Saturday, October 15, 2011

Aku? Si dia? Lelaki itu?

Untuk kali ni cerita aku lebih berkisar tentang aku dan lelaki itu.
Pagi semalam aku tersentak bila menerima satu panggilan. Tiba-tiba saja adik aku hulur telefon kat aku. Aku pun blur. Bila tengok skrin,time tu aku memang betul-betul terperanjat. Ignore is calling..... Ignore tu nama yang aku letak kat dalam phonebook untuk lelaki itu. Setelah sekian lama tak ada khabar berita,baru semalam dia contact aku. Apa yang dia nak? Bila aku blur so aku pun angkat je call tu tanpa banyak fikir.

Apa yang kitorang bualkan?

Mula-mula dia tanya aku pasal keadaan akulah. Okey ke tak,sibuk ke tak. Lebih kurang macam tulah. Dia ingatkan aku pasal satu perkara. Dia ingatkan pasal satu janji yang pernah aku buat depan dia. Tapi aku sendiri tak ingat pasal janji tu.

Apa yang aku dah janjikan pada lelaki itu?

Sumpah aku tak ingat. Aku lupa sama sekali pasal janji tu. Yang aku ingatlah,aku kena belanja dia or something kalau aku gagal SPM. Tapi aku yakin aku takkan gagal SPM. So aku tak perlulah risau sangat.

Tapi kalau diikutkan aku cuak jugak sebenarnya sebab aku dah lupa janji tu. Aduh... aku ni agaknya ditakdirkan menjadi seorang yang sentiasa lupa pada janji. Buntu tau kepala aku bila fikir semua tu. Apa yang aku dah janjikan kat dia sebenarnya? Bila aku tanya dia balik,dia suruh aku fikir sendiri. Tak fahamlah aku.

Disebabkan rasa bersalah aku angkat call yang tak sepatutnya aku angkat tu(peningkan baca ayat aku), so aku minta maaf kat si dia. Si dia pun tak faham. Mana taknya,aku tetiba mintak maaf atas perkara yang dia sendiri tak tau. Nak tak nak aku pun bagitahu si dia pasal lelaki itu call. Mula-mula bila aku cakap macam tu,dia senyap aje. Aku tahu dia sebenarnya sakit hati bila tiba-tiba aku mention pasal lelaki itu. Lelaki yang dah lama dah contact aku. Lelaki yang aku tinggalkan. Lelaki yang aku pernah sayang. Erk,rasa macam nak delete je perkataan yang terakhir tu.

Disebabkan call yang bertarikh 15.10.2011 pada pukul 10.08 a.m dan duration yang hanya sesingkat 00:04:00 boleh membuatkan aku dan dia hampir nak bergaduh. Dia pertikaikan janji yang pernah aku buat kat dia suatu masa dulu. Aku ingatlah janji dengan dia tu. Tak nak contact lelaki itu atau mention apa-apa lagi pasal lelaki itu. Tapi aku sendiri yang blank masa tu so aku main angkat jelah. Puas aku pujuk dia sampai tak ada idea lagi. Jadi alternatif lain,aku main ayat jiwa dengan dia.(rekod! Tak pernah-pernah berjiwang karat dengan ayat manis bagai). Nasib baik termakan jugak dengan cara aku tu.

Tu baru call. Malam tadi aku pergi pasar malam pulak. Satu kejutan aku ternampak dia. Gulp!!! Sepantas kilat aku berpaling ke arah lain bila nampak dia. Adik aku yang kat sebelah dah buat muka kat aku bila aku suruh dia tolong ushar lelaki itu perasankan aku atau tak. Nasib baiklah pergi pasar malam tu sekejap aje. Boleh pulak tengah cuak tu si dia pulak call. Tanya aku kat mana. Aku cakaplah aku ada kat pasar malam.

Lagi bertambah cuak aku bila dia kata nak datang situ. What?!! Aduh,aku tak sanggup nak tengok keadaan bila dua lelaki ni bertembung antara satu sama lain. So alasan,aku cakap kat dia aku dah nak balik,tak payah datang. Lepas bawak adik kecil tu jalan-jalan kejap,terus aku cabut dengan adik aku yang lagi satu dengan mak. Masa nak balik tu jugaklah aku ternampak lelaki itu. Aku pandang tempat lain. Adik aku pulak yang ambil port ushar lelaki itu masih ada kat situ atau tak.

‘’Kak,aku rasa dia perasan kaulah sebab tadi dia pandang sini.’’
‘’Hah?!! Biar betul kau ni dik?’’
‘’Betullah. Tadi dia pandang kau. Aku rasa dia perasankan kaulah.’’
Berganda-gandalah cuak aku ni. Sikit pun aku tak pandang ke arah dia. Hisy,telenglah kepala aku jawabnya bila aku asyik toleh ke kanan aje.
‘’Okey,dia dah tak pandang sini.’’Adik aku roger kat aku macam tu.
Aku pun apa lagi? Demi dapatkan kepastian aku toleh ke belakang. Fuh selamat! Dia dah berjalan ke arah yang bertentangan. Kenapa ya hati aku tersentak bila nampak lelaki itu? Satu soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya.


Sunday, October 9, 2011

Tukar Plan

Hari ni hari Ahad. Yalah,semua orang tahu hari ni hari apa. Okey,memandangkan hari ni hari Ahad so adalah yang buat wedding. Macam tadi,aku pergilah ke satu wedding ni. Dekat sangat dengan area rumah aku.

Asalnya aku tak nak pergi pun. Mak aku dapat jemputan dari tuan rumah. Mak tanya aku nak ikut ke tak malam tadi. Aku jawablah tak. Tapi tadi pagi Shida ajak aku. Fikir punya fikir dua tiga saat...aku rasa tak kisah jugak kalau aku pergi. So aku bersiaplah dan kata kat mak nak ikut sekali pergi wedding tu.

Bila sampai sana baru aku tahu yang pengantin perempuan tu baru 18 tahun! Muda seyh! Tak pernah aku terfikir pun pasal kahwin waktu umur 18 tahu. Memanglah sebelum ni pernah jugak dengar pasal orang yang kahwin 18 tahun ni tapi bukanlah dalam kalangan jiran aku sendiri. Selama ni tengok kat paper ke. So aku tersentak jugak tadi sebenarnya.

Kahwin umur 18? Muda sangatkan? Macam mana agaknya perempuan semuda itu dapat pikul tanggungjawab sebagai isteri? Kalau orang lain yang pentingkan masa depan macam aku,umur 18 tahun rasanya aku tengah sambung study. Mungkin kat matrik ataupun buat diploma. Tak pun aku sambung tingkatan 6. Itu kalau akulah. Tapi orang yang aku maksudkan tu tak tahulah macam mana.

Bagi aku umur 18 lepas habis saja SPM dan sampai habis study kat U ialah masa untuk enjoy dan habiskan masa remaja aku dengan kebebasan kat luar sana. Aku tak nak terbeban dengan tanggungjawab lain selain daripada tanggungjawab aku sebagi seorang anak dan pelajar IPT. Tempoh nilah aku nak buat apa yang aku nak buat sebelum fikirkan tentang step yang seterusnya iaitu kahwin.

Kalau ikutkan aku sebelum kena hentam dengan mak tadi,aku pernah terfikir nak kahwin masa final year aku kat U. Tapi lepas Shida kamceng dengan mak kenakan aku masa kat wedding tadi tu terus aku ubah fikiran. Aku kekalkan impian aku yang lama. Kerja dan capai pangkat yang tinggi. Lepas tu laksanakan impian aku yang aku dah rancang selama ni. Then baru kahwin. Itu rancangan aku. Tapi kan kalau dah sampai seru nak kahwin,time tu jugaklah aku kahwin. Lagipun kalau lama-lama takut aku terlepas si dia pulak. Karang aku jugak yang frust menonggeng. Haha...

Tak kisahlah pasal kahwin muda atau tak. Yang penting aku capai dulu dreams aku. Bukan capai mimpi tau tapi capai impian. Then lepas terlaksana mana yang patut, kahwinlah dan adakan wedding yang macam aku idam-idamkan.

PrAy 4 Me!

Saturday, October 8, 2011

Sejak Bila Aku Berubah?

Itu persoalan yang aku sendiri tak tahu dari mana nak cari jawapannya. Tapi yang pasti sejak mengenal erti couple dan bercinta, aku mula rasakan serba sedikit kehidupan aku berubah. Aku bukan nak luahkan perasaan kat sini tapi sekadar berkongsi apa yang aku rasakan. Bukan aku saja yang merasainya malah orang lain pun akan turut sama rasakan perubahan bila cinta mula hadir dalam hidup kita.

Mula-mula aku couple dulu,aku hanya fikir nak enjoy. Bukan bercinta dengan ikhlas. Itu aku yang dulu. Lepas tu pulak aku bertemu dengan cinta yang seterusnya. Mula daripada sini,aku mula tahu betapa dalamnya cinta seorang lelaki yang ikhlas terhadap seorang perempuan. Ya,akulah perempuan itu. Aku sangka aku akan bersama dengan lelaki itu selamanya tapi rupanya baru aku sedar. Sebenarnya dalam hati aku sukakan orang lain tapi tak pernah menyedarinya. Malah aku hanya anggap si dia hanya kawan baik. Itu kesilapan pertama yang aku lakukan.

Dan tanpa sedar jugak,hubungan yang awalnya aku anggap sekadar kawan mula beralih ke sebuah hubungan yang lebih dari itu. Baru aku sedar satu perkara selepas berkawan dengan Man untuk beberapa ketika. Memang aku sukakan dia sebab masa bekerja di bazar dulu dialah yang aku selalu pandang secara senyap-senyap. Takut pulak nak dekat dengan dia. Manalah tahu time tu dia dah ada girfriend. Lagipun dengan rupa dia yang kira sedap mata memandang tu,tak mustahil dia diminati ramai perempuan di luar sana. Lagipun dia tu bekas ahli sukan,banyak menjelajah ke seluruh negara untuk sertai pertandingan. Jadi mungkin ramai yang minta nombor phone daripadadia. Sebab tu aku hanya boleh pandang dia dari jauh. Tak berani nak letakkan apa-apa perasaan kerana takut kecewa cinta tak berbalas.



Oleh sebab tu,aku letak fokus aku pada lelaki itu,Syamtahir. Dialah yang pernah jadi sumber inspirasi aku. Memang dia ada kelemahan tapi aku boleh ketepikannya sebab aku pun bukanlah perfect mana. Then start daripada tu aku dan dia mula bercinta. Ingatkan bertahan lama tapi rupanya hanya 11 bulan. Sikit aje lagi nak sambut anniversary pertama tapi tak kesampaian. Takdir yang tentukan macam tu agaknya. Hubungan aku dengan lelaki itu tak mampu bertahan lama sebab hati aku mula cintakan orang lain.

Aku mula jatuh hati pada Man sejak si dia selalu contact aku,ambil berat pasal aku. Dan yang paling utama, dia seorang yang romantik. Sebab tulah aku aku boleh jadi cair bila setiap kali berbual dengan dia. Mula-mula aku fikir yang aku hanya bertepuk sebelah tangan apabila dari semasa ke semasa aku makin ingatkan dia dan mula rindukan dia. Malah setiap kali telefon berdering aku sentiasa harap yang call tu si dia.

Rupanya tak. Aku salah jugak. Dia pun sebenarnya terfikir yang dia hanya bertepuk sebelah tangan memandangkan aku sudah dimiliki masa tu. Pernah beberapa kali dia tanya tentang hati dan perasaan aku terhadap dia. Aku ingatkan dia sekadar ingin tahu tapi sebenarnya tak. Beberapa kali dia pernah kata nak cari girlfriend yang serupa macam aku atau lebih tepat perempuan itu ialah aku sendiri. Tapi aku tak sedar jugak. Aku anggap dia sekadar bergurau.

Tapi suatu malam,aku dan dia saling berterus terang tentang perasaan masing-masing. Rupnya aku dan dia berkongsi perasaan yang sama. Saling suka sama suka tapi tak boleh saling memiliki. Aku dan dia tak boleh nak bercinta hanya disebabkan aku sudah bercinta dengan orang lain terlebih dahulu. Bukankah satu penyeksaan mencintai seseorang tapi tak dapat memilikinya? Bukankah satu penderitaan menyintai seseorang tapi tak mampu membahagiakannya?

Aku perempuan yang tak boleh belah hati aku menjadi dua dan cintakan 2 lelaki sekali gus. Aku nak setia pada yang satu. Fikiran aku buntu waktu tu. Aku tak tahu pada siapa nak mengadu jadi aku ceritakan pada Izza dan Dina. mereka berdua saja yang tahu keadaan aku yang runsing sangat time tu. Memilih salah seorang daripada 2 orang lelaki diibaratkan bertarung nyawa. Silap langkah mungkin ada yang akan menderita. Jadi aku biarkan keadaan seperti tiada apa-apa. Aku bercinta dengan dua lelaki dalam satu masa. Tamak kan aku? Ya,aku rasa aku tamak sangat sampai 2 lelaki aku nak conquer dalam satu masa.
Time ni memang ada satu lagu yang sesuai dengan situasi yang aku alami. Lebih sesuai aku tujukan pada lelaki itu. Lagu Demi Waktu,Ungu.

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya yang kini hadir di antara kita
Namun ku takkan bisa menepis bayangmu yang selama ini temani hidupku
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hati ku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang berdiri di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu ku terjumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran


Dan lagu Kekasih Gelapku,Ungu lebih sesuai aku tujukan pada si dia.

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaku sedalam dalam hati ku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku yang panjang dalam hidupku


Tapi keadaan tu tak kekal lama. Aku, si dia dan lelaki itu masing-masing menderita sebenarnya. Tapi lelaki itu yang lebih teruk menderita. Aku berbohong bila bercakap dengan dia. Tapi si dia pun turut menderita terutama bila ada kaitan dengan lelaki itu. Aku pun turut sama menderita bila perasaan bersalah sentiasa menyelubungi hati aku. So aku kena jugak buat pilihan. Memilih salah seorang daripada mereka berdua. Dina kata ikut kata hati aku tapi segala risiko aku kena tanggung sendiri.

Lepas aku bersedia dengan pilihan yang aku buat berdasarkan instict dalam hati aku,aku bersua muka dengan lelaki itu dan berterus terang. Aku putuska untuk memilih Man kerana aku snagt sayangkan dia dan tak sanggup dia jatuh ke atas tangan perempuan lain. Aku tak sanggup itu terjadi.

Jadi lepas apa yang terjadi tu,aku dah tekad nak cintakan seorang lelaki saja sampai bila-bila. Lepas aku bertekad macam tu,aku mula lakukan perubahan tanpa aku sedari.

Aku tak tahu sejak bila aku jadi seorang yang dengar cakap. Kalau Man kata jangan so aku takkan buat. Macam pagi tadi, dia suruh aku makan,so aku pun makan. Kalau dia suruh rehat,aku pun rehat. Sebelum ni harapan ajelah nak dengar cakap orang lain. Kalau kata tak,lagilah aku nak buat benda tu biar orang tu naik marah. Sengal aje,kan? Aku pun makin pandai menjawab. Bila si dia pertikaikan apa yang aku cakap,aku mampu balas dan fight balik sampai aku puas hati.

Dan sekarang aku lebih tahu betapa dalamnya cinta seseorang terhadap kita. Jadi aku nak hargai orang yang cintakan aku. Aku tak nak si dia terguris sikit pun dengan kelakuan aku. Aku nak dia sentiasa bahagia dan aku akan sentiasa doakan si dia. Bila aku bertekad macam ni,aku berjanji dengan diri sendiri untuk setia,kasih,cinta dan jujur dengan dia selama-lamanya.

Mungkin korang akan kata karang kalau tak bersama jugak akhirnya pun tak ada guna jugak berjanji itu ini dengan diri sendiri. Tapi apa salahnya kita berusaha dulu sebelum dapatkan apa yang diharapkan. Kita reda saja dengan takdir Allah lepas kita berusaha. Kalau itu yang tertulis untuk aku,aku takkan menyesal sebab aku dah berusaha yang terbaik untuk itu dan Allah dah berikan aku peluang untuk mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang sayangkan aku.

Yang membaca post ni, tolong doakan kebahagiaan aku tau. Insya-Allah,aku akan doakan korang jugak dengan harapan apa yang korang impikan dapat dimakbulkan satu hari nanti.

8 Oktober

Apa punya mimpi peliklah yang menerjah tidur aku malam tadi.

Aku mimpikan diri aku sendiri keluar ke Sri Gombak dengan Zirah dan Izza pakai baju sekolah. Lepas shopping(entah apa yang kitorang shopping pun tak tahu), kitorang pun nak baliklah. Yang peliknya,aku pergi call nombor lelaki itu dan suruh dia jemput aku!

Apahal tiba-tiba pulak lelaki itu yang aku call? Kenapa bukan ‘si dia’ yang sentiasa ambil berat tentang aku?

Okey sambung balik cerita pasal mimpi tadi tu. Lepas tu,aku boleh pulak suruh Zirah dengan Izza balik dulu sebab aku nak tunggu lelaki itu datang jemput aku. Then lelaki itu lambat,aku call dia tanya sekarang ada kat mana,kenapa lambat. Bila lelaki itu lambat,aku marahlah dia.

’’Awak kat mana ni? Boleh cepat sikit tak? Dah sejam saya tunggu tau!’’.
Lepas tu lelaki itu pula menjawab, ‘’Awak boleh sabar tak? Saya on the way ni.’’.
‘’Cepatlah sikit. Karang saya balik sendiri ajelah.’’

Haisy,tak fahamlah. Macam mana aku boleh mimpikan lelaki itu? Atas sebab apa lelaki itu muncul dalam mimpi aku? Yang pelik lagi ajaib,kenapa dalam mimpi tu aku tak mimpikan si dia yang jemput aku? Kalau si dia yang jemput kan lagi best. Bolehlah aku bangun pagi dengan satu mimpi indah. Tapi ni tidak. Ni yang buat aku nak sambung tidur balik then mimpikan si dia.

7 Oktober

Hari ni aku join lawatan ke UniKL-BMI kat Sg. Pusu. Ada lebih kurang 40 orang yang join. 20 dari kelas aku,5 Sains 1 dan 20 lagi dari kelas Sains 2. Ikut jadual kena gerak pukul 2 sepatutnya tapi kitorang lambat so geraklah setengah jam kemudian. Lepas tu pulak,kat bulatan Batu Caves tersekat dalam jam pulak. Lagilah lambat. Bila sampai,penganjur aka pengacara tu tanya,’’Sekolah kamu jauh sangat ye. Ambil 5 jam nak sampai.’’ Dia tak adalah cakap tu dalam nada menyindir yang ketara sangat tapi lebih kepada nada bergurau. Then budak-budak lain jawab, ’’Memang jauh pun. Kat hulu sana. Lepas tu jam pulak.’’

Dengan perut yang lapar plus mengantuk sebab duduk dalam bilik ada aircond,maka masing-masing mulalah susah nak bagi tumpuan. Tapi disebabkan nak jaga hati orang yang asyik berucap kat depan tu,kitorang gagah jugak nak bukak mata besar-besar sambil iyakan apa saja yang pensyarah tu cakap. Sejam setengah aku terseksa menahan kelaparan. Nasib baik tak sampai tahap kebulur. Aku dengan Hazirah masing-masing tertanya dalam kepala otak, bilalah nak makan ni?

At least lepas sejam setengah tu kitorang dapat refreshment sikit. Tapi nasib malang yang tidak diundang ganggu mood kitorang yang tengah kelaparan ni. Bayangkan kat sekolah tak sempat nak makan pun. Eh kejap bukan tak sempat, tapi kat kantin tu tak ada makanan yang menyelerakan. Hari-hari benda sama. Sampai naik jemu nak pandang. Entah-entah makanan tu pun komen,asyik keturunan dan spesies aku aje yang kena mengadap muka budak-budak sekolah ni.

Sambung balik cerita nak pergi ambil refreshment.

Bila dah skodeng satu kampus tu,kitorang turun kat kafeteria. Makanan dah tersedia. Minuman dah terhidang. Kitorang(aku dengan member sekelas), capailah air dulu sebab tu yang paling dekat. Then bila dah capai pinggan nak isi dengan bihun goreng,semuanya tercengang. Siapalah yang bantai bihun ni tanpa belas kasihan kat kitorang yang tengah kelaparan ni? Mangkuk ayun betul! Budak lelakilah yang conquer tempat makanan tu dulu. Lepas tu dengan tak ada rasa gentlementnya,sesuka hati biarkan perempuan yang lemah ni menahan lapar. Adoyai! Nak tak nak terpaksalah tunggu untuk beberapa ketika lagi. Hurm...sabar ajelah. Time tengah makan tulah,si dia baru reply mesej yang aku hantar pukul 1.30. Dia kata dia tertidur so lambat reply. So aku pun kata tak apa dan pergilah buat kerja tu. Tapi lain pulak yang aku dapat. Ingatkan nak minta maaf tapi tak.

Aku merajuk dengan si dia hari ni. Aku kecewa bila dia label benda yang tak betul ke atas aku. Siapa yang tak terasa hati bila tetiba saja dilabel berubah hati padahal tu sama sekali auta?! Bila aku tanya boleh pulak dia tak jawab malah merajuk dengan aku. Sepatutnya aku yang touching tapi dia pulak. So start dari aku balik BMI tu, aku offkan phone. Bertekad tak nak angkat call dia dan nak buat dia risau. Aku nak dia tahu yang aku memang touching gila dengan dia time tu.

Tapi bila sampai rumah,aku onkan semula phone. Entah,rasa macam tak sampai hati nak matikan phone tu. Tapi aku block nombor dia. Then lepas Isyak aku tertidur. Aku terjaga bila phone aku berbunyi. Bila tengok skrin,bukan nombor si dia tapi orang lain. Tapi aku tahu yang call tu sebenarnya memang si dia. So aku pun angkatlah. Tak pasal-pasal pulak aku yang kena marah. Hisy,dia ni tak tahu ke yang aku tengah merajuk dengan dia?

Lepas masing-masing berdolak dalih,baru dia minta maaf dan pujuk aku. Nasib baik aje tak gaduh besar. Kalau tak,memang habis semua benda aku campak. Then,hubungan okey macam biasa. Hurm,cerita macam ada masalah besar aje,kan? Haha...aku ni bab cerita mesti nak gempak.

Ngeri betullah malam tadi.

Pernah dengar tikus terbang?

Pernah tengok tak?

Aku baru tengok dan alaminya tengah malam tadi. Nak tahu macam mana aku boleh tengok keadaan tu?

Lepas berbual dengan si dia dan situasi pujuk memujuk aku yang merajuk ni,aku pergilah toilet. Nak ambil wuduk sebab aku belum solat Isyak lagi time tu. Masa aku ada kat dalam toilet dengan keadaan yang tak terduga, tiba-tiba aje aku nampak tikus. Menjeritlah kuatlah aku. Takkan nak duduk diam aje time tu. Lagipun aku ni jenis yang pantang tengok tikus. Mesti bergegar rumah bila ada tikus melintas depan aku. Mungkin sebab aku menjerit punyalah hebat,tikus tu pun mungkinlah terkejut so melompatlah tikus tu. Tapi yang tak boleh blah,dia melompat melintas kepala aku. Dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Start daripada sinilah aku main kejar-kejar dan hide and seek dengan tikus tu. Bukan aku yang kejar dan cari tikus tu tapi sebaliknya. Nak tak nak,aku terpaksa naik atas mangkuk tandas dan tikus aka ‘cik siti’(gelaran mak aku kat tikus) tu berlari-lari dekat atas lantai toilet tu. Haru biru sungguh keadaan time tu.

Huk..huk..huk...kejam betullah tikus tu. Mesti ke takutkan aku dengan kehadirannya yang tak diundang tu? Hisy,kalau aku berani sikit mahu aje aku capai baldi then baling kat tikus tu. Eh kejap,karang baldi tu pulak yang pecah. Tikus tu tak kena apa-apa tapi aku pulak yang kena bebel sebab pecahkan baldi.

5 Oktober

Pelik-pelik ajelah aku hari ni.

Hari ni aku baru sedar yang aku baru buat satu benda yang memalukan bagi aku. Nak cerita ke tak eh? Hurm...cerita jelah sambil tebalkan muka ni.

Ceritanya bermula bila dia call aku semalam. Dia nak balik kampung kat Kelantan sebab nak jemput bakal mertua aku...eh....bukan-bukan....potong statement tu! (Perasan pulak aku ni.) Dia nak jemput parents dia datang sempena kakak dia yang akan konvo kat salah sebuah universiti kat KL ni. Macam yang dijanjikan dia akan call aku setiap kali dia tiba ke satu destinasi atau tempat rehat. Okey,macam biasa aku akan tunggu call dia.

Dalam pukul 12.50 tengah malam macam tu,dia call aku. Aku sedar,aku terjaga bila tetiba aje phone aku mainkan lagu Fiction dari group kpop Beast tu. Aku pun angkatlah. Macam bermimpi pun ada jugak tau. Biasalah mamai. Then aku terus tak ingat apa yang kitorang bualkan. Lepas tu tadi petang pulak dia call. Bagitahu dah nak balik KL mungkin sampai malam karang. Tiba-tiba dia kata,’’Malam tadi waktu call,Nita tidur eh?’’

Eh...eh...eh...bila masa pulak dia call? Aku pun cubalah ingat-ingat balik. Dia call? Kejap,dia memang ada call. Tapi aku langsung tak ingat apa yang dibualkan. Adakah ini bermaksud yang talian bersambung tapi aku boleh pulak senyap sebab aku tertidur? Argh!! Bila fikir balik,aku rasa malu gila.

‘’Alamak,ye ke? Ala sori la. Ya ALLAH,malunya.’’.
‘’Yalah. Dengar kat sini senyap aje so Man fikirlah yang Nita dah tertidur.’’

Aku kat sini dah tutup muka dengan bantal. Mana nak sorok muka ni beb? Memalukan sungguh. Bila aku check,duration call tu selama 2 minit. Mesti dia asyik panggil nama aku tapi aku tak bagi respon dan boleh pulak melayang semula ke alam mimpi. Hua....apa nak buat ni? Malu betul! Aku ni pun satu,ada ke patut pergi sambung tidur waktu si dia tengah call. Aduh,jatuh saham aku karang.

Cool down. Rileks dulu. Perkara biasalah tu. Orang lain pun ada alaminya jugak. (fulamak,berfikiran positif sungguh aku ni. Tapi dalam hati hanya aku aje yang tahu betapa berserabutnya fikiran bila diingatkan balik)

Rasanya semua orang akan alami perkara yang memalukan dalam hidup dia. Malah mungkin lebih dahsyat perkara yang memalukan tu menimpa mereka. Setakat ni aku memang ada banyak perkara yang memalukan pernah aku alami. Mana yang aku ingat tu,aku bolehlah cerita balik kat kawan-kawan bila duduk berkumpul bersama.

Yang aku ingat,waktu form 2 aku pernah terjatuh tangga kat depan pejabat and bilik guru kat sekolah. Jatuh tangga perkara biasa,betul tak? Tapi yang salahnya sebab kain aku tu panjang sangat. Dah lah londeh kat pinggang so bila naik tangga kain tu sesibuk aje nak menyapu lantai. Haha....ada ke patut aku nak salahkan kain yang aku pakai tu? Sepatutnya akulah yang salah. Dah tahu kain tu labuh plus londeh,aku kenalah lipat kat pinggang. Entah apa-apalah aku ni.

Waktu aku darjah 6 lagi teruk. Time tu aku first time kena ‘banjir’. Ala,datang bulanlah. Huk..huk..bocor kena kat baju sekolah. Dahlah kat kantin pulak tu. Semua pelajar tengah rehat. Bila aku pergi toilet baru aku sedar yang baju aku ada ‘peta berdarah’. Balik tu aku terus demam. Ahaks! Dahsyat jugak penangan darah time tu sampai demam panas aku dibuatnya.

Itu cerita beberapa tahun dulu. Cerita yang terbaru aku dah tak ingat. Apalah aku ni. Hikayat lama boleh pulak ingat. Filem terbaru tak ingat-ingat pulak. Ada trouble ke cell neuron aku? Tak apalah,nanti kalau ingat aku tulis kat sini. Rasa malas pulak nak perah otak bukak fail-fail yang ada cerita memalukan. Kena search dulu lepas tu nak kena tekan ‘open file’ pulak. Then kena tengok properties. Huh,macam-macam kerjanya semata-mata nak tahu isi kandungan folder tu.

Hah! Ada satu perkara yang nak dikongsi. Aku tertidur...emmm tukar sikit istilah... memang sengaja tidur waktu tengah hari tadi. Yalah,kat sini kan baru lepas hujan so banyak pulak feel nak tidur lena. Aku bermimpi. Dalam mimpi tu aku dah jauh hati dengan semua kawan-kawan aku. Aku tak tahu pasal apa tapi yang aku ingat,aku nak bawak hati aku sejauh yang mungkin dari dorang semua. Yang paling terkesan sekali,aku nampak Faizza bersungguh-sungguh nak pujuk aku supaya jangan pergi tapi hati aku yang tengah lara time tu langsung tak teriam semua pujukan tu malah aku suruh jangan pedulikan aku. Aku dapat lihat riak Faizza yang dah sehabis daya nak pujuk aku sampai fed up dibuatnya. Ada dua kawan aku yang nak pergi ke satu tempat,aku nak follow dorang tapi last-last aku pergi sendiri tinggalkan tempat yang aku tinggal time tu ke satu tempat lain yang lebih jauh. Shida pun muncul dalam mimpi aku tu,merayu jangan tinggalkan tempat tu.

Hisy,aku pun tak fahamlah dengan mimpi tu. Adakah aku memang terasa hati gila dengan semua kawan-kawan aku masa dalam mimpi tu? Sampai pujukan dorang langsung tak terkesan dan tinggalkan mereka semua. Atas sebab atau alasan apa yang menyebabkan aku sanggup tinggalkan kawan-kawan aku semua?

Aku tahu,mimpi hanya mainan tidur tapi aku tak harap apa yang aku mimpikan tu jadi kenyataan satu hari nanti. Tak ada sebab buat masa ni aku nak terasa hati dengan semua kawan-kawan aku. Walaupun setiap orang melakukan kesalahan,aku tetap akan maafkan dorang meskipun payah. Aku sayangkan semua kawan-kawan aku. Tak perlulah aku tinggalkan mereka semua sebab sudah jauh hati dengan dorang.
TAPI MACAM MANA KALAU MEMANG BETUL SATU HARI NANTI AKU SUDAH TAK TERDAYA NAK MEMUJUK DIRI SUPAYA TAK MENJAUH HATI DENGAN KAWAN-KAWAN AKU? Adakah aku akan tinggalkan tempat aku sendiri dan merantau sejauh mungkin demi merawat hati aku? Aku harap tak ada kawan-kawan aku yang buat aku terasa hati dengan dorang sampai membawa aku membuat keputusan lari sejauh yang mungkin dari mereka semua.

Wednesday, October 5, 2011

Today Tale

Pelik-pelik ajelah aku hari ni.

Hari ni aku baru sedar yang aku baru buat satu benda yang memalukan bagi aku. Nak cerita ke tak eh? Hurm...cerita jelah sambil tebalkan muka ni.

Ceritanya bermula bila dia call aku semalam. Dia nak balik kampung kat Kelantan sebab nak jemput bakal mertua aku...eh....bukan-bukan....potong statement tu! (Perasan pulak aku ni.) Dia nak jemput parents dia datang sempena kakak dia yang akan konvo kat salah sebuah universiti kat KL ni. Macam yang dijanjikan dia akan call aku setiap kali dia tiba ke satu destinasi atau tempat rehat. Okey,macam biasa aku akan tunggu call dia.

Dalam pukul 12.50 tengah malam macam tu,dia call aku. Aku sedar,aku terjaga bila tetiba aje phone aku mainkan lagu Fiction dari group kpop Beast tu. Aku pun angkatlah. Macam bermimpi pun ada jugak tau. Biasalah mamai. Then aku terus tak ingat apa yang kitorang bualkan. Lepas tu tadi petang pulak dia call. Bagitahu dah nak balik KL mungkin sampai malam karang. Tiba-tiba dia kata,’’Malam tadi waktu call,Nita tidur eh?’’

Eh...eh...eh...bila masa pulak dia call?

Aku pun cubalah ingat-ingat balik. Dia call? Kejap,dia memang ada call. Tapi aku langsung tak ingat apa yang dibualkan. Adakah ini bermaksud yang talian bersambung tapi aku boleh pulak senyap sebab aku tertidur? Argh!! Bila fikir balik,aku rasa malu gila.

‘’Alamak,ye ke? Ala sori la. Ya ALLAH,malunya.’’.
‘’Yalah. Dengar kat sini senyap aje so Man fikirlah yang Nita dah tertidur.’’

Aku kat sini dah tutup muka dengan bantal. Mana nak sorok muka ni beb? Memalukan sungguh. Bila aku check,duration call tu selama 2 minit. Mesti dia asyik panggil nama aku tapi aku tak bagi respon dan boleh pulak melayang semula ke alam mimpi. Hua....apa nak buat ni? Malu betul! Aku ni pun satu,ada ke patut pergi sambung tidur waktu si dia tengah call. Aduh,jatuh saham aku karang.

Cool down. Rileks dulu. Perkara biasalah tu. Orang lain pun ada alaminya jugak. (fulamak,berfikiran positif sungguh aku ni. Tapi dalam hati hanya aku aje yang tahu betapa berserabutnya fikiran bila diingatkan balik)

Rasanya semua orang akan alami perkara yang memalukan dalam hidup dia. Malah mungkin lebih dahsyat perkara yang memalukan tu menimpa mereka. Setakat ni aku memang ada banyak perkara yang memalukan pernah aku alami. Mana yang aku ingat tu,aku bolehlah cerita balik kat kawan-kawan bila duduk berkumpul bersama.

Yang aku ingat,waktu form 2 aku pernah terjatuh tangga kat depan pejabat and bilik guru kat sekolah. Jatuh tangga perkara biasa,betul tak? Tapi yang salahnya sebab kain aku tu panjang sangat. Dah lah londeh kat pinggang so bila naik tangga kain tu sesibuk aje nak menyapu lantai. Haha....ada ke patut aku nak salahkan kain yang aku pakai tu? Sepatutnya akulah yang salah. Dah tahu kain tu labuh plus londeh,aku kenalah lipat kat pinggang. Entah apa-apalah aku ni.

Waktu aku darjah 6 lagi teruk. Time tu aku first time kena ‘banjir’. Ala,datang bulanlah. Huk..huk..bocor kena kat baju sekolah. Dahlah kat kantin pulak tu. Semua pelajar tengah rehat. Bila aku pergi toilet baru aku sedar yang baju aku ada ‘peta berdarah’. Balik tu aku terus demam. Ahaks! Dahsyat jugak penangan darah time tu sampai demam panas aku dibuatnya.

Itu cerita beberapa tahun dulu. Cerita yang terbaru aku dah tak ingat. Apalah aku ni. Hikayat lama boleh pulak ingat. Filem terbaru tak ingat-ingat pulak. Ada trouble ke cell neuron aku? Tak apalah,nanti kalau ingat aku tulis kat sini. Rasa malas pulak nak perah otak bukak fail-fail yang ada cerita memalukan. Kena search dulu lepas tu nak kena tekan ‘open file’ pulak. Then kena tengok properties. Huh,macam-macam kerjanya semata-mata nak tahu isi kandungan folder tu.

Hah! Ada satu perkara yang nak dikongsi. Aku tertidur...emmm tukar sikit istilah... memang sengaja tidur waktu tengah hari tadi. Yalah,kat sini kan baru lepas hujan so banyak pulak feel nak tidur lena. Aku bermimpi. Dalam mimpi tu aku dah jauh hati dengan semua kawan-kawan aku. Aku tak tahu pasal apa tapi yang aku ingat,aku nak bawak hati aku sejauh yang mungkin dari dorang semua. Yang paling terkesan sekali,aku nampak Faizza bersungguh-sungguh nak pujuk aku supaya jangan pergi tapi hati aku yang tengah lara time tu langsung tak teriam semua pujukan tu malah aku suruh jangan pedulikan aku. Aku dapat lihat riak Faizza yang dah sehabis daya nak pujuk aku sampai fed up dibuatnya. Ada dua kawan aku yang nak pergi ke satu tempat,aku nak follow dorang tapi last-last aku pergi sendiri tinggalkan tempat yang aku tinggal time tu ke satu tempat lain yang lebih jauh. Shida pun muncul dalam mimpi aku tu,merayu jangan tinggalkan tempat tu.

Hisy,aku pun tak fahamlah dengan mimpi tu. Adakah aku memang terasa hati gila dengan semua kawan-kawan aku masa dalam mimpi tu? Sampai pujukan dorang langsung tak terkesan dan tinggalkan mereka semua. Atas sebab atau alasan apa yang menyebabkan aku sanggup tinggalkan kawan-kawan aku semua?

Aku tahu,mimpi hanya mainan tidur tapi aku tak harap apa yang aku mimpikan tu jadi kenyataan satu hari nanti. Tak ada sebab buat masa ni aku nak terasa hati dengan semua kawan-kawan aku. Walaupun setiap orang melakukan kesalahan,aku tetap akan maafkan dorang meskipun payah. Aku sayangkan semua kawan-kawan aku. Tak perlulah aku tinggalkan mereka semua sebab sudah jauh hati dengan dorang.

TAPI MACAM MANA KALAU MEMANG BETUL SATU HARI NANTI AKU SUDAH TAK TERDAYA NAK MEMUJUK DIRI SUPAYA TAK MENJAUH HATI DENGAN KAWAN-KAWAN AKU? Adakah aku akan tinggalkan tempat aku sendiri dan merantau sejauh mungkin demi merawat hati aku? Aku harap tak ada kawan-kawan aku yang buat aku terasa hati dengan dorang sampai membawa aku membuat keputusan lari sejauh yang mungkin dari mereka sem

Tuesday, October 4, 2011

4 October

Apa catatan untuk hari ni? Apa yang aku nak cerita hari ni? Cerita biasa-biasa boleh tak?

Hari ni berlalu macam biasa. Belajar macam biasa,berkawan macam biasa dan jalani hidup ni macam biasa. Hari ni ada kelas Kimia macam biasa. Aku rasa sedih sangat bila tengok markah yang aku dapat untuk kertas 2 bahagian esei. Sungguh aku menyesal tak study betul-betul masa buat paper Kimia ni. Main-main aku buat,study just ala kadar. Mana yang nak aje aku baca. Yang lain buat tak tahu aje. Tapi sekali keluar soalan yang rumit pulak. Aku ni banyak buat careless mistake masa jawab paper Kimia ni. Kalau ikut result bagi semua subjek yang aku dapat,aku masih tak puas hati dengan semua markah tu. Masih banyak yang aku kena perbaiki. Huk...huk...apa pasal aku rasa sedih sangat sekarang ni? Trial punya pasallah ni.

Hari ni satu kelas bincang pasal jamuan kelas yang kitorang akan adakan lepas SPM nanti. Memanglah nampak macam awal lagi,tapi kalau bukan sekarang arrange dan buat plan yang gempak-gempak bila masa lagi? Dah nak dekat SPM baru nak bincang? Confirm ramai yang buat tak tahu aje. Lebih fokus pada buku semata-mata.

Aku terlibat dalam ajk aktiviti. Dalam otak sebenarnya ada banyak idea jahat...eh...idea nakal la. Final year nilah yang buat aku rasa nak kenakan member satu kelas kaw-kaw punya,tiada belas kasihan. Nak dera sakan. Hehehehe.....(evil laugh is coming). Ada idea tak nak kenakan orang? Kita ‘belasah’ dorang sampai dorang tak tahan. Fulamak,bunyi macam kejam sangat aje. Tapi tak apalah jadi kejam kejap. Lepas ni bila masa lagi nak kenakan dorang. Masa ni ajelah nak tengok reaksi kawan-kawan yang duduk satu kelas dengan kita sepanjang 2 tahun ni. Time ni ajelah nak capture gambar candid kawan-kawan sepanjang aktiviti ni berjalan. Bila buat reunion balik,mesti tergelak sampai terguling-guling bila ingat balik memori lama ni. Time ni ajelah nk kumpul seberapa banyak kenangan yang paling bermakna dan happy sepanjang jadi rakan sekelas.

Lepas ni dah tak boleh nak buat aktiviti sama-sama. Masing-masing dah ikut haluan sendiri. Ada yang dah kerja,masuk dalam PLKN,berpindah,sambung study dan macam-macam lagilah. Yang nak kahwin nanti pun mungkin ada. Tak mustahil pun benda ni terjadi tahun depan. Sedih pulak bila terfikir yang aku bakal tamatkan pengajian di sekolah menengah.(cewah pengajian! Bunyi macam dah nak graduate aje). Nanti dah tak pakai uniform sekolah,tak ada peraturan sekolah yang kena ikut sepanjang persekolahan,tak ada kawan-kawan sekeliling yang sama macam sekarang,mungkin nanti berkawan dengan orang lain. Nanti dah tak ada cikgu-cikgu yang selalu membebel kat depan kelas cakap pasal kenakalan kitorang. Nanti pun dah tak ada program-program macam yang ada sekarang. Contohnya macam pertandingan keceriaan kelas. Tahun ni kelas kitorang aje yang conquer tempat juara. Well,tengok kelaslah. Pasal nak deco kelas ni pun ramai aje yang ambil bahagian. Bukan nak maket kat kat sini tapi itulah kenyataan. Cewah! Tetiba bangga pulak setiap kali mention pasal kemenangan kelas kitorang yang berterusan sepanjang tahun ni.