku seorang yang sayangkan kredit. Aku pun tak sangka aku beli nombor tu semata-mata demi dia. Tapi tak apa. Time tu aku anggap dia kawan so apa yang aku buat adalah untuk kawan. Akhirnya,baru aku sedar. Aku bukan anggap si dia kawan tapi lebih dari itu. Tapi aku tak pernah cakap pada sesiapa sebab si dia pun hanya anggap aku sebagai adik.

JULAI

21 Julai
Hari ni aku keluar jalan-jalan. Hehe... saja makan angin kat Sri Gombak. Ketua segala rombongan Che Kiah - Shida. Dialah yang merancang dan conduct untuk trip jalan-jalan ni. Haha...
Sebenarnya bukan sengaja jalan-jalan. Kitorang sembilan orang ni – aku(of coz ada aku!),Shida, Shira,Aina, Dina,Izza, Liyana,Amirah, Hosnul and Aisyah. Eh kejap.... aku kira balik. Alamak,kantoi math aku teruk. Semua sekali 10 orang la. Haa..kitorang 10 orang ni sebenarnya nak ambil nombor pin untuk pendaftaran ke matrik. Yalah,SPM dah nak dekat. Permohonan untuk masuk matrik pun dah bermula. Sambil buat bendalah tu,kitorang jalan-jalan jugak. Saja ronda Sri Gombak. Nak enjoy sekejap la katakan.
Dari awal pergi sampai dah nak balik,asyik berposing ambil gambar aje. Cuba kata,kat mana kitorang tak posing sepanjang kat Sri Gombak. Tepi jalan, bawah pokok, bus stop depan rumah aku, dalam bas, depan kedai...banyak sangatlah kalau nak disebut satu persatu. Malas aku nak menaip semua tempat dan sudut yang terchantek untuk kitorang semua posing. Sampai tepi McD pun aku sempat tangkap gambar dorang semua. Bila tengok balik,sempat Shida kata macam budak-budak jahat melepak. Mana taknya,masing-masing berposing macam gangster kat tempat tu. Tapi gambar tu tetap cun. Tengoklah siapa yang capture,kan? Hehe...perasan. Terlebih sudah!
Tadi kitorang pergi melantak McD. Aku cuma puaskan keinginan yang aku pendam dalam beberapa hari ni. Makan ais-krim! Yay...!! Akhirnya aku dapat makan apa yang buat aku mengidam. Eh,mengidam?? Macam lain aje maksudnya pulak. Haha...
Aku happy dapat habiskan luangkan masa dengan kawan-kawan aku. Lagipun dah lama tak keluar enjoy dengan kawan-kawan ramai-ramai. Lepas ni pulak kitorang dah tak dapat nak enjoy sma-sama memandangkan SPM dah nak dekat dan kitorang kena fokus. Hua..gerun pulak bila fikir pasal SPM.
Sedar atau tak,aku dah nak ambil SPM hujung tahun ni. Sedar tak sedar,aku dah mula kena buat pilihan untuk permohonan ke mana-mana pusat pengajian. Huhu.... masalahnya sampai sekarang aku belum buat keputusan nak masuk mana. Hesy,pening kepala fikir semua tu.
25 Julai
Hari ni aku tak tahu aku buat apa. Haha...boleh pulak tak tahu apa yang dibuat hari ni. Confirmlah belajar kat sekolah macam biasa. Mengantuk macam biasa. Bosan macam biasa. Cuma tadi Dina tak datang sekolah. Tak tahulah kenapa. Rasa lain kalau dia tak ada. Nak bergosip pun macam tak best. But tadi Zirah lepak dengan kitorang. Orang yang ada masalah macam dia mana boleh dibiarkan duduk seorang diri. Nanti macam-macam yang bermain di fikiran dia. Nanti fikir yang bukan-bukan pulak. Lagi serius. Merana otak kalau terus-terusan tertekan dengan psikologi.
Tadi buat pertama kalinya aku tunggu untuk satu penantian yang sia-sia selama dua jam tanpa berbuat apa-apa yang berfaedah. Ni semua pasal Mat la. Orang call dia berpuluh kali tapi langsung tak ada reply. Jenuh aku tunggu kat situ sambil menemani Zirah yang sedang kesedihan. Aku yang mood akey aje asalnya tapi bila tengok dia bersedih,aku pun ikut sedih. Si Izza pulak macam biasalah. Tak habis-habis dengan Mat dia tu. Pasal tak call malam tadi pun jadi isu besar ke? Hairan. Aku dah banyak kali alami macam tu. Okey aje. Memanglah hati dan raga terseksa tapi aku optimis. Tapi si Izza ni...hmmm.....entahlah nak kata macam mana. Inilah agaknya reaksi orang yang tengah hot bercinta. Tapi aku pun hot jugak bercinta tapi tak adalah sampai macam tu sekali. At least aku cuma cakap tapi tak adalah sampai nak menangis bagai.
Bukan aku nak mengumpat atau mengutuk tapi masalahnya aku rimas dengan dia sekarang yang tak boleh control feeling sendiri. Orang lain ada masalah lagi besar dari dia tapi reaksi dia pulak yang over. Haisy,pening kepala aku. Karang aku tegur,nanti dia pulak yang tarik muka dan nafikannya mati-matian. Sebelum ni dah banyak kali aku tegur tapi hasilnya....argh!!! Tak tahu nak kata apa lagi. Apa nak jadi,jadilah. Asalkan jangan sampai jadi tahap kritikal. Nanti bila dah sampai tahap tu,habis study melayang entah ke mana. Kawan pulak hilang ke mana.
Doa ajelah yang dia akan okey aje.

JULAI

19 Julai
Malam ni lelaki itu call aku lagi. Pada awalnya nak saja aku buat tak tahu dengan call lelaki itu tapi entah kenapa dan atas alasan apa,aku angkat jugak call tu. Macam bodoh pun ada jugak aku ni. Dah tahu si dia tak suka tapi aku tetap buat jugak apa yang si dia tak suka. Aku ni degil. Tapi yang aku langsung tak faham kenapa aku angkat call lelaki tu. Yang pasti dalam hati aku, teringin sangat aku tanya dia kot-kot dia pernah menipu aku atau tak sepanjang bercinta dengan aku. Aku nak tanya macam tu sebab aku rasa langsung tak percayakan orang tu. Macam dia pernah menipu aku. Tapi aku tak pasti pasal apa.
‘’Kenapa awak call saya?’’
‘’Awak tau sebabnya.’’
‘’Saya tak tahu sebabnya. Jadi saya tanyalah. Boleh awak bagitahu?’’. Ikutkan fikiran aku time tu,mungkin aku tahu sebab lelaki tu call tapi aku nakkan kepastian sama ada betul atau tak apa yang aku fikirkan.
‘’Sebab saya rindukan awak.’’
Satu jawapan yang telus lagi berterus terang. Sikit pun aku tak terkejut bila dengar jawapan yang dia bagi tu. Reason? Aku pernah dengar jawapan yang sama sebelum ni. Jadi sikit pun aku tak hairan.
‘’Ok.’’ Tu aje jawapan yang aku bagi.
‘’Takkan awak tak cuba untuk lupakan saya? Mesti ada perkara yang boleh alihkan perhatian awak dari saya.’’
‘’Saya dah cuba tapi tak boleh. Saya asyik ingatkan awak. Saya rindu kat awak. Awak tahu kan saya memang saya sayangkan awak.’’
Apa yang korang terfikir bila baca ayat atas tu. Terharu? Sedih? Rasa macam nak terima balik dia? Rasa bersalah? Mesti ada salah satu yang terlintas di fikiran korang,kan?
Tapi sayang. Yang aku rasa hanyalah perasaan nak marah dia.
Kenapa pulak aku nak marah orang yang tak bersalah?
Sebabnya aku benci dengan orang yang lemah dengan perasaan dan emosi dia sendiri. Bagi aku lelaki tu memang dah lemah dengan perasaan sendiri. Aku dah tinggalkan dia tapi dia masih pendam rindu kat aku. Aku dah buat something yang menyakitkan hati tapi hati dia masih boleh ingatkan aku? Lagipun dia kena faham,hati aku dah ada orang lain. Tak sepatutnya dia cakap macam tu. Tak patut jugak dia call aku malam-malam macam ni semata-mata kata rindukan aku. Kalau boleh aku nak aje hempuk lelaki tu biar sedar diri. Aku nak sedarkan dia yang dia tak sepatutnya simpan apa-apa perasaan kat aku lagi. Aku nak dia sedar hati aku dah jadi milik orang lain. Aku nak dia faham aku dah lukakan hati dia so tolong jangan sayangkan aku lagi.
Sampai sekarang aku masih tak puas hati dengan diri dia yang sekarang. Seorang yang lemah!!!!!!! Sampai bila dia nak jadi lemah macam tu???
‘’Kenapa awak jadi lemah sangat sekarang ni? Saya tak faham tau. Tak faham!’’
‘’Saya lemah sebab perempuan.’’
Satu jawapan yang sikit pun tak buat aku terharu tapi lagi menyampah. Lelaki tu dah abaikan kerja,diri sendiri,kehidupan dia atas sebab perempuan. Ya,akulah perempuan yang dia maksudkan tu. Aku tak suka diri aku jadi penyebab dia jadi lemah. Aku bukan pentingkan diri sendiri atau ego tapi aku tak suka keadaan macam ni. Aku benci bila aku yang menyebabkan dia jadi lemah macam tu. Please larr.... janganlah sebab perempuan semua perkara lain terabai. Nampak sangat dia lemah dengan perasaan sendiri.
Tak bersalah ke padahal keadaan dia sekarang adalah disebabkan kau?
Aku tak rasa bersalah. Sebabnya, aku ego. Aku tak nak mengaku semua itu adalah kerana aku.
Tapi bodoh jugak kan kau. Siapa suruh angkat call dia?
Memang aku mengaku aku bodoh sebab still angkat call dia. Tapi ada sebab. Aku nak tahu dan nak tanya sama ada dia pernah menipu aku atau tak. Kalau ikutkan hati aku tadi aku nak cakap ‘’Awak ni psiko.’’ Tapi entah kenapa aku tak sempat nak cakap sebab dia letak phone.
Kenapa kau nak marah dia sebab dia lemah?
Sebab kat situ dia tunjukkan yang dia gagal kawal perasaan sendiri. Dan dengan selambanya cakap rindu kat aku. What the hell? Sekarang hanya si dia yang layak cakap macam tu dan bukan lelaki tu. Aku dah tak sayang dia so dah tak sesuai terima kata-kata tu!
Kau ni ego sebenarnya.
Ya aku ego! Aku dah jadi seorang yang degil dan keras kepala. Berpunca dari dia jugak. Berapa kali dia kecewakan aku yang melibatkan harapan? Aku dah letak harapan yang tinggi kat dia tapi senang-senang macam tu dia hancurkan harapan aku tu. Aku tahu aku akan alami benda yang sama sepanjang bersama si dia. Tapi kali ni aku akan faham sebab si dia bukan seperti lelaki tu!
Kau yakin ke kau akan bahagia dengan si dia berbanding lelaki tu?
Aku yakin. Aku akan berusaha untuk itu. Sebabnya, aku tak nak ulang kesilapan untuk kali kedua. Kali ni aku akan sayang si dia sepenuh hati dan seikhlas hati.

JULAI

10 Julai
Hari ni ada hari sukan kat sekolah. Entah kenapa rasa macam best pulak. Kalau sebelum ni,mesti aku rasa bosan sangat. Mungkin sebab tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di sekolah menengah. Lepas ni dah tak ada peluang nak tengok kemeriahan hari sukan sekolah, kawan-kawan bersukan,orang yang bersemangat bagi sokongan dan aksi-aksi cikgu-cikgu time hari sukan ni. Mesti aku akan rindukan semua ni. Sebab tu aku dengan Shira tadi rasa sebak semacam. Hua...kenangan tahun terakhir di sekolah menengah.
Rasa excited pulak dapat menjerit bagi sokongan kat orang yang ambil bahagian tadi. Bukan selalu dapat lontarkan vokal selain dari hari ni. Bayangakn tengah hari yang panas tapi berangin, semua orang menjerit bagi sokongan padu(cewah ayat tak boleh blah la lu). Teruja bak orang lain kata. Terutama masa main tarik tali. Fuh,persaingan sengit beb. Adalah insiden yang mencemaskan berlaku masa team rumah kuning lawan rumah ungu. Cuak beb.
Tapi kan masa aku rasa gembira semua tu lepas Mat kata setuju nak join sekali double date yang aku rancang ni. Awal-awal pagi tu bila aku tanya dia kata tak jadi nak follow. Kecewa gila aku bila dia kata macam tu. Siap aku ugut,kalau cancel double date ni aku takkan cakap dengan sesiapa pun selamanya. Fuh,macam boleh aje aku buat ni. Tapi aku sanggup tau. Kalau kali ni cancel,bermaksud dah 2 kali aku kecewakan si dia untuk bawa kawan-kawan makan sekali macam yang dia harapkan. Sudahlah,aku tak nak kecewakan dia. Tapi lepas aku cakap kat Mat yang si dia nak belanja,terus pulak dia setuju. Hesy,bikin cuak aku ajelah. Bila Mat kata setuju,terus aku jadi happy. Hehe....Izza pun sama. Sebab dia pun sebenarnya dah banyak berangan untuk date kali ni. Aku memang nak bagi pengalaman kat Izza dating kat luar selain area kawasan rumah dia dengan Mat.
After that,aku dengan si dia pulak pergi jalan-jalan kat taman. Kat tempat laluan pejalan kaki yang ada kat tengah-tengah taman. Cantik permandangan kat situ sebab kiri dan kanan adalah tasik dengan air yang tenang. Tak habis-habis posing ambil gambar. Siapa lagi? Aku dengan si dia la. Tak ada orang lain dah. Habis penuh karang kad memori phone dia tu. Tapi dia kata nak penuhkan sampai habis pun tak apa. Hisy,biar betul dia ni?
Bila dah kata macam tu,kat mana-mana pun sempat kitorang posing ambil pic. Jangan tak tahu,si dia ni sebenarnya fotogenik jugak. Pantang nampak kamera,pasti dia akan posing habis. Lebih kurang macam akulah tu. Sebenarnya masa kat sekolah tadi pun aku tak habis-habis posing depan kamera. Ni hanyalah maklumat tambahan. Haha... Ada kat satu tempat tu kitorang lepak bawah pokok dan dia bercerita tentang kisah silam dia. Si dia kata dulu dia memang gangster. Sentiasa bergaduh kat luar sekolah. Kalau nak belasah orang tu,kawan-kawan dia akan ajak dia join sekali. Dan sekali dia ikut, semua musuh akan kena bantai dengan dia. Gerun jugak aku bila dengar apa yang dia dah buat dulu. Tapi teruk macam mana sekali pun tak adalah sampai melibatkan pembunuhan. Paling teruk pun polis cari dia sampai dia kena keluar negeri untuk beberapa bulan. Dahsyat,kan? Aku pesan kat dia,lepas ni janganlah buat lagi. Sebab aku sayangkan dia. Aku tak nak nyawa dia melayang disebabkan pergaduhan.

11 Julai
Hari ni dah boleh semak senarai nama kemasukan pelajar yang terpilih untuk menyertai PLKN. Bila masuk aje laman web rasmi khidmat negara selama beberapa kali,jawapannya masih sama. Tak dapat nak masuk sebab jammed! Rasanya ramai sangat orang yang try check kat web tu sampai stuck. Huh,aku ni dah cuak bila tengok reaksi Dina dan Izza yang cuak jugak. Kalau masa awal-awal aku cool aje,tapi bila nampak aje dorang dari tadi asyik mohon tak nak terpilih dan berdoa habis-habisan,aku pun ikut sama macam dorang. Takut ni! Takut terpilih. Aku tak nak! Kalau aku tergolong dalam golongan the choosen one,maknanya selama tiga bulan aku akan jauh dari keluarga,jauh dari kawan-kawan,jauh dari orang yang tersayang,jauh dari hiburan dan tak lupa jugak terpaksa berpisah dengan phone and laptop.
Hua...gerun bila terfikir semua tu. Tambah-tambah pulak aku ni bukan jenis orang yang lasak. Sampai sana confrim lembik terus aku kena tempuh halangan yang pelbagai. Plus aktiviti-aktiviti yang boleh dikategorikan lasak jugak. Kena kawat,buat macam-macam. Hisy,gelaplah muka aku karang. Nanti dah tak licin kulit aku. Hehe...itu pulak yang aku fikirkan. Tak patut betul,kan? Tapi bagi aku memang patut pun fikir. Aku tak ada apa yang nak dibanggakan selain muka yang cute ni. Haha...... orang perasan macam nilah jadinya.

13 Julai
Cuak gila bila aku bila terfikir pasal PLKN. Aku tak nak pergi. Tak nak join. Tak nak terpilih. Aku berharap sangat. Aku tak nak sertai benda alah tu. Aku ada perancangan lain selain terpaksa ikut sekali program tu. Aku baru rancang nak kerja sebaik saja habis SPM. Aku nak cari duit dan pengalaman kerja sebelum dapat peluang melanjutkan pelajaran kat mana-mana universiti.
Tiga bulan beb ada kat kem. Menderita sebab terpaksa berpisah dengan family, si dia, kawan-kawan, hiburan dan segalanyalah. Tak mahu berpisah dengan semua tu. Aku tak sanggup. Aku kan anak sulung. Takkan selama 17 tahun hidup ni bersama family but suddenly 3 bulan terpaksa berpisah dengan semua yang aku sebut tadi tu. Mana boleh!
16 Julai
Alhamdulillah,aku tak terpilih untuk PLKN kali ni. Tapi sebenarnya tak selamat lagi selagi senarai nama tak dikeluarkan dari pihak sekolah. Yang tu baru yang betul punya. Aduh,aku baru ingat nak kata ‘hooray’ tapi terus jadi kepada ‘alah’. Masih belum boleh enjoy dan bermimpi indah sebab masih diselubungi mimpi ngeri pasal program ni. Doa-doalah aku tak tetap bukan orang yang terpilih untuk tu. Tak suka..tak suka..tak suka(sambil pukul bantal. Kesian,bantal aku tak bersalah)
Dan peristiwa semalam jugak,aku main hujan. Yahoo! Aku bukan bersorak sebab happy dapat main hujan tapi sebab dapat sakit kepala. Haha...tak betul otak aku ni. Orang sakit kepala akan mengaduh tapi aku sebaliknya. Macam mana aku nak mengaduh dan mengadu kat orang sebab aku sendiri yang cari pasal? Aku sendiri yang degil. Mak aku dah pesan banyak kali kalau hujan tunggu kat tempat berteduh sampai hujan reda. Si dia pun sebenarnya call aku sebelum hujan turun dan suruh aku jangan kena hujan walaupun sikit.
Tapi nak buat macam mana? Tengah syok shopping kat pasar malam Pinggiran tu,tiba-tiba awan gelap datang menghampiri diiringi petir dan kilat. Si Dina ni pulak tak habis shopping walaupun aku dah ajak balik dan berlari untuk balik kat rumah dia untuk berteduh kalau hujan lebat. Alih-alih kena hujan jugak sebelum kitorang sempat cari tempat berteduh.
Basah?
Tak,mana ada basah.
?????? Kena hujan tapi tak basah??????
Basah kuyup aje.
Hesy,sabar ajelah.
Macam manalah kitorang tak nak redah sebab adik Izza dah marah suruh cepat balik. Kalau ikutkan hujan time lepas maghrib semalam masih lebat tapi nak buat macam mana lagi? Takkan nak tunggu kat kedai makan tu sampai isyak kot? Jadi nak tak nak, kitorang terpaksa menempuh perjalanan yang tiba-tiba dirasakan jauh tu. Redah hujan lebat sampai kat rumah Dina. Then Dina pinjamkan payung untuk aku dan Izza sambung perjalanan yang masih lagi jauh. Fuh, seksa betul nak meredah hujan dengan kepala yang pening sejak petang tadi. Dahlah Izza pening kepala sama macam aku dan kaki dia sakit time tu. Memang pengalaman yang menyeksakan betul.

JULAI

6 Julai
Akhirnya setelah lama aku tidak menaip cerita,story-morry dan gosip baru kali ni aku sambung balik hobi aku yang dah lama aku tinggalkan ni. Macam dah lama sangat aku biarkan cerita dan catatan hidupku tidak dikongsi dengan orang lain. Mesti ada yang tertanya-tanya samada aku masih hidup di alam maya ataupun tak. Aku masih ada tapi ada saja halangan yang membataskan aku untuk terus berkarya. Yang utama sekali, internat connection aku langsung tak boleh pakai. Hampeh. Geram bukan main bila tiap bulan aku bayar...eh silap...mak aku yang bayar, tapi aku tak boleh nak online dan pakai untuk kegunaan seharian aku. Bukan singgit dua tau tapi puluhan hengget jugak. Apa punya bahasa yang aku pakai la.... Tak apa,kita sempoi sikit tau.
Baru-baru ni aku terkejut gila bila blog kesayangan milik aku yang tercatat pelbagai cerita kini dah lesap sekelip mata. Hanya disebabkan aku dah lama tak jenguk blog kesayangan aku tu sampai lupa password,serta-merta blog aku tu kena reset. Kecewanya hati aku bila blog aku sia-sia kena reset macam tu aje. Habis dah lesap karya aku selama ni. Nampaknya aku terpaksa mula semula jadi blogger dengan menggunakan email dan address blog yang baru. Punyalah banyak usaha yang aku letakkan untuk mengharmonikan blog aku tu tapi akhirnya hilang gitu-gitu aje. Hua....sedihnya aku. Terpaksalah aku mulakan menyusun atur semula blog aku yang baru. Aku tak peduli. Habis saja SPM,aku akan luangkan masa aku untuk update blog aku sampailah jadi cun habis,meletup gitu! Hehe....
Dalam beberapa ketika kebelakangan ni hidup aku jadi kucar-kacir plus tunggang-langgang multiply dengan masalah yang asyik melanda diri aku sampai kadang-kadang aku rasa fed up jugak nak jalani kehidupan ni. Kalau ada jalan penyelesaian yang mudah kan senang hidup aku. Tak perlullah aku bercelaru dan tension setiap kali memikirkan masalah yang melanda zaman remaja aku ni. Tapi ada jugak yang kata,kalau hidup kita tak diwarnai dengan pelbagai masalah dan warna-warna kehidupan pasti akan bosan. Lagipun zaman remaja ni hanya dijalani sekali dalam seumur hidup. Ya, aku akui. Kalau hidup kita sepi tanpa dugaan dan memori yang mematangkan diri,kita akan jadi seorang yang lambat matang untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar kelak.
Baru-baru ni aku diduga dengan satu masalah yang paling berat yang pernah aku lalui sepanjang 17 tahun aku hidup. Kali pertama aku hadapi dugaan yang besar seperti ini. Tak aku sangka aku akan lalui kenangan yang memeritkan untuk aku tempuh ni. Situasi yang aku alami ni sometimes buat aku rasa nak putus asa. Kalaulah aku ni bukan jenis yang berfikir panjang,tak ada maknanya aku akan diam saja dengan masalah aku ni. Setakat ni hanya 5 orang saja tahu masalah yang melanda aku ketika ini. Hanya beberapa orang yang aku yakin dapat merahsiakan hal ni dari pengetahuan umum. Maaf,bukan aku nak membelakangi kawan-kawan aku yang lain tapi buat masa ni biarlah aku rahsiakan hal ni. Aku rasa tak mustahil satu hari nanti semua orang akan tahu masalah yang melanda aku dari mulut orang. Sikit pun aku tak terkejut. Jadi untuk cover cerita sebenar,aku hanya akan mendiamkan diri. Itu lebih baik dari nama aku terus diburukkan.
Bukan niat aku nak main-mainkan perasaan orang lain. Aku sendiri tak tahu kenapa aku mainkan perasaan orang walaupun aku tak terfikir segala tindakan aku ni akan buat orang makan hati dengan diri aku. Tak terdetik dalam hati aku untuk sakitkan hati orang lain. Tapi aku dah lakukannya tanpa sedar. Hakikatnya aku sedar tapi aku sengaja pura-pura buat tak nampak. Bodohnya aku bila orang dah tahu tindakan aku menipu orang tu. Tapi aku masih terus menerus menipu orang tu. Bodoh,kan? Aku tak tahu kenapa aku sanggup menipu. Eh jap! Aku tahu kenapa aku terpaksa menipu orang tu. Semuanya demi tak sakitkan hati dia tapi masalahnya aku hanya buat orang tu makin sakit hati dengan aku. Aku tak fikir panjang. Aku tak sedar dengan tindakan aku terus menyembunyikan kisah sebenar akan buat dia lebih terluka dengan tindakan yang aku lakukan. Aku nasihatkan orang lain,janganlah ikut tindakan aku terus menipu dengan alasan mahu menjaga hati dan perasaan orang yang kita sayangi kerana bila dia tahu kebenarannya dari mulut orang lain,itu akan membuatkan dia akan lebih terasa dan sakit hati dengan diri kita. Aku tak harap orang lain rasa apa yang aku rasa sekarang. Menyesal tak sudah kerana tak berterus terang dengan orang tu.
Tapi aku tak boleh halang benda ni. Aku buat demi jaga perasaan dia. Aku buat semua ni demi kepentingan aku sendiri. Ya,aku tamak sepanjang berdepan dengan masalah ni. Kedua-duanya aku nak tapi aku sikit pun tak fikir perasaan orang yang berada di sekeliling aku saat tu. Mereka berdua terluka,kawan-kawan aku kecewa,adik aku terkilan dan mak ayah aku mesti terasa hati dengan tindakan aku ni. Inilah yang terjadi bila aku tamak. Sepanjang masa aku rasa menyesal dan geram dengan diri sendiri. Aku ni tak patut buat semua tu. Sakitkan hati orang lain,kecewakan orang di sekeliling. Baru sekarang aku sedar segala tindakan aku yang lalu akan dibalas satu hari nanti.
Sikit pun aku tak terkejut kalau satu hari nanti orang buat benda yang sama dengan apa yang aku dah lakukan selama ni. Mungkin balasan yang aku akan terima lebih dalam lukanya dari mereka yang aku sakiti. Tak mustahil aku akan terima balasan atas segala tindakan aku sampai aku jadi seorang yang lemah. Aku tahu itu mungkin akan terjadi ke atas diri aku. Tak mustahil sama sekali. Oleh itu,aku kena terima apa yang orang buat balik kat aku disebabkan tindakan aku yang dah lepas. Aku kena bersedia dari sekarang untuk dilukai dan menerima cabaran dan dugaan yang melanda aku. Doakan aku jadi seorang yang kuat semangat dan mampu mengatasi segala dugaan dalam hidup.
Orang yang aku sakiti tu ada mencabar aku. Aku akan pastikan segala cabaran yang dia sandarkan pada aku akan dibuktikan pada dia. Aku akan sahut cabaran dia dan dalam masa yang sama aku akan buktikan bahawa aku bukan insan seperti yang dia sangkakan. Aku akan buktikan pada dia. Aku bukan seperti apa yang dia label kat diri aku. Aku akan buktikan pada dia aku akan berubah sebaliknya dari apa yang dia kata. Kalau dia kata aku mudah cair dengan kata-kata,aku akan buktikan aku bukanlah jenis yang macam tu. Aku tak akan putus asa untuk sahut cabaran dia. Tapi aku tak sangka dia akan pertikaikan siapa yang aku pilih. Aku juga akan tunjukkan pilihan aku adalah yang terbaik dan bukan seperti dia yang hanya pandai berkata-kata sampai aku meletakkan harapan yang tinggi tapi akhirnya dikecewakan.
Aku masih tak faham kenapa dia masih contact aku walaupun hakikatnya aku dah sakitkan hati dia. Bila aku tanya,dia hanya jawab aku tak sakitkan sangat hati dia. Hesy,tak faham sungguhlah aku. Aku dah lukakan hati dia tapi dia masih boleh pulak kata macam tu. Peliklah aku. Aku dah buat macam-macam kat dia supaya tak letakkan apa-apa harapan yang tinggi tapi nampaknya dia masih tak faham maksud yang ingin aku sampaikan pada dia. Aku nak cakap direct tapi aku tunggu masa dulu. Kalau dia masih tak mengerti apa mesej yang aku ingin sampaikan,then aku cakap secara terus terang tanpa berlapik. Nak kata mulut aku laser? Sikit pun aku tak kisah. Biar dia tahu aku dah berubah perangai.
Sebagai jalan selamat dari letakkan perasaan kat dia lagi,aku kena buat sesuatu. Firstly, aku akan angkat call dia tapi lambat-lambat. Maksudnya, aku angkat call dia bila cukup 5 missed call dari dia dalam satu masa. Then,aku akan selalu mention nama pihak lagi seorang biar dia terasa dan tahu yang aku sedang berbahagia dengan orang yang aku pilih. Dengan cara ni,mungkin dia akan fed up untuk terus call aku bila dia asyik makan hati bila aku sebut nama ‘si dia’. Agak-agak dia faham tak? Kalau tak faham jugak,aku akan block number dia. Phone aku ni senang aje nak block number orang dari terus masuk dalam senarai nama pemanggil. Hehe..aku tahu aku kejam. Tapi ni baru sikit taktik dan plan yang aku rancang. Yang aku risau sekarang bila ‘si dia’ tahu aku masih terima panggilan daripada orang tu. Jadi apa langkah selamat? Okey,aku akan try cover sampai ‘si dia’ tak tahu. Tapi kalau orang yang aku sayang tu dah mula syak,dengan pantas aku akan block number orang tu.
Kenapa aku kena buat semua ni?
Sebabnya,aku sayangkan seseorang. Aku tak nak lukakan hati si dia sebab aku tahu, tanpa sedar aku dah banyak kali buat orang yang aku sayang tu terasa hati dengan tindakan yang aku buat bila setiap kali melibatkan orang tu. Orang yang psiko tu. Reason lain,aku tak nak orang tu terus letakkan harapan pada aku. Aku tak nak dia terus dengan bayang-bayang yang aku masih sayangkan dia. Tidak sama sekali. Aku dah cintakan orang lain dan yang pastinya dia bukan orang tu. Tapi orang yang aku sayang iaitu,si dia.
Pening eh bila aku asyik sebut dia,si dia,orang tu dan orang yang aku sayang? Okeylah,dia dan orang tu lebih merujuk kepada insan yang aku dah tinggalkan. Si dia dan orang yang aku sayang merujuk pulak kepada...ala...faham-faham sendirilah ye.
Sebab yang ketiga,aku tak nak jatuh hati kat dia semula. Manalah tahu tanpa sedar aku masih ada rasa sayang kat dia,karang tak pasal-pasal aku jadi angau kat dia balik. Tak naklah aku. Sekarang hati aku hanya ada si dia. Takkan ada yang kedua atau ketiga. Cukuplah dua kali aku mainkan perasaan orang dan sekarang aku tak nak mainkan perasaan orang lain sekali lagi terutama pada si dia. Aku tak sanggup lihat si dia kecewa. Aku takkan biarkan.
Next reason,aku dengan Dina rasa dia ni sedang berbohong dengan aku. Kalau aku bodoh, mungkin aku akan terus percaya dengan apa yang dia cakap dan terima apa saja yang dia cakap kat aku. Tapi aku dapat fikir lagi buat masa ni. Tak logiklah kalau tiba-tiba dia kata dia sakit tahap kritikal macam ni. Dahlah cakap secara tiba-tiba then bagitahu dah sampai tahap teruk sangat. Selama ni aku keluar dengan dia okey aje. Tak nampak pun macam sakit sampai perlu perhatian yang khusus. Aku,Dina dengan Izza pun naik pelik. Hairan..hairan..
Lagi satu yang buat aku tak faham,kenapa dia boleh call aku dari England sesenang macam tu aje. Yang muncul kat skrin aku bukan nombor sanatapi nombor asal dia jugak. Setakat yang aku tahu,kalau kita pergi over sea,line kat negara kita susah nak dapat. Tapi dia lain pulak. Confuse dah ni.
Okey kalau betullah kat sana ada line,kenapa dah nak masuk operation theatre pun masih boleh bawak phone masuk. Dina kata pengurusan hospital kat sana lagi strict. Tak boleh bawak phone masuk terutama kalau dah nak dibedah. Lagilah pelik. Mana mungkin doktor atau petugas kat sana boleh benarkan penggunaan phone bila dah nak dibedah. Pelik,kan? Kat Malaysia pun mana boleh bawak apa-apa alat yang menggunakan waves semasa kat hospital. Terutama kat bilik pembedahan dan ICU. Aku pernah melawat ICU dan bilik bedah,so confirm lah aku tahu sebab aku ingat lagi apa yang doktor pernah bagitahu kat aku dan kawan-kawan aku yang lain.
Tak apa,nanti ada peluang aku akan pertikaikan apa yang dia bagitahu. Memang pada awalnya aku nak soal macam-macam tapi tak berani sebab takut aku salah. Tapi memandangkan Dina dah kata apa yang dia tahu so tak teragak-agak lagi aku nak soal macam-macam. Tunggu sajalah aku melepaskan peluru dengan pelbagai persoalan. Kalau dia menipu? Senang aje,aku akan buat tak tahu aje dengan call dia. Mungkin aku akan rasa menyesal bila buat macam ni dan mana tahu apa yang dicakap tu betul,tapi itu lebih baik dari aku menyesal keran percaya cakap dia sampai satu hari nanti terpujuk dengan apa yang dia cakap. Bukankah cara tu lebih baik. Tak adalah aku kena tipu hidup-hidup untuk kali yang keempat. Cukuplah tiga kali aku kena tipu dan aku tak nak perkara yang sama terus berulang.

I Miss You A Lot!!!!!!!!!!!!!1

Huk..huk..huk..sebaknya.
Dah lama aku tak bukak blog aku ni disebabkan pelbagai masalah yang melanda.
Tapi alhamdulillah sekarang aku tengah berusaha nak update semua cerita hot aku sepanjang aku biar blog ni tanpa penjagaan yang rapi. Aku nak jadi blogger macam dulu so korang bagilah semangat eh. Arigato!

FANTASI CINTA 6

6
Wajah Zirah dipandang lama.
‘’Kenapa kau tanya macam tu?’’Satu soalan terpacul dari mulut Harrina setelah lama membisu.
‘’Dia suka kau tapi kau tolak dia pulak. Kau tahu tak bersungguh-sungguh dia minta tolong dari aku.’’
Harrina mengeluh.Siapa pulak yang sebarkan berita palsu ni? Macam mana aku tak tolak kalau dia suruh aku berlakon jadi awek dia? Sewel betullah mamat tu.
‘’Aku tak suka dia.Takkan aku nak terima dia pulak?’’Sanggah Harrina.Matanya ditalakan ke arah lain.
‘’Bagi aku,kau dengan dia secocok sangat.Dia baik,kau pun baik. Padanlah tu.’’
Harrina pantas memandang Zirah.‘’Baik kau kata? Hei,gila namanya kalau aku kata dia tu baik.’’
‘’Kenapa pulak? Dia baik bagi aku. Arri,aku rasa dia memang sukakan kau. Kalau tidak, kenapa artis popular macam dia tu sanggup datang jumpa aku semata-mata minta tolong aku pujuk kau.’’Bersungguh-sungguh Zirah bercerita. Dua hari yang lalu Shahrin datang ke kedai barang kemasnya dan menyatakan hasratnya. Shahrin meminta pertolongannya setelah Harrina menolak lamaran untuk menjadi kekasihnya. Riak muka lelaki yang bersungguh itu memang boleh mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya. Manakan tidak,demi cinta,sanggup dia datang merayu supaya memujuk Harrina untuk menerimanya.
‘’Ye ke dia datang jumpa kau? Si Shahrin ni nak kena. Dah kata jangan libatkan kawan aku tapi buat jugak.Degil betullah dia tu.’’
‘’Kau pun degil jugak. Sepadanlah tu.’’Zirah masih tidak mahu mengalah.
Harrina memuncungkan bibirnya.Aku pulak yang dikata degil. Tak patut betullah.
Zirah menyentuh tangan kanan Harrina yang berada di atas meja.’’Cubalah terima dia.Mana tahu jodoh kau dengan dia. He’s try to get your love.’’
‘’My love konon. Get out from my mind. Dia artis terkenal ada hati kat aku yang biasa ni? This is not a fairytale,Zirah. Jahat,bodoh sombong,berlagak,bajet handsome. Senang cerita dia memang complete package dalam bab ni. Tahap ni tau.’’Harrina menaikkan ibu jari tangan kirinya.
Zirah tiba-tiba menarik tangan kiri Harrina dan mebuatkan gadis itu tersentak.
‘’Ni...ni..mana kau dapat ni?’’
Gugup Harrina apabila Zirah menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Aduh,gawat ni. Masalah ni jadi makin rumit. Apa yang Zirah akan fikir kalau aku tolak Shahrin tapi aku pakai cincin ni?
‘’Ni macam cincin yang aku reka untuk Shahrin. Cincin untuk melamar seseorang.’’Kata-kata Zirah terhenti di situ.
Harrina menelan air liur.Kelat pula rasanya. Kepalanya ligat mencari idea untuk melepaskan diri. Tapi kecil matanya apabila melihat Zirah tersenyum penuh makna.
‘’Kau terima dia ajelah.Kalau kau tak suka dia,takkan cincin ni ada kat jari kau?’’
‘’Tu..tunggu. Kau dah salah faham,Zirah. Aku...’’Harrina kaku dari membuka mulut setelah melihat Zirah sedang mengeluarkan telefon bimbit dari dalam begnya.’’Apa kau nak buat?’’
Tiada jawapan daripada Zirah.Malah temannya itu sedang cuba mendail seseorang.
‘’Hello,Encik Shahrin.’’
Terkejut Harrina dengan sebaris nama itu.’’Zirah!’’
‘’Saya rasa Encik Shahrin tak payahlah risau. Rasanya Harrina akan terima encik. Cuma encik kena berusaha lagi.’’
Harrina menunjukkan penumbuknya di hadapan muka Zirah. Temannya itu sekadar tersengih sebelum mematikan panggilan tersebut.’’Kau dah lama tak kena belasah dengan aku,kan? Kenapa kau cakap macam tu kat dia? Ingat aku ni senang-senang boleh terima dia macam tu aje?’’
Zirah menelan air liur sebelum bersuara. Gerun pula lihat wajah Harrina yang cemberut itu.’’ Let me ask you. Why you want to reject him? He’s loves you. Don’t you see that,Arri?’’
Soalan dijawab dengan soalan.’’Listen. Macam mana kau bolah kata yang dia tu sukakan aku? Kau bukan tak tahu yang aku anti dia sejak awal-awal dulu.’’
‘’Kalau kau tak suka, tak ada maknanya cincin ni tersarung kat jari kau.’’
‘’Kau salah faham,Zirah. Bukan aku teringin sangat pakai bendalah ni.’’Harrina masih berusaha untuk membela diri. Dia tidak pernah sukakan Shahrin. Cincin ni pula hanya satu salah faham. Cincin tu yang tersekat di jarinya.
Zirah tersenyum lagi. ‘’Dahlah Arri.Kau terima aje dia. Dia okey dan baiklah. Sepanjang aku kenal dia,dia tak adalah jahat macam yang kau kata. Standardlah kalau dia sombong sikit tapi itu untuk menjaga nama baik dia sebagai seorang pelakon.’’
Harrina tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Kepalanya diletakkan di atas meja di depannya. Teringin saja dia menghantukkan kepalanya ke atas meja itu tapi dia masih waras. Tidak mahulah dia menyakitkan diri sendiri. Susah betul kalau dapat kawan yang tak bagi aku peluang nak bagi penjelasan macam Zirah ni. Argh,sakitnya kepala! Si mamat tu kenapa nak huru harakan hidup aku? Apa dosa aku pada dia di hayat lepas?
************
Satu senyuman dihadiahkan kepada Maira sebaik saja dia terlihat kelibat temannya itu.Tanpa dijemput,Harrina menarik sebuah kerusi bersebelahan tingkap kaca di sudut kedai Maira. Tidak lama kemudian,Maira menghampirinya dengan dua gelas jus oren.
‘’So,how’s your day today?’’Tanya Maira sebaik saja melabuhkan punggung di hadapan Harrina.
‘’Great. Aku diterima bekerja kat Price Court Hospital.Lusa aku masuk kerja.’’
‘’Kira baguslah tu. Tak dapat jadi doktor kat hospital,jawatan penting kat hospital pun kau kebas.Orang takut darahlah katakan.’’
Harrina mencebik.’’Saja kau nak kenakan aku.Cakap ajelah yang kau jealous.’’
‘’Buang karan aje.Nak jealous buat apa?’’Sangkal Maira.
Pandangannya ditebarkan ke seluruh ruang kedai kek milik Maira.’’Kau tu ada ijazah pasal bussiness management tapi tak gunakan sepenuhnya.Kedai idaman kau ni jugak yang jadi pilihan.’’
‘’Dah minat aku.Tak boleh nak buat apa. Err,Arri...’’
‘’Lain macam aje ni. Ada apa-apa ke?’’Pintas Harrina sebelum Maira sempat menyambung ayatnya.
‘’Dengarlah cakap aku dulu sebelum menyibuk. Aku nak tanya something tapi jangan kau marah pulak.’’
Dahi Harrina berkerut. Riak mukanya pelik meminta penjelasan.
‘’Kau dengan Shahrin...’’
‘’Hah? Kenapa dengan dia?’’Sekali lagi kata-kata Maira dipintas.
‘’Mangkuk betullah kau ni. Aku belum habis cakap lagi ni. Tak usahlah mencelah.’’Ujar Maira geram.
Harrina tersengih.’’Okey,sambung balik.’’
‘’Kau...’’
Tiba-tiba bunyi telefon bimbit kedengaran.Kedua-duanya memandang antara satu sama lain.’’Hisy,kacau betullah. Cepatlah angkat phone kau tu.’’
Harrina sekadar tersenyum. Mesti minah ni geram.Ada aje yang ganggu bila dia baru nak bukan mulut.’’Ya,Zirah. Aku? Ada kat kedai Maira. Sekarang? Ha,yalah aku tunggu.’’
‘’Kenapa pulak dengan Zirah?’’
Harrina menjungkit bahu.’’Dia kata ada hal penting nak cakap kat aku.’’
‘’Oh...’’Jeda Maira.’’Sambung balik part yang asyik kena pause tadi. Kau dengan Shahrin ada affair ni sejak bila?’’
Tersentak Harrina dibuatnya.Nasib baik dia bukan sedang menghirup jus oren di depannya.Jika tidak pasti Maira sudah disemburnya.’’Kenapa kau tanya?’’
‘’Yalah,selama ni aku tak pernah dengar pun dia ada suka atau couple dengan mana-mana perempuan. Tapi bila dia buat pengakuan mengejut pasal perasaan dia kat kau,satu Malaysia terkejut tau.’’
Harrina menggaru pelipis kanannya.’’Patutlah pun.’’
‘’Apa yang patut?’’
‘’Masa aku attend temu duga kat hospital hari tu,ramai yang pandang aku. Ingatkan time tu imej aku something wrong tapi bila tengok balik okey aje. Nak datang sini pun,pelanggan kat sini dok sibuk tenung aku. Ingatkan aku dah salah masuk kedai.’’Jelas Harrina.Kini baru dia tahu kenapa dia tiba-tiba jadi tumpuan.
‘’Ni yang buat aku risau.’’Maira bersandar lemah pada kerusi.
Harrina berasa hairan.’’Apa pasal?’’
‘’Kau ingat tak aku pernah kata pasal fanclub yang fanatik gila dengan Shahrin?’’Soalan daripada Maira dijawab dengan anggukan Harrina.
‘’Dorang semua tu perempuan. Memang fanatik dekat lelaki pujaan Malaya kau tu.’’Kata-kata Maira terhenti apabila Harrina tiba-tiba tergelak besar.
‘’Kelakarlah,Maira.Sejak bila pula dia jadi lelaki pujaan aku? Jangan nak bikin lawak antarabangsa la.’’
Satu cubitan hinggap di atas lengan Harrina.’’Habis tu bukan ke? Dia kan suka kau. Aku tak salah istilah okey.’’
Harrina memuncung.Sia-sia kena cubit.Berbirat lengan aku. Ni sebab si mamat tu punya pasal.
‘’Bila dah fanatik,kau faham-faham ajelah. Mana boleh tengok dia dengan perempuan lain sebab dorang ingat Shahrin tu boyfriend dorang. Sebelum ni,Shahrin tak pernah ada hubungan dengan mana-mana perempuan. But you suddenly come as his girlfriend. Mesti dorang marah punya.’’
Satu lagi masalah menimpa Harrina. Sekiranya betul apa yang Miara katakan,tidak mustahil dia akan diserang oleh mereka suatu hari nanti. Kemungkinan keselamatan dan nyawanya akan terancam.
‘’Betul ke ni?’’ Soal Harrina dengan dahi berkerut. Kepalanya sudah memikirkan segala kemungkinan buruk yang akan terjadi ke atasnya. Astaghfirullahallazim. Janganlah fikir bukan-bukan,Arri. Dia mengingatkan dirinya sendiri.
‘’Aku tak berani jamin pasal tu. Mungkin jugak dorang terima aje kau sebagai buah hati Shahrin. Mungkin jugak tak. Tapi Arri,boleh tolong aku tak?’’
Harrina merenung Maira. Minta tolong apa pula ni? ’’Ada apa?’’
‘’Kau kena cari kebahagiaan kau tau.’’ Ayat mengharap yang keluar dari mulut Maira mengejutkan Harrina. Biasanya ayat sebegini adalah pengharapan orang yang hampir tiba ajalnya.
‘’Kau kenapa cakap pelik-pelik ni,Maira?Menakutkan akulah.Are you fine,my friend?’’ Harrina meletakkan dua jarinya di pergelangan tangan Maira untuk memeriksa nadinya. Okey lagi. Masih berdenyut rupanya.Tapi kenapa dia cakap macam tu?
‘’Hoi,aku okeylah. Aku masih hidup ni.’’Maira menepis jari Harrina. Ada ke patut si Arri ni anggap aku tak okey? Sabar ajelah dengan kawan aku ni.
‘’Habis tu,kenapa suruh aku cari kebahagiaan pulak?’’
‘’Sebab aku nak tengok kau happy. Kau kena cari orang yang betul-betul cintakan kau. Yang sukakan kau seadanya.’’
‘’Masalahnya siapa?’’Pintas Harrina.
‘’Macam Shahrin.’’
Sebaris nama yang membuatkan Harrina tersentak.’’Apa kena mengena dengan dia pulak?’’
‘’He’s loves you,dear.’’Ujar Maira bersungguh-sungguh.
Harrina tersandar di kerusi. Apa lagi permainan yang dimainkan oleh Shahrin? Tidak cukup dia merayu pada Zirah,kini dia meminta bantuan pada Maira pula? Lepas ni siapa? Adakah Saera yang akan datang kepadanya dan memujuknya supaya menerima Shahrin?
‘’Kejam betullah dia ni.’’Tanpa sedar Harrina menyebutnya dengan kuat.
‘’Siapa yang kejam? Shahrin ke? Pakwe baik macam dia tu kau kata kejam? Tak patut. Tak patut.’’Maira menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
Harrina memandang Maira sejenak. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap pula. Nampaknya aku pun kena menyusun atur satu permainan. Kalau Shahrin boleh merangka satu permainan,kenapa tidak aku? Aku akan pastikan aku tidak kalah dalam permainan ini. Tawarannya adalah ego Shahrin. Jika aku kalah,aku terpaksa sama-sama mempertahankan ego Shahrin di depan peminatnya. Jika dia kalah,aku akan runtuhkan egonya dan sikap pentingkan diri sendiri semata-mata nama baiknya. Yalah,nama baiknya sebagai seorang pelakon yang terkenal lagi popular pasti akan tercalar andai kata ada perempuan yang menolak cintanya. Aku kena menang!

FANTASI CINTA 5

5
Harrina terkejut dengan kenyataan yang dibuat Shahrin.Begitu juga dengan para wartawan dan pemberita.Azim juga turut tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Shahrin sebentar tadi.
‘’Hei,awak gila ke?Apa masalah awak ni?’’Soal Harrina geram.Dia memandang Shahrin yang duduk di sebelahnya sejak sesi soal jawab bermula.
Shahrin tidak mempedulikan soalan Harrina.Dia tidak mempedulikan kelipan lampu kamera dan perakam yang sedang merakamnya.Dia tidak fokus dengan soalan-soalan yang diajukan pleh para wartawan.Matanya tepat memandang Joanna yang duduk di kalangan para wartawan bersama seorang lelaki.Kini fokusnya pada Joanna.
Shahrin sakit hati apabila melihat Joanna.Rasa kecewanya masih memenuhi hatinya.Kelukaan yang dialaminya membuatkan dia hampir saja menangis.Cinta yang tidak kesampaian telah mengguris hatinya.Oleh itu dia tekad dengan tindakan yang dilakukannya kini. Dia terpaksa melakukannya demi melempiaskan rasa geramnya yang sudah mencapai tahap maksima.
‘’Awak dengar tak apa saya cakapkan ni?Awak nak kasi saya gila ke?’’Marah Harrina dengan suara yang masih boleh dikawal.Kalau diikutkan hatinya yang geram,mahu saja dia mencekik leher lelaki itu supaya menarik balik kata-katanya.
‘’Sa..saya di sini,memang mengaku tentang perasaan yang baru saya luahkan sebentar tadi.Saya memang sukakan dia.’’
‘’Apa?!’’Tempik Harrina.Dia tidak menghiraukan fokus para wartawan dan kamera yang asyik ditalakan ke arahnya sejak tadi.
Azim tercengang.Terbeliak matanya mendengar pengakuan Shahrin.Apa yang dah jadi sebenarnya?
Joanna terkedu.Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.Betulkah?
********
Harrina memandang teman-temannya yang datang ke rumahnya waktu petang-petang begini.Baru saja dia hendak melangkah keluar dengan kasut sukannya,dia awal-awal lagi sudah dihalang oleh Maira dan Saera di hadapan pintu pagar rumahnya.
‘’Baiknya kawan-kawan aku semua ni.Terima kasih sebab datang.’’Harrina mempersilakan teman-temannya menikmati juadah yang disediakan dengan muka ceria.
Ini kerana dia masih tidak tahu tujuan mereka datang menyerbu rumahnya. Kalau dia tahu,confirm tak adanya nak buat muka manis macam sekarang.
‘’Ehem,susahkan kau pulak.’’Teragak-agak Maira bersuara.
‘’Tak adanya.Bukan pernah korang datang kat rumah aku.Masing-masing sibuk.’’
Harrina ingin terus berkata-kata tapi berasa gerun apabila Saera asyik merenungnya. ’’Err,kau kenapa Saera?’’
‘’Hisy,aku dah tak tahan ni. Baik aku cakap direct aje.’’Kata Saera sambil menyilangkan kedua-dua kakinya ke atas sofa.’’Meh sini,Arri.Aku nak buat post-moterm sikit.’’
Dengan fikiran yang blur,Harrina menghampiri Saera lalu duduk di sebelahnya.
‘’Baik kau cakap terus terang dengan aku. Jangan simpan apa-apa rahsia.’’
‘’La,aku mana pernah simpan apa-apa dari korang semua.Tanya ajelah.’’
‘’Sejak bila kau ada affair dengan Shahrin?’’Soal Saera.
Harrina tersentak.Baru dia tahu tujuan mereka berdua datang ke rumahnya.Wajah Maira dipandang.Ternyata dia juga sedang menunggu jawapan dari mulutnya.
‘’A...aku mana ada affair dengan dialah.’’Nafi Harrina.Dia kalut.Fikirannya bercelaru.
‘’Mana boleh tak ada? Habis cerita hot yang keluar kat newspaper tadi pagi apa benda?Tu masih nak nafikan lagi?’’Tanya Saera bertalu-talu.
‘’Betul tu. Macam mana pulak Shahrin boleh mengaku dia suka kat kau? Bukan sebelum ni kau kata kau menyampah kat dia ke?’’
Kelu lidah Harrina untuk menjawab semua soalan itu.
‘’Kau jangan bocorkan rahsia ni.Kalau tidak nahas kau.’’
Sepintas lalu peringatan Shahrin malam tadi menjengah mindanya.Dia menggeleng kerana tidak mahu mengingati amaran lelaki itu.Kenapalah mamat tu susahkan aku?Sakit hati betullah!
‘’Kau ni kenapa? Sekejap geleng,sekejap mengelamun. Kau ada sembunyikan apa-apa ke?’’Desak Saera.
‘’Mana ada.’’Dalih Harrina.
‘’Sekarang cerita kat kita orang berdua pasal perkara tu.Kau ada hubungan dengan Shahrin sejak bila?’’
Soalan yang diajukan Saera amat menyesakkan kepalanya.Dari mana nak dapatkan ilham nak jawab balik soalan dia ni?Argh,Shahrin! Kau berhutang dengan aku.
‘’Se..sebenarnya aku pun tak tahu yang Shahrin sukakan aku. Masa dia buat pengakuan tu, baru aku tahu. Aku sendiri pun terkejut jugak.’’Harrina tertunduk.
Maira dan Saera tidak memberikan respon beberapa ketika.Maira memandangnya.Saera merenungnya.
‘’Jadi kau macam mana?’’Maira pula menyoal.
Dahi Harrina berkerut.Tidak faham dengan soalan Maira.’’Macam mana apa?’’
‘’Kau terima dia ke? Kau sukakan dia jugak ke?’’
Lambat-lambat Harrina menjungkit bahu.Tapi dalam hati dia menyumpah Shahrin.Masakan lelaki yang sering sakitkan hatinya itu boleh disukainya? Tak mungkin dia akan sukakan Shahrin. Lelaki berlagak seperti dia bukan lelaki idamannya.Jauh menyimpang.
‘’Entah-entah kau dah sukakan dia.Kau nikan mudah terharu.Dia cakap aje macam tu,kau boleh cair.’’
Harrina memandang Saera.’’Mana ada.Aku bukan jenis yang macam tulah.Ingat sekali sebut aje,aku boleh jatuh hati kat dia ke?’’
‘’Arri,kalau kau suka kat dia dan dia pun suka kau,aku restu hubungan korang. Tak sangka aku akan ada adik ipar dari kalangan pelakon popular.’’Usik Maira.
‘’Banyaklah kau punya adik ipar.Bila masa mak aku lahirkan kau? Bila masa pulak aku kata setuju nak terima dia? Kau nikan,jauh sangat berangan.’’Bidas Harrina sebelum tangannya mendarat di paha Maira.
‘’Ayun betullah kau ni.Aku cakap benda yang baik pun kena tampar dengan kau.Kejam punya kawan.’’
‘’Kawan kita jugak.’’Sela Saera.
‘’Betul jugak,kan?’’Maira tergelak diikuti yang lain.
*********
‘’A...apa?! Jangan nak merepeklah. Saya tak nak.Saya tak mahu. Saya tak ingin.’’Suara Harrina memenuhi ruang makan itu.Nasib baik ruang makan yang ditempah di restoran Jepun itu bertutup.Hanya dia dan Shahrin saja yang berada di situ.Pengurus Shahrin yang datang menjemputnya dari rumah.Zirah yang memberitahu alamat rumahnya.
‘’Kenapa?Aku suruh berlakon saja.Susah ke?’’
Satu panahan tajam diberikan kepada Shahrin namun lelaki itu sedikit pun tidak gentar.Lalu tangannya disilangkan di dada.
‘’Okey,aku bayar kau.Berapa kau nak?’’Shahrin berura-ura mahu mengeluarkan buku cek dari kocek jaket yang dipakainya.
Harrina ketawa tiba-tiba.Shahrin pula yang jadi kaku.’’Apa awak ingat saya ni papa plus kedana sangat ke nak mengharapkan duit awak tu? Satu sen pun saya tak ingin. Kalau nak suruh orang berlakon jadi girlfriend awak,lebih baik cari perempuan lain. Saya tak berminat dengan tawaran awak tu.’’
‘’Kalau boleh aku memang nak cari perempuan lain tapi masalah sekarang,waktu sidang media hari tu orang ramai dah tahu pasal kau.Nak tak nak,aku terpaksalah gunakan kau untuk jaga reputasi aku sebagai seorang artis. Takkan aku nak keluar dengan perempuan lain padahal orang kat luar sana tahu yang kau girlfriend aku?’’Tingkah Shahrin tidak puas hati. Dia memang terdesak sekarang ini.
‘’Siapa suruh awak mengaku yang awak suka saya time tu? Cakap ajelah yang semua tu hanya salah faham. Sekarang yang mendatangkan masalah ni adalah berpunca dari awak jugak. Tak pasal-pasal saya yang jadi mangsa keadaan.’’Marah Harrina dengan rasa sebal. Agak berhati-hati dia dengan emosinya.Risau pula bila rasa marah memuncak,habis barang yang berada di depan matanya dicapai dan dibaling ke arah Shahrin. Jadi isu pula bila dia dipenjarakan kerana mencuba mencederakan orang.
Shahrin tidak terus menjawab.’’Kau tak tahu.’’ Kau tak faham apa yang aku rasa bila tengok Joanna di depan mata.Hanya Tuhan saja tahu betapa sakit hatinya melihat orang yang menolak cintanya berdiri di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Hatinya terluka apabila memandang wajah Joanna yang tidak menerimanya dan menolak cintanya mentah-mentah dengan alasan yang tidak boleh diterima.
Harrina memandang muka Shahrin yang tiba-tiba berubah sayu.Walaupun masih menunjukkan muka yang serius,tapi perubahan pada riak wajahnya kelihatan walaupun tidak berapa ketara.
‘’Macam mana saya nak tahu kalau awak tak cakap? Apa yang membuatkan awak buat satu pengakuan palsu sampai melibatkan saya dalam hal ni? Saya tak bersalah tau.’’
‘’Tak payah kau tahu sebabnya.Itu hal aku.Yang perlu diselesaikan ialah hal kita berdua.’’
Terus tegak badan Harrina.‘’Ewah,sesedap rasa aje kata hal ‘kita’. Sorry sikit ya,tu hal awak dan bukan hal saya atau kita.Saya tak nak masuk campur dalam hal awak.’’
‘’Why you don’t want to help me?My request is simple.Mintak berlakon jadi girlfriend aku untuk satu tempoh saja.’’Desak Shahrin.
‘’Why I need to help you?Apa sebab munasabah untuk saya saya tolong awak? Demi menjaga nama baik dan reputasi awak saja.Tapi saya,apa yang akan saya dapat? Nothing unless nothing.Do you get what I mean,Mr.Shahrin? Or should I call you, famous star?Plus,I’m ordinary person and you a hero.I’m not suitable be your heroine in this drama.’’Terselit nada menyindir dalam kata-kata Harrina. Huh,ingat aku ni baik hati sangat nak tolong dia semata-mata demi kebaikan dia? Kirim salam sayang sajalah.
Shahrin diam.Harrina pula sudah tidak sanggup berdepan dengan lelaki di hadapannya. Buang masa saja datang sini. Dahlah datang minum saja.Cubalah hidang sikit makanan. Inikan restoran Jepun,satu sushi pun takkan tak dihantar ke sini? Sempat pula dia memikirkan pasal makanan. Padahal rancangannya untuk menyediakan resume untuk memohon kerja terbengkalai saja di rumah.Dia mencapai tas tangannya sebelum berdiri.Kain bajunya yang sedikit kusut setelah lama duduk bersila dibetulkan.
‘’Saya nak balik.Bye.’’
Shahrin masih tenang di tempat duduknya.’’Zirah kawan baik awak,kan?’’
Harrina yang baru hendak melangkah terus memandang Shahrin. Dia pelik.’’Kenapa pulak awak tanya pasal Zirah? Jangan kata awak nak buat tawaran seperti mana apa yang awak tawarkan kat saya tadi?’’
‘’Itu hal aku.Pasti kau akan menyesal sebab tolak tawaran aku.Aku akan pastikannya.’’
‘’Huh,sikit pun saya tak menyesal.Lagi suka adalah. Tapi ingat,jangan sesekali awak nak libatkan kawan-kawan saya dalam masalah awak ni.Kalau saya tahu,nahas awak.’’Ugut Harrina.
‘’Cubalah.Aku tak takut dengan ugutan kau.’’Shahrin tersenyum sinis sambil memberikan Harrina satu renungan tajam.
Harrina menggigit bibir.Geram sungguh dengan Shahrin. Dengan langkah yang sengaja dihentak kuat ke atas lantai,dia berlalu dari situ.Pintu gelongsor yang menjadi pemisah antara ruang makan tertutup dengan ruang utama restoran itu ditolak kuat.
‘’Dasar lelaki berlagak.Dah buat salah tak reti nak mintak maaf.Boleh pulak dia suruh aku jadi pelakon macam dia.’’Kutuk Harrina sambil melangkah keluar dari restoran. Huh,kutuk dia sampai berbakul pun belum tentu dapat meredakan rasa marah aku.Bikin tambah dosa saja.
Untuk meredakan rasa marahnya dan menenangkan fikiran,Harrina berjalan-jala di sekitar Kuala Lumpur.
**********
Tangan diregangkan sebelum mengilaskan pinggang ke kiri dan ke kanan. Baru saja dia menghembuskan nafasnya dengan kasar,telefon bimbitnya berbunyi.
‘’Hello.Assalamualaikum.’’Harrina membuka bicara.
‘’Waalaikumsalam.Arri,ni mama.’’
Terkejut Harrina dibuatnya.’’Mama?!’’
‘’Yalah,siapa lagi?Tengah buat apa tu?’’
‘’Erm..lepak kat Titiwangsa kejap.Tadi shopping kat KLCC.’’Harrina menebarkan pandangannya ke arah bangunan KLCC yang berdiri megah di depan matanya.Memang memukau hati melihat bangunan yang bermandikan cahaya di waktu malam seperti itu.
‘’Sorang?’’Terselit nada risau dalam suara Puan Aihara.
‘’Yup.Mama,atuk okey ke?Macam mana dengan pembedahan atuk? Lancar ke?’’
Kedengaran Puan Aihara mengeluh di hujung talian.’’Atuk kamu tu masih dalam pemantauan. Pembedahan ditunda lagi. Sebelum ni,dah tiga kali operation kena postpone sebab keadaan kesihatan atuk kamu.’’
‘’Atuk kenapa?’’Pintas Harrina.
‘’Demam panas.Suhu badan tinggi.Faham-faham sajalah bila suhu badan tinggi tekanan darah dalam badan pun jadi tinggi.’’
‘’Oh,yakah?’’Harrina berjeda seketika.
‘’Macam mana keadaan Arri kat Malaysia? Everything alright,dear?’’
‘’Hmm.Still okay and you don’t have to be worry. I’m fine,ma. Bila nak balik sini?’’Tanya Harrina dengan nada ceria.Dia sebenarnya amat mengharap keluarga yang disayanginya berada di sisi tatkala ini. Teringin sekali dia berkongsi pelbagai cerita namun dia tahu itu hanya angan-angan buat masa ini.
‘’Tak tahu lagi. Kalau pembedahan asyik ditangguh,mungkin kami akan balik lewat. I’m sorry dear. Mama tak ada bila kamu pulang ke Malaysia. ‘’
‘’Ma,Arri faham.Papa sihat ke?Tolong kirim salam kat dia ya. Rindulah pada papa.’’ Sememangnya Harrina terlalu rindu dengan ahli keluarganya.Sudah lama dia tidak bertemu dengan keluarganya.Kali terakhir dia bersama dengan mereka adalah semasa cuti semester tahun terakhir.
‘’Papa saja ke? Mama tak?’’Usik Puan Aihara.
‘’Sama jugak.Tapi kat mama,Arri lebih rindu. Jangan bagitahu papa tau.’’Sempat pula Harrina berseloroh.
Bergabung tawa mereka.Setelah reda,keadaan menjadi senyap seketika.’’Ma,kan bagus kalau mama ada kat sini.’’
Puan Aihara di hujung talian terasa sayu mendengar harapan anak tunggalnya itu.’’Arri,ada masalah ke?Kenapa suara tu lain macam aje.’’
‘’Arri okey,ma. Nothing, just a bit misunderstanding here.’’Harrina memandang langit malam.Dia ingin bercerita tapi keadaan tidak mengizinkan.
‘’Oh. So,you get your work there?’’Tanya Puan Aihara.Sekilas dia memerhatikan suaminya sedang bercakap sesuatu dengan ayah mertuanya di dalam bilik wad.
Harrina mengetap bibir.’’Belum, ma.Arri masih belum cari kerja lagi. Tapi sekarang tengah nak apply kerja sebagai pembantu pengurus bahagian sumber manusia di Prince Court Hospital.’’
‘’Wow,great. Hope you get the work,dear.Arri,mama tak boleh nak cakap lama-lama sebab atuk panggil mama. Nanti mama call Arri lagi.’’
‘’Okey,ma.Kirim salam kat semua.Assalamualaikum,ma.’’Setelah panggilan diputuskan, telefon bimbitnya ditenung. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia berasa sunyi sekarang.